SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 28, 2013

UMNO Online - “Penganjuran Himpunan Guling Kerajaan Terus Dikecam” plus 7 more

UMNO Online - “Penganjuran Himpunan Guling Kerajaan Terus Dikecam” plus 7 more

Link to UMNO Online

Penganjuran Himpunan Guling Kerajaan Terus Dikecam

Posted: 27 Dec 2013 10:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik terus mengecam usaha pihak tertentu menganjurkan perhimpunan mengguling kerajaan minggu depan.

Dari Perlis ke Johor hinggalah ke Sabah dan Sarawak, mereka memberi mesej jelas menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap pihak di sebalik usaha mencetuskan huru-hara itu di samping mengingatkan rakyat agar tidak terjebak dengan dakyah yang disebarkan.

Di KANGAR, Puteri Umno Perlis merayu generasi muda untuk tidak bersekongkol dengan kumpulan yang berniat merosakkan masa depan negara melalui perhimpunan  31 Dis itu.

“Perhimpunan itu memudaratkan rakyat dan boleh membawa kerugian dan kerosakan harta benda,” kata Ketuanya, Zuraidah Zainal Abidin sambil memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis di sini sebagai membantah perhimpunan itu.

Di KUALA TERENGGANU, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Daerah Kuala Terengganu menegaskan cubaan mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan adalah tindakan yang sangat biadab kerana kerajaan sedia ada telah dipilih mengikut undang-undang dan perlembagaan negara.

“Kita juga khuatir perhimpunan itu bakal merosakkan belia negara, dan Pekida menyokong tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa kelak,” kata Pengerusinya, Ahmad Syukri Abdullah kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, Belia 4B, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Belia Felda Hulu Terengganu turut membuat laporan polis membantah perhimpunan itu.

Di BERA, Pengerusi Persatuan Bekas Polis Daerah Bera Chong Nyee Lai berkata rancangan perhimpunan itu dilihat tidak relevan langsung, sebaliknya lebih bertujuan menimbulkan huru-hara.

“Rakyat perlu beri sokongan kepada kerajaan yang ada kerana sudah banyak dilakukan kerajaan untuk membela nasib rakyat ketika ini,” katanya.

Lebih 200 orang berkumpul secara aman bagi membantah perhimpunan yang dirancang itu, antaranya anggota Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Bera, Persatuan Ketua Kampung Daerah Bera, Majlis Belia Felda Wilayah Mempaga, Persatuan Bekas Veteran Tentera Bera, Persatuan Bekas Polis, Persatuan Warisan Anak Pahang, Persatuan Belia Kerayong dan Pertubuhan Peladang Bera.

Di KUANTAN, jurucakap Umno Bahagian Paya Besar dan Kuantan, Zaiton Mat berkata kerajaan tidak perlu lagi berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan huru-hara dan menyifatkan perhimpunan itu sebagai satu penghinaan kepada sistem demokrasi berperlembagaan.

Menurutnya laporan polis yang dibuat hari ini di IPD Kuantan antara lain menggesa pihak polis bertindak awal menahan individu yang terbabit merencana perhimpunan itu.

Di PENDANG, kebimbangan serupa dinyatakan Pemuda dan Puteri Umno Pendang, dengan Ketua Pemuda bahagian itu, Mohamad Fadzil Zolkipli menegaskan ada alternatif lain untuk sesiapa sahaja menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan tanpa perlu menimbulkan kekacauan.

Di TAWAU, Ketua Polis Daerah itu ACP Awang Besar Dullah berkata tujuh laporan polis membantah perhimpunan guling kerajaan telah diterima pihaknya, yang terbaru daripada Puteri Umno Tawau diketuai pemimpinnya, Nazliah Ali.

Di IPOH, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, wakil sekumpulan empat NGO dan Pemuda Umno Ipoh Barat yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai satu bentuk pemberontakan yang perlu dihalang demi majoriti rakyat yang cintakan keamanan.

NGO berkenaan ialah Kesatuan Anak Muda Islam, Suara Anak Muda 1Malaysia, Gerakan Belia 4B dan Gabungan Kelab Kereta Negeri Perak.

Di KUCHING, Pengerusi Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu Sarawak (Adab) Shariff Busrah mendakwa mempunyai maklumat berhubung cubaan menjadikan Sarawak lokasi pertama untuk melancarkan perhimpunan menggulingkan kerajaan.

“Yang saya khuatiri agenda menggulingkan kerajaan ini dibuat di Sarawak (terlebih) dahulu sebelum (Himpunan Guling Kerajaan) dibuat di Semenanjung pada 31 haribulan,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Di SHAH ALAM, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Anak Polis Malaysia (PKAPM) Syed Abu Bakar Syed Ahmad berkata penganjur perhimpunan itu perlu sedar anggota polis juga perlu menyediakan keperluan persekolahan anak-anak tanpa perlu berdepan kemungkinan cuti dibekukan untuk menangani perhimpunan tersebut.

Beliau ditemui media selepas menyertai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan ‘Community Policing Malaysia’ membuat laporan polis di IPD Shah Alam.

Di GOMBAK, Pemuda Umno Gombak menyertai NGO seperti Belia 4B Gombak, Majlis Belia Daerah Gombak, Persatuan Belia Kg Sri Gombak Indah, Persegi Malaysia Gombak, Pertubuhan Generasi Setia Gombak dan MAYC turut membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan, Aidi Haris Anual berkata pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap peserta, penganjur perhimpunan serta penulis blog dan laman sosial yang cuba mempromosikan perhimpunan itu.

Di MUAR, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bakri, Azman Ismail menegaskan selain mengancam keselamatan negara, perhimpunan itu merupakan “satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan” jika diteruskan.

Ketua Pemuda Umno Muar, Sallehudin Satar pula menggesa kerajaan menentukan perhimpunan yang dirancang berlangsung serentak dengan sambutan ambang 2014 itu dibatalkan.

“Jika tidak, ia akan hanya memalukan negara yang selama ini dikenali sebagai sebuah negara yang aman dan makmur,” katanya ketika ditemui selepas kedua-dua pergerakan bahagian itu mengadakan perhimpunan aman di pekarangan IPD Muar  selepas membuat laporan polis berhubung perhimpunan terbabit.-MediaUMNO

Malaysia Chosen As Theme Nation At Tokyo Book Fair 2014

Posted: 27 Dec 2013 10:13 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 27 – Malaysia is the first country in South East Asia to be chosen as Theme Nation at Tokyo International Book Fair 2014.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said it was in recognition of the  nation for achieving the status as Asia’s largest book hub.

“With this recognition, I am confident that we will be able to promote local works in the international arena,” he said on his Facebook page.

The prestigious book fair is scheduled to take place from July 2-5, 2014. Last year, South Korea was chosen as the Theme Nation. Malaysia is the ninth country to be given the status since it was established in 1998.-MediaUMNO

 

Civil Servants Urged To Submit Insurance Claims

Posted: 27 Dec 2013 06:59 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 27 – Civil servants with housing loan accounts with the Treasury can submit insurance claims if they were among the flood victims in Pahang, Terengganu and Johor recently.

The Finance Ministry said in a statement today, the insurance claim cover damage to building structures such as walls, floors, roofs, ceilings and loss to burglary.

It also includes burst water tank, injury to the public or third party in accidents at home, hotel expenses or house rentals during the repair period.

The Housing Loan Division hopes the victims immediately submit claims to speed up the payment of compensation.

The claims can be made by contacting the insurance company. More information can be found at http://bpp.treasury.gov.my or the flood help desk at 03-88802121.

 

Kerjasama Tiga Pihak Lahirkan Graduan Penuhi Pasaran Pekerjaan – Najib

Posted: 27 Dec 2013 06:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama erat antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bakal majikan serta pelajar mampu melahirkan graduan yang berkeupayaan bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

najib-ipt-mahasiswa-graduan-peluang-pekerjaan-malaysia

Perdana menteri berkata selain meningkatkan kualiti pendidikan, kerjasama itu adalah penting untuk memperkasa graduan, dalam bidang yang bakal diceburi.

“Saya percaya bahawa pemerkasaan modal insan adalah intipati penting dalam agenda pembangunan negara,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Dalam usaha melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran, kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha, antaranya membangunkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dan Modul Asas Pembudayaan Keusahawanan yang diajar di semua IPTA.

Siswazah yang sudah tamat pengajian juga diberikan peluang mengikuti program latihan khusus dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak industri seperti Khazanah Nasional Berhad, Multimedia Development Corporation (MDEC), Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat tempatan lain.

Selain itu, Program Penjodohan Siswazah turut dijalankan dengan industri melalui kerjasama dengan syarikat tempatan yang mencari dan menempatkan siswazah di industri yang bersesuaian.-MediaUMNO

Beban Sara Hidup : Antara Simulasi Pembangkang & Realiti Kehidupan

Posted: 27 Dec 2013 03:16 AM PST

Budak-budak pembangkang sekarang cuba mewar-warkan bahawa kos kehidupan di Malaysia ini terlalu tinggi sebab nak cari orang untuk kumpul ramai-ramai di Dataran Merdeka malam 31 Disember nanti.

Itu saja, bukan sebab memang realitinya kehidupan di Malaysia ini terlalu susah.

Kenapa penulis cakap macam itu?  Suka tak suka, harga minyak kita masih RM 0.68 sen lebih murah dari harga pasaran sebenar, tak mention subsidi-subsidi lain.

Penulis tidak ingin nak pergi satu persatu tentang fantasi pembangkang mengenai kos sara hidup ini, umpamanya RM 1,500 tidak cukup macam yang sedang hebat dihebohkan sekarang, sebab penulis percaya majoriti kita sendiri tahulah nak urus macam mana hidup dengan pendapatan yang ada.

Kira-kra mudah, kalau dengan gaji sekarang rasa-rasa tak mampu pakai kereta, jangan pakai kereta, beli motor dan sebagainya.

Jangan silap, ini bukan ada kena mengena dengan apa  menteri cakap, logiknya, bank pun tak akan lepas pinjaman kenderaan kalau dia tahu bakal peminjam tersebut tidak mampu nak bayar ansuran bulanan dengan pendapatan sedia ada, begitu juga rumah dan sebagainya.

Maka persoalan kena bayar ansuran kereta berapa berbanding pendapatan berapa, tidak akan menjadi isu pun.

warga-rakyat-bandar-kl-kos-hidup-harga-barang-naik

Ini semua orang tahu, yang tak tahu ni budak-budak yang baru belajar menatih nak hidup, tak faham apa lagi dan hanya nak faham apa yang dia mahu faham saja.  Jenis macam ini, pedulikanlah, sampai masa nanti dia faham sendiri.

Masa itu kenang-kenang, baru tahu "betapa bodohnya aku dulu".  Cakap pasal benda sama, budak yang dipertanggungjawabkan pembangkang untuk mengatur demonstrasi TURUN ini baru berusia 21 tahun, dia tahu apa pasal kos hidup?

Hidup pun mak bapak tanggung.

Penulis dah sebut dulu dan penulis akan sebut lagi.  Simulasi pembangkang pasal apa-apa kenaikan di Malaysia ini memang nampak sangat sengaja diperbesarkan.

Masa minyak naik contohnya, seolah-olahnya akan ada rakyat papa kedana dan berjalan kaki pergi kerja kerana tak mampu nak isi minyak, tapi realitinya, tak berlaku pun.

Selain itu, cuba tanya diri sendiri, berapa kali gaji meningkat dalam tempoh 5 tahun, dan berapa banyak kali pula minyak, tarif elektrik dan tol naik sepanjang tempoh itu?  Sekali atau dua saja, tak percaya tengoklah rekod.

Ini persoalan mudah, tapi ramai sangat orang terlepas pandang sebab terlalu nak ikut rentak pembangkang.

Keseluruhannya dalam soal kos sara hidup ini, ia adalah tentang cara macam mana kita mengadaptasi semua pilihan yang ada sebab tak semua benda dalam dunia ini boleh di kawal.

Tanpa sedar, kita semua buat itu (adaptasi) hari-hari pun.  Contoh adaptasi mudah, kenapa bila hujan, jalan sesak?

Percaya atau tidak, 40% darinya adalah disebabkan orang yang biasa naik motor, bawak kereta hari itu untuk pergi kerja.  Bawak motor sebab nak jimat minyak, guna kereta sekali sekala sahaja.

Itu baru satu cara menyesuaikan kos kehidupan dengan pendapatan.  Banyak lagi kalau nak diikutkan, tapi penulis tak merancang nak bagi syarahan pasal bab itu hari ini.

Nak diikutkan duit ni, berapa banyak duit yang cukup?  Dari pengalaman penulis, duit memang tak pernah cukup, kalau tak sebab cara mengurus kewangan tak betul, ada faktor-faktor luar jangka yang lain.

Semua orang tahu ini, tak payah berarak atas jalan pun boleh nampak.

Yang penting, pemimpin BN sedia ada tidak mengambil kesempatan atas peningkatan kos hidup ini dengan menaikkan gaji sendiri beratus persen macam pembangkang.  

Ini mulut cakap banyak sana naik sini naik, yang dia naik gaji sendiri berkali ganda guna duit rakyat tak nampak salah pulak?

mykmu.net

Perodua Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Rawang

Posted: 27 Dec 2013 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pembuat kereta nasional kedua, Perodua, menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Rawang, Selangor melalui rebat untuk khidmat menunda kenderaan, diskaun untuk gantian bahagian tertentu dan dan pemeriksaan percuma menilai kerosakan kenderaan Perodua yang terbabit.

perodua-logo-syarikat

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bantuan itu untuk meringankan beban mereka yang terlibat dalam bencana itu dan pelanggan boleh menghubungi talian pengguna Perodua 1800-88-6600 bagi mendapatkan makumat atau talian 1800-88-5555 untuk bantuan tunda Perodua Smart Assist.

Mengenai bantuan menunda, Aminar berkata pelanggan boleh menuntut sehingga RM100 daripada Perodua (mengikut syarat yang ditetapkan).

Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk bahagian tertentu yang diganti seperti bahan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih gasket enjin.

“Selain mangsa banjir di Rawang, kami juga telah menghantar bantuan ke pantai timur yang dilanda banjir teruk baru-baru ini termasuk sumbangan setakat ini sejumlah RM150,000 tunai dan barang kepada mangsa di Kuantan dan Kemaman serta menggerakkan sukarelawan Perodua untuk membantu pihak berkuasa di beberapa kawasan yang terjejas banjir,” kata Aminar.

Beliau berkata mangsa banjir itu turut melibatkan kakitangan Perodua dan syarikat itu memberikan bantuan khas bagi menolong mereka.

Tindakan Pada Penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan Disambut Baik

Posted: 27 Dec 2013 12:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pihak berkuasa keselamatan wajar mengambil tindakan keras dan tegas terhadap penganjur Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis kerana ia merupakan ancaman gerakan anarki ketara yang jika dibiarkan akan memporak perandakan negara.

Menurut para penganalisis sosial dan politik, perhimpunan itu jika tetap berlangsung bukan sahaja akan menyebabkan kemusnahan harta benda tetapi juga nyawa dan keselamatan awam serta mengetepikan hak yang sah majoriti rakyat yang cintakan keamanan.

bersih tiga

“Hanya empat hari tinggal sebelum tarikh itu untuk pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dalangnya. Majoriti rakyat yang cintakan keamanan ingin melihat ketegasan pihak berkuasa bertindak,” kata penganalisis sosial Dr Ibrahim Ghafar kepada Bernama hari ini.

Beliau khuatir tanpa tindakan tegas oleh pihak berkuasa, majoriti rakyat yang cintakan keamanan termasuk pelbagai pertubuhan silat yang sudah membuat laporan polis terhadap himpunan bertema ganas itu, juga akan turun ke padang untuk menyatakan penentangan terhadap himpunan itu.

“Hal inilah yang berlaku di Mesir, yang mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa apabila dua pihak iaitu penyokong dan penentang perhimpunan itu berperang sesama sendiri. Hingga hari ini pun belum pulih keadaannya yang sangat parah,” katanya.

Pada Selasa polis menahan aktivis pelajar Muhamad Azan Safar, 24, di Kampung Baru di sini kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaant. Azan, yang merupakan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dikatakan akan mengetuai perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru.

Pada Khamis, seorang penganggur berusia 25 tahun ditahan di Saratok, Sarawak kerana menghasut orangramai melalui akaun Facebook untuk menyertai perhimpunan itu.

SATU PENGKHIANATAN?

Pensyarah Jabatan Politik dan Kerajaan, Universiti Putra Malaysia (UPM)Prof Dr Jayum Jawan pula berkata jika himpunan itu memang bermatlamat untuk mengguling kerajaan yang sah, ia merupakan perhimpunan haram dan wajar dihentikan serta merta.

“Penganjur perhimpunan itu wajar ditangkap dan disoal siasat kerana menentang kerajaan yang sah. Persoalannya sekarang kerajaan yang dimaksudkan mereka itu siapa? Adakah Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong atau parti pemerintah?

“Ini dua perkara yang berbeza. Kalau dirujuk kepada yang pertama, perbuatan itu merupakan pengkhianatan terhadap negara. Jika ia bertujuan mengguling kerajaan yang memerintah yang telah dipilih dengan sah secara demokratik juga ia tetap merupakan kesalahan besar,” katanya yang menambah bahawa kalau tujuannya untuk tukar parti pemerintah maka tunggulah Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Jayum berkata perhimpunan yang dijalankan secara aman dan tidak melanggar undang-undang dan dasar utama negara wajar dibenarkan kerana ia sebahagian proses demokrasi matang untuk menunjukkan perasaan rakyat menyokong atau menentang sesuatu tindakan kerajaan.

PERBUATAN MEMUSNAHKAN SEMUA PENCAPAIAN NEGARA

Bagi pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib pula penganjuran himpunan itu sendiri merupakan suatu percubaan jahat untuk merosakkan institusi kerajaan, yang akan meruntuhkan semua pencapaian negara selama ini.

"Tindakan mereka ini bukan sahaja mensabotaj sistem politik dan kerajaan sebaliknya ekonomi dan keadaan sosial negara.

"Kita pada hari ini sedang bergelut dengan masalah ekonomi, sepatutnya mereka yang terlibat ini cuba mencari peluang untuk tarik pelabur datang sebagai contoh mengadakan himpunan untuk membantu usahawan tetapi malangnya mereka tidak berfikiran seperti itu," katanya kepada Bernama.

Tindakan mengguling sebuah kerajaan yang memerintah selepas dipilih pada pilihan raya tidak sepatutnya dilakukan melalui himpunan jalanan kerana ia pasti menjebak rakyat dengan masalah seperti yang melanda negara jiran, Thailand yang huru hara akibat usaha mengguling kerajaan.

Jika pihak yang membenci kerajaan dengan begitu sekali mempunyai niat baik untuk lahirkan negara yang mengembirakan semua pihak, kenapa tidak sama-sama berusaha membantu kerajaan yang dipilih mencapai matlamat itu," katanya, yang menambah jika hendak menukar kerajaan lakukan dalam aman pada pilihan raya.

Beliau berkongsi pandangan dengan Dr Ibrahim bahawa pembangkang yang baik akan mendidik penyokong mereka menyalurkan sebarang rasa tidak puas hati melalui saluran yang sah dan bukannya menyebarkan semangat untuk bertindak anarkis.

“Jangan anggap diri mereka sahaja yang boleh berhimpun dan bersuara hendak mengguling kerajaan kerana kerajaan juga banyak penyokongnya yang saya khuatir tidak akan berdiam diri lagi apabila berdepan ancaman dan tindakan keterlaluan pembangkang,” kata Dr Ibrahim.-MediaUMNO

BN Lepas Cabaran Dalam PRU Paling Di Nanti Pada 2013

Posted: 26 Dec 2013 11:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Rakyat Malaysia keluar mengundi pada 2013 bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa di Putrajaya, sebagai kerajaan persekutuan.

Kecuali Sarawak yang mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011, PRU13, yang disifatkan ibu segala pilihan raya, merekodkan sejumlah 13,268,002 pengundi berdaftar, 8,245 pusat mengundi dan 1,900 calon bertanding bagi merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walaupun Barisan Nasional (BN) hanya menang 133 kerusi Parlimen, kurang tujuh daripada yang dimenangi pada 2008, ia tetap menghancurkan cita-cita  pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya.

bn-menang-inklusif-tolak-rasis-ekstrim-haluan-kiri-pembangkang-pru13

Biarpun gagal merampas kembali Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN berjaya membentuk kembali kerajaan negeri di Kedah setelah menang 21 daripada 36 kerusi DUN, tambahan tujuh kerusi daripada hanya 14 kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini, selain menggugat cengkaman PAS di Kelantan dengan kemenangan 12 kerusi, berbanding enam kerusi yang dimenangi pada 2008.

Pakatan pembangkang yang kecewa, melontarkan tuduhan antaranya mendakwa kemenangan BN dibantu oleh 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi, selain menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak membuat sebarang penambahbaikan bagi memastikan PRU13 berlangsung dengan adil.

SPR dalam penafiannya menegaskan bahawa pelbagai penambahbaikan telah dilakukan antaranya memastikan daftar pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut SPR, sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan  12 angka yang unik sebagai pengenal pasti pendaftaran itu memastikan tiada ruang bagi sesiapa yang bukan warganegara sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak, malah tempoh berkempen juga turut ditambah kepada 15 hari, berbanding 13 hari pada PRU 2008.

Pakatan pembangkang juga menjadikan undi popular sebagai modal untuk terus mempertikai kemenangan BN berdasarkan jumlah undi sebanyak 5,623,984 yang diperoleh mereka, walhal sistem ‘first-past-the-post’ – parti pertama mencapai majoriti diisytihar menang pilihan raya – sudah diamalkan sejak PRU pertama pada 1959.

“Dalam konteks ini, walaupun parti pembangkang memperoleh jumlah besar undi iaitu sebanyak 5,623,984, mereka hanya memenangi 89 kerusi bahagian pilihan raya, manakala BN memperoleh jumlah undi sebanyak 5,237,699, namun dari sudut jumlah bahagian pilihan raya, BN memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen dan berhak membentuk kerajaan di peringkat pusat,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika menjelaskan perkara itu.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 itu juga menyaksikan kedudukan Umno, yang memiliki keanggotaan melebihi tiga juta, sebagai sebuah parti tunggak BN dan parti politik terbesar tanah air semakin stabil dan lebih kukuh meskipun berdepan pelbagai ujian getir.

Umno menguasai 88 daripada 133 kerusi yang dimenangi oleh BN dalam pilihan raya itu berbanding 79 daripada keseluruhan 140 kerusi BN pada 2008.

Keputusan PRU13 itu juga memperlihatkan penolakan pengundi Tionghua kepada MCA masih berterusan apabila parti terbesar kaum Cina itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 dan 11 kerusi DUN daripada 90 yang ditandingi.

Rentetan itu, Najib yang dipilih semula sebagai Perdana Menteri ketika mengumumkan barisan baharu Kabinet pada 15 Mei, tidak menyenaraikan anggota Parlimen MCA, selaras dengan resolusi parti itu yang tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet jika tidak mencatat kejayaan memberangsangkan.

MCA sebelum ini mengumumkan pendirian parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika prestasinya pada PRU13 lebih teruk daripada PRU12 apabila parti itu memenangi 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri.

Tidak sampai 100 hari selepas PRU13, negara sekali berdepan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai. Umno perlu bekerja keras mempertahankan kerusi itu bagi mengelak kedudukan kerusi DUN Terengganu menjadi 16-16, andai PRK yang berlangsung di bulan puasa itu memihak kepada PAS berdasarkan kepada jumlah 17 daripada 32 kerusi yang dimenangi BN selepas pilihan raya umum Mei lepas.

Kempen 16:16 yang giat diusahakan PAS di Kuala Besut bagaimanapun gagal mengubah sokongan rakyat, apabila BN menerusi calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi.

PRK Sungai Limau, Kedah  pada 4 Nov pula dimenangi calon PAS Mohd Azam Abd Samat yang mengekalkan kerusi itu dengan majoriti berkurang 1,225 undi. PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari BN, manakala PRK Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razakyang juga bekas Menteri Besar Kedah.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT