SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 25, 2013

UMNO Online - “Nasib Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau Terbela” plus 9 more

UMNO Online - “Nasib Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau Terbela” plus 9 more

Link to UMNO Online

Nasib Mangsa Kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Tawau Terbela

Posted: 24 Dec 2013 04:10 AM PST

TAWAU, 24 Dis – Nasib 1,262 mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Balung Selasa lepas terbela apabila kerajaan negeri dan pelbagai agensi menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Anggota Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Setiap ketua keluarga menerima RM500 hasil sumbangan Pusat Zakat Sabah (RM57,000) dan Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN) serta Syed Abas (masing-masing RM20,000).

kebakaran-kampung-kurnia-jaya-tawau-sabah

Mereka turut menerima bantuan barangan makanan dan peralatan memasak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta peralatan rumah seperti baldi dan gayung daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Seorang mangsa, Alawi Lumb, 53, yang menetap di kampung itu hampir 30 tahun bersama isteri dan lima anaknya, memanjatkan kesyukuran di atas bantuan berkenaan.

Bagi Mohd Saini Abd Ebad, 26, sumbangan itu membuktikan kerajaan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran.

“Bantuan ini walaupun tidak dapat memulihkan kembali keadaan seperti sedia kala namun ia mampu membantu meringankan beban kami di sini, terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya.

Abdul Rajel Lajah, 59, pula terharu dengan sumbangan itu kerana beliau sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Terdahulu, Syed Abas ketika berucap meminta Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyenaraikan bilangan rumah beserta nama dan anggota keluarga di kawasan masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan apabila berlaku insiden sebegini.

“Kerajaan tidak mahu ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan mendaftar semata-mata untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 9.05 pagi itu, kira-kira 80 rumah papan musnah.

tawfiq-jainab-bantuan-mangsa-kebakaran-kampung-kurnia-jaya-tawau-sabah

Najib Ajak Rakyat Kekal Bersatu Pastikan Keharmonian Negara

Posted: 24 Dec 2013 04:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya terus bersatu padu dan berusaha gigih untuk memastikan negara sentiasa dipenuhi keharmonian.

Perdana menteri berkata persengketaan pasti berlaku apabila masyarakat berbilang bangsa dan agama enggan menerima hakikat perbezaan antara mereka.

“Meskipun begitu, tetap wujud percubaan untuk memecahbelahkan harmoni antara kita. Sering kali tekad perpaduan kita diuji. Mujurlah, berkat kesabaran, penerimaan dan persefahaman, kita dapat mengatasi segala-galanya.

“Kita insafi nikmat kerana dapat hidup di bumi bertuah ini,” katanya dalam mesej Hari Krismas yang disiarkan blog www.1Malaysia.com.my.

Najib menyifatkan Malaysia sebuah negara istimewa dan kesatuan dalam kepelbagaian menjadikan negara yang menjadi tempat berteduh rakyat pelbagai kaum dan agama ini, unik.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa Malaysia lebih bertuah berbanding sesetengah tempat lain di dunia yang menyaksikan ketidakharmonian dan persengketaan.

“Saya bersyukur kerana kita dapat meraikan setiap perayaan keagamaan dengan penuh muhibah.

“Hakikatnya, ini mampu direalisasikan kerana kita berupaya untuk mendakap perbezaan antara satu sama lain. Jika kita bersatu, kita pasti dapat mencapai tahap kekuatan dan kegemilangan yang ulung,” kata Najib.

Justeru, beliau menggesa rakyat supaya tidak lupa kepada rahmat yang dikurniakan dan berusaha berkongsi rahmat itu dengan setiap orang di sekeliling.

Katanya semangat muhibah perlu disemarakkan lagi dengan saling kunjung-mengunjungi dan sentiasa mengingati ajaran yang mendorong untuk menghormati kepercayaan lain.

“Mari kita melakar langkah ke hadapan dengan penuh harapan, keyakinan dan kepastian bahawa setiap orang dikurniakan masa depan yang cerah di tanah air tercinta ini.

“Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada anda semua. Semoga perayaan ini membawa seribu keriangan dan makna,” katanya mengenai perayaan itu yang disambut esok.

Sambutan Hari Natal Papar Mesej Pentingnya Semangat Toleransi – Muhyiddin

Posted: 24 Dec 2013 04:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Sambutan Hari Natal di Malaysia memaparkan keunikan tersendiri kerana ia membawa mesej amat jelas tentang betapa pentingnya semangat toleransi dikekalkan demi penyatuan dan keharmonian rakyat di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

muhyiddin-bantuan-toleransi-kristian-agama-malaysia

Timbalan Perdana Menteri berkata biarpun penganut agama Kristian tidak sampai 10 peratus di negara ini, namun kemeriahan perayaan Hari Natal yang disambut esok, terserlah di mana saja.

“Walaupun bencana banjir baru melanda beberapa negeri, namun saya percaya ia tidak menjejaskan semangat penganut agama Kristian untuk merayakan sambutan Hari Natal serta meneruskan amalan tradisi kunjung mengunjung dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Dalam perutusan sempena sambutan Natal atau Krismas, Muhyiddin berkata tanpa sikap hormat menghormati antara masyarakat berlainan agama, tidak mungkin Malaysia dapat mengecapi kebebasan dan keharmonian dalam hubungan antara agama sebagaimana yang dinikmati hari ini.

“Kebebasan beragama di Malaysia adalah hasil sikap toleransi dan hormat menghormati yang diamalkan semua pihak di negara kita.a

“Dengan adanya toleransi, masyarakat berlainan agama bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk memelihara kedamaian dan perpaduan yang menjadi tonggak kepada pembentukan negara Malaysia yang maju.

“Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Sama-samalah kita menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat yang bernaung di bawah negara bernama Malaysia,” katanya.

Amaran Gelombang Kedua Banjir Di Pahang Bermula 30 Dis

Posted: 24 Dec 2013 01:50 AM PST

KUANTAN, 24 Dis – Jabatan Meteorologi Pahang hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Dis.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah – Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Dalam tempoh yang sama juga air pasang turut akan berlaku, manakala kelajuan angin diramalkan 50 hingga 60 kilometer sejam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan banjir untuk gelombang kedua di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat banjir itu ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Azemi berkata mengikut ramalan awal, taburan hujan lebat berlaku dalam empat peringkat iaitu pertama pada 2 Dis hingga 6 Dis lepas, yang mengakibatkan banjir buruk di Pahang.

“Sesi kedua diramalkan berlaku pada 18 Dis hingga 22 Dis lepas, bagaimanapun ia tidak berlaku.

“Jadi, peringkat kedua itu diramalkan berlaku pada 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan, dan akan disusuli dengan dua lagi peringkat yang dijangka berlaku sebelum awal Mac,” katanya.

Banjir buruk di Pahang baru-baru ini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Sebanyak sembilan daerah terbabit banjir iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Temerloh, Raub, Bera, Lipis dan Maran.

Berdasarkan laporan sebelum ini, lebih RM65 juta kerugian harta benda akibat banjir itu, dan turut mengorbankan tiga nyawa akibat lemas.

ESSCOM Dan EZZONE Mantap Keselamatan Kepada Negeri Sabah

Posted: 24 Dec 2013 01:49 AM PST

KOTA KINABALU, 24 Dis – Pewujudan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Kawasan Keselamatan Timur Sabah (EZZONE) memantapkan lagi keselamatan sekaligus keyakinan kepada pelancong dan pelabur dalam usaha menjana pertumbuhan dan peningkatan ekonomi negeri ini.

Menegaskan demikian, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berkhidmat penuh tanggungjawab dan dedikasi bagi mengekalkan keamanan dan ketenteraman di negeri ini.

Pembentukan Esscom diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac lalu yang merangkumi kawasan pantai timur negeri itu termasuk Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, sepanjang 1,400 kilometer susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tandou, Lahad Datu.

Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri meminta rakyat agar jangan terpedaya dengan tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menganggu-gugat kemakmuran dan keharmonian yang dibina dalam negara kepelbagaian kaum ini.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh warga Malaysia khususnya di Sabah untuk terus menjaga dan memelihara keamanan dan keharmonian ini demi manfaat dan kesejahteraan kita dan generasi yang akan datang,” katanya hari ini dalam perutusan sempena sambutan perayaan Krismas di sini.

Meskipun negeri di Bawah Bayu ini mempunyai lebih daripada 32 suku kaum dan etnik, namun katanya, rakyat Sabah tetap bersatu, saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Beliau berkata semangat sebegitu harus dipupuk dan dihayati bagi mengemudi Sabah menjadi negeri yang lebih maju dan berdaya saing pada masa depan.

“Suka saya mengingatkan bahawa keamanan dan keharmonian yang kita nikmat hari ini bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai.

Kepentingan setiap rakyat Malaysia perlu dijaga dan kita mesti menghormati antara satu sama lain walaupun dengan kepercayaan, budaya dan tradisi yang berbeza,” katanya.

Musa turut berbangga dengan penyertaan golongan korporat, individu berkemampuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik sempena perayaan ini.

Rancangan Perhimpunan 31 Disember Untuk Tutup Pembohongan Pembangkang

Posted: 23 Dec 2013 10:51 PM PST

KEMAMAN, 24 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Dis ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.

selangor-khalid-penang-pulau-pinang-lim-guan-eng-angkat-sumpah-kerajaan-haram-pilihanraya

“Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen projek ternakan ayam program Azam Tani di sini hari ini.

Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.

Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada, katanya.

Sebelum ini, kata Ahmad Shabery, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.

“Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi,” katanya.

Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.

“Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan,” cabar beliau.

No Closure Of Malaysia–Indonesia Border Check-Point Tebedu – Police

Posted: 23 Dec 2013 10:23 PM PST

KUCHING, Dec 24 – Police today dismissed rumours that the Malaysia-Indonesia border checkpoint at Tebedu, Serian, about 95km from here, had been temporarily closed following alleged public unrest in Pontianak, the capital of Indonesia’s West Kalimantan province.

Serian police chief DSP Mohd Jamali Uni said the checkpoint remained open as usual and was operating 12 hours daily from 6am.

He told Bernama that public bus services between Kuching and Pontianak had also resumed operations as normal after being affected last week by alleged extortion along the route (within the Indonesian province).

“Despite such allegations, we have not received any report yet (from the bus operators) and although the situation seems to be back to normal, we will continue to monitor,” he said.

Meanwhile, a source from the Immigration here concurred with Mohd Jamali and said no order had been issued to close the checkpoint temporarily due to security reasons.

The Tebedu border checkpoint is one of several routes linking Sarawak and Indonesia’s Kalimantan which is serviced by four Sarawak express bus companies and two from Indonesia.

There were allegations from bus operators that buses entering Pontianak from Sarawak were stopped by groups that demand money to continue their journey, following which a number of bus operators in Sarawak refused to service the route.

Percubaan Siaran Digital Bermula Di Pantai Timur – Shabery Cheek

Posted: 23 Dec 2013 10:14 PM PST

KEMAMAN, 24 Dis – Kementerian Komunikasi dan Multimedia dijangka melaksanakan siaran percubaan televisyen digitalnya di kawasan pantai timur bermula pertengahan tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bagi memudahkan pihaknya meneliti kualiti perkhidmatan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan terbabit masih rendah.

“Kita mulakan di kawasan pantai timur dahulu dan beberapa kawasan di utara sebelum ke kawasan berkepadatan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen projek ternakan ayam pedaging di bawah Program Azam Tani, di sini hari ini.

Menurutnya projek pembangunan infrastruktur televisyen digital dengan kos kira-kira RM1 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017 sebelum kerajaan menghentikan terus perkhidmatan analog pada 2020.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya berazam untuk meningkatkan lagi mutu dan liputan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara pada tahun depan agar dapat bergerak seiring dengan perkembangan semasa.

“Keutamaan bukan sahaja dari segi liputan tetapi juga kelajuan,” katanya.

Langkah itu katanya demi memastikan pengguna dapat berhubung serta memperoleh maklumat dengan lebih efisien.

98 Muka Baharu Di Parlimen Tambah Warna Sepanjang Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-13

Posted: 23 Dec 2013 09:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Kehadiran 98 muka baharu yang berbeza latar belakang pendidikan dan pengalaman pada persidangan Dewan Rakyat tahun ini ternyata menambah warna sepanjang mesyuarat penggal pertama Parlimen ke-13 itu.

Mesyuarat pertama yang bermula pada 24 Jun seusai negara mengadakan Pilihan Raya ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu bermula dengan upacara angkat sumpah 222 anggota Parlimen yang menampilkan 54 wakil rakyat baharu dari pihak kerajaan manakala 44 dari gabungan pembangkang.

Berbanding dengan persidangan sebelumnya, tahun ini tidak ada anggota Parlimen ‘tidak berparti’ (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat.

Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga apabila memenangi 133 kerusi berbanding pilihan raya 2008 iaitu 140 kerusi manakala pembangkang memperoleh 89 kerusi berbanding 82 kerusi pada PRU lepas.

Walaupun komposisi pembangkang semakin bertambah, pihak kerajaan yang dibarisi muka baharu dan lama serta pelantikan beberapa menteri dan timbalan menteri baharu terus teguh mempertahankan dasar kerajaan dan tegas memperjuangkan nadi rakyat di dewan yang mulia itu.

Belum pun persidangan bermula, pihak pembangkang sudah berdrama apabila ingin memboikot upacara angkat sumpah sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU13 yang memihak kepada BN.

Mereka menganjurkan Perhimpunan 505 beberapa hari sebelum upacara itu bagi menentang keputusan PRU13, bagaimanapun perhimpunan yang dikatakan aman bertukar ganas apabila sekumpulan peserta perhimpunan merempuh kawalan polis di hadapan bangunan Parlimen ketika acara itu berlangsung menyebabkan 32 individu ditahan.

Ibarat cakap tidak serupa bikin, 89 wakil rakyat pembangkang hadir di Parlimen dengan berpakaian rasmi lengkap diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat. Beliau turut dilantik semula sebagai ketua pembangkang.

Drama mereka berterusan ketika pemilihan Speaker Dewan Rakyat selepas berakhirnya upacara angkat sumpah apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempersoalkan kewajaran pemilih yang dikehendaki menulis nama mereka pada kertas undian.

Walaupun ada yang tidak puas hati dalam kalangan pembangkang, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetap dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mengatasi Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang dicadangkan pembangkang dan anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee serta anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed sebagai timbalannya.

Gelagat para anggota Parlimen tahun ini juga dapat dilihat lebih lama menerusi siaran langsung di televisyen apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menambah masa siaran selama satu jam bermula 10 pagi setiap hari berbanding 30 minit sebelum ini.

Bagi pembangkang, mereka mempertaruhkan muka baharu yang menjadi ‘ayam sabung’ antaranya Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (PAS-Sepang) Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) dan N. Surendran (PKR-Padang Serai).

Akibat terlalu lantang bersuara, Surendran menerima padah setelah diarahkan keluar dewan dua kali sebelum digantung selama enam bulan kerana membuat tuduhan liar terhadap Pandikar Amin ekoran usul beliau ditolak Speaker.

Bagi pihak BN pula, walaupun tanpa suara lantang bekas anggota Parlimen Seri Gading Datuk Mohamad Aziz dan beberapa wakil rakyat ‘otai’ yang kini dinaikkan pangkat sebagai menteri dan timbalan menteri, peranan seluruh barisan kerajaan gandingan lama dan baharu itu tetap berusaha menegaskan dasar dan tindakan kerajaan serta menangkis hujah negatif dan tohmahan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang juga memegang portfolio Parlimen ternyata masih seperti dulu, sentiasa lantang dalam menangkis serangan pembangkang.

Beberapa nama seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin), Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas), Datuk Noh Omar (BN-Tanjong Karang) dan Datuk Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) juga berjaya memainkan peranan masing-masing sebagai pertahanan BN di Dewan Rakyat.

Beberapa menteri dan timbalan menteri juga menunjukkan keupayaan terbaik ‘mematahkan’ dakwaan dan menjawab isu yang dibangkitkan anggota pembangkang senior seperti jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kepada Anwar berhubung statistik kadar pengangguran di negara ini bersandarkan pengalamannya berkhidmat di sektor swasta dan bukannya sekadar membaca jawapan yang disediakan pegawai.

Warna sebenar Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching yang merupakan bekas pengetua dan pendidik berpengalaman luas turut terkeluar apabila sentiasa memperlihatkan sikap serius dan tegas serta tidak ‘memberi muka’ kepada anggota Parlimen yang dilihat tidak berminat untuk mendengar atau mempertikaikan jawapannya ketika sesi soal jawab.

Ketika sesi perbahasan, pembangkang terus-menerus melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan PRU13 apabila menjaja kononnya mereka berhak membentuk kerajaan selepas memperoleh 51 peratus undi popular.

Pihak kerajaan yang membidas sikap mereka menegaskan bahawa pembangkang tidak berhak menuntut undi popular kerana mereka bertanding mengikut lambang parti masing-masing berbanding BN.

Sudah lumrah wakil pembangkang sentiasa menentang segala apa yang dibuat kerajaan, bagaimanapun, bagi isu keselamatan dan kedaulatan negara terutama apabila Sabah diceroboh pengganas Sulu sehingga menyebabkan beberapa anggota penguatkuasa terkorban, mereka sekata dengan kerajaan.

Kerajaan dan pakatan pembangkang sepakat menggesa agar dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Mac lepas didedahkan kerana sekiranya ia dilengahkan, akan timbul syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Pada persidangan kali ini juga, tiga rang undang-undang yang dijadual dibacakan untuk kali kedua ditarik balik daripada Aturan Urusan Mesyuarat yang berkaitan dengan isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Rang Undang-Undang itu ialah Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Selain itu, sebanyak 12 rang undang-undang yang dijadual dibacakan kali kedua ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang yang membabitkan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Penjara (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2013.

Yang lain termasuk Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2013, Rang Undang-undang Rumah Perjudian Terbuka (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-undang Loteri (Pindaan) 2013.

Rang Undang-undang Pertaruhan Pool (Pindaan) 2013), Rang Undang-undang Fi (Jabatan Muzium Malaysia)(Pengesahan) 2013; dan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2013.

Bagaimanapun, pada mesyuarat kedua persidangan Parlimen 22 Okt lepas, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing, diluluskan.

Ini diikuti dengan kelulusan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2013 pada 24 Okt walaupun pembangkang membantah pindaan dan memperkecil usaha kerajaan untuk meningkatkan ketenteraman awam.

Dewan turut meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Okt lepas dan dibahaskan sehingga 3 Dis.

Dasar Kerajaan Berhasil Lahirkan Rakyat Kelas Profesional – Najib

Posted: 23 Dec 2013 09:49 PM PST

MAKKAH, 24 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha kerajaan memberi fokus terhadap dunia pendidikan berhasil melahirkan golongan rakyat kelas profesional yang berani bersaing di persada antarabangsa.

Perdana menteri berkata ini menunjukkan tahap keyakinan rakyat Malaysia semakin bertambah berbanding masa lepas.

“Jika tidak melalui pemberian biasiswa dengan peruntukan besar dan penubuhan institusi pengajian tinggi, tidak mungkin wujud golongan sedemikian dalam kalangan rakyat.

najib-1-malaysia-aman-stabil-janji-ditepati

“Mereka lebih terpanggil untuk melihat peluang di persada antarabangsa, tak rasa kekok atau tertekan untuk bersaing dengan orang lain,” katanya kepada wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan kerjanya di sini.

Usaha kerajaan yang tidak pernah kenal jemu akhirnya dapat meningkatkan tahap keyakinan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mencari peluang di pentas antarabangsa, katanya.

“Siapa dapat fikirkan mengenai projek pembesaran Masjidil Haram dan Menara Jam terbesar di dunia dengan penyertaan rakyat Malaysia dalam aspek-aspek berkenaan?” soal Najib.

Perdana menteri juga berkata lawatan kerja beliau di sini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dan juga antara rakyat dengan rakyat serta membuka pelbagai peluang kepada rakyat Malaysia.

Sambil menghargai layanan dan kemudahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada beliau untuk menyempurnakan ibadah umrah, beliau berkata melalui hubungan erat ini, membolehkan golongan profesional rakyat Malaysia menyertai projek-projek mega di serata dunia.

Najib berkata ini merupakan contoh terbaik kejayaan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia terkenal di persada dunia.

“Saya lihat dalam konteks pembangunan di Arab Saudi banyak peluang yang boleh diusahakan dan saya percaya beberapa peluang yang sedang difikirkan dan dibincang mungkin boleh jadi kenyataan tak lama lagi,” katanya.

Najib diberi layanan sebagai tetamu negara ketika tiba di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi sejak Sabtu lepas.

Najib kemudian bertemu 150 pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu menziarahi makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di dalam Masjid Nabawi pada sebelah malam.

Pada Ahad malam, Najib memasuki Makkah dan menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram.
Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D’Saji dalam suasana santai sambil bersarapan.

Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT