SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 19, 2013

UMNO Online - “Military Intelligence Can Sniff Security Threats – ATM Chief” plus 9 more

UMNO Online - “Military Intelligence Can Sniff Security Threats – ATM Chief” plus 9 more

Link to UMNO Online

Military Intelligence Can Sniff Security Threats – ATM Chief

Posted: 18 Dec 2013 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 18  - Malaysia’s military intelligence can sniff threats to security, including the alleged assault by the Abu Sayyaf group or the Moro National Liberation Front (MNLF).

Armed Forces Chief, Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin said the Malaysian Armed Forces (ATM) is conducting intelligence work with other countries including the Philippines government to obtain information on the rumours.

“We consider them as rumours spread by certain groups but this does not mean that we take them lightly,” he told reporters after attending the Malaysian Institute of Defence and Security conference (MiDAS TALK) 2013, here today.

Zulkifeli was asked about claims that Abu Sayyaf and the MNLF planned to attack Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) and Sukau Resort (Kinabatangan) yesterday and on Christmas day.

He said the security situation in Sabah has improved since the formation of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) and the Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE).

Toll And Electricity Price Hike : TWU Asks Govt To Consider People’s Income

Posted: 18 Dec 2013 04:02 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 18  - The Peninsular Malaysia Transport Workers Union (TWU) wants the government to reconsider its decision to raise the toll rate for highways and electricity tariff scheduled to be implemented simultaneously beginning next month.

TWU general secretary Tan Sri Zainal Rampak said the government could temporarily postpone the hike to enable discussions to be held again with the concession companies as the toll collection increased every year.

“The concession agreement between the government and the highway concession company represents a concurrence, thus on this factor, the government can renegotiate on the terms of agreement,” he said here today.

Zainal, who was also a former president of the Malaysian Trades Union Congress (MTUC), said the rise in toll rates and electricity tariff simultaneously was a shock to the low-income group because the new charges affected their daily expenses.

Yesterday, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Abdul Wahid Omar said that the new toll was for newly constructed highway projects and their concession holders must carry out a research before deciding on the rates.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) president and chief executive officer Datuk Seri Azman Mohd said the new electricity tariff was part of the government’s subsidy rationalisation programme to strengthen the country’s fiscal position and it would be good for the country’s economy in the long run.

Anjur Demonstrasi Malam Tahun Baru, Taktik Elak Malu Himpunan Tak Laku

Posted: 18 Dec 2013 03:53 AM PST

Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.

Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!

Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini.

Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.

Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan.

himpunan-bantah-gst-retorik-huru-hara-pembangkang-politik-gimik-sempit-anwar

Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.

Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.

Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut.

Tidak lama selepas, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan.

Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.

Pada satu ketika, dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama dia tetap mengangkat sumpah.

Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

anwar-pembangkang-parlimen-ketawa-tepuk-tampar-penyokong-luar-baring-guling-jalan

Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.

Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu.

Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.

Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru.

Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.

Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.

Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini.

Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.

Bazooka Penaka

Jangan Hanya Berani Di Belakang

Posted: 18 Dec 2013 03:33 AM PST

Ahli parlimen ultra kiasu nampaknya begitu sensitif dengan tulisan saya minggu lalu. Terus menyerang saya habis-habisan. Desak saya memohon maaf. Persoalan saya, kenapa gatal sangat menyerang saya tanpa usul periksa? Saya dituduh mengajar pembersihan etnik atau ethnic cleansing. Tuduhan ini amat berat.

Takkan saya tidak ada hak untuk membela diri? Kena pada orang lain tak apa, kena pada dia, tak boleh.

Ultra kiasu sungguh!

Sabar, sabar, sabar. Jika tidak boleh sabar, cari pasangan untuk mencurah masalah. Ultra kiasu menuduh saya tidak gentlemen, tidak boleh jadikan role model. Ada aku kisah!

Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi saya tidak akan menyerang tanpa tentangan. Cuba saudara semua kaji serangan ultra kiasu terhadap saya selama ini daripada serangan saya kepada mereka.

ustaz-mohd-ridhuan-tee-dap-rasis-ultra-kiasu-cabar-islam-melayu-malaysia

Kenapa saya menjadi target? Tidakkah ahli parlimen banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan. Nama pun wakil rakyat. Jagalah rakyat, terutama kebajikan mereka. Ini tidak, asyik jaga tepi kain orang. Kain sendiri bernajis, tidak pula dibersihkan.

Saya tidak perlu mendapat pujian atau penghormatan ultra kiasu. Saya kenal mereka. Mereka kafir harbi. Kafir harbi adalah musuh Islam. Perjuangan saya konsisten sejak dahulu. Sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat agama Islam atau menentang perlembagaan yang melindungi Islam dan umatnya, akan ditentang.

Saya yakin, keluarga saya, keturunan Tee, berbangga dengan apa yang saya perjuangkan, kerana saya memperjuangkan agenda negara, bukan agenda bangsa yang sempit.

Berbanding ultra kiasu, mendakwa mereka memperjuangkan semua kaum. Hakikatnya tidak. Bila mendapat kuasa, apa yang mereka mahu? Mahu lebih banyak sekolah Cina, Universiti Cina, industri Cina, Bandar Cina, dan semuanya Cina. Mana ada negara di dunia memberi semua ini kecuali di Malaysia?

Adakah ini wajar?

Cerminlah diri dahulu, di manakah kita berada? Kita berada di Malaysia, di kepulauan Melayu. Paling kurang hormatlah bangsa asal negara ini, hak dan sensitivitinya. Melayu sudah cukup bertoleransi dengan kita. Jangan biarkan mereka mengamuk.

Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya jadi begini? Lain, dari Cina yang lain. Jawapannya, saya dilahirkan keluarga yang sangat kecinaan di kampung hampir seratus-peratus Melayu. Melayu menerima Cina dengan baik walaupun bilangannya amat sedikit. Saya amat memahami Melayu.

Malangnya, saya diajar membenci Melayu sejak kecil. Melayu penipu, pengotor, dan macam-macam tuduhan lagi. Saya tidak nafikan ada betulnya. Ramai Melayu ketika itu tidak memberikan contoh yang baik. Sudah tentu yang baik mendapat pujian.

Sejak kecil, saya mencari jawapan, apakah benar orang Melayu dipersepsikan sedemikian? Kesempatan belajar agama Islam di sekolah rendah dan menengah telah mengubah persepsi tersebut. Bangsa Melayu dan agama Islam adalah dua isu berbeza.

Orang Melayu yang mengamalkan Islam adalah sebaik-baik Melayu. Saya memahami Melayu melalui Islam yang menjadi anutannya. Sebab itu, saya sangat sayangkan Melayu yang beramal dengan Islam. Akhirnya, saya memeluk Islam. Islam menjadi darah daging hingga ke akhir hayat ini.

Saya hanya akan berlembut dengan ultra kiasu, meskipun tidak memeluk Islam, hanya, jika mereka lembut atau menerima sistem Islam dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu. Umat Islam berhak mendapatkan haknya dalam negaranya sendiri.

Umat Islam yang menjadi minoriti tidak pernah diberikan hak mereka di negara yang diperintah majoriti bukan Islam. Lihatlah nasib umat Islam di Singapura, China dan India. Peliknya apabila bukan Islam berada dalam negara Islam, mereka mahukan semua hak mereka dipenuhi. Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana boleh dikatakan semua hak mereka telah diberi.

Malangnya, mereka tidak pernah merasa cukup. Sentiasa mahu lebih. Adakah ini wajar? Saya tidak kata, kerajaan hari ini telah sempurna. Saya akui, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Begitu juga dengan UMNO. Tetapi jangan mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam hari ini. Ultra kiasu bertindak seperti gergaji dua mata. Kiri kanan mereka lipat, dan sapu.

Rakan-rakan saya selalu menasihatkan, demi dakwah, janganlah berkeras dengan ultra kiasu. Perbuatan saya menjauhkan mereka dari Islam. Saya disarankan supaya membimbing mereka memahami Islam. Mudah-mudahan ultra kiasu memeluk Islam.

Saya akui, memang kerja kita sebagai dai' (pendakwah) membawa mereka kepada Islam. Tetapi, hakikat sebenar tidak sedemikian. Semakin ultra kiasu memahami Islam, semakin kuat mereka lawan kita.

Contoh, setelah sekian lama PAS berkawan dengan mereka. Ultra kiasu semakin memahami Islam.

Masalahnya, semakin dia faham Islam, semakin mereka tidak cenderung kepada Islam, malah segala perkara berkaitan Islam ditentang. Sedangkan pada masa sama agama mereka juga menentang. Misalnya, isu LGBT, arak, judi dan sebagainya. Sehinggakan umat Islam tidak dapat melaksanakan haknya di bumi sendiri. Justeru, apa sebenar yang tinggal pada umat Islam jika perkara-perkara asas hidup beragama tidak dapat dilaksanakan. Bagaimana kita hendak menjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti?

Apabila kita mengambil demokrasi sebagai satu sistem pemerintahan, mereka bertindak menuntut semaksima mungkin atas nama hak asasi manusia, sehingga menyebabkan maruah dan identiti agama Islam mulia itu tercemar.

Jadi, perlukah lagi kita terus bersangka baik dan berlembut?

Hari ini saya mengambil pendirian melawan mereka.

Ultra kiasu mengisytiharkan perang terhadap saya.

Saya ingin menyahut perisytiharan itu.

Mari kita berdebat! Baru boleh tahu saya ini gentlemen, boleh menjadi role model atau tidak?

Tetapi bukan di Dewan Perhimpunan Cina. Kita ada televisyen. Gunakan platform tersebut. Tajuknya, siapa lebih rasis? atau apa-apa tajuk berkaitan perpaduan nasional dan sebagainya. Saya bersedia bila-bila masa untuk berhadapan dengan ahli parlimen ultra kiasu tersebut.

Jangan hanya berani di belakang.

ridhuantee.blogspot.com

Skuad Sayang Wanita UMNO Tidak Pernah Menang Tangan Bantu Mangsa Banjir

Posted: 18 Dec 2013 03:15 AM PST

KEMAMAN, 18 Dis – Membantu mangsa bencana sudah menjadi kelaziman  anggota Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia sejak lapan tahun lalu dan banjir yang melanda negeri-negeri kali ini membawa mereka ke kawasan terbabit sejak hari pertama mangsa banjir dipindahkan lagi.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata selepas surut banjir yang melanda Terengganu, Pahang dan Johor, sebanyak 3,000 anggota skuad itu telah pun turun padang dan ditugaskan secara bergilir membantu  mangsa membersihkan rumah.

“Masa banjir melanda Wanita UMNO melalui Skuad Sayang turun padang di semua pusat pemindahan membantu untuk memasak atau memindah dan membantu agensi kerajaan,” katanya selepas bersama-sama 400 anggota Skuad Sayang membersihkan Balai Raya Bandar Baru Bukit Mentok di sini hari ini.

sharkar-shahrizat-pusat-pemindahan-banjir-pahang-2013

Beliau berkata selepas banjir reda kini anggota Skuad Sayang turun padang untuk membantu suri rumah membersihkan rumah mereka pula khasnya di kawasan perumahan dan kampung yang terjejas teruk akibat banjir.

Menurutnya mereka yang inginkan bantuan hanya perlu menghubungi pejabat UMNO Bahagian masing-masing.

“Bagi suri rumah yang tidak berdaya, Skuad Sayang boleh hantar tiga atau empat anggotanya membantu dan kita minta mangsa memberi alamat rumah mereka,” kata Shahrizat.

Katanya tawaran itu ikhlas daripada Wanita UMNO dan Skuad Sayang yang cukup faham cabaran yang terpaksa dihadapi suri rumah untuk membersih rumah mereka selepas air surut.

“Skuad sayang juga kini bersiap sedia 24 jam sekiranya ada gelombang kedua banjir melanda,” katanya.

Beliau berkata selain khidmat membersih rumah, Skuad Sayang turut memberi sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir, yang didermakan oleh pelbagai pihak selain peruntukan khas daripada Wanita UMNO.

Govt To Set Up One-Stop Centre To Promote Innovative Products – Abu Bakar

Posted: 18 Dec 2013 02:19 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 18 – The government will be setting up a one-stop centre to promote local innovative products, the Dewan Negara was told today.

Deputy Science, Technnology and Innovation Minister Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah said the centre would showcase the products to the people.

“With the move, members of the public and investors interested in these products need no longer have to wait for trade fairs to view them,” he said when replying to a question from Senator Norliza Abdul Rahim.

The senator had wanted to know what was being done to encourage commercialisation of innovate products made by Malaysians.

Meanwhile, Deputy Federal Territories Minister Datuk Dr J. Loga Bala Mohan told the Dewan that no audits were done on the level of “disabled-friendliness” by new buildings in the federal capital because Certificates of Occupation (COF) were only issued if they met conditions on this.

He was replying to a question from Senator Bathmavathi Krishnan who wanted an update on compliance to the amendments to the Uniform Building By-Laws 1991.

UMNO Tidak Perjudikan Kepentingan Rakyat Untuk Popular – Syed Ali

Posted: 18 Dec 2013 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis – UMNO sebagai tunjang kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan memperjudikan kepentingan rakyat hanya untuk dilihat popular, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya jelas beliau, UMNO akan terus menjuarai kepentingan rakyat termasuk kaum bukan Melayu walaupun terpaksa berdepan dengan terjahan pembangkang menerusi pelbagai bentuk fitnah dan provokasi.

"Biarlah UMNO menjadi parti yang dilihat tidak popular tetapi mesej perjuangannya jelas dan dapat diterima oleh rakyat terutama umat Melayu," tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Sebagai tunjang kerajaan BN kata beliau, UMNO kadangkala berada di dalam keadaan sukar apabila tercetus sesuatu isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Oleh sebab itu katanya, UMNO terpaksa bertindak secara berhemah terutama dalam soal mempertahankan kepentingan Melayu tanpa mengguris perasaan kaum lain.

"Apabila UMNO begitu lantang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu, ini bukan bermakna UMNO menidakkan keperluan kaum lain," ujarnya.

Oleh sebab itu tambah beliau, kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda pembangunan negara walaupun langkah seperti itu mendapat kritikan sesetengah pihak.

"Malah ada pihak mendakwa tindakan Najib mendahului kepentingan rakyat sebagai satu langkah tidak popular," tambahnya lagi.

Syed Ali mengulas penjelasan Najib bahawa beliau tidak akan menggunakan pendekatan populis dalam pentadbirannya kerana cara tersebut hanya akan meranapkan masa depan negara.

Sebaliknya Perdana Menteri menegaskan, kerajaan di bawah eranya ditadbir secara berhemah bagi memastikan kepentingan setiap rakyat termasuk kakitangan awam terus terbela.

"Saya boleh jadi Perdana Menteri yang berdiri atas platform populis tetapi saya akan meranap dan merosakkan masa depan negara yang tercinta," katanya Najib ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-26 di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas lanjut, Syed Ali menyelar parti pembangkang kerana lebih ghairah melontarkan krtikan melulu terhadap kerjaan daripada melihat kepentingan rakyat.

"Pembangkang lemparkan pelbagai krtikan dan fitnah, mereka lebih memikirkan keuntungan politik dan supaya dilihat popular di mata rakyat," jelasnya.

Tambah beliau lagi, parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai landasan perjuangan yang betul untuk agenda rakyat sebaliknya hanya menjuruskan kepada kuasa politik dan kepentingan peribadi.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang akan mengadakan perhimpuan haram pada malam tahun baru di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, tidak lama lagi.

"Saya difahamkan ada kumpulan tertentu akan mengadakan perhimpunan besar-besaran mengajak rakyat membantah beberapa tindakan yang dilakukan kerajaan sebelum ini," katanya.

Menurutnya, DBKL selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap Dataran Merdeka perlu memantau perkembangan ini dan jangan membenarkan mana-mana pihak menggunakannya untuk agenda politik.

"Apabila tidak ada kebenaran DBKL, maka perhimpunan itu bersifat haram dan pihak polis perlu bertindak tegas berdasarkan undang-undang.

Beliau bimbang perhimpunan pada malam menyambut tahun baru akan mencetuskan keadaan tidak diingini apabila berlaku pertembungan antara kumpulan terbabit dengan orang awam yang hadir untuk memeriahkan sambutan berkenaan.

"Situasi itu juga akan menimbulkan persepsi buruk kepada pelancong luar," ujarnya.

Kehilangan MyKad Akibat Banjir Tidak Perlu Laporan Polis – JPN

Posted: 18 Dec 2013 02:06 AM PST

KUANTAN, 18 Dis -  Mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada Mykad disebabkan bencana banjir boleh terus membuat yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa laporan polis.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata kebiasaannya setiap dokumen peribadi yang hilang memerlukan laporan polis, namun memandangkan beban dan masalah yang dihadapi mangsa banjir, mereka dikecualikan berbuat demikian.

“Permohonan gantian dokumen pengenalan itu juga akan dibuat secara percuma bagi membantu mangsa banjir yang menghadapi kesukaran.

“Cuma ada soal jawab antara pegawai dan mangsa bagi memastikan mereka memang terbabit dengan banjir,” katanya kepada pemberita dalam program ‘JPN Dihati Rakyat’ di Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini, Rabu.

Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada tindakan jabatan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.

Beliau berkata, sekiranya mendapat sambutan, JPN akan melanjutkan tempoh pembukaan kaunter bagi permohonan Mykad baharu di Kuantan yang akan turut dilakukan di negeri-negeri lain yang terjejas banjir.

Katanya, proses permohonan Mykad baharu itu juga akan mengambil tempoh seminggu.

Banjir yang bermula 2 Disember lepas di Pahang membabitkan pemindahan lebih 40,000 mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan banjir di sembilan daerah yang terjejas selain turut meragut tiga nyawa.

Muzakarah : Apakah Sekadar Wayang Penghias Muktamar Agung Pas?

Posted: 18 Dec 2013 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR 18 Dis – Persoalan mengenai muzakarah antara Pas dan UMNO yang dilontarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung mereka yang lalu sehingga kini nampaknya terus menjadi satu misteri.

Biarpun disambut baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain diminta penjelasan lanjut berhubung skop muzakarah dimaksudkan itu, perkara tersebut sehingga ke hari ini belaum nampak langkah awalnya.

Mengulas mengenainya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jeneri) YB Mahadzir Ab Hamid berharap agar perkara tersebut tidak dijadikan daya penarik pada muktamar Pas semata-mata.

Sebaliknya ujar beliau perkara mengenainya perlulah disusuli dengan gerak langkah yang sebaik mungkin kerana perkara berkenaan untuk kepentingan semua pihak selain ianya adalah tuntutan Islam.

"Perkara ini dilontarkan oeh Datuk Seri Abdul Hadi sendiri….Mereka kenalah benar-benar serius serta buktikannya dan bukan mengambil sikap berdiam diri sejurus muktamar mereka berakhir.

"Saya percaya ahli-ahli mereka pun ingin melihat benda baik ini menjadi realiti. Bukankah kita semua mahu bergerak ke depan dan bukannya bermain politik sepanjang masa. Kita pun bukannya mahu mempolemikkan soal ini," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Semalam Pendakwah Bebas Ustaz Toharudin Yaakob berharap isu muzakarah antara parti itu dengan UMNO yang dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung mereka yang lalu tidak hanya sekadar seperti lagu raya.

Menurut beliau amat malang jika perkara baik dan seruan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w seolah-olah menjadi lagu raya yang berkumandang di corong-corong televisyen dan corong-corong radio pada bulan Ramadhan.

Mengulas lebih lanjut Mahadhir seterusnya menambah Pas tidak perlu khuatir dan tidak perlu takut untuk membuat sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan.

"Bukankah semua boleh lihat dan boleh tengok perkara ini dilontarkan oleh Presiden Pas sendiri. Buktikan dan bukan hanya sekadar bercakap semata-mata. Itu adalah lebih baik," katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar parti itu baru-baru ini menyatakan kesediaan mereka untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. -MediaUMNO

Program Pendaftaran Bebas Muflis Sebagai Platform Bantu Golongan Muflis

Posted: 18 Dec 2013 01:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Sekretariat Bebas Muflis akan menganjurkan program Taklimat dan Pendaftaran Bebas Muflis yang dijadualkan pada 7 Januari 2014 lantaran kepada masalah muflis yang semakin serius di kalangan orang muda dan orang Melayu sejak akhir-akhir ini.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, peranan Sekretariat Bebas Muflis ini adalah untuk menjadi jambatan penghubung antara golongan muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan seterusnya menjadi platform membantu golongan ini dari terus tertekan tanpa mendapat pembelaan.

sohaimi-shahadan-majlis-tertinggi-umno-bebas-muflis-malaysia

Ini kerana jelas beliau mengikut statistik hanya sekitar 30 peratus sahaja yang mendaftarkan diri dengan Jabatan Insolvensi Malaysia setelah diisytiharkan muflis oleh mahkamah manakala yang selebihnya memencil dan menyembunyikan diri.

"Usaha ini mendapat perhatian khusus YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah membuat beberapa pengumuman untuk pindaan Akta Kebangkrapan 1967 dan juga memberi jaminan untuk memberi peluang kedua dan perlepasan kepada mereka yang bangkrap kerana menjadi penjamin sosial.

“Bagi menggerakkan Sekretariat ini mendekati golongan muflis dengan lebih berkesan di seluruh Malaysia, Satu Siri Jelajah turun padang untuk memberi penerangan taklimat dan mengumpulkan data golongan muflis ke seluruh malaysia dengan kerjasama Sekretariat Bersama dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pedagang dan PengusahaMelayu Malaysia (PERDASAMA).

“Siri Jelajah pertama akan diadakan pada 7 Januari 2014 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur dan akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi memberi peluang peserta berdialog dan memahami proses kebangkrapan dengan lebih mendalam disamping memberi maklumat dan khidmat nasihat mengenai status kebangkrapan golongan sasaran ini," ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tambah beliau lagi, Siri Jelajah Taklimat dan Pendaftaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan keutamaan diberikan kepada mereka yang ketika ini telah disahkan muflis atau dalam proses pengesahan mahkamah.

"Pendaftaran boleh dibuat di laman sesawang www.bebasmuflis.com dengan mengisi borang secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan maklumat dilakukan. Setiap maklumat yang diisi akan menerima nombor rujukan pihak Sekretariat bagi memudahkan data disisih dan dinilai oleh panel penasihat Sekretariat.

“Setiap hari dianggarkan seramai 60 orang diisytiharkan muflis di Malaysia dengan jumlah keseluruhan seramai lebih 240,000 orang telah muflis. Sekretariat Bebas Muflis mensasarkan sekurang–kurangnya dapat membantu membebaskan golongan yang teraniaya dan penjamin sosial dengan menyediakan maklumat lengkap terus ke Jabatan Insolvensi, manakala kes –kes lain akan dinilai dan diperhalusi oleh panel penasihat untuk dibantu.

“Dengan sokongan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan seperti ini, Sekretariat Bebas Muflis menyeru agar semua golongan muflis ini tampil menghadiri taklimat dan pendaftaran yang akan diadakan secara percuma di setiap negeri, dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2014 kelak," ujarnya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT