SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 15, 2013

UMNO Online - “Najib Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan Dan Kestabilan” plus 3 more

UMNO Online - “Najib Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan Dan Kestabilan” plus 3 more

Link to UMNO Online

Najib Cadang Dua Cara Tingkat Perjuangan Bagi Keamanan Dan Kestabilan

Posted: 14 Dec 2013 03:21 AM PST

TOKYO, 14 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mencadangkan dua cara bagi usahasama strategik Asean Jepun untuk meningkatkan perjuangan bagi keamanan dan kestabilan di rantau ini dan ia termasuk usaha memperkukuh pendekatan berasaskan peraturan bagi menguruskan hubungan antara negara di rantau ini.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun sempena ulang tahun ke-40 hubungan Dialog Asean-Jepun di sini hari ini, Perdana Menteri berkata pengukuhan peraturan dan norma akan membolehkan ketelusan dan ramalan yang dapat menggalakkan kepercayaan strategik.

Najib mengemukakan cadangan itu serta perkara-perkara penting lain dalam intervensi beliau pada sidang kemuncak itu yang dihadiri Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin-pemimpin lain Asean.

“Saya menyentuh mengenai kepentingan pembinaan institusi untuk memperkukuhkan Asean…anda perlu perkukuh ini…berasaskan peraturan dan ini termasuk peraturan undang-undang…ini perlu menjadi asas dalam penyelesaian masalah dalam Asean,” kata Najib, yang berada di sini sejak Khamis bagi lawatan kerja sempena sidang kemuncak sehari itu.

Najib berkata beliau turut mencadangkan agar usahasama antara Asean dan Jepun perlu diperluaskan lagi daripada sekadar membabitkan perkara kepentingan bersama.

“Saya menyentuh mengenai perlunya untuk kita melihat kepada nilai-nilai bersama, bukan hanya kepentingan bersama,” katanya.

Najib berkata untuk berbuat demikian, mereka perlu terlebih dahulu mengenal pasti nilai-nilai berkenaan, dan menurutnya beliau percaya kesederhanaan adalah satu daripada contoh nilai itu.

Perdana Menteri Malaysia berkata beliau juga menyentuh mengenai Doktrin Fukuda dengan beliau mengimbas semula sejarah doktrin itu.

“Hakikat kerajaan Jepun berikutnya terus komited dengan komitmen dibuat oleh Fukuda pada ketika orang tidak dapat membayangkan bahawa Asean akan muncul sebagai satu kuasa seperti hari ini…hari ini Jepun merupakan rakan dialog pertama dan banyak menyumbang kepada pertumbuhan Asean. Itu sendiri amat penting,” katanya.

Doktrin Fukuda, berasaskan ikrar dibuat Perdana Menteri Jepun ketika itu Takeo Fukuda, telah menjadi kerangka rasmi dasar luar Jepun terhadap Asia Tenggara sejak 1977.

Dalam ikrarnya kepada pemimpin dan rakyat Asean pada Ogos 1977 di Manila, beliau antara lain mengikrarkan bahawa Jepun akan sentiasa menjadi rakan kongsi baik Asean, berjalan seiringan dengan perkumpulan serantau itu dan rantau ini.

Najib berkata beliau turut menyentuh mengenai rancangan Jepun untuk menjadikan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) sebagai hab pendidikan teknologi bagi Asean serta tawaran Jepun untuk memberi biasiswa kepada pelajar Asean. – MediaUMNO

Dr Mahathir Conveys Pm’s Personal Message To Mandela’s Family

Posted: 14 Dec 2013 03:06 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 14 – Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who joined other world dignitaries Thursday in paying their last respects to former South African President Nelson Mandela, was in Pretoria as a personal representative of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

In a statement, the Foreign Ministry said Dr Mahathir also led his delegation to convey their condolences as well as Najib’s personal message to the family of the late anti-apartheid icon.

Mandela, 95, died at his home in Johannesburg on Dec 5 after battling a prolonged lung infection.

“The late Nelson Mandela and Dr Mahathir enjoyed a very close relationship, dating back to the challenging times when South Africa was under the apartheid regime,” the statement said.

It noted that Malaysia played a supporting role in South Africa’s preparations for its democratic election in 1994 which saw the country voting Mandela as its first black president.

Dr Mahathir was accompanied on the trip to South Africa by his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Malaysian High Commissioner Kennedy Jawan, business figure Tan Sri Lim Kok Wing as well as senior officials from the Prime Minister’s Office and Foreign Ministry. – MediaUMNO

Dr Mahathir Sampaikan Mesej Peribadi Najib Kepada Keluarga Mandela

Posted: 14 Dec 2013 03:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyertai orang-orang kenamaan dunia memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, berada di Pretoria sebagai wakil peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir juga mengetuai delegasinya untuk menyampaikan ucapan takziah mereka dan juga mesej peribadi Najib kepada keluarga mendiang ikon anti-Aparteid itu.

Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada 5 Dis selepas beberapa menderitai jangkitan paru-paru.

“Mendiang Nelson Mandela dan Dr Mahathir mempunyai hubungan yang amat rapat, yang terjalin semasa zaman-zaman mencabar apabila Afrika Selatan di bawah rejim aparteid,” kata kenyataan itu.

Ia menjelaskan bahawa Malaysia memainkan peranan yang menyokong persiapan Afrika Selatan untuk pilihan raya demokratiknya pada 1994 yang menyaksikan Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam yang pertama.

Dr Mahathir diiringi dalam perjalanan ke Afrika Selatan oleh isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Pesuruhjaya tinggi Malaysia Kennedy Jawan, tokoh ahli perniagaan Tan Sri Lim Kok Wing dan juga para pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar. – MediaUMNO

Puteri UMNO Kedah Hantar Pakaian Kepada Mangsa Banjir Di Pantai Timur

Posted: 13 Dec 2013 11:28 PM PST

ALOR SETAR, 14 Dis – Pergerakan Puteri UMNO Kedah hari ini menghantar dua lori penuh pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Terengganu.

Menurut Ketuanya Datin Norashimah Md Nowar, pakaian-pakaian tersebut disumbangkan oleh rakyat Kedah.

“Pakaian tersebut dijangka sampai ke Kemaman petang ini,” katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir melepaskan penghantaran itu di Seri Mentaloon di sini pagi ini.

Norashimah berkata pakaian tersebut yang dikumpul oleh kesemua 15 bahagian Putri akan diserahkan kepada Putri UMNO Terengganu untuk diagihkan kepada mangsa terutama di Kemaman dan Dungun.

Di samping itu seramai 30 sukarelawan Putri UMNO Kedah telah ke Kemaman dua hari lepas untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir manakala 40 orang lagi akan ke Dungun pada Isnin ini bagi tujuan yang sama, katanya.

Beliau berkata bantuan serupa termasuk anggota sukarelawan akan turut dihantar bagi membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT