SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 18, 2013

UMNO Online - “DAP Patut Berhenti Cakap Demokrasi Elak Malu Diri Sendiri” plus 9 more

UMNO Online - “DAP Patut Berhenti Cakap Demokrasi Elak Malu Diri Sendiri” plus 9 more

Link to UMNO Online

DAP Patut Berhenti Cakap Demokrasi Elak Malu Diri Sendiri

Posted: 17 Dec 2013 04:15 AM PST

PULAU PINANG, 17 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abf Rahim berkata laungan demokrasi, adil, telus termasuklah slogan Ketelusan, Akauntabiliti dan Kecekapan (CAT) hanyalah satu sandiwara politik dalam parti DAP.

Ujarnya, demokrasi dan slogan CAT sebenarnya tidak wujud kerana telah terbukti berulang kali di antaranya isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat CEC yang tidak selesai hingga kini, rumah kos mampu milik, sikap pilih kasih dan urusan pemberian tender.

"Terbaru berkenaan urusan pemberian tender terhadap satu syarikat bagi projek penebatan banjir di negeri ini. Ianya telah diluluskan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng tanpa melalui tender terbuka. Adakah ini menggambarkan ketelusan, akauntabiliti dan juga kecekapan kerajaan negeri?

"Ini isu terbaru… isu lama juga tidak pernah selesai hingga kini. DAP masih 'berhutang' dengan rakyat negeri ini berkenaan kontroversi CEC. Walaupun pemilihan tersebut telah diadakan semula namun masih ada pelbagai permasalahan yang tidak terjawab contohnya 'pengundi hantu' yang wujud dan juga notis yang tidak diserahkan yang telah mengakibatkan perwakilan dinafikan hak untuk mengundi.

"Jadi, adalah lebih baik DAP jangan membuka mulut mengenai demokrasi sedangkan mereka sendiri terlalu jauh dengan demokrasi," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Rafizal, sikap DAP yang sering menyalahkan kerajaan pusat berkenaan demokrasi malah menuduh negara ini tidak mengamalkan demokrasi juga sebenarnya harus dituju kepada parti mereka sendiri.

"Jika benar mereka mengamalkan demokrasi maka mereka perlu menjawab segala persoalan yang ditimbulkan ahli mereka sendiri berkenaan pemilihan CEC dan juga berkenaan isu terbaru pemberian tender secara terus projek penebatan banjir ini.

"Jika tidak mampu menjawab, maka jelas terbukti demokrasi laungan DAP hanyalah satu permainan politik untuk mengaburi mata dan memperbodohkan rakyat," ujarnya lagi. – MediaUMNO

New Electricity Tariff Necessary For Country’s Fiscal Consolidation, Says TNB

Posted: 17 Dec 2013 03:34 AM PST

BANGI, Dec 17  - The new electricity tariff to be implemented on Jan 1 is part of the government’s subsidy rationalisation programme for fiscal consolidation and is necessary for the long-term good of the country's economy, says Tenaga Nasional Bhd (TNB) President and Chief Executive Officer Datuk Seri Azman Mohd.

He said the capital intensive utility company spent at least RM6 billion annually on capital expenditure and infrastructure maintenance.

“TNB is just a conduit. We are a collecting agent.

“The tariff hike has nothing to do with us but we are getting blamed for it,” he told reporters after launching the memoirs of Tan Sri Ani Arope here today.

Effective Jan 1, the average electricity tariff in Peninsular Malaysia will be increased by 4.99 sen/kWh to 38.53 sen/kWh from 33.54 sen/kWh at present.

Azman said the increase would contribute about 18 per cent to capital expenditure, equipment; maintenance and new electrical infrastructure while 82 per cent would be used to cover the increase in fuel costs.

He said the tariff review was essential for TNB to build more infrastructure to ensure reliable and quality electricity supply.

The revision will not affect about 4.56 million or 70 per cent of domestic consumers who use 300kWh and incur a monthly bill of RM77 and below per month.

The rebate from the government for over one million domestic customers with a monthly bill of RM20 or below will be maintained.

80,000 Pemilik Hartanah Bantah Kenaikan Cukai Pintu DBKL – Tengku Adnan

Posted: 17 Dec 2013 02:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima bantahan daripada kira-kira 80,000 pemilik hartanah berhubung kadar cukai pintu baharu, pada hari terakhir bantahan hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penelitian mendapati mereka mengemukakan bantahan kerana keliru dengan maksud kenaikan kadar cukai itu.

“Oleh itu DBKL akan menghantar satu lagi notis bagi menjelaskan perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan kemudahan Park N Ride Tasik Selatan, di sini.

Terdapat kira-kira 507,000 pemilik hartanah dalam kawasan DBKL.

Laporan sebelum ini menyebut Tengku Adnan menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu DBKL akan tetap berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

Bagaimanapun  pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga Mac iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

Mengenai kemudahan Park N Ride Tasik Selatan bernilai RM19 juta itu, Tengku Adnan berkata fasiliti tersebut bagi memudahkan pengguna Aliran Transit Ringan (LRT) meninggalkan kenderaan untuk menaiki pengangkutan awam ke pusat bandar raya.

Fasiliti itu menyediakan 818 unit tempat letak kereta bertingkat, 169 unit tempat letak kereta terbuka, 78 tempat letak motosikal, tiga tempat letak bas dan 10 tempat letak teksi.

Industri Automotif Tempatan Tarik Pelaburan RM32 Bilion Sejak 30 Tahun

Posted: 17 Dec 2013 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis  - Industri automotif tempatan telah Berjaya menarik pelaburan terkumpul sehingga RM32 bilion sejak ditubuhkan kira-kira 30 tahun dahulu melalui pengeluaran kenderaan dan motosikal buatan Malaysia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri.

Beliau berkata pelaburan berkenaan bukan sahaja melibatkan pemasangan kenderaan tetapi merangkumi pemasangan kenderaan komersial, komponen dan alat ganti.

“Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan jumlah tenaga kerja yang terlibat dalam industri motosikal sahaja ini sejak Januari hingga Oktober tahun ini ialah  65,000 orang dan jumlah ini sepatutnya lebih besar jika dimasukkan sekali dengan industri hiliran seperti pusat servis, perbankan, insurans dan lojistik,” kata beliau semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata industri automotif tempatan banyak dipacu melalui penubuhan pengeluaran kereta tempatan seperti Proton dan Perodua yang bermula dengan memasang siap komponen kereta tetapi kini sudah mampu membina enjin dan transmisi sendiri.

Melalui syarikat-syarikat ini, industri automotif tempatan Berjaya menghasilkan kira-kira 800 syarikat vendor yang mengeluarkan komponen dan alat ganti, katanya.

Perodua melalui model tertentu sudah berjaya menggunakan lebih 80 peratus kandungan komponen tempatan, manakala                Proton pula melopori langkah melalui model Persona dan Gen2 apabila menggunakan komponen tempatan antara 80 hingga 90 peratus, katanya.

Beliau berkata model terbaharu Proton seperti Preve dan Suprima juga menggunakan komponen tempatan pada kadar 80 peratus.

Himpunan Bantah GST, Siri Putar Belit Fakta Selepas Isu Pengundi Bangla, Blackout

Posted: 17 Dec 2013 02:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis –Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datin Azizan Shariff menyifatkan pembangkang cuba memanipulasikan pemikiran rakyat daripada fakta sebenarnya berhubung GST dengan penganjuran perhimpunan rakyat besar-besaran bagi membantah sistem percukaian tersebut.

Menurut beliau,  inilah sikap kepimpinan pembangkang yang seringkali cuba mencari milage politik mereka dengan menangguk di air yang keruh dan menyembunyikan fakta yang sebenar.

"Ramai rakyat yang tak tahu, cukai GST tidak dikenakan pada barangan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak. Begitu juga dengan pendidikan, pengangkutan awam, perkhidmatan kesihatan dan sewa beli rumah kediaman.

himpunan-bantah-gst-retorik-huru-hara-pembangkang-politik-gimik-sempit-anwar

"Di sebabkan ramai rakyat yang tidak mengetahui tentang perkara ini, maka pembangkang mengambil kesempatan dengan memanipulasikan fakta dan pantas mengambil kesempatan untuk mengadakan perhimpunan seperti ini semata-mata untuk milage politik mereka atas nama rakyat," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, beliau meminta agar rakyat di negara ini supaya tidak menelan bulat-bulat segala dakwaan pembangkang berhubung GST dan mesti menyelidik terlebih dulu tentang perkara ini.

"Kita sebagai rakyat, kena ambil tahu. Jangan dengar cakap orang yang belum tentu sahihnya, lepas itu kita anggap ia sebagai kebenaran. Seumpamanya isu GST, rakyat bawahan seperti kita harus tahu bahawa cukai GST tidak melibatkan keperluan asas kita seharian.

"Ia hanya dikenakan kepada barang-barang yang bukannya keperluan asas. Tetapi inilah yang disembunyikan oleh pembangkang. Mereka kata pada rakyat, semua barang akan dikenakan cukai sedangkan hakikatnya tidak," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, puak pembangkang sememangnya cekap dalam memsongkan pemikiran rakyat dari fakta sebenar, membikin persepsi negatif terhadap kerajaan sekaligus meniup emosi dan sentimen rakyat untuk membenci kerajaan.

"Tetapi dalam hal mengambil kesempatan, memanipulasikan fakta serta memainkan emosi dan juga sentimen rakyat, pembangkang memang cekap. Ini kita dapat lihat pada perhimpunan yang dianjurkan pembangkang sebelum ini seperti Bersih, Blackout dan sebagainya.

"Ternyata segala apa yang mereka katakan itu ternyata tidak benar. Mereka adakan perhimpunan Bersih kerana dakwa SPR menipu, dan terkini dalam isu 40 ribu bangla, ternyata mereka yang menipu. Begitu juga himpunan Blackout yang jelas satu pembohongan. Namun disebabkan rakyat tidak tahu hal sebenar, maka mereka akhirnya terpengaruh.

“Begitu juga dalam perhimpunan terbaru GST yang mereka bakal  anjurkan ini. Mereka perlu adakan segera perhimpunan rakyat seperti ini, sebelum rakyat diberikan penerangan dan faham apa sebenarnya fakta berhubungkait dengan  GST.

"Kalau rakyat dah faham apa itu GST, maka rancangan mereka untuk gunakan rakyat dalam perhimpunan ini untuk menaikkan imej politik mereka akan gagal," akhirinya.

Dalam sebuah protal berita pro pembangkang, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata Pas  akan mengetuai “himpunan rakyat besar-besaran” untuk memprotes pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan usul tersebut diluluskan dengan sebulat suara di dalam Muktamar Pas di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini. -MediaUMNO

Work Hard To Make Malaysia A Developed Nation, Najib Tells Civil Servants

Posted: 17 Dec 2013 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 17  - Datuk Seri Najib Tun Razak today asked civil servants to work hard to make Malaysia a developed nation that continues to be highly regarded by world leaders.

The prime minister said he was convinced that with the cooperation of the 1.4 million civil servants who support such an aspiration, Malaysia would progress into the desired high-income developed nation.

He said he wanted the world leaders whom he meets, such as Prime Minister Shinzo Abe of Japan, President Xi Jinping of China and President Barack Obama of the United States, to respect Malaysia as a nation which is gradually progressing into a developed one that Malaysians can be proud of.

Najib said this in his speech when opening the 26th Triennial Convention of Cuepacs, here.

The prime minister said the good relations and cooperation between civil servants and the government should be maintained, with both making the mission a commitment that had to be supported, appreciated and implemented for mutual benefit.

“Hopefully, this cooperation will make us a high-income developed nation. We no longer want people to underestimate us,” he said.

Obama, who was scheduled to visit Kuala Lumpur to attend the 4th Global Entrepreneurship Summit on Oct 11 and 12, had to postpone the trip due to a 16-day US government shutdown.

Najib, when announcing the postponement on Oct 2, said Obama had said that he was committed to visiting Malaysia.

Kaedah Majoriti Mudah Tidak Akan Jejas Mana-mana Parti Komponen BN – Tengku Adnan

Posted: 17 Dec 2013 01:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kaedah majoriti mudah yang dicadangkan untuk diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) tidak akan menjejaskan mana-mana parti komponen kerana setiap parti mempunyai tiga wakil dalam BN, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelas beliau, dalam BN tidak kira parti komponen berkenaan besar atau kecil semua parti hanya mempunyai tiga wakil.

“Amalan konsensus yang diguna pakai BN pada masa ini menetapkan jika satu parti tidak setuju maka sesuatu cadangan itu tidak akan dapat diteruskan. Sebab itulah saya cadangkan kaedah majoriti mudah,” katanya selepas merasmikan kemudahan Park N Ride Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata kaedah konsensus yang diguna pakai pada masa ini memberi peluang kepada pihak tertentu memanipulasi kaedah itu dan mendakwa terdapat parti yang besar mendominasi parti-parti lain dalam BN.

“Saya cukup terkilan dengan tuduhan itu,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut cadangan untuk mengguna pakai kaedah majority mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan BN dalam membuat keputusan akan dikemukakan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada tahun depan.

Perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majority dilaksanakan.

“Saya Tidak Guna Pendekatan Populis Tadbir Negara” – Najib

Posted: 16 Dec 2013 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam mentadbir sebaliknya sentiasa berusaha untuk mengembangkan ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan perlu memastikan pendapatan negara terus bertambah dan berkembang sebelum memutuskan untuk memberi ‘janji-janji manis’ kepada rakyat.

“Realiti ini, saya percaya, anda semua sedar. Sebab itulah cara kita mentadbir negara mestilah cara berhemah, cara kita bukan cara populis.

SLK14_151113_CHOGM

“Saya boleh jadi perdana menteri yang berdiri atas platform populis, tapi dengan cara itu saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta,” katanya ketika merasmikan konvensyen tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-26 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Najib berkata untuk itu kerajaan sentiasa memastikan setiap dana yang dikeluarkan dilakukan dengan berhemah bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi pendapatan negara.

Katanya kerajaan tidak mahu sehingga terpaksa meminjam daripada institusi kewangan bagi melicinkan urusan pentadbiran, termasuk membayar gaji penjawat awam, kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga ‘resipi’ yang boleh membawa musibah besar kepada seluruh rakyat.

Justeru, kata Najib, masyarakat, khususnya penjawat awam seharusnya tidak mudah termakan dengan janji-janji mengenai penjimatan hutang negara atau penurunan harga minyak yang dijanjikan puak-puak tertentu, tanpa memperjelaskan punca kewangan yang akan digunakan untuk menampung pengurangan berkenaan.

Dalam pada itu, Najib menyeru setiap penjawat awam supaya melayan rakyat dengan baik kerana sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, tindakan yang dilakukan akan menjadi cerminan persepsi rakyat terhadap kerajaan.

“Kalau penjawat awam bekerja dengan baik, molek, beramah mesra, bersopan tapi berkesan dan tegas, maka pandangan dan tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan juga akan kian meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persaraan Omar, perdana menteri berkata beliau merasa cukup senang berurusan dengan presiden Cuepacs itu kerana setiap perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dibincangkan dan diselesaikan secara baik.

“Saya cukup senang hati bekerja dengannya, beliau tidak pernah mengadakan demonstrasi atau konfrontasi walaupun melibatkan isu panas…dan sebagai rakan setia kepada kerajaan, maka saya bagi penghormatan kepadanya sebagai presiden yang amat disenangi kerajaan,” katanya.

Omar, 62, yang mengetuai Cuepacs selama tujuh tahun, menamatkan tempoh perkhidmatannya hari ini selepas mengambil keputusan untuk bersara.

Mengulas persaraannya, Omar berkata hubungan baik yang terjalin antara Cuepacs dengan kerajaan sepanjang tempoh beliau menerajui kongres berkenaan membawa kepada beberapa kejayaan penting yang memanfaatkan penjawat awam.

Antaranya kenaikan gaji penjawat awam sehingga 25 peratus ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, umur persaraan dilanjutkan dari 58 kepada 60 tahun serta pembatalan Sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam, katanya.

Omar turut merakamkan penghargaan kepada Najib, ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam serta seluruh pengarah perkhidmatan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya sehingga Cuepacs cukup disegani dalam soal memperjuangkan nasib penjawat awam.

Tenaga Kerja Mahir Malaysia Hampiri Sasaran RMK10

Posted: 16 Dec 2013 10:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Tenaga kerja mahir negara kini mencapai 28 peratus (3.4 juta) yang menghampiri sasaran 33 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) menjelang 2015, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib.

Beliau berkata jumlah itu adalah daripada sebanyak 13.7 juta guna tenaga di negara ini bagi suku ketiga 2013, yang merupakan hasil kaji selidik terkini, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya tenaga kerja mahir dikategorikan sebagai mereka yang memiliki kelayakan Diploma ke atas dan tergolong dalam pengkelasan pengurusan, profesional serta juruteknik.

“Kerajaan akan teruskan usaha meningkatkan kualiti latihan bagi menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2014, Oktober lepas,” katanya semasa menjawab soalan Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Ismail berkata beberapa langkah akan dilaksanakan kerajaan bagi merealisasikan harapan perdana menteri melaksanakan ‘single tier’ bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga 3 selama dua tahun di semua Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan menaik taraf bangunan serta peralatan di ILP seiring dengan teknologi terkini menggunakan peruntukan RM178 juta.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan dana pinjaman latihan kemahiran berjumlah RM330 juta di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus latihan kemahiran.

“Kerajaan menyediakan 379 Institut Latihan Awam, 350 Institut Latihan Swasta dan 32 Institut Latihan di bawah kementerian bagi membolehkan belia lepasan sekolah menyertai bidang kemahiran dalam jurusan teknikal serta vokasional,” katanya.

Jawatankuasa Penyelarasan Latihan yang dianggotai Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pembanguan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyumbang dan mendedahkan pelatih kepada bidang teknologi.

“Ini dijalankan melalui pertandingan kemahiran yang diadakan dalam Negara serta di peringkat Asean,” katanya.

Guna Teknologi Java, HTML 5 Tingkat Kecekapan PBS – Idris Jusoh

Posted: 16 Dec 2013 10:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Kementerian Pendidikan sedang membangunkan modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baharu menggunakan teknologi Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara hari ini, pendekatan baharu dalam pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.

“Ini akan memastikan pengguna tidak menghadapi isu ‘auto log out’ atau server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT).

Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS baharu dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus beroperasi walaupun secara ‘off-line’.

Selain itu, Idris berkata terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan infrastruktur ICT khususnya keupayaan server komputer bagi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan semak dalam talian.

Beberapa punca dan penyelesaian telah dikenal pasti termasuk isu kapasiti pemprosesan yang telah ditetapkan pusat data, aplikasi SPPBS sedia ada memerlukan keupayaan pemprosesan yang tinggi kesan daripada penggunaan teknologi lama serta jadual kemasukan data yang sangat fleksible menyebabkan pengguna memasukkan data pada penghujung tahun mengakibatkan kesesakan pusat data.

Mengenai usaha mengurangkan beban tugas guru, beliau berkata modul PBS diintegrasikan dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai ‘single window’ bagi kemasukan data di sekolah.

“Kementerian akan melaksanakan dasar kemasukan data yang sama fleksible tetapi perlu dilaksanakan secara berkala dalam tempoh sama yang lebih singkat bagi mengelakkan kesesakan yang dialami pada penghujung tahun,” katanya.

Idris berkata sehingga kini, sebanyak 9,898 sekolah mempunyai capaian Internet dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,526 sekolah dirangkaikan dengan perkhidmatan 1BestariNet.

Sebanyak 1,372 sekolah lagi dirangkaikan melalui pelbagai pemberi perkhidmatan seperti Telekom Malaysia, Speedcast dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT