SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 8, 2013

UMNO Online - “Electricity Tariff Review Takes Into Account People’s Interests – Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Electricity Tariff Review Takes Into Account People’s Interests – Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Electricity Tariff Review Takes Into Account People’s Interests – Najib

Posted: 07 Dec 2013 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 7  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today said the recent review on electricity tariff took into account the people’s interests by ensuring majority of them would not be affected.

He said about 71 per cent of domestic users natiowide would not be affected by the subsidy gradualisation, while the remaining, which would be affected were mostly industrial and commercial users.

“Tenaga Nasional Bhd needs RM6 billion a year for investment,” he told a media conference after adjourning the 2013 Umno General Assembly here today.

Last Monday, Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili announced that the electricity and gas subsidies would be reviewed, with the average electricity tariff in Peninsular Malaysia to be raised 14.89 per cent or 4.99 sen per kilowatt-hour (kWh) to 38.53 sen/kWh from Jan 1, 2014.

Asked the reason for the subsidy gradualisation being implemented after the 13th general election. Najib, who is also Finance Minister, said it was decided by the government to strengthen the country’s fiscal position.

“We want to ascertain the country’s financial situation is stronger. In terms of the people’s interests, we have a social safety net. We will increase, for example, the 1Malaysia People’s Aid, we still have the i-BR1M, takaful insurance and others.

“We can consider (for further increase) from time to time, but we need fiscal strength ,” he added.

Najib also hoped that the people would understand that the subsidy gradualisation was part of the fiscal consolidation.

“They have to understand this is the process. There will be short-term pain, but not severe pain, mild pain, but in the long-term, it’s going to be good for the rakyat,” he said.

Seluruh Ahli Dituntut Bersedia Lakukan Pengorbanan Pastikan Kelangsungan UMNO

Posted: 07 Dec 2013 05:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis   Di saat Perhimpunan Agung UMNO 2013 melabuhkan tirainya hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan mandat yang cukup bererti kepada 3.4 juta anggotanya apabila beliau menuntut kesediaan mereka untuk berkorban demi memastikan kelangsungan parti, agama, bangsa dan negara.

Dalam pesanan dan pedoman yang disuarakan penuh berkias, Najib antara lain mengingatkan anggota agar tidak sekali-kali mengkhianati dan mempersia-siakan  parti hanya kerana tidak mendapat apa yang mereka kehendaki.

Katanya walaupun mungkin ada yang merajuk atau berjauh hati dengan parti, tetapi mereka tidak sewajarnya melakukan perkara yang boleh menyebabkan parti yang menaungi mereka selama ini berkubur begitu sahaja.

“Kalau UMNO dah tertewas dan mati, Kalau UMNO sudah tidak bersenandung lagi, Akhirnya tersungkur menyembah bumi, Semuanya sudah tidak bermakna, Semuanya sudah tidak bererti,” menurut sebahagian puisi yang dibaca ketika menggulung perbahasan di akhir Perhimpunan Agung UMNO di sini.

najib-tegas-presiden-ucapan-penggulungan-perhimpunan-umno-2013-pwtc

Najib juga mengingatkan anggota UMNO dan orang Melayu secara khususnya supaya tidak dengki-mendengki, memfitnah dan memusnahkan sesama sendiri, sebaliknya sentiasa berlapang dada dalam menghadapi segala cubaan dan cabaran.

Najib berkata walaupun UMNO sebagai sebuah parti masih belum lengkap dan sempurna, tetapi setiap anggota harus sedar bahawa perjuangan mereka hari ini akan memastikan survival parti pada masa akan datang.

Kepada ‘orang lama’ parti, Najib meminta mereka supaya tidak merasa kesal mencurah bakti dan berjuang dalam parti itu walaupun jasa dan khidmat mereka tidak mendapat sebarang pengiktirafan.

Dalam pada itu, perdana menteri turut menegaskan bahawa UMNO tidak pernah gentar mahupun berputus-asa untuk mempertahankan kesucian Islam, untung nasib orang Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan negara walaupun berterusan dihimpit dengan dakyah dan pembohongan yang dibuat pembangkang.

Ucapan Najib juga berjaya membangkitkan semangat anggota perwakilan apabila beliau menyeru anggota UMNO untuk bangkit dan mendukung perjuangan pertahankan UMNO dan negara.

“Wahai ahli UMNO semuanya, Wahai pejuang parti sekalian, Bingkas dan bangkitlah, UMNO parti menunjang watan, Umnolah parti anak jantan.

“Jauh ke tengah si pulau Pandan, Gunung daik bercabang tiga, Walau berpisah hayat dari badan, UMNO dan pertiwi diperbenteng jua,” seru Najib penuh bersemangat, disambut sorakan dan tepukan gemuruh anggota perwakilan serta pemerhati di dalam dan luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib merumuskan tiga mesej utama perhimpunan parti itu sebagai bekalan untuk dibawa balik oleh lebih 5,000 anggota perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Katanya mesej utama berkisar kepada kesungguhan kerajaan meninggikan syiar dan syariah Islam serta mempertahan kemuliaan dan kesucian agama itu di negara ini.

UMNO juga, katanya, menerima isyarat daripada anggota parti untuk terus berjuang memperkasa agenda ekonomi Bumiputera dengan bersungguh-sungguh.

“Parti terima mesej ini dan saya hendak nyatakan bahawa saya dan rakan-rakan komited untuk menzahirkan tuntutan parti dalam perkara ini,” katanya.

Selain itu, presiden parti itu juga menekankan kesungguhan jentera parti di semua peringkat untuk benar-benar melaksanakan transformasi parti bagi memastikannya kekal relevan dan terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Antara penekanan yang diberikan ialah mengenai perubahan cara bekerja dalam parti agar selaras dengan landskap politik baharu.

“Kita hendak lakukan perubahan…’business as usual’ (buat kerja seperti biasa) tidak boleh lagi…sebab landskap politik dunia sudah berubah. Kalau tidak faham ‘new politics’ (politik baharu), kita akan kecundang sebab kita tidak kebal.

“Bila kita sebut nak perkasakan UMNO, kita mesti perkasakan peringkat cawangan dan bahagian juga sebab di situ letaknya bala tentera, teras kekuatan kita,” katanya.

Bagi tujuan itu, Najib berkata, satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan dilaksanakan bagi memantau jentera parti di setiap peringkat untuk memastikan ia berfungsi secara berkesan.

“Kita cuba betulkan sebelum terlambat, jangan dekat pilihan raya umum ke-14 baru terkial-kial betulkan keadaan,” tegas Perdana Menteri.

Perhimpunan Agung UMNO 2013 Labuh Tirai, Perwakilan Pemuda Tekad Misi Kuatkan Lagi Parti

Posted: 07 Dec 2013 04:56 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Dis – Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang melabuhkan tirainya petang tadi menarik tumpuan serta perhatian perwakilan yang rata-rata melihatnya sebagai pencetus kepada semangat dan usaha mereka untuk berkhidmat di akar umbi.

Ucapan penggulungan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pimpinan lain dijadikan pembakar semangat dan bersedia untuk melaksanakan apa yang terkandung ketika sesi penggulungan itu demi parti dan rakyat secara menyeluruh.

Exco Pemuda UMNO Anuar Manap berkata penggulungan daripada Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu peringatan yang cukup penting dan akan dibawa ke akar umbi dalam usaha memperkuatkan lagi parti.

ucapan-penggulungan-presiden-najib-penuh-semangat-ahli-perhimpunan-2013-pwtc

"Pertamanya terserlah keseriusan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib yang menyatakan bahawa UMNO bukan sahaja membela Melayu tetapi mempertahankan Islam berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin besar yang berjumpa dengannya semasa perhimpunan agung berlangsung terutama daripada Hamas dan Fatah.

"Begitu ucapan penggulungan Timbalan Presiden yang antara lain mengatakan masa untuk bekerja selepas perhimpunan ini adalah satu perkara yang perlu dihayati sepenuhnya. Walaupun pilihan raya umum masih jauh, tetapi dalam usaha menguatkan lagi parti, itulah yang sepatutnya.

"Dan insyaallah, buat masa ini kita akan menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir bersama agensi kerajaan dalam usaha memastikan kebajikan mangsa banjir terbela," katanya.

Sementara itu, seorang lagi Exco Pemuda UMNO Malaysia Mua'mmar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata pelbagai perkara yang disentuh oleh Tan Sri Muhyiddin terutama soal pendidikan memperlihatkan keprihatinan pucuk pimpinan dalam mendengar apa yang dibawa oleh perwakilan.

"Kita menyambut baik apa yang diutarakan oleh Tan Sri Muhyiddin semasa sesi penggulungan tadi dan berharap ianya akan menjadi realiti. Dalam konteks Pemuda, insyaallah soal perkaderan dan mendekati pengundi muda tentunya akan kami sahut dan sedia menggalas amanah tersebut," katanya.

Sementara itu Ketua UMNO Labis, Mohd Azahar Ibrahim pula berkata sebagai pemimpin di akar umbi akan terus mengukuhkan lagi jentera parti dan akan pastikan PRU 14 ini terus menjadi kesinambungan kejayaan UMNO dan BN.

"Inilah komitmen kita dan akan bawa segala peringatan dan amanah daripada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 untuk dibawa ke akar umbi," katanya. -MediaUMNO

Jangan Tuduh Rasis, Di Bawah Kepimpinan UMNO Semua Dapat Kesaksamaan

Posted: 07 Dec 2013 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak pernah bersikap rasis malah bersikap adil kepada semua kaum di negara ini.

Malah jelas beliau selama kerajaan di bawah naungan kepimpinan UMNO yang memperjuangkan orang Melayu, orang lain turut mendapat kesaksamaan namun belum tentu orang Melayu mendapat perkara yang sama sekiranya pihak lain memimpin.

Beliau berkata, demi keseimbangan sosial dan keadilan jangka panjang bersama kaum lain, orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertingkatkan kedudukan mereka.

Najib menegaskan supaya tidak ada pihak yang bersikap apologetik kerana ini adalah hak orang Melayu dan Bumiputera yang perlu dilaksanakan.

“Tetapi kita tidak nafikan hak kaum lain. Bila masa kaum lain terbantut perkembangan kedudukan mereka di negara kita?

najib-presiden-parti-umno-adil-kaum-tak-rasis-diskriminasi-perhimpunan-2013-pwtc

“Bila masa kita laksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adakah mereka (kaum bukan Melayu) terpinggir, adakah rezeki terputus? Terbukti bahawa Umno adil kepada semua kaum,” katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Beliau turut mengajak untuk semua pihak bersama maju ke hadapan depan dengan kepimpinan UMNO.

“Apa yang kita fikir akan memperkukuhkan perpaduan nasional, dan visi kita apa? Kita nak tranformasi negara kita jadi negara maju… Bawah UMNO kita mahu negara maju, negara Islam yang cukup progresif.

“Sebab itu kita perlu ada hala tuju yang jelas, visi yang terang, bahawa kecemerlangan di bawah UMNO,” ujarnya.

Sehubungan itu, Najib meminta supaya tiada pihak yang menunding jari kepada UMNO sebagai rasis.

“UMNO bukan rasis, UMNO tidak pernah rasis. UMNO sentiasa bersikap adil kepada semua.

“Dan kita hendak mereka (kaum lain) untuk sama-sama dengan kita… Cina, India, Kadazan, Iban dan semua (kaum) untuk sama-sama dengan kita tetapi kepimpinan negara ini diterajui UMNO untuk memberi keadilan,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut berkata UMNO memerlukan penyertaan golongan profesional, termasuk ulama bagi menyuburkan barisan kepemimpinan parti di semua  peringkat.

“Kita perlu lebih banyak lagi ilmuan dan ulama serta profesional dalam parti.

“Sebab itulah kuasa untuk melantik tambahan ahli Majlis Tertinggi di kalangan orang agama supaya kepimpinan UMNO lebih subur,” ujarnya.  -MediaUMNO

Ucapan Penggulungan Presiden Suluhan Jelas Siapa Siaga Parti Perteguh Perjuangan

Posted: 07 Dec 2013 04:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Para perwakilan yang ditemui menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir persidangan UMNO 2013 bukan sahaja satu ucapan penggulungan yang terbaik  semenjak beliau memegang jawatan tersebut malah memberi penekanan yang lebih jelas dalam siap siaga perjuangan parti bagi berdepan cabaran masa depan.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah, Zaitun Dato Mohd Kassim, ucapan Presiden UMNO kali ini merangkumi ke semua aspek meliputi pendidikan, ekonomi dan juga agama yang begitu memberi kesan kepada dirinya sebagai perwakilan.

"Saya lihat ucapan penggulungan beliau kali ini cukup padat, penerangan yang beliau berikan terhadap beberapa isu semasa cukup jelas dan bagi saya ini merupakan ucapan penggulungan terbaik Datuk Seri Najib sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Presiden UMNO.

najib-presiden-ucapan-penggulungan-naik-semangat-ahli-perhimpunan-umno-2013-pwtc

"Saya merasa begitu teruja sekali apabila menyentuh soal pengkaderan bagi melahirkan generasi pelapis UMNO kerana perkara itu menjadi perkara utama yang saya lakukan sebagai salah seorang pemimpin di bahagian Sepanggar," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini .

Manakala menurut perwakilan dari UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara,Saadiah Amir, ucapan Presiden UMNO kali ini  begitu bersungguh-sungguh bagi memberikan semangat kepada para perwakilan dalam usaha mentransformasikan serta meremajakan UMNO agar terus relevan di masa akan datang.

"Seperti kami di peringkat bahagian juga telah bergerak ke arah itu kerana kami ingin melahirkan ramai generasi muda sebagai pelapis bagi kepimpinan UMNO yang akan datang.

"Saya juga melihat perwakilan UMNO kali ini lebih matang dan saya yakin bahawa di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib akan membawa UMNO ke satu tahap yang dipandang mulia pada masa yang akan datang," ujarnya.

Begitu juga dengan perwakilan dari Sri Gading, Norhanim Monadam, di mana beliau melihat ucapan Presiden UMNO ini sebagai satu amanat buat ahli UMNO supaya sentiasa berusaha bagi memastikan arah tuju dan survival Melayu akan terus terpelihara.

"Ini amat penting bagi generasi akan datang. Jika dulu nenek moyang kita meninggalkan mata air untuk menghilang dahaga anak cucunya, tetapi jangan sampai kita pula meninggalkan air mata yang mengalir pada anak cucu kita kerana kegagalan kita pada hari ini untuk terus memperjuangkan survival bangsa dan agama.

"Ini adalah satu amanat yang perlu kita pegang dan perlu dijadikan tanggungjawab yang amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa. Ini kerana kita akan menghadapi PRU ke 14 yang membawa satu cabaran besar bagi kita untuk menentukan masa anak cucu kita di masa akan datang," jelasnya. -MediaUMNO

Komitmen Tinggi Laksanakan Amanah Parti Kunci Kejayaan Perkasakan UMNO

Posted: 07 Dec 2013 04:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal ketika mengulas ucapan pengulungan Presiden berkata, kejayaan memperkasakan UMNO hanya mampu direalisasikan jika struktur parti di semua peringkat memberi komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

"Presiden mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO jangan hanya berjuang bersandarkan kepada kecemerlangan parti pada masa lampau, tapi demi masa depan.

najib-penggulungan-ucapan-dasar-presiden-perhimpunan-umno-2013-pwtc

"Presiden menunjukkan komitmennya bahawa Islam akan terus diperhebat, malah dimartabatkan selagi UMNO menjadi tunjang kepada pemerintahan di negara ini.

"Dalam masa sama, kebangkitan semula Melayu ini selaras dengan transformasi Melayu yang boleh menjamin keberterusan UMNO," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bhagaian Semporna.

Dalam masa yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rahman Dahlan menyifatkan Pindaan Perlembagaan (UMNO) perlu supaya takrifan Islam diperincikan menunjukkan parti memperjuangkan dasar Islam sebenar, sekali gus menangkis dakwaan kosong pembangkang.

"Presiden menjelaskan agenda utama dalam parti adalah Islam, ini mesej penting kerana tuduhan dilemparkan terhadap UMNO selama ini amat berat sehingga dituduh sekular.

"Ucapan (presiden) membuktikan kesungguhan kita mahu terus menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan terbaik di dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Tambahnya, Intipati ucapan Presiden iaitu memartabat syariat Islam, memperkasa agenda Bumiputera serta trasnsformasi dalam UMNO, usaha menjadikan parti lebih maju. -MediaUMNO

Civil Servants Should Help Flood Victims

Posted: 07 Dec 2013 03:43 AM PST

KUCHING, Dec 7  - Public Service Department director-general Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal has urged civil servants in states affected by flood to help the victims.

Department heads should encourage staff to join volunteer groups to help flood victims in the affected states, especially Terengganu, Pahang and Kelantan.

“I hope it becomes one of our contributions to bring the public service close to the people,” he told reporters after chairing the National Joint Council (NJC) meeting, here today.

The Sarawak government, Civil Defence Department, Welfare Services Department and the Institute of Public Administration (Intan) were commended for helping flood victims in Kemaman, Terengganu.

Mohamad Zabidi said appointments to the conversion option for 81 public service schemes under the 2014 budget will involve 635,000 civil servants.

The PSD is taking action to implement the scheme effective from Nov 1 this year by giving briefing in the states and statutory bodies involved.

Najib Announces Aid Of RM500 To Each Family Affected By Floods

Posted: 07 Dec 2013 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 7  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today announced a cash aid of RM500 to each family affected by the current floods.

“As a Member of Parliament whose constituency often floods, I know the difficulties and hardship faced by flood victims.

“To show the government’s concern, I announce a payment of RM500 to each family affected by the floods,” he said in his adjournment speech at the Umno General Assembly 2013 at the Putra World Trade Centre here today.

Najib, who is also Finance Minister, also urged all banks in the country to allow flood victims to temporarily defer their loan repayment.

He commended Malayan Banking for being the first commercial bank to allow borrowers affected by the flood to temporarily defer their loan repayments.

Expressing his sympathy to those affected by the floods, especially in the east coast states, the Umno president said his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, as National Disaster Management Committee chairman, had issued directives to all government departments and agencies to provide the necessary assistance to flood victims.

The floods in Pahang, Terengganu, Johor and Kelantan had forced thousands of residents to be evacuated to higher ground.

The prime minister himself had rushed back to Pahang to observe the situation there immediately after opening the Umno General Assembly on Thursday.

Perwakilan Mahu Realisasikan Objektif Perhimpunan Agung UMNO 2013

Posted: 07 Dec 2013 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR,  7 Dis – Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang berlangsung sejak 2  hingga 7 Disember ini menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh pelusuk bahagian.

Walaupun bencana banjir melanda negara namun ianya tidak menghalang kemeriahan ahli-ahli UMNO untuk turut serta menjayakan perhimpunan kali ini. Semuanya begitu teruja mahu mendengar amanat-amanat yang bakal disampaikan termasuklah intipati yang bakal diulas oleh jurucakap-jurucakap terpilih.

Menurut Ketua Penerangan Tumpat, Mohd Hasmy Hashim, perhimpunan kali ini jelas bahawa mandat yang dibawa oleh UMNO kepada setiap ahli dan akar umbi telah tercapai di mana amanat yang disampaikan oleh Presiden parti jelas ingin menyatukan seluruh ahli UMNO di dalam memastikan agenda pembangunan negara terus dapat dijalankan dengan baik.

"Perhimpunan kali ini juga telah melahirkan beberapa pandangan daripada usul-usul yang dibahaskan dan ianya jelas membawa kepada perubahan di masa akan datang bagi mencapai hasrat negara maju 2020.

"Dalam pembentangan usul ekonomi contohnya yang dibawa oleh Datuk Dr. Awang Adek, beberapa garis panduan yang perlu dibentuk dan dibina oleh kerajaan telah dicadangkan dalam memastikan ekonomi bumiputera terus meningkat seiring dengan perkembangan dan cabaran ekonomi masa kini.

"Saya rasa pada perhimpunan kali ini juga akan membawa kepada suatu penyatuan di kalangan orang UMNO di semua peringkat dan aliran pemikiran yang diamanahkan oleh Presiden kali ini jelas ingin mamastikan bahawa UMNO mengambil dan memainkan peranan di semua peringkat diiring dengan perkembangan teknologi media yang ada pada hari ini khususnya kepada golongan muda," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, golongan muda masa kini jelas sebenarnya bukan menentang dasar-dasar kerajaan cuma mereka perlu memahami secara terperinci dasar yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan.

Perwakilan Kalabakan, Cahaya Sulaiman pula berpendapat ucapan Presiden yang mahukan UMNO terus bersatu terutama selepas pemilihan baru-baru ini perlu diambil serius oleh akar umbi agar barisan saf kepimpinan dapat diperkukuhkan semula demi generasi akan datang.

"Semua pihak harus bersatu terutama golongan muda kerana kita perlu mengatur strategi untuk menghadapi PRU akan datang. Ini penting kerana jentera seharusnya telah diatur dari sekarang," jelasnya.

Bagi perwakilan Puteri Bukit Katil, Masni Musa pula, Perhimpunan kali ini di lihat berjalan baik dan lancar malah para pembahas usul juga begitu agresif memandangkan kali ini ucapan dasar Presiden juga begitu baik dan memberangsangkan.

“Apa yang diutarakan adalah penekanan dalam aspek agama Islam dan juga KPI di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

"Dengan adanya tahap KPI ini maka ianya akan lebih memperlihatkan kebanggaan dan kerja keras UMNO selama ini dan ianya akan dihargai oleh ahli UMNO itu sendiri. Maka UMNO akan lebih kukuh di masa hadapan," ujarnya. - MediaUMNO

Perhimpunan Khas UMNO Dicadangkan Kaji Penambahbaikan Parti – Muhyiddin

Posted: 07 Dec 2013 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis –  Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencadangkan agar Perhimpunan Agung Khas UMNO diadakan bagi mengkaji prosedur dan proses pemilihan, termasuk pindaan Perlembagaan parti itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Pengurusan Pentadbiran UMNO berkata, berdasarkan usul yang dibahaskan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini mendapati beberapa fasal dalam Perlembagaan dan Tata Etika Pemilihan UMNO perlu ditambah baik.

“Saya mencadangakan supaya pengerusi perhubungan UMNO negeri meneliti proses pemilihan yang kita lakukan Oktober lalu. Apakah perlu ada penambah baikan dari segi sistem dan syarat untuk bertanding,” katanya ketika ucapan penggulungan Timbalan Presiden pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

muhyiddin-timbalan-najib-presiden-tamat-perhimpunan-umno-2013-pwtc-setiakawan

Perhimpunan Agung Khas UMNO pernah diadakan pada 2009 bagi meminda Perlembagaan pati itu yang membolehkan perwakilan di akar umbi mengundi pemimpin di peringkat pusat.

Dalam sesi penggulungan yang sama  Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran seterusnya berkata kerajaan akan tetap bertegas untuk meneruskan segala perakuan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Justeru katanya Biro Pendidikan UMNO di semua bahagian disaran mengambil peranan utama dan bergerak ke depan dalam melaksanakan PPPM 2013-2015 supaya ia dapat diterjemahkan di semua peringkat.

Beliau berkata selepas mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memperhalusi Laporan Razak yang dibuat 40 tahun lalu, satu kajian menyeluruh dilaksanakan bagi mengukuhkan sistem pendidikan negara ketika ini.

“Apakah proses penambaikan yang perlu dilaksanakan supaya tepoh akan datang, kita dapat lahirkan generasi yang bukan saja terdidik dengan eilmu dan kepakaran tetapi berakhlak, beretika dan mempunyai adab sopan santun yang sesuai dengan kehendak masyarakat kita,” ujarnya.

Katanya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk memjaga sistem pendidikan negara, kerajaan tidak akan berdolak dalih dan tetap bertegas dalam melaksanakan pelan pendidikan itu.

“Tidak kira suara mana yang datang pun, kerana tujuan dan matlamat kita dalam pelan ini adalah untuk meningkatkan martabat masyarakat Malaysia ke suatu tahap lebih tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT