SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 12, 2013

UMNO Online - “Don’t Use Wikileaks Disclosure To Asses TPP Talks : Mustapa” plus 9 more

UMNO Online - “Don’t Use Wikileaks Disclosure To Asses TPP Talks : Mustapa” plus 9 more

Link to UMNO Online

Don’t Use Wikileaks Disclosure To Asses TPP Talks : Mustapa

Posted: 11 Dec 2013 03:49 AM PST

SINGAPORE, Dec 11 – Minister of International Trade and Industry  Datuk Seri Mustapa Mohamed has urged the Malaysian public not to base their assessment of the on-going Trans Pacific Partner (TPP) Agreement negotiations on Wikileaks.

“The consultations that the Government is undertaking with various stakeholders should be the source of reference on Malaysia's stand rather than the reported Wikileaks disclosure,” he said in a statement here today following his attendance at the TPP Ministerial Meeting here on Dec 7-10.

Mustapa also reiterated that after the conclusion of the TPP negotiations, the text will be presented to Parliament for debate.

He said the aim of the Ministerial Meeting was to take stock of the progress made in the negotiations since the Bali Leaders Meeting in October 2013 and to provide guidance on appropriate compromises to enable negotiators to overcome the remaining outstanding issues in the various Chapters.

He said Leaders in Bali decided to conclude the TPP negotiations by year-end, but this has been proven to be impossible to achieve, and while there has been progress, wide gaps still remain in many of the Chapters that would require further negotiations.

On state-owned enterprises, environment, intellectual property rights (IPR) and market access, the minister said many issues are still outstanding and negotiators have been tasked to explore solutions.

He said Malaysia continued to negotiate based on the mandate given by the Cabinet.

“In Singapore, Malaysia had highlighted our specific concerns and sensitivities in the areas of government procurement, state-owned enterprises, Bumiputera issues, IPR, environment and ISDS (investor-state dispute settlement) as well as the need for flexibilities including carve-outs, transition periods and country-specific commitments,” he said.

Mustapa said Malaysia continues to work with other TPP Members on the details of these flexibilities.

In the market access negotiations, he said, there has been some improvement in the offers of TPP Members but Malaysia is continuing to seek a better package.

The minister said Malaysia will continue with the domestic process of engagement and consultations with the Parliamentary Caucus, civil society and other stakeholders to share with them the Government's stand on various issues.

Mustapa said there is a lot more work to be done by negotiators before negotiations can be finalised.

“The negotiators are currently working on the timetable for future work in relation to the TPP negotiations,” he addeed.

TPP member countries comprise Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, the United States, Singapore, Japan and Vietnam.

Pemuda UMNO Kemaman Mulakan Operasi Pembersihan Esok

Posted: 11 Dec 2013 03:36 AM PST

KEMAMAN, 11 Dis – Pemuda UMNO Kemaman akan memulakan operasi pembersihan sisa banjir esok dengan tumpuan kepada masjid dan surau yang dijadikan pusat penempatan sementara.

Ketuanya Ahmad Fikry Ibrahim berkata usaha itu akan dibantu 60 anggota Pemuda UMNO dari ibu negara serta kira-kira 300 anggota UMNO dari kawasan Dewan Undangan negeri Cukai dan Air Putih.

Kerja-kerja pembersihan ini dijangka mengambil masa sehari dua dan ini juga sebenarnya persediaan bagi menghadapi banjir gelombang kedua, katanya di sini hari ini.

Sebanyak 35 pusat pemindahan banjir dibuka pada 2 Dis lepas yang turut melibatkan masing-masing tiga buah surau dan masjid, bagi menempatkan 261 mangsa daripada 59 keluarga.

Untuk menghadapi gelombang kedua, Ahmad Fakry berkata sayap itu membuka lima pos di kawasan strategik di Cukai.

Ini bagi memudahkan usaha memindahkan penduduk jika banjir melanda lagi sebab kita tidak boleh menduga bila bencana itu akan berlaku, katanya.

Malaysia Wants The Conflict In Syria To Be Resolved Politically

Posted: 11 Dec 2013 03:12 AM PST

TOKYO, Dec 11 – Malaysia wants the bloody conflict going on in Syria currently to be resolved using a political approach instead of military intervention, said Deputy Foreign Minister Datuk Hamzah Zainuddin.

He said this was among the issues that he emphasised upon at the 40th Session of the Foreign Ministers’ Meeting of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) in Conakry, Republic of Guinea which had just concluded.

Speaking to the Malaysian media here today, Hamzah who arrived directly from the OIC meeting, said Kuala Lumpur wanted everyone and the conflicting groups in the Arab nation from both sides, the government and the opposition, to sit down to find a political solution to the conflict.

“I notice that the response had been very positive because after delivering my speech, many had asked for the text of my speech and I also received congratulatory messages from numerous countries…so the majority showed that this political approach was well received by the OIC member nations instead of putting pressure for military intervention,” he said.

Hamzah said that he had told the conference that the OIC could intervene by becoming an advisor or mediator at a peace talk that was being worked on involving all parties in Syria, to see that eventually everyone could sit down together and find a solution to the conflict that brought much destruction to property and lives.

Hamzah said that at the meeting, Kuala Lumpur had also asked the OIC to get in touch directly with the governments where there were conflicts between the Muslim minority in that country and the government such as in Myanmar.

He said Malaysia’s experience in helping to achieve peace in the conflicts in Mindanao, southern Philippines and in southern Thailand could be used to tackle the problems of the Muslim minorities who were having conflicts with their governments.

Hamzah said that at the OIC meeting, Malaysia had also given emphasis in terms of Malaysia’s position in supporting the Palestinian cause to form a sovereign nation that was acceptable to all nations in the world.

Jangan Malukan Mandela… Mandela Tidak Terlibat Kes Salah Guna Kuasa, Liwat

Posted: 11 Dec 2013 03:08 AM PST

Amat menggelikan hati apabila naib presiden PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.

Malah lebih kelakar lagi apabila Anwar Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat 'warna kulit rakyat' dalam perjuangannya.

Pertama sekali, kenyataan dangkal itu datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.
Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua zaman berbeza, Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.

Jadi kejahilan mengenai latar belakang seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.

anwar-syok-sendiri-madiba-mandela-mati

Inilah yang terjadi kepada Surendran yang meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.

Fakta asas yang membandingkan antara kedua pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara mereka.

Pertama Mandela merengkok di dalam penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.

Selama dipenjarakan, Mandela dikenakan hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang memeritkan.

Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam penjara siap dengan tukang urut peribadi!

Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab musabab yang lain dan jauh berbeza.

Beliau menjalani hukuman penjara di Sg Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.

Beliau dipenjara bukan kerana memimpin perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman penjajahan asing.

Anwar dihukum mengikut undang-undang negara kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.

Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan.

Mandela, walaupun seorang yang beragama Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang besar itu.

Mandela juga tidak pernah disabit atau didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994 hingga 1999.

Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang berleluasa.

Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan juga diterbitkan di dalam media arus perdana.

Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.

Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.

Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan angkara Anwar.

Jika kroni untung ratusan juta ringgit, bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya?

Mandela tidak mempunyai 20 'master account' yang menyimpan 'slush money' atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.

Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat atau di luar, sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu arah.

Mandela juga dipilih secara demokratik sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997, parti yang memerintah Afrika Selatan sekarang.

Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke satu tahap yang 'suci' dan 'bersih' daripada segala kekotoran moral dan akhlak.

pisau.net

anwar-not-nelson-mandela-pru13

anwar-not-mahatma-ghandi-pru13

Contohi Singapura Dan Brunei Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang

Posted: 11 Dec 2013 02:27 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis  - Seorang senator mahu Malaysia mencontohi ketegasan negara jiran seperti Singapura dan Brunei Darussalam dalam penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan keamanan dan budaya.

Senator Datuk Abdul Rahman Bakar memberikan contoh Singapura, yang mahu mengenakan tindakan undang-undang seperti penjara tujuh tahun ke atas para perusuh yang terlibat dalam kekecohan di Little India pada Ahad lepas, dan ia patut dicontohi Malaysia.

Beliau menganggap Malaysia terlalu lembut dengan perusuh yang terlibat dalam demostrasi Bersih dan bermacam lagi demontrasi lain sehingga mereka diberi makan minum dengan percuma.

“Saya tidak setuju kita baik sangat, saya setuju undang-undang itu patut keras…orang menghina Raja, agama kita dan bangsa kita pun tidak ada tindakan yang tegas diambil,” katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa sikap tidak mahu menguatkuasakan undang-undang itu menyebabkan lambang bangsa Melayu dan Islam dihina, dan akan menyebabkan segelintir rakyat hilang rasa hormat terhadap pemerintah dan bakal mengambil tindakan sendiri satu hari nanti.

Abdul Rahman menyarankan supaya undang-undang sedia ada sekarang ini diganti sahaja dengan yang baharu sekiranya agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan kuasa mereka atas kelemahan undang-undang yang ada.

Beliau turut menegur kurangnya penguatkuasaan dalam memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Katanya banyak papan iklan dan nama-nama bangunan masih menggunakan bahasa asing, yang tidak melambangkan identiti negara.

“Saya kagum dengan Brunei yang menguatkuasakan identiti mereka sebagai sebuah negara Melayu dan juga sebagai sebuah negara Islam. Di lapangan terbang mereka sahaja, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu dan semuanya tertulis dalam tulisan Jawi,” katanya.

Amaran Lima Hari Pemuda Pas Kepada Karpal… Sudah Masuk Bakul Sampahkah?

Posted: 11 Dec 2013 02:21 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Dis – Jika dibelek dan dihitung, ramai yang masih menunggu apakah status tempoh lima hari yang diberikan Pemuda Pas kepada Penasihat DAP, Karpal Singh berhubung kontroversi yang berlaku sebelum muktamar agung Pas baru-baru ini.

Jika dihitung hari, rasa-rasanya hampir sebulan sudah berlalu.  Apa sudah jadi dengan amaran Pemuda Pas itu?  Apakah status amaran itu sudah masuk bakul sampah DAP?

Mengulas isu berkenaan Exco Pemuda UMNO Malaysia,  Ustaz Azmir Yuzaimi Mohd Yunus berkata pihaknya melihat amaran Pemuda Pas itu sekadar sandiwara politik semata-mata.

Katanya perkara tersebut jika diperhalusi atau diimbau semula, ianya menunjukkan bagaimana sikap dan pendirian Pemuda Pas pada waktu itu yang mahukan penasihat DAP itu memohon maaf.

"Kalau kita tengok pada waktu dan ketika itu seolah-olah Pemuda Pas cukup berani apabila bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob cukup berani melakukannya.

"Namun sehingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tindakan susulan mengenainya. Percaya atau tidak tentunya orang akan bertanya mengenai status tempoh lima hari yang diberikan itu.

"Sepertimana yang pernah disebutkan sebelum ini, jika terus berdiam diri maka sudah pasti pelbagai tanggapan akan timbul khususnya imej Pemuda Pas," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong apabila menafikan beliau meminta pendaftaran Pas dibatalkan.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar menegaskan, Dewan Pemuda Pas mendesak kepemimpinan DAP mengarahkan Karpal meminta maaf kepada Pas dalam tempoh lima hari bermula Isnin ( 18 Nov).

Mengulas lebih lanjut Ustaz Azmir seterusnya menambah apakah Pemuda Pas yang dibarisi muka-muka baru hari ini cukup selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak.

"Apakah nanti akan dibuat kesimpulan umum bahawa tuntutan itu tidak ada kesudahannya. Akar umbi juga tentunya tertunggu-tunggu apa kesudahannya kontroversi berkenaan.

"Pecayalah…walaupun kontroversi itu berlaku ketika era Pemuda Pas sebelum ini, bukankah ianya tetap menjadi keutamaan kepada barisan Pemuda Pas yang ada hari ini untuk menyambung legasi berkenaan. Namun jika mereka bersikap sebaliknya ternyatalah ia satu sandiwara yang memualkan dan menunjukkan di mana taraf maruah pemuda Pas," ujarnya. -MediaUMNO

Bajet 2014 Perkukuh Ekonomi Negara Dan Jamin Kemandirian Domestik – Najib

Posted: 11 Dec 2013 02:18 AM PST

PUTRAJAYA, 11 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2014 yang memberi fokus kepada kekuatan domestik akan memperkukuhkan ekonomi negara dan menjamin kemandirian domestik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kekuatan itu akan menjadi penahan bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan luar yang berlaku di luar kawalan.

“Kita berharap bajet ini akan dilaksanakan berdasarkan objektif untuk membangunkan ekonomi, menentukan pertumbuhan yang memuaskan dan memperkukuhkan domestic resilient (kemandirian domestik),” kata beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Pelaksanaan Langkah Bajet 2014 bersama Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menteri-menteri kabinet turut hadir.

Najib mahu kementerian mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pelaksanaan bajet dapat dijalankan secara berkesan dan memenuhi objektifnya.

Beliau menyaran agar kementerian dan agensi bekerjasama dalam melaksanakan projek dan program supaya tidak timbul kekeliruan yang boleh melambatkan pelaksanaannya.

Pada 25 Oktober lepas, Najib membentangkan Bajet 2014 bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”.

Teruskan Transformasi Dengan Sebati Dan Jiwai Diri Bersama Masyarakat

Posted: 11 Dec 2013 01:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis. – Transformasi dalam UMNO yang membabitkan ahli-ahlinya perlu dilaksanakan berterusan sebagaimana gerakannya yang semakin menyerlah selepas berlangsungnya pemilihan parti tanpa sebarang kekecohan dan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr, Zainal Kling.

Ujarnya, perubahan yang dilaksanakan oleh UMNO telah meresap di akar umbi dan sememangnya jelas tergambar bagaimana gerakan bersepadu ahli-ahli UMNO yang menerima perubahan dan bersungguh-sungguh menjayakannya sebagaimana pemilihan parti pada Oktober lalu.

"PRU ke-13 telah berlalu, pemilihan UMNO telah berjaya dan Perhimpunan Agung UMNO juga sudah dilaksanakan namun gerak kerja berterusan bagi memastikan ahli-ahli UMNO keseluruhannya dapat meresapi transformasi sebenar dalam parti tidak boleh terhenti," katanya kepada UMNO-Online.

analisa-analisis-penganalisa-politik-prof-dr-zainal-kling-malaysia

Ujar beliau, tindakan-tindakan susulan yang akan dilakukan perlu dibuat bagi memastikan UMNO itu sendiri menjiwai masyarakat dan benar-benar menjalankan fungsinya sebagaimana yang diharapkan oleh pemimpin parti.

"Dalam ucapan penggulungannya Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib telah ingatkan bahawa janganlah lepas habis persidangan tapi bila balik ke kawasan masing-masing tak ada apa-apa yang berlaku.

"Ingatan amat jelas bahawa tindakan ke arah kemenangan PRU ke-14 mesti bermula dari sekarang dengan UMNO sebagai sebuah organisasi politik Melayu mesti menjadi wakil dalam masyarakat, berada di tengah-tengah khalayak, memainkan fungsinya sebagai semua aspek sama ada di cawangan, di bahagian atau di kepimpinan tertinggi juga," katanya.

Tegas beliau yang juga profesor di Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), kemampuan UMNO sebagai sebuah parti politik yang unggul dan sentiasa mengutamakan rakyat perlu terus dibuktikan dengan pembabitan ahli-ahlinya dalam masyarakat.

"Ahli UMNO jika jadi ketua jangan jadi Tuan sebaliknya mereka perlu bersama-sama rakyat di peringkat akar umbi, bersikap terbuka, mampu menangani masalah, mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam masyarakat dan mempunyai keupayaan dalam menyelesaikan setiap masalah tanpa mengira lelah.

"Transformasi yang digarap oleh pemimpin parti itu sendiri mesti difahami iaitu mahukan setiap ahlinya memainkan peranan dalam kelompok mereka, dalam masyarakat dan tidak menganggap jawatan sebagai 'raja' sebaliknya ia adalah tanggungjawab kepada rakyat, menjadi wakil kepada orang ramai untuk membantu meringankan beban dan menyelesaikan masalah mereka."

Ujarnya lagi, kejayaan transformasi itu adalah bergantung kepada ahli-ahli UMNO keseluruhan dan bukannya hanya untuk pemimpin tertentu sahaja.

Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, Najib telah menggariskan tiga mesej utama untuk dikongsi bersama ahli-ahli parti iaitu untuk meningkatkan syiar dan syariat Islam, memastikan perjuangan agenda ekonomi Bumiputera terus berjalan dan mahukan agenda transformasi dalam UMNO terus terlaksana. – MediaUMNO

Lebih Baik Pembangkang Sama-sama Beri Bantuan Dari Ghairah Lempar Fitnah

Posted: 11 Dec 2013 01:07 AM PST

KLUANG, 11 Dis – Ketua UMNO Bahagian Kluang Mohd Jais Sarday berkata, pembangkang seharusnya tutup mulut daripada terus menabur fitnah sekaligus menambah dosa.

ops-banjir-pemuda-umno-bn-khairy-najib-shah-pahang-terengganu-kelantan-johor-2013

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan pembangkang terhadap UMNO kononnya tidak menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir.

Jelas Jais, walaupun ketika parti UMNO sedang sibuk bersidang di Perhimpunan UMNO yang baru berlangsung baru-baru ini, UMNO tidak pernah lupa untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada setiap kawasan yang ditimpa musibah.

"Ya benar kita sedang bersidang ketika bencana banjir melanda negara tetapi jentera di peringkat bawahan terus bergerak menjalankan tanggungjawab membantu mangsa banjir. Malah Perdana Menteri dan timbalannya juga sanggup meninggalkan persidangan secara bergilir demi meninjau keadaan rakyat.

"Bukan itu sahaja, beberapa orang pemimpin seperti Menteri Besar Terengganu dan Datuk Seri Shabery Cheek tidak hadir ke persidangan demi berkhidmat kepada masyarakat. Kita bukan seperti pembangkang yang hanya turun dua tiga kerat, ambil gambar kemudian muat naik  di laman sosial.

menteri-shabery-cheek-tinggal-perhimpunan-umno-banjir-kemaman-bantuan

"Kemudian lempar tahi kepada pihak lain. Kononnya merekalah yang buat kerja. Berhentilah daripada terus mendabik dada kepada perkara yang tidak benar," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, rakyat yang menjadi mangsa banjir tahu situasi sebenar dan dapat melihat sendiri siapakah yang turun padang membantu dari awal tanpa henti.

Maka ujarnya, UMNO tidak perlu memukul canang memberitahu 'kita buat itu kita buat ini' kerana tanggungjawab sebenar sebenar telah dijalankan dan ini dapat dilihat sendiri oleh rakyat.

"Jentera kita juga hingga kini tidak henti-henti menghulurkan tenaga membantu apa yang perlu. Tidak mengira pangkat dan darjat, semuanya berganding bahu meredah banjir menghulur keringat.

"Adalah lebih baik pembangkang juga buat kerja sama-sama berganding bahu daripada terus menabur fitnah. Ini negara kita… tidak kira pembangkang atau pro kerajaan… Jadi lebih baik kita sama-sama jalankan amanah yang telah diberi rakyat daripada berpolitik setiap masa," jelasnya lagi. - MediaUMNO

Persidangan UNESCO, Perancis Bantu Bangunkan Sistem Pendidikan Ke Taraf Dunia

Posted: 11 Dec 2013 01:02 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada persidangan UNESCO di Perancis baru-baru ini telah membantu membangunkan sistem pendidikan negara ke taraf dunia.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching berkata kerjasama tersebut berjaya mewujudkan perkongsian kepakaran ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara sejajar dengan saranan Rancangan Malaysia Ke-10.

“Penglibatan kementerian dalam persidangan antarabangasa UNESCO di Perancis adalah satu langkah pendedahan terhadap sistem dan produk pendidikan negara ke peringkat antarabangsa.

“Dengan langkah tersebut, sistem pendidikan Malaysia akan diterima dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta secara tidak langsung menjadi penanda aras kepada negara-negara membangun yang lain,” katanya ketika menjawab soalan utama Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin (BN-Terengganu) di Dewan Negara di sini hari ini.

Zaitun bertanyakan keberkesanan perkongisan transformasi sistem pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan anggota UNESCO di persidangan itu di Paris, baru-baru ini.

Sementara itu, Yap berkata semasa persidangan tersebut, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) telah mengadakan pameran serta ‘gallery walk’ bagi berkongsi transformasi sistem pendidikan negara melalui PPPM 2013-2025.

“Ini merupakan salah satu langkah penglibatan aktif kementerian di dalam aktiviti organisasi pendidikan antarabangsa seperti UNESCO dan organisasi subsidiarinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT