SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 13, 2013

UMNO Online - “Principles Of Rukun Negara At KRT Level Will Strengthen Racial Solidarity – Joseph Kurup” plus 9 more

UMNO Online - “Principles Of Rukun Negara At KRT Level Will Strengthen Racial Solidarity – Joseph Kurup” plus 9 more

Link to UMNO Online

Principles Of Rukun Negara At KRT Level Will Strengthen Racial Solidarity – Joseph Kurup

Posted: 12 Dec 2013 02:54 AM PST

KOTA KINABALU, Dec 12 – Practicing and appreciating the principles of Rukun Negara among the people in the Rukun Tetangga Sector (KRT) can provide an example in strengthening racial solidarity and relations in the country, said Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Joseph Kurup.

He said if the principles were practiced and appreciated properly, the benefits would be enjoyed every strata of society.

“As community leaders at the KRT level, they should provide an example and become role models for the local community,” he said when opening the Solidarity Week Programme at the Sabah state level, here today.

On the solidarity week celebration, Joseph said it could provide an opportunity to the local community to participate in the various activities organised by the Department of National Solidarity and National Integrity.

He said that through such programmes, the KRT community could interact with each other in a more cordial manner and thus create better harmony and solidarity.

At the event, Joseph presented the Special Appreciation awards to 27 individuals who had served in the KRT for more than 15 years.

Mereka Yang Sibuk Membantu, Mereka Yang Sibuk Mencela

Posted: 12 Dec 2013 02:10 AM PST

Riuh rendah di laman-laman facebook, twitter, portal berita dan juga blog juak pembangkang yang menghentam dan merendah-rendahkan usaha UMNO dan kerajaan, dalam gerak kerja membantu mangsa banjir sekarang ini.

Terlalu banyak dakwaan, pun begitu tohmahan yang dilemparkan oleh puak-puak pro pembangkang, yang mendakwa bantuan lewat tiba, seolah-olah mahu memperlihatkan UMNO dan kerajaan itu bersikap sambil sambil lewa dalam membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

Tetapi, secara rasional jika kita berfikir, maka mana mungkin kerajaan sengaja melewat-lewatkan bantuan ini. Sudah pastinya jika mereka berbuat demikian, maka puak pembangkang akan menggunakan kesempatan isu ini untuk menghentam rapat kerajaan. Dan pastinya kerajaan dan UMNO tidak mahu ini berlaku.

Walhal, senario yang sebenarnya, memang diakui ada berlaku lewatnya bantuan kepada mangsa banjir. Tetapi ini bukanlah disebabkan kerana sikap acuh tak acuh kerajaan, tetapi adalah lebih kepada masalah-masalah kritikal akibat musibah ini, yang turut dihadapi oleh petugas dan sukarelawan UMNO dalam usaha untuk mempersiapkan dan menghantar bantuan tersebut.

Pastinya,  apabila Kuantan dilanda banjir, semua yang ada di sana akan terbabit sama. Samada individu itu polis, bomba, kerani, tukang kebun, pekerja swasta mahupun ahli UMNO atau Pas, turut akan terkena musibah yang sama, turut mengalami kesukaran yang sama seperti mangsa-mangsa banjir yang lain.

Maka apabila petugas agensi-agensi yang menghantar bantuan, sudah tentu akan menghadapi kesukaran yang sama dialami oleh mereka yang terlibat dengan musibah ini, kerana mereka, khususnya pasukan keselamatan yang berpusat di Kuantan juga merupakan mangsa banjir, yang ditugaskan untuk membantu mangsa banjir yang lain.

Sikap pembangkang dalam menghentam kerajaan kerana bantuan lambat dan cuba menimbulkan persepsi rakyat dengan mendakwa inilah sikap kerajaan yang tidak peduli hal ehwal rakyat, adalah terbit daripada pemikiran yang separuh masak dan kebudak-budakkan.

fuziah-parlimen-kuantan-pahang-hampakan-rakyat-mangsa-banjir-2013

Dalam keseronokkan puak-puak pembangkang menghentam kerajaan dan UMNO, mereka buat-buat tak nampak, bahawa yang meranduk air, mengharungi lumpur, yang menggadaikan nyawa, yang memapah sebahagian besar mangsa banjir, yang mendokong mereka yang lemah, dan yang menyediakan penginapan sementara buat mangsa banjir adalah orang-orang kerajaan dan jemaah UMNO.

Di mana pula kelibat pemimpin-pemimpin yang menjadi idola puak pembangkang? Dalam kerancakkan mereka menyebarkan terbitkan fitnah dan tohmahan, puak pembangkang terlupa bahawa ada pemimpin mereka kini bercanda dan bergambar dengan anak mek salleh.

Mereka lupa, dalam kesibukkan mereka mencari cacat cela kerajaan dan UMNO dalam usaha membantu rakyat, pemimpin mereka seperti Fuziah Salleh pula mengambil kesempatan meningkatkan political mileage, apabila bergambar dengan mangsa banjir, kononnya 100 orang menyertai PKR, yang diberi judul Hikmah Banjir di Kuantan.

Sedang puluhan ribu rakyat sedang dilanda musibah, Fuziah pula berseronok bangat apabila bergambar dengan 100 penyokong yang dikatakan ahli UMNO, menyertai PKR dan menyifatkan ianya sebagai satu hikmah. Sedangkan, 100 orang itu tidak mampu untuk membuatkan partinya lebih berkuasa dari DAP, apatah lagi untuk memerintah negara dan negeri.

Dalam kelam kabut jemaah UMNO dan kerajaan sibuk memberikan bantuan, Fuziah pula kelam kalibut sibuk mengajak mangsa banjir jadi ahli PKR. Hanya borang diberikan, bantuan untuk mangsa entah di mana.

Inilah sikap puak-puak pembangkang, ekornya seperti mana kepalanya, tidak habis-habis berpolitik tanpa mengira waktu dan ketika. Musibah banjir ini juga secara tak langsung memperlihatkan betapa musibahnya bakal berlaku kepada rakyat, apabila pemikiran kuno, totok dan separuh masak puak pembangkang bersama saf kepimpinannya yang kucar kacir diberi peluang untuk memerintah negara.

Pemimpin mereka yang kononya adalah anugerah Tuhan, kini belum pulang untuk menyentengkan seluar mengharungi air lumpur yang hapak baunya.

Mungkin dia sedang  asyik diulit dan leka menikmati pemandangan indah kulit-kulit gebu putih melepak ciptaan Tuhan di negara matahari terbenam, hingga terlupa makhluk ciptaan Tuhan di sini yang  berkulit sawo matang, sedang lemas bertarung nyawa dan tenaga diasak air hingga ke paras dada.

Ismail Kadir, Kuantan

Agenda Transformasi Perkukuhkan UMNO Bukan Kerja Bermusim

Posted: 12 Dec 2013 01:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis. – Agenda transformasi UMNO perlu berterusan dengan ahli-ahlinya terlibat secara langsung untuk menjadi wakil kepada Presiden UMNO melaksanakan tugasan dan tanggungjawab di peringkat akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.

penampang-umno-bn-john-ambrose

Ujar beliau, apabila Perdana Menteri yang juga Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan mengenai agenda transformasi UMNO dengan ahli-ahlinya menjadi orang kuat maka itu adalah seruan yang wajar untuk disambut.

"Ahli-ahli UMNO perlu berkerja dari sekarang untuk makna sebenar dalam politik iaitu kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti iaitu dengan melaksanakan tanggungjawab mendapatkan seramai mungkin ahli UMNO untuk berdaftar sebagai pengundi," katanya kepada UMNO-Online.

Terang beliau, biarpun keputusan PRU ke-13 yang lalu menunjukkan sokongan ahli-ahli parti dan bangsa Melayu termasuklah bumiputera di Sabah meningkat namun itu tidak bermakna UMNO harus berdiam diri tanpa meneruskan usaha.

"Di Sabah khususnya di kawasan saya, masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) menyokong teguh perjuangan UMNO kerana sedar bahawa parti ini memberikan keseimbangan kepada semua kaum, melakukan perjuangan tanpa mengenepikan bangsa-bangsa lain dan turut mengiktirat masyarakat majmuk di Malaysia.

"Berdasarkan PRU ke-13 lalu juga, undi KDM terhadap BN meningkat dengan sokongan padu terhadap UMNO iaitu ahli-ahlinya menerima secara baik agenda transformasi yang diperkenalkan oleh Presiden dan ia perlu diteruskan."

Katanya, biarpun jelas kemenangan BN dalam PRU lalu adalah hasil sumbangan dari UMNO yang menjadi tunjang utama namun sikap angkuh dan mendabik dada tidak perlu ada dalam kepimpinan dan ahli-ahli UMNO sendiri.

"Kompenan BN tidak terjejas, dan kerjasama dilaksanakan atas ikatan sepakat dengan ahli-ahli UMNO sendiri meningkatkan usaha untuk kejayaan yang lebih besar dalam PRU, dengan apa yang sangat penting sekarang ini adalah memastikan daftar pengundi BN bertambah di semua kawasan," katanya.

Untuk tujuan tersebut, beliau menggesa agar setiap anggota parti menjalankan peranan dengan membawa mesej pemimpin atasan ke akar umbi, memberikan penerangan, menyampaikan maklumat, menjawab isu dan menolak spekulasi.

"Bagi tujuan tersebut, pemimpin atasan juga hendaklah menyalurkan maklumat yang betul dengan tepat dan pantas agar ia dapat disampaikan kepada rakyat keseluruhannya dan kemudian pembangkang gagal mendapat ruang.

"Berikanlah kepercayaan kepada setiap ahli UMNO untuk memainkan peranan agar setiap individu yang ada merasai kewujudan dan dapat memebrikan sumbangan untuk perjuangan hari ini dan hari-hari seterusnya."

Menerusi ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Najib telah menghuraikan bahawa UMNO mempelopori perubahan bermula sejak tahun 1946 sehingga kini yang antaranya adalah bermula daripada penubuhan parti, meraih kemerdekaan, tragedi hitam perkauman, Dasar Ekonomi Baru, bangkit dan pulih daripada runtuhan UMNO lama serta menggagas Wawasan 2020, mendakap dunia teknologi maklumat.

Seterusnya proses pemilihan UMNO yang dianggap sebagai permulaan transformasi sebagai langkah hebat dan penuh berwibawa untuk menjadi parti paling demokratik dan inklusif dengan hakikat, sejak dari dulu, UMNO berjuang dengan penuh objektif dan gigih, mendengar bicara hati masyarakat, bisikan nurani semua dan pastinya luahan rasa rakyat sekalian. - MediaUMNO

Bantuan RM500 Akan Diagih Secepat Mungkin – Rohani

Posted: 12 Dec 2013 01:43 AM PST

PEKAN, 12 Dis -  Bantuan kewangan RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir di seluruh negara akan diberikan dalam masa terdekat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

rohani-karim-menteri-umno-bn-bantuan-500-banjir-pantai-timur-2013

Beliau berkata pihaknya kini di peringkat mengemas kini data penerima dan sebaik sahaja ia selesai, senarai itu akan diserahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk proses pengagihan bantuan itu.

“Kita sedang mengemas kini senarai nama penerima bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dan masalah lain, kita kena tengok betul-betul sebab dalam satu rumah tak semestinya ada sebuah keluarga sahaja, ada satu rumah yang duduk sampai tiga keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Sultanah Pahang Sultanah Kalsom melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini Khamis.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat.

Rohani berkata bagi mangsa banjir yang belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan bantuan itu, mereka diminta supaya segera berbuat demikian bagi mengelakkan nama tercicir.

“Kita pastikan bahawa kita akan berikan senarai penerima ini secepat mungkin kepada MKN melalui Datuk Seri Shahidan supaya MKN boleh membuat pembayaran secepat mungkin kepada mangsa, senarai dah ada, cuma kami minta dua atau tiga hari lagi” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata MKN bersedia mengagihkan bantuan RM500 itu kepada mangsa banjir sebaik sahaja pihaknya menerima senarai nama penerima.

“Kita hanya tunggu senarai daripada JKM, kalau mereka bagi senarai itu pada Isnin depan, insyaAllah hari Khamis kita sudah boleh agihkan kepada penerima, apa yang penting saya minta mereka yang belum mendaftar supaya segera berbuat demikian,” katanya.

Demi Rakyat Di Pulau Pinang, BN Tidak Akan Mengalah Dengan Tekanan Kerajaan DAP

Posted: 12 Dec 2013 01:15 AM PST

GEORGE TOWN, 12 Dis - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata beliau tidak akan mengalah walaupun dilempar pelbagai tuduhan malah akan terus membangkitkan masalah rakyat pada persidangan DUN.

Wakil Rakyat kawasan Teluk Air Tawar dari Barisan Nasional (BN) itu berkata walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai gangguan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pimpinan DAP ketika membangkitkan masalah rakyat, namun ia bukan halangan baginya.

“Tidak dinafikan tugas ini mencabar kerana terpaksa berdepan dengan wakil kerajaan negeri yang sentiasa menganggu perbahasan kami, saya terpaksa kuatkan diri, tidak dinafikan tekanannya juga tinggi, namun saya tidak akan mengalah,” katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata, walaupun dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk ‘nenek rasis’ oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, namun beliau akan tetap berdepan dengan situasi itu bersama-sama dengan fakta dan berjuang dalam persidangan DUN.

Jahara berkata beliau sentiasa mengingatkan lapan lagi wakil rakyat BN yang lain agar tetap bersemangat untuk berbahas dan membangkitkan isu rakyat supaya kerajaan negeri tahu bahawa banyak lagi perkara yang belum selesai.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan rasis yang dilemparkan Lim terhadapnya, Jahara mendakwa perkara berkenaan merupakan strategi DAP untuk melemahkan Umno dan BN.

“Mereka cuba timbulkan persepsi kepada rakyat bahawa kita rasis,” katanya.

Malaysia Records RM136.9 Bln In Approved Investments In First 9 Month Of 2013

Posted: 12 Dec 2013 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 12 – Malaysia recorded RM136.9 billion in approved investments in the first nine months of this year, up 26 per cent from RM108.5 billion in the same period last year.

Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Chief Executive Officer Datuk Noharuddin Nordin said the investments were for approved projects in the manufacturing, services and primary sectors.

“On outlook for this year, we are confident that we could surpass last year’s total investments of RM167.8 billion, base on the economic recovery of our main investor country, which is the United States.

“Among the sectors that will drive our growth for the remaining months of the year are services and manufacturing, which have been sustainable for the year to date,” he told a media briefing here today.

For the first nine months period, Noharuddin said the services sector continued to take the lead with approved investments amounting to RM83.4 billion or 60.9 per cent, followed by the manufacturing sector which recorded RM35.1 billion or 25.6 per cent.

41,179 Ibu Tunggal Terima Bantuan Kewangan Sepanjang 2012

Posted: 12 Dec 2013 12:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis  - Seramai 41,179 ibu tunggal dari seluruh negara telah menerima bantuan kewangan melibatkan peruntukan RM121 juta sepanjang 2012, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata dalam tempoh sama, sejumlah RM41.2 juta juga diberikan kepada 20,099 buah keluarga ibu tunggal miskin di bawah skim Bantuan Am bagi membantu meringankan beban mereka.

“Kementerian melalui agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita komited dalam memastikan kebajikan ibu tunggal terpelihara dari sosioekonomi dan kesejahteraan emosi.

“Pendekatan ini penting supaya anak kepada ibu tunggal mendapat pembelaan yang sewajarnya bagi membolehkan masa hadapan mereka terjamin,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Khairudin E.S Abd Samad di Dewan Negara di sini.

Khairudin meminta kerajaan menyatakan strategi untuk memajukan golongan ibu tunggal dan memastikan anak-anak mereka menjadi rakyat yang berjaya dan berguna kepada negara.

Azizah berkata insentif dalam bentuk Geran Pelancaran turut disediakan untuk penerima bantuan termasuk ibu tunggal yang ingin menjalankan perniagaan bagi menjana pendapatan dan memperbaiki tahap sosioekonomi mereka.

Katanya pada 2011, sebanyak RM240,010 telah disalurkan kepada 100 orang ibu tunggal manakala sejumlah RM779,936 disalurkan kepada 312 orang ibu tunggal sebagai modal permulaan untuk menjalankan perniagaan tahun lepas.

Kerajaan Pastikan Tiada Kebocoran Rahsia Rasmi

Posted: 12 Dec 2013 12:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Kerajaan melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselamatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara asing atau pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya ialah pelaksanaan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat, kontraktor atau vendor yang memberi perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara.

Selain itu, beliau berkata Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) sentiasa memastikan dokumen dan maklumat rahsia rasmi dilindungi berdasarkan peraturan sedia ada.

“Kerajaan melalui Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan tidak menerima laporan rasmi dari kementerian, jabatan atau agensi mengenai (dakwaan) kes-kes pengintipan rahsia kerajaan seperti yang disiarkan media,” kata Shahidan menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit di Dewan Negara pada Khamis.

Mariany meminta kerajaan menyatakan status dan tahap pengurusan keselamatan data, dokumen dan rahsia negara dan tindak balas kerajaan terhadap ancaman pengintipan dan pencerobohan asing.

Tiada kebocoran rahsia rasmi berlaku sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara di sebalik dakwaan berlaku pengintipan dan pencerobohan asing baru-baru ini.

Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) sentiasa memastikan dokumen dan maklumat rahsia rasmi dilindungi seperti yang buku Arahan Keselamatan tetapkan.

Shahidan berkata KPKK sebagai kuasa pusat terhadap keselamatan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan sentiasa mengadakan program-program pendidikan meliputi kursus-kursus jangka pendek, kempen dan penerangan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan ke semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau berkata langkah ini adalah penting bagi mengingatkan kesedaran dan memberi peringatan supaya mematuhi peraturan keselamatan perlindungan yang ditetapkan.

Selain itu, menurut Shahidan, kerajaan turut melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselmatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara sing dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“Antara langkah-langkah itu ialah melaksanakan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penajwat awam, kontraktor atau vendor yang mmeberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja-pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara bagi memeriksa latar belakang.

“Proses pengesanan latar belakang itu dilaksanakan berdasarkan penglibatan di dalam pertubuhan dan persatuan sama ada di dalam atau di luar negara serta dilaksanakan oleh Cawangan Khas PDRM berdasarkan rekod mereka dan agensi lain yang berkaiatan,” katanya.

Shahidan berkata kerajaan juga mengadakan kolaborassi strategik dengan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Cyber Security Malaysia dan lain-lain bagi menangani pelbagai bentuk ancaman dari luar dan dalam negara.

Mangsa Banjir Tahu Siapa Datang Bantu, Siapa Yang Main Wayang Politik – Sharkar

Posted: 11 Dec 2013 11:53 PM PST

TEMERLOH, 12 Dis – Timbalan Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyelar tindakan sesetengah pihak yang sering menuding jari kepada UMNO termasuklah di dalam isu banjir kononnya UMNO tidak membantu mangsa banjir.

Jelasnya, adalah tidak adil untuk menuduh UMNO tidak membantu kerana kebetulan ketika negara di landa banjir, Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung di PWTC.

"Mengapa jika UMNO sahaja tidak betul… sedangkan ada pemimpin pembangkang dengan bangganya memuat naik gambar sedang bercuti ke luar negara.

najib-rosmah-lawat-banjir-pahang-perhimpunan-umno-2013-sk-sekolah-rompin-bayi

"Perlu diketahui, walaupun UMNO sedang bersidang ketika itu ini tidak membawa makna kita tidak membantu. Ramai pemimpin-pemimpin dan ahli yang tidak turun (ke Perhimpunan Agung UMNO) kerana bertugas membantu setiap mangsa banjir. Malah arahan telah keluar di negeri Pahang khususnya, semua wakil rakyat tidak dibenarkan ke perhimpunan dan harus berada di kawasan masing-masing.

"Ini jelas membuktikan bahawa kita lebih mementingkan tanggungjawab sosial yang telah diamanahkan oleh rakyat. Perhimpunan Agung tetap berlangung dengan baik kerana bukan semua negeri terlibat dengan banjir”,  jelasnya kepada UMNO-Online.

Justeru tegas beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO semua tuduhan terhadap UMNO adalah retorik pembangkang yang hanya tahu memanipulasikan keadaan demi kepentingan mereka.

“Tetapi saya amat yakin semua mangsa banjir tahu situasi sebenar, siapa yang bantu mereka siapa yang main wayang politik. Badan-badan kerajaan, NGO dan jentera UMNO sehingga hari ini masih terus membanting tulang membantu mangsa banjir.

menteri-shabery-cheek-tinggal-perhimpunan-umno-banjir-kemaman-bantuan

"Saya sendiri baru sahaja pulang daripada gotong royong memasak untuk mangsa yang telah pulang ke rumah. Walaupun mereka telah pulang ke rumah sudah pasti mereka masih tidak mampu untuk memasak kerana keadaan rumah yang rosak teruk dan banyak kerja pembersihan perlu dilakukan," ujarnya.

Tambah beliau lagi, walau apapun kecaman yang diterima, UMNO akan mengambil ini sebagai satu cabaran untuk terus bergerak membantu rakyat tanpa ada sedikitpun rasa terkilan atau terguris hati.

"Cakaplah apa yang mereka mahu cakap. Kita akan terus menjalankan tanggungjawab kita. Nak tuduh kita apapun tuduhlah. Apa yang penting bagi kita adalah semua mangsa dibantu sebaik mungkin dan kita sendiri akan merangka strategi bagi menambahbaikkan apa yang perlu," ujarnya lagi.

Sebelum ini, ada sesetengah pihak yang berkepentingan menuding jari menuduh UMNO tidak membantu mangsa banjir kerana sibuk menghadiri Persidangan UMNO yang berlangsung ketika itu. – MediaUMNO

sharkar-shahrizat-pusat-pemindahan-banjir-pahang-2013

Jambatan Kedua P.Pinang Dijangka Dibuka Akhir Februari Depan

Posted: 11 Dec 2013 11:20 PM PST

GEORGE TOWN, 12 Dis -  Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol Plus itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.

“Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini, Khamis.

Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.

Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.

Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh km di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.

Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.

Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT