SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Wednesday, December 4, 2013

UMNO Online - “Pemuda Sedia Galas Harapan Parti, Juarai Setiap Isu Yang Dekat Di Hati Orang Muda” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda Sedia Galas Harapan Parti, Juarai Setiap Isu Yang Dekat Di Hati Orang Muda” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda Sedia Galas Harapan Parti, Juarai Setiap Isu Yang Dekat Di Hati Orang Muda

Posted: 03 Dec 2013 09:13 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Dis – Pemuda UMNO sedia menggalas amanah dan harapan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bukan sahaja mahu pergerakan itu lebih lantang dan berani membawa perjuangan parti tetapi menjuarai apa jua isu yang dekat di hati orang Melayu khususnya golongan muda tanpa menafikan hak kaum yang lain.

Rata-rata para perwakilan yang ditemui melahirkan kesediaan dan melihat ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertemakan `Menyambung Risalah Perjuangan Suci .pada perasmian Perhimpunan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013  di Dewan Merdeka di sini malam tadi sebagai  intipati penting dalam usaha mendepani cabaran selepas ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan terus menjadi benteng dan perisai kepada orang Melayu serta umat Islam di negara ini seperti yang diamanahkan Muhyiddin.

“Kebimbangan terhadap usaha dijalankan untuk pertikaikan kedudukan orang Melayu atau menyerang agama Islam takkan dikompromi, dan UMNO terutama Pemuda, tetap di barisan hadapan dengan jaminan untuk lindungi, atasi dan tewaskan anasir ini,” ujarnya.

Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata mereka menyokong sepenuhnya apa yang telah diingatkan Timbalan Presiden dan akan melaksanakan yang terbaik bagi merealisasikan agenda yang telah digariskan.

"Peringatan Tan Sri Muhyiddin cukup jelas…. sesungguhnya UMNO inilah yang akan memperkasakan ekonomi bumiputera dan orang Melayu dan UMNO ini jugalah yang akan pertahankan kesucian agama Islam. Jadi banyak program yang akan kita laksanakan terutama di peringkat memperkasakan ekonomi bumiputera serta agama Islam.

"Insyaallah Pemuda dan juga Biro Penerangan akan terus bekerjasama dengan semua pihak untuk memberikan penjelasan yang kita fikirkan perlu supaya ahli Pemuda dapat bersama mendepani cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab lebih berkesan untuk perjuangan parti .

"Penting juga untuk kita sama-sama hayati penekanan beliau agar kita rapatkan barisan dan rapatkan hubungan kekitaan di kalangan ahli Pemuda kerana dengan adanya hubungan dan ukhuwwah yang kuat akan menjadi satu pasukan atau satu rumpun lidi yang sukar untuk dipatahkan," katanya.

Sementara menurut Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizi Zainol Abidin pula , beliau cukup berbangga pada perhimpunan kali ini dengan penekanan yang luar biasa ke arah survival parti dan juga agama Islam.

"Saya rasa ini merupakan masa yang sesuai…kita betul-betul bincangkan UMNO itu untuk beri penumpuan kepada survival Melayu dan agama Islam tanpa mengenepikan kaum yang lain. Kita perlu punyai gabungan baik dengan NGO untuk bersama-sama dengan mereka.

"Ini satu pengalaman baru..tak kata semua baru dan ada yang berpengalaman di peringkat bahagian, NGO dan pertubuhan tertentu..dan ini tentunya akan berikan hala tuju baru bagi seluruh kepimpinan Pemuda dalam merencana gerakan selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Subang Mohd Shahriza Amir Sharifudin pula melihat ucapan Tan Sri Muhyiddin mencerminkan harapan beliau untuk melihat transfornasi dalam Pemuda akan dapat impak hingga ke akar umbi.

"Ucapan beliau yang menyentuh soal Pemuda harus bangkit untuk juarai isu orang muda bersama Puteri dilihat kena dengan gerak kerja yang harus sayap tumpukan untuk pru-14 nanti. Antaranya menguasai unit media baru, menjiwai gerak nadi serta denyut nadi pengundi muda di bandar dan luar bandar.

"Saya juga merasakan bahawa ucapan itu jujur dan telus. Beliau lahirkan harapan untuk melihat Pemuda terus melonjakkan semangat walaupun keputusan PRU-13 tidak begitu memberangsangkan untuk BN, tetapi UMNO telah menunjukkan peningkatan daripada kerusi yang dimenangi. Justeru harapan Timbalan Presiden untuk lihat Pemuda lebih lantang dan berani membawa perjuangan parti akan dapat dinilai menerusi gerak kerja nanti," ujarnya

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar pula berkata pihaknya akan meletakkan harapan serta penekanan ucapan berkenaan menerusi ' blueprint' di peringkat pergerakan itu nanti.

"Insyaallah….kita akan bawa apa yang ditekankan oleh Timbalan Presiden parti untuk menggerakkan Pemuda Terengganu selepas ini. Penekanan kepada konsep kesederhanaan cukup penting supaya orang muda rasa selesa dengan Pemuda khususnya UMNO itu sendiri," katanya.

Bagi Amran Karim perwakilan Pemuda Tawau, Sabah, ucapan tersebut memberi suntikan semangat kepada pergerakan itu khususnya menjurai isu-isu golongan muda dan rakyat secara keseluruhannya.

"Insyallah harapan Timbalan Presiden untuk kita turun ke setiap pentas untuk menjelaskan perkara yang dekat dengan orang muda akan kita garapkan khususnya isu-isu yang berlegar hari ini," katanya.

Perwakilan Pemuda UMNO Jerlun, Saifudin Saad pula melihat ucapan tersebut menggambarkan harapan yang tinggi daripada pucuk pimpinan terhadap sayap UMNO itu.

"Dalam usaha pucuk pimpinan untuk memperkasakan agenda bumiputera, harus kita beri sokongan dan kita hayati bersama. Cuma kita perlu melihat bagaimana usul ini dibahaskan dengan baik oleh perwakilan daripada Pemuda terutamanya dalam menyahut cabaran ini," ujarnya. -MediaUMNO

muhyiddin-ucapan-perasmian-persidangan-sayap-perhimpunan-umno-2013-pwtc

muhyiddin-perasmian-sayap-perhimpunan-pemuda-2013-pwtc

Tiga Sayap Sedia Jadikan UMNO Parti Harapan Seluruh Rakyat Malaysia

Posted: 03 Dec 2013 08:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Tiga sayap UMNO hari ini menyatakan kesediaan melaksanakan amanah untuk terus menjadikan UMNO sebagai parti harapan seluruh rakyat, terutama orang Melayu dan umat Islam.

Amanah itu disampaikan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan perhimpunan agung ketiga-tiga sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri di sini malam ini.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan terus menjadi benteng dan perisai kepada orang Melayu serta umat Islam di negara ini seperti yang diamanahkan Muhyiddin.

“Kebimbangan terhadap usaha dijalankan untuk pertikaikan kedudukan orang Melayu atau menyerang agama Islam takkan dikompromi, dan UMNO terutama Pemuda, tetap di barisan hadapan dengan jaminan untuk lindungi, atasi dan tewaskan anasir ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata pergerakan itu akan memartabatkan kembali idealisme UMNO tulen berkaitan usaha memperjuangkan Melayu dan bumiputera tanpa mengabaikan kaum lain selaras dengan hasrat Muhyiddin untuk menjadikan parti berkenaan sebagai tempat bagi seluruh rakyat bernaung.

Shahrizat juga berkata Wanita UMNO menyokong penuh saranan Muhyiddin untuk mengangkat idea pendidikan Islam sepanjang hayat.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan itu akan lebih giat mendekati golongan muda dalam usaha meraih keyakinan dan sokongan mereka.

“Puteri akan terus menggembleng tenaga dan berani menjawab pelbagai soalan yang diajukan golongan muda serta mendengar pendapat mereka supaya tiada lagi persepsi yang salah mengenai UMNO,” katanya.

Pergolakan Hamas – Fatah Wajar Dijadikan Iktibar

Posted: 03 Dec 2013 08:10 AM PST

Forum antarabangsa anjuran Umno Malaysia semalam dilihat telah menempa sejarah tersendiri apabila berjaya menyediakan platfrom khas untuk pemimpin Fatah dan Hamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin. Forum yang diadakan semalam itu bertemakan Kesederhanaan Politik diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno yang akan di adakan bermula hari ini.

Ia juga diharapkan agar kedua-dua parti (Fatah dan Hamas) dapat mengabung-jalinkan serta mencari titik perpaduan sekaligus membentuk kerjasama demi kebaikan rakyat Palestin.

fatah-abdulllah-abdullah-hamas-khaled-mishaal-palestin-forum-antarabangsa-perhimpunan-agung-umno-2013

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013, Datuk Dr. Norraesah Mohamad ketika ditemui berkata, Fatah diwakili oleh Timbalan Komisioner Hubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala pihak Hamas oleh Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal.

Hamas sebelum ini dilaporkan teah meminta kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menjadi perantara kepada proses damai antara Hamas dan Fatah.

Mereka dikatakan telah meletakkan kepercayaan kepada Umno sekaligus membuktikan, Umno bukan sahaja menjadi tunjang kepada masyarakat di Malaysia tetapi menjadi sandaran umat antarabangsa seperti di Palestin.

Kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Umno telah membuktikan parti itu bukan sahaja mampu menjalankan tanggungjawabnya dalam negara tetapi perlu memainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa.

Seharusnya kepercayaan terhadap Umno oleh Fatah-Hamas ini menjadi teladan kepada parti politik dalam negara untuk duduk bersama Umno demi tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Parti politik di Malaysia harus menolak perbezaan pandangan politik dalam hal yang berkait dengan kepentingan agama dan negara.

Malangnya kepentingan agama dan kepentingan umum banyak dipolemikkan demi survival politik masing – masing tanpa jalan penyelesaian yang menguntungkan agama dan rakyat. Setiap parti perlu berlapang dada dan mengikhlaskan hati demi kepentingan rakyat sejagat. Islam menyeru kepada perpaduan, Islam melarang umatnya berpecah – belah.

Mahmoud-Abbas-Fatah_Ismail-Haniyeh-Hamas_bersatu

Ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi orang tengah dalam proses damai diperingkat antarabangsa. Malaysia telah pun berjaya menjadi orang tengah perdamaiaan antara kerajaan Filipina dengan puak pemisah Mindanoa.

Selain itu, Malaysia juga telah mendamaikan ketegangan antara kerajaan Thailand dengan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Ini menjadi kayu ukur kejayaan Malaysia yang telah diambil kira oleh kumpulan Hamas dan Fatah.

Dalam konteks perpaduan negara, Muzakarah antara Umno – Pas mestilah diterima dari sudut pandang positif. Ambillah iktibar dari utusan Nabi SAW bahawa kehadiran baginda adalah untuk menyatukan keseluruhan umat tanpa mengambil kira taraf atau kepentingan sesuatu kabilah. Penyatuan ummah Ansar Muhajirin menjadi titik tolak kearah penyatuan ummah di dunia ini.

Kini Nabi SAW sudah tiada, tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah yang ada hari ini untuk meneruskan agenda penyatuan ummah di dunia dan di Malaysia. Bersegeralah untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Jangan tunggu apabila kita sudah bergolak seperti di Palestin baru kita mahu mencari jalan penyatuan. Bak kata pepatah jangan tunggu seperti sudah terhatuk baru tergadah.

mykmu.net

Pengiktirafan Wanita Sebagai Tulang Belakang UMNO Kena Pada Tempatnya – Perwakilan Wanita

Posted: 03 Dec 2013 07:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa pergerakan Wanita UMNO merupakan tulang belakang parti dan menyifatkan kenyataan beliau itu sebagai kena pada tempatnya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian ketika berucap di hadapan perwakilan dalam program perasmian persidangan bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Merdeka, Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Menurut perwakilan wanita UMNO Ranau, Datuk Amisah Yassin, kenyataan Timbalan Presiden itu merupakan satu pengiktirafan kepada kerja keras pergerakan tersebut selama ini.

"Memang selama kita jarang mendengar Wanita UMNO yang menyeleweng kepada parti, keluar dari parti dan berhijrah ke parti lawan dan jarang sekali kita dengar wanita mudah tergugat dan terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang.

"Selama ini memang tidak dapat dinafikan bahawa pergerakan wanita banyak membantu meraih kemenangan parti dengan program-program kita. Jadi saya rasa memang kenalah dengan kata-kata TPM bahawa wanita merupakan tulang belakang kepada parti," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Manakala menurut Rokiah Md Zain, perwakilan daripada Merbok menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu memang tepat lantaran selama ini sememangnya pergerakan wanita UMNO menjadi jentera kepada parti terutamanya ketika pilihanraya.

"Memang layaklah beliau mengatakan bahawa pergerakan wanita merupakan tulang belakang parti kerana bagi saya, tanpa jentera wanita, terutamanya menjelang pilihanraya, ada kemungkinan jentera parti akan lumpuh,"jelasnya.

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh perwakilan Kota Raja, Zaiton Abdul Rahman di mana sememangnya layak pergerakan wanita dinobatkan sebagai tulang belakang kepada parti.

"Kita boleh tengok kalau ada apa-apa program, baik program kemasyarakatan atau pun program parti, kaum wanitalah akan sampai dulu. Jadi bagi saya, memang layaklah dan kena pada tempatnya apabila Tan Sri Muhyiddin kata, wanita itu merupakan tulang belakang kepada UMNO," katanya.

Begitu juga perwakilan daripada Ipoh Timor, Azizan Shaary yang menyambut baik pengiktirafan Timbalan Presiden UMNO itu kepada pergerakan wanita yang dikatakan sebagai tulang belakang UMNO.

"Memang benar kata Tan Sri. Selama ini, wanita di dalam UMNO tidak pernah mundur, biarpun pelbagai cabaran yang ditempuhi. Malah, selama ini wanitalah yang banyak membantu pergerakan parti.

"Saya bergiat aktif dalam pergerakan wanita sejak dari zaman Tun Mahathir lagi, sememangnya wanitalah yang akan turun ke kampung-kampung bertemu pengundi apabila tibanya waktu pilihanraya. Jadi bagi saya kenyataan TPM itu amat tepat dan kena pada tempatnya," jelasnya. -MediaUMNO

UMNO Selamanya Jadi Penyelamat Melayu, Perisai Islam – Muhyiddin

Posted: 03 Dec 2013 07:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis -  Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa UMNO, sebagai parti payung kaum Melayu dan Bumiputera yang kini berusia lebih enam dekad, akan terus membela nasib mereka serta berjuang mempertahankan Islam tanpa mengetepikan hak dan kepentingan kaum lain.

Timbalan Perdana Menteri sekali gus menekankan bahawa UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam akidah umat Islam di negara ini, ketika wujud cubaan tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara ini.

“Kerana itu UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, ” katanya ketika berucap pada majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Selasa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, secara sinis turut menempelak golongan yang sering menuduh kononnya kerajaan tidak mengamalkan prinsip kesamarataan dalam soal agama yang menjadi perkara asas dalam sebuah masyarakat yang demokratik.

Ini termasuk tindakan Coalition of Malaysian NGOs (Comango) yang melobi negara-negara asing supaya mendesak Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas dalam laporan yang dikemukakan untuk diteliti dalam Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

“Kononnya atas nama globalisasi, hak asasi dan demokrasi, umat Islam dipaksa menerima konsep kebebasan individu tanpa batas, mengiktiraf perkahwinan sejenis, perkahwinan berlainan agama, hak untuk murtad, amalan ajaran sesat, gaya hidup gay dan lesbian serta pelbagai budaya songsang yang lain,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata desakan seumpama itu adalah contoh jelas kewujudan gerakan menyebarkan dakyah songsang atas nama kebebasan tanpa batas di negara ini.

“Saya nak tanya saudara-saudari yang ada di dalam dewan ini. Adakah kita rela pihak asing memaksa kita menerima konsep kebebasan yang bercanggah dengan agama kita? Adakah kita rela kebebasan tanpa batas yang sebegini rupa diamalkan di negara kita? Adakah kita mahu akidah umat Islam dipesongkan oleh mereka? Tentu sekali tidak,” tegasnya.

Justeru, beliau menyarankan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat dijadikan dasar utama negara kerana percaya benteng akidah Islam akan lebih kukuh jika umat Islam mendapat pendidikan agama yang sempurna.

Dalam melaksanakan perkara itu, beliau mencadangkan kerajaan pusat dan majlis-majlis agama Islam negeri berbincang untuk menubuhkan pusat-pusat pengajian Islam di peringkat komuniti yang memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami ilmu agama dengan sempurna.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk terlibat menjayakan inisiatif itu dalam usaha memberi pencerahan kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar, sekali gus membentengi mereka daripada pelbagai dakyah songsang yang menjejaskan akidah.

Mengenai agenda memperkasa kaum Melayu dan Bumiputera, Muhyiddin menegaskan tugas besar itu akan terus didokong UMNO selagi parti itu mendapat sokongan rakyat sebagai bukti komitmen parti untuk terus membela orang Melayu dan Bumiputera.

“Perjuangan membela nasib Melayu dan Bumiputera masih belum selesai. Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda Bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan,” katanya.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa berkat perjuangan UMNO selama ini, taraf ekonomi orang Melayu dan Bumiputera telah berjaya ditingkatkan dan ini boleh dilihat melalui penurunan kadar kemiskinan Bumiputera daripada 64.8 peratus pada 1970 kepada 2.2 peratus pada 2012.

Katanya, insiden kemiskinan tegar Bumiputera juga telah menurun daripada 9.9 peratus pada 1970 kepada 0.3 peratus tahun lepas. Dalam tempoh sama, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah Bumiputera telah meningkat daripada RM172 kepada RM4,457, manakala pemilikan ekuiti Bumiputera telah bertambah daripada 2.4 peratus kepada 23.5 peratus.

Sayap UMNO Perlu Lebih Lantang, Berani Bawa Perjuangan Parti – Muhyiddin

Posted: 03 Dec 2013 07:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis  - Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan lebih besar, lantang dan berani dalam membawa perjuangan parti serta terus meyakinkan rakyat bahawa UMNO parti tempat mereka bernaung.

Timbalan Perdana Menteri berkata ketiga-tiga sayap itu yang merupakan tonggak kekuatan parti, memiliki kekuatan masing-masing untuk menggalas harapan rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.

Bagaimanapun, katanya, mereka mesti kembali memahami idealisme dan matlamat perjuangan UMNO yang berjuang bukan sahaja untuk parti tetapi demi orang Melayu dan Bumiputera.

“Kita mesti ingat harapan orang Melayu dan Bumiputera yang amat tinggi kepada UMNO. Orang Melayu dan Bumiputera telah memberikan sokongan padu kepada UMNO dan mereka amat berharap kita dapat membela nasib mereka.

“Bila kita diberi mandat, kita melakukan yang terbaik untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera, serta menjamin kaum-kaum lain juga mendapat pembelaan yang adil, ” katanya ketika merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Perhimpunan kali ini yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas dan pemilihan parti pada Oktober.

Muhyiddin dalam ucapannya mengingatkan sayap parti mengenai komitmen, kerjasama dan perpaduan yang harus diperkukuhkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 yang disifatkan lebih mencabar.

“Jangan kita ulangi kesalahan, kesilapan dan kelemahan lampau. Bina kekuatan baharu. Selesaikan sebarang masalah dengan segera supaya Wanita, Pemuda dan Puteri benar-benar wujud sebagai pergerakan yang dihormati,” katanya yang juga mahu ketiga-tiga sayap parti itu untuk berusaha menangani kempen membenci UMNO dengan segera.

Lebih penting, menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, ketiga-tiga sayap parti perlu menterjemahkan konsep transformasi politik sebagai hijrah minda dan sikap kepada yang lebih baik.

“Generasi lama di dalam UMNO telah menyumbang, yang penting ialah sumbangan generasi hari ini sebagai penyambung risalah perjuangan parti demi agama, bangsa dan tanah air kita,” katanya yang menambah UMNO perlu sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan.

Beliau berkata sebagai pewaris perjuangan UMNO yang memahami aspirasi golongan muda, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bijak mendekati generasi itu dan mengajak mereka menyertai perjuangan UMNO.

“Pemuda perlu berinteraksi dengan generasi muda termasuk di kampus dan kampung. Mereka juga wajib menjadi jurubicara umat mewakili suara orang muda.

“Lantanglah bersuara, beranilah membuat pendirian, muncullah di semua pentas menjuarai isu rakyat. Biarlah kehadiran Pemuda dan Puteri benar-benar dirasai dan dihargai oleh rakyat,” katanya.

Sementara Pergerakan Wanita sebagai obor perjuangan parti perlu terus cekal dan kental dengan tradisi menawan hati dan budi wanita-wanita termasuk golongan profesional dan agamawan wanita, katanya.

“Kalau Wanita hendak menjadi tulang belakang UMNO, teruskanlah semangat itu. Yang penting Wanita mampu menyahut apa jua cabaran,” kata Muhyiddin yang turut mengiktiraf sumbangan pergerakan itu yang disifatkan sebagai tulang belakang parti.

doa-perwakilan-wanita-perasmian-sayap-perhimpunan-2013-pwtc

pemuda-semangat-perasmian-persidangan-sayap-perhimpunan-umno-2013-pwtc

puteri-semangat-perasmian-persidangan-sayap-perhimpunan-umno-2013-pwtc

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 Bagi Perbelanjaan Pembangunan

Posted: 03 Dec 2013 07:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis -  Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan selepas dibahaskan sejak 14 Nov lepas.

Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Rang Undang-undang memperuntuk RM46.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan kepada dua jabatan dan 22 kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga antara yang menerima peruntukan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu.

UMNO Teruskan Semangat Bantu Rakyat Dengan Program “Membara” Mulai 2014

Posted: 03 Dec 2013 06:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Umno hari ini melancarkan program “Membara” (Membantu Rakyat) yang akan menjadi medium utama parti untuk membantu rakyat, dan dijadual dilaksana bermula Januari ini di 191 bahagiannya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program itu yang dipersetujui oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dilancar semasa Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

ahmad-maslan-najib-penerangan-umno-membara-membantu-rakyat-perhimpunan-2013-pwtc

Dalam majlis itu Najib turut menyerahkan kit Modul Program Membara kepada semua Badan Perhubungan Umno negeri, katanya kepada pemberita selepas majlis yang dihadiri oleh 1,519 wakil bahagian selain anggota MT dan exco tiga sayap itu.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata Bahagian Penerangan Umno akan menjadi urusetia kepada program bulanan itu selain menyusun program secara khusus.

“Kita sebenarnya mahu membantu rakyat tanpa mengira parti, itu syarat modul program ini. Mereka yang susah dan memerlukan bantuan, Umno akan bantu. Kita mahu terus membantu rakyat dengan semangat membara seperti api,” katanya.

Beliau berkata kit modul itu mengandungi program yang akan dilaksana bagi tempoh Januari hingga Ogos serta kaedah pelaksanaan yang akan dipantau oleh Bahagian Penerangan Umno pusat.

“Setakat ini kita sediakan sehingga bulan Ogos dan selepas itu kita akan membuat kajian apakah program lain yang boleh diketengahkan untuk membantu rakyat. Kita akan menghubungi bahagian selepas itu supaya modul diperbaiki,” katanya.

Ahmad berkata modul Program Membara lebih khusus berbanding Juara Rakyat yang dilaksana Umno sebelum ini yang bersifat umum dan memberi kebebasan kepada pimpinan bahagian untuk pelaksanaannya.

“Program sebelum ini terlalu umum dan ia tidak berapa menjadi. Ini kerana bila dilaksana secara bebas, sasaran dan keberkesanannya tidak tepat,” katanya menambah menerusi Membara, program adalah secara khusus dan tersusun.

Beliau memberi contoh bantuan keperluan persekolahan yang boleh dilaksana pada Januari oleh kesemua 191 bahagian serta seminar keusahawanan pula pada bulan seterusnya di samping penumpuan kegiatan sukan dan riadah luar pada bulan berikutnya.

Semua aktiviti dan kegiatan di bawah Program Membara perlu dijalankan secara bersepadu oleh kepimpinan peringkat Bahagian termasuk bekerjasama dengan ketiga-tiga sayap parti – Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya Program Membara itu diilhamkan daripada program Setia Bersama Rakyat (Semarak) yang digerakkan oleh bekas Menteri Penerangan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat pada 1987 iaitu ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Amanat Presiden : Rapatkan Barisan, Pastikan UMNO Raih Kejayaan PRU14

Posted: 03 Dec 2013 04:34 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Rapatkan barisan selepas pilihan raya umum serta pemilihan parti dan pastikan UMNO raih kejayaan pada pilihan raya umum akan datang adalah antara intipati utama amanat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Najib member penekanan terhadap keperluan mempertingkat perpaduan dan kesatuan anggota UMNO di semua peringkat.

“Lupakan apa yang berlaku dalam musim pemilihan parti kerana kita mesti memastikan bahawa kapal besar ini (UMNO) akan meraih kejayaan dalam pilihan raya umum ke-14, itu juga antara nasihat yang ditekankan oleh presiden parti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

najib-majlis-tertinggi-taklimat-presiden-tertutup-perhimpunan-umno-2013-pwtc

Najib, kata Shafie, turut meminta hadirin yang terdiri daripada pemimpin Majlis Tertinggi, ketiga-tiga sayap parti dan peringkat bahagian agar member penekanan terhadap beberapa pendekatan yang mampu memperkuat serta memperkukuh parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

“Kali ini pendekatan dan penekanan Umno berbeza daripada sebelumnya, yang mana ia meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada kepimpinan bahagian sehinggalah ke peringkat Majlis Tertinggi.

“Ini adalah untuk memastikan pada akhirnya terdapat hasil dan sumbangan untuk diterjemahkan agar parti sentiasa menjadi ikutan,” kata Shafie.

Beliau berkata Amanat Presiden itu turut menyentuh kepentingan sumbangan parti kepada akar umbi demi kepentingan rakyat.

Anggota MT yang baharu dilantik Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata amanat itu juga menyentuh usaha parti untuk mempertingkat martabat syiar dan syariat Islam di negara ini.

Asyraf Wajdi, yang juga Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), memetik Najib sebagai berkata indeks syariah akan diwujud bagi membolehkan kedudukan Malaysia dalam konsep memartabat Islam ditentukan, menunjukkan keseriusan kerajaan memperjuang perkara itu.

“Indeks ini juga membolehkan kita mengenal pasti kelemahan atau ruang kosong yang boleh diperbaiki dalam usaha meningkatkan syiar dan syariat. Ini selari dengan matlamat syariat yang meletakkan agama melebihi perkara lain,” kata Asyraf Wajdi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula berkata Najib mahukan pelaksanaan pendekatan parti dalam menegakkan syiar Islam serta memartabat bangsa Melayu dan tanah air, dirasai rakyat.

Perdana Menteri, kata Mukhriz, turut menyentuh penggunaan media sosial oleh UMNO bagi mendekati pengundi baharu yang dijangka berjumlah enam juta orang.

Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin pula berkata Najib menggariskan misi dan visi yang jelas untuk bekerja bagi memastikan Umno dan BN terus kekal menjadi parti pilihan rakyat di negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Perdana Menteri mahu semua anggota Umno mencari persamaan dengan semua rakyat di negara ini dan mengetepikan segala perbezaan yang mengancam perpaduan.

“Di Melaka, saya telah gerakkan jentera parti untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi, antaranya di kedai kopi agar Umno mendekati masyarakat…ini perlu dilakukan bagi membolehkan parti ini dihormati bukan setakat kawan malah lawan,” katanya.

Mengulas kedudukan institusi raja-raja, anggota MT Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Najib mahu ia terus dipertahan.

Ketua Umno bahagian Bachok Datuk Dr Awan Adek Hussin pula menyifatkan amanat presiden itu sebagai memberi idea dan nafas baharu kepada perjuangan parti.

Sementara itu, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, yang baharu dilantik anggota MT, berkata sebagai orang baharu, semua perkara yang disampaikan Perdana Menteri dicatat bagi memudahkan beliau untuk bergerak bersama Umno.

Malaysia Jadi Contoh Amalan Kesederhanaan Dalam Pentadbiran dan Politik – Delegasi

Posted: 03 Dec 2013 04:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Rata-rata delegasi asing yang ditemui bersetuju dengan  ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendekatan kesederhanaan yang lebih banyak memberikan manfaat dan kebaikan bagi sesebuah negara.

Para delegasi asing yang ditemui berkata, formula kesederhanaan itulah yang dapat menjamin kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara untuk terus membangun dari pelbagai sudut.

Menurut ketua delegasi Moro Independence Liberation Front (MORO), Haji Murad Ibrahim, pendekatan kesederhanaan telah menjadi alat bagi negara ini (Malaysia) untuk membina sebuah negara bangsa yang aman serta stabil.

"Saya amat bersetuju dengan ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana pendekatan seperti  inilah yang telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman makmur seperti mana yang dapat kita lihat hari ini.

muhyiddin-forum-antarabangsa-perhimpunan-umno-2013-pwtc

"Isu kesederhanaan yang menjadi topik utama di dalam forum antarabangsa ini amat bermakna kerana pendekatan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia dilihat amat berkesan dalam menangani isu-isu keganasan serta perlakuan ekstrim," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Manakala menurut wakil dari delegasi  Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), Azzahari Ahmad Kamil, pendekatan kesederhanaan adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam menurut yang mana sudah pastinya, ia merupakan satu pendekatan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan dunia.

"Itulah pendekatan yang sebaik-baiknya dan jika diadaptasikan di dalam politik, ia akan mampu untuk membawa keamanan sejagat. Kita boleh lihat bagaimana pendekatan kesederhanaan ini dapat menjadikan  Malaysia sebuah negara yang aman makmur, stabil serta mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

"Namun seperti kata-kata Tun Mahathir, sudah tentu ia akan mengambil masa yang panjang untuk ia dapat diterapkan di dalam pemikiran masyarakat di dalam sesebuah negara mahupun di seluruh dunia.

"Alhamdulillah, melalui forum ini, kita dapat banyak informasi yang dapat membantu kita untuk bagaimana kaedah dan pendekatan kesederhanaan untuk kita amalkan di dalam parti politik dan negara masing-masing, "jelasnya.

Rata-rata delegasi asing yang ditemui menyatakan rasa puas hati mereka dengan forum yang seumpama ini kerana ia memberikan begitu banyak ruang dan peluang untuk perwakilan dari negara-negara yang terlibat untuk berkongsi pendapat dan pengalaman di negara masing-masing. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT