SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 9, 2013

UMNO Online - “Patuhi Arahan, Elak Kerugian Akibat Banjir – Shahidan” plus 5 more

UMNO Online - “Patuhi Arahan, Elak Kerugian Akibat Banjir – Shahidan” plus 5 more

Link to UMNO Online

Patuhi Arahan, Elak Kerugian Akibat Banjir – Shahidan

Posted: 08 Dec 2013 07:56 AM PST

DUNGUN, 8 Dis – Masalah kerugian harta benda akibat banjir mungkin boleh dikurangkan jika orang ramai mematuhi amaran banjir yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mereka perlu mempelajari sesuatu di sebalik kejadian banjir kali ini agar lebih bersedia jika berlaku gelombang kedua nanti.

“Ada mangsa yang percaya rumah mereka tidak akan ditenggelami air dan enggan berpindah awal ke pusat pemindahan meskipun bantuan penyelamat sudah tiba di rumah mereka.

“Ini (kepercayaan itu) tidak lagi relevan kerana taburan hujan kini boleh menyebabkan kejadian banjir berlaku pantas tanpa diduga, yang akhirnya akan menyebabkan lebih banyak kemusnahan harta benda yang boleh dielakkan andai mangsa mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Taman Rakyat Jaya dekat Gong Pasir di sini hari ini.

Seramai 1,087 mangsa dari 267 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan itu sejak 4 Dis.

Pada lawatan itu, beliau turut memuji inisiatif mangsa banjir yang membeli khemah sendiri sebagai tempat perlindungan dan menyifatkannya sebagai pusat pemindahan banjir yang terbaik pernah beliau lawati setakat ini.

Mangsa Banjir Boleh Tangguh Bayar Balik Pinjaman Tekun

Posted: 08 Dec 2013 07:54 AM PST

BERA, 8 Dis – Kerajaan bersetuju membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi peminjam yang terjejas akibat bencana banjir.

Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir.

“Tekun bersedia menambah dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas ini.

“Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bera, Datuk A Rahman Hamzah.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, peminjam yang berhasrat membuat pinjaman tambahan perlu mengisi borang permohonan dan mengikut prosedur ditetapkan sebelum ia diluluskan.

“Tekun menyediakan dana tambahan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap usahawan agar mereka dapat menyambung perniagaan dengan lebih baik.

“Kepada peminjam yang berdisplin dan membuat bayaran mengikut jadual, Tekun bersedia menimbang sama ada jumlah bayaran pinjaman dikurangkan atau apa sahaja yang berpatutan bagi mengurangkan bebanan mereka,” katanya.

Saya Pantau Secara Dekat Perkembangan Banjir – Hishammuddin

Posted: 08 Dec 2013 07:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau terus memantau secara dekat situasi banjir yang melanda negara biarpun masih menjalani rawatan kerana saluran arteri jantung sempit.

“Saya sentiasa pantau secara dekat perkembangan yang berlaku kerana ia melibatkan tanggungjawab saya di kedua-dua kementerian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika ditemui di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Katanya, beliau juga sudah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meninjau kawasan yang berisiko menghadapi gelombang kedua dan bersiap saga untuk menghadapinya.

Semalam, Hishammuddin dalam kenyataan memaklumkan ATM sentiasa memantau perkembangan banjir yang berlaku serta bersiap sedia menghulurkan bantuan baik dari segi anggota mahupun aset yang diperlukan.

Katanya saban tahun, ATM terlibat secara aktif dalam operasi banjir.

Ketegasan Sultan S’gor Pertahan Hak Melayu, Bumiputera Dan Kesucian Islam Ditunggu Rakyat

Posted: 08 Dec 2013 07:52 AM PST

KLANG, 8 Dis – Ketegasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam mempertahan hak orang Melayu dan bumiputera serta kesucian agama Islam dilihat suatu tindakan yang ditunggu-tunggu rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara Tun Mohammed Haniff Omar.

Beliau berkata kebijaksanaan melalui ketegasan yang dizahirkan menerusi titah-titah baginda sebelum ini menunjukkan institusi raja di negara ini masih utuh dalam menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam.

Tambahnya, tindakan mempersoal ketiga-tiga perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan itu tidak seharusnya timbul kerana sumbangan dan peranan orang Melayu dalam membangunkan negara sangat besar.

“Semasa pembentukan Malaysia suatu ketika dahulu, penerimaan kewarganegaraan kaum Cina dan India adalah sumbangan yang tidak ternilai daripada raja-raja dan orang Melayu.

“Namun, dalam zaman pancaroba kini, ada sekumpulan pemimpin dan sebilangan kecil rakyat cenderung mempermain dan mempersoalkan isu-isu tersebut. Hati dan perasaan orang Melayu tidak lagi dipedulikan.

“Ia ibarat ‘grand design’ (rancangan besar) yang sedang digerakkan dan jika ia tidak dikawal dengan bijaknya, ia boleh menghancurkan negara, namun ketegasan baginda dalam menangani isu ini amat ditunggu-tunggu rakyat,” katanya dalam sembah ucapan pada Jamuan Teh Diraja bersama pesara kerajaan sempena ulang tahun ke-68 Keputeraan Sultan Selangor di perkarangan Istana Alam Shah hari ini.

Sultan Sharafuddin turut berkenan bersama pesara-pesara kerajaan itu pada majlis berkenaan yang masuk tahun ketiga penganjurannya.

Mohammed Haniff berkata pesara kerajaan yang menetap di negeri ini perlu bersyukur kerana berada di bawah naungan seorang sultan yang sangat prihatin terhadap rakyat malah sentiasa mengambil berat tentang keadaan semasa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh ketika ditemui berkata pesara kerajaan disaran menjadi agen transformasi rakyat dalam memperbetul kelemahan tanpa menyebelahi mana-mana parti politik.

“Sultan Selangor sendiri lantang mempertahan kesucian agama dan keistimewaan orang Melayu, maka kita perlu menggunakan segala pengalaman yang ada untuk memperbaiki kelemahan yang ada dengan menggunakan saluran yang betul agar keamanan negara terus terpelihara,” katanya.

Hasil Dan Kejayaan Pembaharuan Bergantung Kepada Tahap Kesediaan, Kata Zeti

Posted: 07 Dec 2013 11:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Hasil dan kejayaan mana-mana strategi pembaharuan bergantung kepada keadaan semasa dan tahap kesediaan sistem kewangan dan ekonomi secara keseluruhan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini.

Beliau berkata memandangkan China telah melaksanakan pembaharuannya sendiri, negara itu berpotensi untuk muncul lebih kukuh dan meneruskan kejayaan ekonominya yang telah diiktiraf abad ini dan untuk tahun-tahun mendatang.

Mengambil contoh Malaysia, Zeti berkata negara telah mengambil usaha peka untuk melaksanakan prasyarat kewangan dan ekonomi bagi membolehkan negara ini mendapat manfaat daripada pembaharuan kewangan yang melibatkan penyahkawalseliaan dan liberalisasi sistem kewangan negara.

“Ia telah dikekalkan agar penyahkawalseliaan dan liberalisasi seumpama itu akan memudahkan pembangunan sistem kewangan yang lebih cekap dan rancak dan sekali gus menyaksikan peruntukan sumber kewangan yang lebih berkesan secara keseluruhan.

“Meskipun liberalisasi seumpama itu mungkin membawa banyak manfaat tetapi ia juga mempunyai risiko yang perlu diuruskan dengan baik,” kata beliau di Mesyuarat Tahunan Perniagaan dan Persidangan Kewangan China 2013 di Beijing hari ini.

Zeti berkata, fokus pertama ialah kepada mengukuhkan kapasiti institusi pengantara kewangan untuk mengurangkan jurang prestasi di antara pengantara kewangan domestik dan antarabangsa.

“Memandangkan sistem kewangan Malaysia kini lebih kompleks, sofistikated dan pelbagai, pendekatan peraturan dan pengawasan juga bergerak seiring daripada peraturan terperinci dan preskriptif kepada pendekatan berasaskan risiko yang menggabungkan pertimbangan penyeliaan dan kekuatan mendalam dengan prinsip peringkat tinggi amalan terbaik,” kata beliau.

Selain daripada itu, pelbagai infrastruktur kewangan penting turut diadakan bagi meningkatkan fungsi kecekapan proses pengantaraan sistem kewangan secara keseluruhan.

Ini termasuklah infrastruktur untuk menyokong sistem pembayaran semula dan pelunasan/penyelesaian, kata beliau.

“Turut menyokong pertumbuhan sektor kewangan ialah pembangunan rangka kerja pengawasan, peraturan dan penyeliaan yang lebih baik,” kata Zeti.

“Pelaksanaan undang-undang ini telah mengukuhkan sektor kewangan Malaysia dengan menyediakan pendekatan konsisten kepada peraturan dan penyeliaan serta meningkatkan kuasa Bank Pusat mengambil langkah campur tangan yang tepat pada masanya berkaitan dengan aktiviti pengantaraan kewangan yang berlaku di luar sistem perbankan,” tegas beliau.

Sementara itu, dalam membina sistem kewangan yang stabil dan berdaya tahan, beliau berkata bank pusat telah memberikan lebih penekanan kepada rangkuman kewangan.

Ini termasuklah meningkatkan akses kepada sektor yang kurang mendapat layanan serta memperkenalkan saluran penyampaian berinovatif tinggi seperti cawangan runcit dan pejabat pos sebagai ejen pihak ketiga bagi meluaskan jangkauan perkhidmatan kewangan, kata Zeti.

Zeti berkata ini telah berjaya seiring dengan usaha untuk memastikan kesemua masyarakat berpeluang turut serta dalam sistem kewangan biasa.

“Usaha berterusan turut dilaksanakan bagi meningkatkan perlindungan dan pendidikan pengguna bagi memastikan amalan dan tingkah laku yang adil dan bertanggungjawab,” katanya.

Zeti berkata fasa akan datang transformasi ialah untuk terus mempromosikan akses inklusif kepada perkhidmatan kewangan, menggalakkan pembangunan rangkaian institusi kewangan, produk dan pasaran yang akan memudah dan memacu pembangunan sumber domestik baharu pertumbuhan serta mempercepatkan saling hubung serantau dan antarabangsa Malaysia.

Beliau berkata penggunaan teknologi juga akan dimanfaatkan dalam persekitaran baharu ini bagi meningkatkan kecekapan transaksi kewangan menerusi elektronik.

Najib, Brunei Sultan Open Bridge At Malaysia-Brunei Common Border

Posted: 07 Dec 2013 09:49 PM PST

LIMBANG (Sarawak), Dec 8 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam today officially opened a bridge at the Malaysia-Brunei Darussalam common border here to facilitate travel between the two countries.

Najib and Sultan Hassanal Bolkiah signed a plaque and cut a ribbon in a symbolic gesture to open the Friendship Bridge that goes across the Pandaruan River and connects the Limbang Division in Sarawak to the Temburong District in Brunei Darussalam.

The opening of the bridge is part of the programme during today’s day-long visit of Najib to Brunei Darussalam for the 17th Annual Leaders Consultation with Sultan Hassanal Bolkiah.

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib mahmud, Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman, Works Minister Datuk Fadillah Yusof and Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi were also present at the event.

The bridge, which is 189 metres long and 14 metres wide, was built at a cost of RM20.8 million.

The project was handled through negotiations of the Joint Project Team (JPT) and Bridge Management Committee (BMC), with the JPT meeting eight times and the BMC, thrice, in Kuala Lumpur and Bandar Seri Begawan.

The launch of the project at the site was held on Sept 13, 2011, and construction work began in May last year. The bridge was completed last month.

Today’s opening ceremony, which reflected the close relations between Malaysia and Brunei Darussalam, was held on the bridge.

Fadillah, in his message in a souvenir book on the event, said the bridge would facilitate travel between Limbang and Temburong and strengthen relations between Malaysia and Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT