SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 2, 2013

UMNO Online - “Mahasiswa Terus Diiktiraf UMNO, Jadi Jurucakap Perhimpunan Pemuda Dan Puteri” plus 9 more

UMNO Online - “Mahasiswa Terus Diiktiraf UMNO, Jadi Jurucakap Perhimpunan Pemuda Dan Puteri” plus 9 more

Link to UMNO Online

Mahasiswa Terus Diiktiraf UMNO, Jadi Jurucakap Perhimpunan Pemuda Dan Puteri

Posted: 01 Dec 2013 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR 1 Dis – Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) sempena Perhimpunan Agung UMNO mencatat sejarah kepada para mahasiswa apabila mereka diberikan peluang untuk berucap pada perhimpunan agung sayap UMNO.

Jika sebelum ini, hanya wakil kelab UMNO Luar negara akan berucap di Perhimpunan Agung UMNO, namun pada kali ini mahasiswa dan mahasiswi akan mempunyai wakil mereka di perhimpunan agung Pemuda dan Puteri.

Pengerusi Biro Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan jurucakap berkenaan akan membawa usul yang akan diagih-agihkan nanti hasil daripada usul yang diterima pada persidangan mahasiswa hari ini.

Menurut beliau sebanyak 36 usul dapat dikumpulkan dan daripada jumlah tersebut, 10 usul politik, 7 pendidikan, 10 ekonomi dan 9 daripadanya adalah usul agama dan ianya datang daripada anak muda yang sayang pada perjuangan UMNO.

"Walaupun pahit untuk ditelan tetapi anak muda yang ada di depan saya ini sayang pada perjuangan UMNO. Suara itu bukannya datang daripada pembangkang tetapi datang daripada pemimpin kita.

"Dalam dewan ini juga kita ada satu kejayaan. Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda tidak pernah kita dengar mahasiswa dan mahasiwi dijemput untuk hadir muktamar Pas…persidangan DAP….persidangan PKR.

"Tetapi hari ini mahasiswa dan mahasiswi bukan setakat hadir tetapi diberi ruang dan peluang untuk berucap memberi pandangan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Ini satu kejayaan bukan untuk kita banggakan…ini satu kejayaan sebab kita benar-benar rasa pentingnya mahasiwa dilibatkan dalam kita membuat satu-satu dasar.

"Dan mahasiswa boleh menilai parti yang mengiktiraf sumbangan mereka dalam membentuk kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini, hari ini.

Persidangan pada kali ini berkonsepkan ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas. Pesertanya terdiri daripada 75 orang wakil KULN dan 75 orang daripada mahasiswa dalam negara.

Sementara itu pada sidang media, Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata peluang yang diberikan kepada mahasiwa dan mahasiswi untuk berucap buat pertama kalinya di perhimpunan sayap tentunya akan memberi suntikan semangat kepada golongan tersebut dalam pembinaan negara.

"Usul dan persetujuan yang dicapai tadi sebahagiannya berhubungkait dengan institusi muda, peremajaan dapat dibangkitkan pada persidangan sayap dan baki mengenai dasar samaada pendidikan, ekonomi, agama dan politik boleh nanti kita asingkan untuk dibawa pada persidangan agung UMNO.

"Proses seterusnya saya difahamkan akan dipilih di kalangan mereka untuk dimasukkan dalam senarai jurucakap. Mereka ini akan duduk untuk pengagihan usul kelak dan jurucakap tersebut bawa mandat PEMANAS. Jurucakap ini kena kupas nanti," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati perjalanan dan kejayaan Persidangan Mahasiswa Nasional hari ini.

"Sangat puas hati..sambutan baik percaya PEMANAS ini dapat kita jadikan salah satu kaedah untuk diteruskan. Kenapa saya katakan berpuas hati… Ini benda baru..kalau tidak ada sambutan baik dan kerjasama daripada semua pihak saya percaya apa yang kita laksnakan ini akan temui kegagalan dan kepuasan itu dapat saya kongsi bersama dengan yang lain," katanya. -MediaUMNO

shabery-cheek-mahasiswa-nasional-kelab-umno-luar-negara-perhimpunan-2013

mahasiswa-nasional-kelab-umno-luar-negara-perhimpunan-2013

Johor Waits For Federal Government’s Stand On Singapore Spying Againts Malaysia

Posted: 01 Dec 2013 03:55 AM PST

PASIR GUDANG, Dec 1 – The Johor government will only decide and act on Singapore’s alleged spying activities against Malaysia after the federal government states its stand on the issue.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said for the time being, cancelling all investments made between the Johor government and Singapore was not the best way to resolve the issue, but would only affect Malaysia-Singapore bilateral relations that had been established for so long.

“The relations are at various levels – government to government, state government to Singapore government, people to people and government to people.

“As for investments, these also come from Singaporeans and not only from the Singapore government. So, let’s not punish all because of one issue,” he said after attending a mass circumcision ceremony in Kampung Plentong Utama, here, today.

Khaled was asked to comment on the calls and suggestions by some non-governmental organisations for the state government to review and cancel all investments made by Singapore following the disclosure on Singapore’s spying activities against Malaysia.

A news portal recently reported on secret documents leaked by American intelligence whistleblower Edward Snowden that Singapore was helping to spy on Malaysia.

Khaled said he appreciated the views of the NGOs which showed their awareness and sensitivity to issues involving the country’s sovereignty.

“In my view, their (NGOs) suggestion is apt but we should bear in mind that the investments come from the private sector (in Singapore).

“We should not decide to disrupt things if the investing individuals or companies have nothing to do with the Singapore government’s activities,” he said.

On Friday, two NGOs, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) and Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri (Gabung) lodged police reports on the Singapore government’s spying activities against Malaysia.

They urged the government to take stern action to resolve the issue.

Malaysia On Track To Achieving RM160 Bln In Bilateral Trade With China

Posted: 01 Dec 2013 03:38 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 1  - Malaysia is on track to achieving the targeted US$160 billion in bilateral trade with China within the next five years.

This said International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed has also been made possible with the full implementation of the Asean-China Free Trade Agreement and the recently signed Malaysia-China Five Year Economic and Trade Cooperation Programme.

“With the continuous and active support of the local business community, Malaysia is on track to becoming only the third Asian country to surpass US$100 billion in trade with China.

” Last year, bilateral trade between Malaysia and China, stood at more than US$94 billion.

“This makes China, Malaysia’s largest trading partner. It also makes Malaysia, China’s largest trading partner among the Asean countries. I am confident that the targeted US$160 billion in bilateral trade between the two countries within the next five years is achievable,” he added.

He also said Malaysia should do more to encourage the flow of Foreign Direct Investments (FDIs)from China.

“As of 2012, Malaysia’s cumulative FDI into China stood at US$6.3 billion. Malaysia and China are committed to providing various opportunities to deepen our economic engagement,” he said in his keynote address at the opening of Malaysia-China Enterpreneur Conference 2013 (MCEC), here today.

Mustapa said the Five year Economic and Trade Cooperation Programme signed during Chinese President Xi Jinping’s visit to Malaysia last October, would take bilateral trade relations between both countries to a higher level.

He said the programme, coordinated by his ministry and China’s Ministry of Commerce (MOFCOM), outlined specific areas of economic and trade cooperation.

Later at a press conference, Mustapa said over the next five years, China is encouraging huge outward investments.

“It is about US$500 billion over a five-year period, which is US$100 billion per annum. That’s the amount of money Chinese companies are investing overseas.

“I’ve been telling my people (at the ministry) if we can get five per cent of that at US$5 billion, it would be a big success.

“But it may be difficult to get this, as we only have around US$1 billion (at present) in Chinese investment in the country. So, that is the challenge, and we have to work harder to try and secure a share of the US$100 billion,” he said.

Co-organised by the Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) and TNT Express Malaysia, the third installment of the MCEC today saw the participation of 500 international participants and some 800 locals.

The conference serves as a platform for business exchange for the Malaysia-China market, while providing opportunities for an exchange of ideas.

This is alongside the exploration and expansion of networking, leading to an overall improvement and increase in trade exchange and collaboration between both countries.

Ingat Asas Perjuangan Parti – Tengku Adnan

Posted: 01 Dec 2013 03:31 AM PST

tengku-adnan-mansor-setiausaha-agung-umno

KUALA LUMPUR, 1 Dis  - Walaupun UMNO kini menjangkau 67 tahun penubuhannya, namun asas perjuangannya demi kepentingan bangsa Melayu, agama Islam dan tanah air tetap sama dahulu, kini dan selamanya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata asas perjuangan UMNO bukanlah untuk menjaga kepentingan individu tertentu.

Sehubungan itu, beliau berkata anggota parti tidak perlu menyalahkan UMNO sekiranya hasrat mereka menyertai parti tonggak Barisan Nasional untuk mendapat laba peribadi tidak kesampaian.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan tengah hari perwakilan Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

“UMNO tidak pernah salah, yang salahnya kita orang dalam UMNO… masuk bahagian sahaja hendakkan jawatan itu ini, ada juga yang berhajat nak jadi timbalan menteri, menteri lah dan sebagainya. Bukan itu yang kita patut kejarkan dan bukan itu sebenarnya asas (perjuangan) kita,” katanya.

Malaysia Menangi Kerusi Majlis IMO Untuk Penggal 2014-2015

Posted: 01 Dec 2013 03:28 AM PST

KLUANG, 1 Dis - Malaysia memenangi kerusi majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi kategori C untuk penggal 2014-2015, pada persidangan agung IMO di London, Sabtu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa mengumumkan perkara itu berkata Malaysia yang menawar diri merebut kerusi berkenaan berjaya memperoleh 125 undi daripada 170 anggota dalam kategori berkenaan.

“Malaysia berjaya dipilih semula buat kali kelima berturut-turut yang sekali gus mencerminkan kegemilangan negara dalam memainkan peranan bagi sektor maritim di pentas dunia.

“Selepas memenangi kerusi Anggota Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bagi penggal 2013-2016 bagi kategori Bahagian III baru-baru ini, kejayaan terbabit merupakan pencapaian yang amat membanggakan negara kerana ia satu pengiktirafan dan penghargaan di kalangan masyarakat maritim di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program berkhatan dan penutup 1Komuniti 1JPJ Parlimen Sembrong, di Felda Kahang Barat, di sini, Ahad.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata rombongan delegasi Malaysia diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Long See Wool.

Beliau berkata pemilihan majlis itu merupakan program utama dalam perhimpunan agung IMO yang berlangsung setiap dua tahun dan selain pemilihan, perhimpunan terbabit turut membuat ketetapan dasar berhubung hala tuju dan kegiatan IMO.

IMO merupakan agensi pakar yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan keselamatan maritim, keberkesanan pelayaran, pencegahan serta kawalan pencemaran laut yang dihasilkan kapal.

Sementara itu, mengulas pelantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Hishammuddin berkata ia menunjukkan sikap terbuka dan keberanian Umno dalam melakukan transformasi.

Selaku Naib Presiden, Hishammuddin menegaskan beliau memberi sokongan padu kepada Mohammad Kazim dan menasihatkannya supaya tidak lemah semangat dan menoleh ke belakang apabila dikecam sesetengah pihak.

“Apabila terdapat serangan peribadi terhadap seseorang yang diberi penghormatan di dalam Umno maka ini menunjukkan mereka terutamanya pembangkang bimbang dengan Umno yang inklusif dan terbuka dalam memilih pemimpin,” katanya. 

BN Bangunkan Masyarakat India Secara Berterusan – Najib

Posted: 01 Dec 2013 12:05 AM PST

MELAKA, 1 Dis -  Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membangunkan masyarakat India dan ia merupakan proses berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan pengagihan kekayaan negara dilakukan secara adil dan saksama serta bersifat inklusif kepada semua masyarakat.

“Sebagai sebuah kerajaan kita sentiasa mengusahakan untuk memastikan dasar-dasar negara yang ditunjangi BN merupakan dasar-dasar yang lebih adil, saksama dan pengagihan kekayaan dan peluang dalam semua lapangan bersifat lebih inklusif supaya setiap kelompok masyarakat tidak mengira majoriti atau minoriti akan merasakan di bawah BN mereka boleh mendapat masa depan lebih baik lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-67 di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Najib berkata beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN bertanggungjawab mendengar pandangan dan cadangan dari semua parti komponen B Nserta rakyat Malaysia mengenai kekurangan atau kelemahan yang perlu ditambah baik.

“Inilah sifat yang saya amalkan selama empat setengah tahun dahulu, saya  memulakan proses untuk memperbaiki  kedudukan kaum India sebab pilihan raya umum 2008 memberi isyarat bahawa masyarakat India memerlukan perhatian yang lebih serius daripada kerajaan BN,” katanya.

Perdana Menteri berkata usaha untuk menyelesaikan permasalahan kaum India telah dilakukan dan hasilnya sokongan kaum itu kepada BN telah pulih.

Sebagai contoh, katanya dari segi pendidikan, gred purata nasional (GPN)  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah menunjukkan peningkatan kepada 2.31 pada 2013 berbanding 2.58 pada 2010 dan hanya berbeza 0.04 dengan GPN  Sekolah Kebangsaan pada tahun ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau belum berpuas hati dengan pencapaian itu kerana merasakan masih ada ruang yang boleh diperbaiki.

“Sokongan kaum India telah meningkat tetapi saya merasakan sokongan itu bukan sokongan besar-besaran, sebab itu saya anggap ia satu usaha berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menafikan Bajet 2014 hanya memperuntukkan 0.08 peratus daripada keseluruhan RM264  bilion kepada kaum India.

Katanya pelbagai peruntukan menerusi kementerian-kementerian seperti pembinaan perumahan untuk rakyat juga melibatkan kaum India.

“Kita tidak sibuk naikkan gaji tinggi padahal mereka (kerajaan Selangor) kata berjuang untuk rakyat…jangan jadi hipokrit,” katanya merujuk pada kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor  antara 87 hingga 373 peratus.

Program KULN Jadi Komponen Penting Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013

Posted: 01 Dec 2013 12:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penyertaan seramai 150 orang kepimpinan mahasiswa dalam dan luar negara ke Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) sempena Perhimpunan Agung UMNO adalah sesuatu yang amat bermakna di kalangan pelajar kerana ianya menjadi sebahagian daripada sistem Perhimpunan Agung UMNO itu sendiri.

Jelasnya, program sebegini adalah satu komponen penting untuk suara anak muda didengar, ditapis dan dilihat oleh kepimpinan tertinggi UMNO serta menerapkan kewajarannya untuk UMNO melangkah terus ke hadapan.

"UMNO telah melalui satu transformasi besar sebagaimana yang kita lalui dan praktikkan dalam sistem pemilihan baru-baru ini. Kita menyerahkan masa hadapan UMNO kepada rakyat.

"Malah UMNO juga melalui transformasi, lebih sensitif kepada kemahuan anak-anak muda. Saya rasa tiada parti lain yang menyediakan platform sebegini besar kepada anak-anak muda secara formal. Dahulunya hanya melalui sayap-sayap tetapi kali ini melalui satu lagi institusi yang dianggap besar iaitu di kalangan mahasiswa.

"Kita mahu dengar apa yang patut kita buat. Jika selama ini kita buat tentang anak muda hanya melalui apa yang kami fikir baik tetapi sekarang kita mahu anak muda itu sendiri beritahu apa yang patut kita buat untuk diri mereka.

"Inilah satu proses mencari suatu konsep yang lebih bermakna untuk UMNO melangkah jauh ke hadapan," jelasnya dalam sidang media selepas memberi ucaptama Majlis Persidangan Kelam UMNO Luar Negara di PWTC hari ini.

Dalam ucapannya pula Shabery berkata, UMNO adalah sebuah parti yang unik dan menjadi peneraju kepada Barisan Nasional (BN) yang menjadi pengikat kepada 14 parti lain.

Jelas beliau sistem pengkerajaan sediada di negara ini digerakkan oleh parti politik dan sejak dahulu lagi BN lah yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk meneraju negara.

Oleh itu tambah beliau lagi, UMNO selaku tulang belakang kepada BN dan kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik agar UMNO itu sendiri terus relevan dan dipercayai rakyat.

"Sebab itu salah satunya kita memberi perhatian khas kepada golongan mahasiswa iaitu golongan bakal pemimpin negara. Melalui Perhimpunan Agung UMNO ini kita memberi pengiktirafan kepada mahasiswa. Suara mereka kita dengar," ujarnya lagi.

Persidangan KULN pada kali ini berkonsepkan ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas. Pesertanya terdiri daripada 75 orang wakil KULN dan 75 orang daripada mahasiswa dalam negara.

Peserta akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan bakal membincangkan salah satu tajuk daripada empat tajuk utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

Melalui persidangan ini juga, jurucakap bagi perwakilan mahasiswa akan dipilih untuk bercakap di Perhimpunan Agung UMNO. - MediaUMNO

shabery-cheek-mahasiswa-nasional-kelab-umno-luar-negara-perhimpunan-2013

mahasiswa-nasional-kelab-umno-luar-negara-perhimpunan-2013

UMNO Kedah Bersemangat Baharu, Mahu Kongsi Rahsia Tawan Semula Kedah

Posted: 30 Nov 2013 07:39 PM PST

ALOR SETAR, 1 Dis — Setelah tewas dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan hilang kuasa pentadbiran ke atas Kedah, Umno Kedah sering dikatakan lemah dan lesu untuk bangkit daripada saat mengecewakan itu.

Malah sejak itu pada Perhimpunan Agung Umno setiap tahun, Umno Kedah diberikan “nasihat” daripada pemimpin dan perwakilan parti dari negeri lain tentang usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk merampas kembali negeri ini daripada pakatan pembangkang.

bn_menang_kedah_senang

Setelah PRU13 berakhir, lain pula keputusannya apabila Umno dan BN Kedah yang dikatakan lemah dan lesu itu bangkit untuk merampas semula negeri ini ketika di beberapa negeri, Umno dan BN mencatatkan keputusan yang lebih teruk berbanding PRU12, sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Pada PRU13, BN Kedah yang ditunjangi Umno memenangi 10 daripada 15 kerusi Parlimen dan 21 daripada 36 kerusi DUN berbanding hanya empat kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN sebelum itu.

Apakah rahsia Umno dan BN Kedah untuk bangkit semula dalam keadaan sokongan kepada BN dan Umno didakwa merosot di seluruh negara ?

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz berkata Umno Kedah akan berkongsi rahsia kejayaan itu dengan para perwakilan Umno yang lain pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di ibu negara selama enam hari mulai Isnin sebagai persediaan menghadapi PRU14.

Katanya perhimpunan agung kali ini merupakan yang pertama selepas Umno dan BN berjaya merampas semula Kedah daripada pakatan pembangkang pada PRU13 lalu.

“Semangat Umno di Kedah kini lain. Jika dahulu selama lima perhimpunan agung kami datang sebagai wakil negeri yang dikuasai pembangkang tetapi kini kami datang dengan semangat baharu sehingga ke peringkat akar umbi hasil kemenangan kami,” katanya.

Menurutnya, dalam memenangi hati rakyat, Umno Kedah telah melakukan pelbagai cara tetapi akhirnya cara yang mudah dan lebih jimat yang berjaya membantu Umno Kedah menawan semula Kedah.

“Pada peringkat awal (kalah), kami sering mengadakan program secara besar-besaran tetapi sebenarnya tak berkesan kerana yang datang adalah ahli parti. Akhirnya kami lakukan usaha untuk lebih mendekati pengundi atas pagar dan memanfaatkan kegagalan pembangkang (mentadbir kerajaan negeri ketika itu) untuk beri kelebihan kepada BN. Perkara ini akan kami kongsikan dengan negeri-negeri lain,” katanya.

Katanya perkongsian seperti itu amat penting kepada Umno dan BN bagi memastikan sokongan kepada Umno dan BN di seluruh negara akan bertambah baik bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Semangat nak menang ada…tetapi juga penting adalah semangat untuk deliver merupakan cabaran paling berat dalam konteks Umno sekarang. Kami (Umno Kedah) dah buktikan pada PRU lalu, walaupun kita berbelanja sedikit (untuk program), sesuai dengan keadaan kita negeri yang dikuasai pembangkang, tapi kita menang,” katanya.

Othman berkata selain itu, Umno Kedah juga melihat Perhimpunan Agung Umno ini penting untuk merapatkan kembali saf terutama di peringkat akar umbi berikutan transformasi yang berlaku dalam pemilihan parti baru-baru ini.

“Bila pemilihan, ada menang dan ada yang kalah. Harap perhimpunan ini akan menjadi titik tolak kepada penyatuan kembali supaya kita boleh tumpukan kepada usaha-usaha untuk deliver kepada rakyat.

“Kita kena terima hakikat pemilihan baru-baru ini pasti ada sedikit perpecahan tetapi ini peluang kita untuk rapatkan saf, tunjukkan prestasi baik kita. Kalau masa PRU kita mantap, kini kita kena tingkatkan prestasi,” katanya.

Othman berkata pemilihan baru-baru ini memberi ruang yang lebih besar kepada anggota Umno untuk memilih pemimpin mereka bagi memastikan pembaharuan sentiasa berlaku dalam parti itu.

“Di Kedah sendiri, enam daripada 15 ketua bahagian adalah muka baharu untuk menerajui bahagian masing-masing. Gandingan lama dan baharu ini penting untuk kesinambungan dan memberi nafas baharu kepada Umno Kedah,” katanya.

Sementara itu, katanya pada perhimpunan agung nanti, perwakilan Kedah yang membawakan usul ekonomi akan menumpukan kepada usaha pelaksanaan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera kerana ketika ini dasarnya cukup bagus tetapi usahanya tidak begitu baik.

“Dalam isu agama pula, tumpuan kita adalah kepada cabaran yang dihadapi agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan ketika ini. Dalam konteks ini termasuklah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Syiah dan keganasan yang didakwa dilakukan oleh orang Islam,” katanya.

Kelantan UMNO To Focus On Empowering Bumiputera Economy

Posted: 30 Nov 2013 07:10 PM PST

KOTA BAHARU, Dec 1 — Kelantan Umno will be emphasising on bumiputera economy empowerment, increasing human capital and bumiputra equity ownership at the Umno general assembly on Dec 2 until Dec 7.

Its liaison secretary Datuk Hanafi Mamat said the state delegation would also emphasise on increasing non financial assets and creating more information technology and communication-based bumiputera entrepreneurs.

He told Bernama that the assembly would be attended by many divisonal leaders comprising new faces who would be expected to provide input and trigger new ideas in their speeches and debates.

Hanafi who is also Pasir Mas division chief said Kelantan Umno would be sending 196 delegates representing 14 divisions while its Wanita, Youth and Puteri wings, 201 delegates.

Meanwhile, Umno veteran Datuk Hasan Haron Umno said Kelantan must use the assembly to share and seek new ideas to make Umno a party that the people would favour.

“The conference of more than 5,000 people of various levels and backgrounds will immensely and effectively produce ideas towards strengthening the party struggle particularly in Kelantan,” said the Universiti Utara Malaysia adjunct professor.

Hasan said the assembly would be an arena for the young generation in the youth and puteri wings to bring their ideas to the fore, on how the party could win the support of the group.

“Umno must realise that support from the young generation is very important for the future including to secure victory in the 14th general election. The opposition is also racing to draw the young generation to their side,” he said.

MT UMNO : “Saya Masih Belum Buat Keputusan,” Kata Ustaz Kazim Elias

Posted: 30 Nov 2013 06:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Pendakwah bebas terkenal, Ustaz MohammadKazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

“Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.

ustaz-kazim-ceramah-hijrah-umno-pas-ahli-majlis-tertinggi-setapak-jawatan

“Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.

Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.

Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.

Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

“Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan,” katanya.

Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.

Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.

“Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT