SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 20, 2013

UMNO Online - “Langkah “Tidak Popular“ Kerajaan Demi Kesejateraan Rakyat Dan Ekonomi Negara” plus 9 more

UMNO Online - “Langkah “Tidak Popular“ Kerajaan Demi Kesejateraan Rakyat Dan Ekonomi Negara” plus 9 more

Link to UMNO Online

Langkah “Tidak Popular“ Kerajaan Demi Kesejateraan Rakyat Dan Ekonomi Negara

Posted: 19 Dec 2013 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Langkah-langkah ekonomi kerajaan, termasuk mengawal perbelanjaan awam, menaikkan kadar dan mengurangkan subsidi, adalah penting bagi kesejahteraan rakyat pada masa akan datang serta untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh.

Langkah-langkah ini, meskipun dianggap “tidak popular” oleh beberapa pihak, adalah amat perlu untuk mengekalkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, di samping meneruskan pertumbuhan kukuh pekerjaan dan pendapatan dalam empat tahun kebelakangan ini, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

“Institusi-institusi, pelabur dan agensi antarabangsa menyokong pendekatan bertanggungjawab ini. Berbeza dengan pihak pembangkang, yang menjanjikan segalanya kepada semua orang, kerajaan mengambil keputusan-keputusan sukar, yang diperlukan untuk melindungi ekonomi Malaysia,” kata jurucakap itu.

Sesetengah langkah itu mungkin tidak popular sekarang, tetapi dalam jangka sederhana, apa yang baik bagi ekonomi adalah juga baik bagi rakyat.

Agensi-agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard & Poor’s telah menyemak naik penarafan Malaysia berikutan prospek yang lebih baik hasil daripada langkah-langkah fiskal dan reformasi oleh kerajaan.

“Dalam jangka pendek, kerajaan menyediakan bantuan tambahan kepada mereka yang paling memerlukan. Kita akan membuka kedai-kedai 1Malaysia baharu untuk membantu mengurangkan kos barangan keperluan harian dan Klinik 1Malaysia baharu untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang termampu,” tegas beliau.

Juga, mulai Isnin ini, seramai 7.9 juta penerima dari kalangan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan boleh memohon bagi pembayaran bantuan rakyat 1Malaysia baharu.

Najib, Susilo Achieve Progress In Talks On Domestic Maid Issue

Posted: 19 Dec 2013 03:29 AM PST

JAKARTA, Dec 19 – Malaysia and Indonesia Thursday agreed that their respective foreign workers recruitment agencies engage in a formal cooperation in the sending of Indonesian domestic maids to Malaysia.

The agreement was reached between Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and President Susilo Bambang Yudhoyono of Indonesia at their annual consultation here after Najib raised the proposal.

Najib said the involvement of the private sector representing Malaysia and Indonesia in a joint understanding in the business was an extension of the MoU on the recruitment and protection of Indonesian maids, as agreed by the two countries in Bali in 2011.

The Bali MoU saw Indonesia agreeing to withdraw its moratorium on the sending of maids to Malaysia.

“The president also agreed that an MoU be signed between the Malaysian Association of Foreign Workers Agencies (Papa) with the Indonesian Manpower Suppliers Association (Apjati),” Najib told a joint news conference at the conclusion of the annual consultation at the Merdeka Palace of the Indonesian president, here.

“If both sides can sign the MoU, I am confident we can get the number of Indonesian maids that we need,” he said.

Although there was much demand from Malaysian employers for Indonesian maids, their despatch by the Indonesian foreign workers agencies through cooperation with the Malaysian foreign workers agencies has not been encouraging.

Among the inhibitive factors is believed to be the recruitment fee of RM4,511 imposed by the Indonesian and Malaysian authorities, which was said to be unprofitable for the agencies.

The question of alleged low wages offered by Malaysian employers compared to places such as Hong Kong and countries of the Middle East is also believed to be a reason why Indonesian maids are not keen to come to Malaysia.

In a statement issued Thursday, Najib said only 513 Indonesian maids were sent through the channel agreed to in the existing MoU.

What is clear from the current development is that the number of Indonesian maids brought into Malaysia by the foreign workers agencies is too low to match the demand from Malaysian employers who need about 30,000 maids annually.

It is understood that about 127,000 Indonesian maids are currently registered in Malaysia.

Malaysian Human Resources Minister Datuk Richard Riot, when met after the talks, said the Malaysia-Indonesia Joint Working Group (JWG) on the recruitment and protection of maids agreed in September to set at RM7,800 the new fee for the recruitment of Indonesian domestic maids.

Of the total fee, RM6,000 would be borne by the employer and RM1,800 by the worker. So far, there has been no MoU on the setting of the fee at RM7,800.

Riot said it was better that the recruiting of Indonesian maids be managed by the foreign workers agencies at the business-to-business (B to B) level because there had been little progress at the government-to-government level.

Malaysia-Indonesia Sepakat Minta ASEAN Beri Perhatian Isu Pengintipan

Posted: 19 Dec 2013 03:22 AM PST

JAKARTA, 19 Dis – Isu pengintipan oleh Australia terhadap Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pemimpin negara di rantau ini menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yudhoyono sehingga kedua-dua pihak sepakat agar isu itu diberi perhatian oleh Asean.

Najib berkata Malaysia bersetuju dengan pandangan Yudhoyono bahawa isu pengintipan harus diberikan perhatian di peringkat serantau khususnya di kalangan negara anggota Asean.

“Saya bersetuju dengan langkah yang Presiden Indonesia sebutkan mengenai intipan yang patut diberi perhatian pada peringkat Sidang Kemuncak Asean akan datang.

“Apabila Presiden (Indonesia) usulkan, Malaysia akan beri sokongan kuat,” kata Najib pada sidang akhbar bersama Yudhoyono di akhir pertemuan Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia di Istana Merdeka, Kompleks Istana Presiden Indonesia di sini pada Khamis.

Najib mengetuai delegasi Malaysia pada pertemuan itu yang turut disertai lapan menteri Kabinet Malaysia, manakala Yudhoyono mengetuai delegasi yang melibatkan 19 anggota Kabinetnya.

Acara tahunan itu yang dihoskan secara bergilir-gilir, menyediakan platform bagi kedua-dua pemimpin negara berbincang bagi meningkatkan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang selain mencari penyelesaian terharap isu yang mengganggu hubungan.

Pada sidang akhbar itu Yudhoyono menyambut baik komitmen Malaysia untuk bersama-sama Indonesia menangani isu pengintipan dari negara lain terhadap negara Asean.

“Berhubung isu intipan, kami sepakat mengajak negara-negara Asean untuk bersatu menolak pengintipan. Saya kira saling kepercayaan dan hormat amat penting dalam hubungan antarabangsa.

“Oleh kerana itu saya gembira Perdana Menteri Malaysia akan menyokong sepenuhnya inisiatif yang akan saya sampaikan di Sidang Kemuncak Asean akan datang,” katanya.

Kerajaan Indonesia baru-baru ini mengambil pendirian tegas mengecam Australia yang disifatkan melanggar hak asasi dan tidak menghormati hubungan dua hala apabila negara itu dilaporkan melakukan pengintipan ke atas beberapa pemimpin Indonesia.

Isu pengintipan itu mendapat liputan meluas selepas dua media utama Australia, The Guardian Australia dan Australia’s Broadcasting Corporation (ABC) mendedahkan dokumen rahsia milik Jabatan Pertahanan Australia yang menyebut perisik Australia mengintip Presiden Indonesia itu dan Wanita Pertama, Ibu Negara Ani Yudhoyono serta beberapa pemimpin lain dalam Kerajaan Indonesia.

Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan badan perisik elektronik Australia, Defence Signal Directorate memantau aktiviti telefon bimbit Susilo selama 15 hari pada bulan Ogos 2009 ketika Kevin Rudd menjadi Perdana Menteri Australia.

Antara nama-nama lain yang dilaporkan diintip oleh pihak Australia ialah Naib Presiden Indonesia, Boediono dan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pada Rundingan Tahunan kali ini, Malaysia dan Indonesia menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) iaitu berhubung kerjasama dalam bidang belia dan sukan serta MoU mengenai pas pelajar dan visa untuk program pengajian tinggi.

Najib Dan Muhyiddin Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang PMR 2013

Posted: 19 Dec 2013 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Najib berharap para pelajar cemerlang itu dapat meneruskan usaha mereka ke arah memangkin kejayaan lebih besar di masa akan datang.

“Tahniah pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Teruskanlah usaha kerana ini satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar,” katanya dalam laman Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru atas jasa dan pengorbanan mereka yang menyumbang kepada keputusan cemerlang pelajar.

“Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Tahniah, syabas dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu bapa dan guru,” katanya dalam tweet terkini beliau hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 30,988 atau 7.33 peratus daripada 462,940 calon PMR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan 0.41 peratus atau 514 calon berbanding 30,474 orang pada 2012.

Kenaikan Tarif Elektrik Masih Belum Cukup Biayai Kos, Perbelanjaan TNB

Posted: 19 Dec 2013 12:36 AM PST

PUTRAJAYA, 19 Dis -  Kenaikan tarif elektrik baharu berkuatkuasa 1 Januari 2014, masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan.

“TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.

“Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada ‘Sesi Penerangan Penetapan Tarif Elektrik Di Semenanjung Malaysia’ yang disertai lebih 40 wakil dari Persatuan Industri dan Pengguna, di sini Khamis.

Beliau berkata TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.

Menurut Ahmad sebagai agensi kawal selia, Suruhanjaya Tenaga akan memantau secara teliti kecekapan operasi dan setiap perbelanjaan TNB mulai tahun hadapan.

“Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula, Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh TNB untuk membekalkan elektrik. “Kita akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak dibenarkan masuk ke dalam tarif,” katanya.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj pada masa ini.

Sebelum ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB)Datuk Seri Azman Mohd berkata tarif elektrik baharu itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara.

Konsep Demokrasi Cara DAP, Orang Lain Tiada Hak Buat Teguran Atau Kritikan

Posted: 19 Dec 2013 12:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – DAP hanya cakap berdegar-degar mengenai demokrasi tetapi di dalam parti mereka sendiri sebenar tidak wujud demokrasi sama sekali.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, jika ada ahli DAP yang lantang persoal mengenai ketelusan parti akan dilabelkan sebagai pengkhianat, ada yang lebih teruk apabila mereka turut dikecam menjadi  agen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan apabila laporan dibuat oleh ahli DAP sendiri bahawa wujud penyelewengan yang berlaku dalam pemilihan CEC, ROS turut menjadi mangsa apabila dikatakan juga sebagai agen penguatkuasa UMNO dan BN.

“Jadi, di mana sebenarnya ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini. Mereka pandai menuduh UMNO dan BN sebagai parti yang tidak demokrasi sebaliknya dalam diri parti mereka sendiri penuh dengan penipuan, penyelewengan dan berat-sebelah dalam kepimpinan mereka.

“Terbukti bahawa DAP bukanlah parti 'cakap serupa bikin' khususnya apabila berdepan dengan konflik dan masalah dalaman yang membabitkan anggota mereka sendiri lantaran penafian hak atas macam-macam alasan yang tidak wujud," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, DAP hanya pandai membuat tuduhan kepada UMNO dan BN kononnya tidak demokratik, tidak telus, tidak terbuka dan macam-macam lagi sedangkan apabila terkena kepada mereka sendiri macam-macam helah dilakukan untuk menyembunyikan apa yang berlaku.

"Jadi, nasihat untuk pemimpin-pemimpin DAP ini agar berhenti menyalak, melaungkan demokrasi kerana hakikatnya proses dan perjuangan demokrasi dah lama mati dalam kepimpinan DAP sebaliknya laungan demokrasi ini hanya sekadar permainan politik DAP atau topeng palsu untuk meraih undi rakyat dalam pilihanraya semata-mata," tambahnya lagi. -MediaUMNO

1Malaysia Goes Beyond Uniting Malaysians

Posted: 19 Dec 2013 12:07 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 19 – The 1Malaysia concept introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in 2009 goes beyond uniting the different races and cultures in the country.

Though the concept initially received brickbats especially from those critical of the government, in reality the concept contributes to a strong foundation in helping the people and the country to forge ahead.

Not many are willing to give a thought that the 1Malaysia concept is a comprehensive one in helping Malaysians face the globalisation process and modernisation, which has impacted the way people live and their values.

As for Prof Dr Kamaruddin M.Said, as far as he is concerned the 1Malaysia concept is anchored on noble values and serves as the foundation for a highly civilised Malaysian society of the future.

A NEW FOUND CONFIDENCE

The head of the National Professor Council’s History, Heritage and Socio-Economic Cluster noted that the 1Malaysia concept was also the outcome of the New Economic Policy (NEP) that has put the Bumiputras in a better economic and social position.

“Therefore when the 1Malaysia was launched that among others promised inclusiveness for all in every respect, the Malays were not worried. The 1Malaysia concept came at the right time and now has gained general acceptance,” he told Bernama.

A lecturer at the Universiti Sains Malaysia (USM) Social Science Studies Centre Prof Dr Ahmad Atory Hussain pointed out the participation of people from all walks of life regardless of the ethnic or religious background in programmes organised by the government reflected the true 1Malaysia spirit.

“Those who loathe at the concept or fail to understand its real meaning, are only a few. The majority of the citizens subscribe to the 1Malaysia concept and appreciate its underlying principles that promote peace, stability and unity.

“1Malaysia is the best approach in so far compared with the many approaches taken previously in bringing together Malaysians,” he said when contacted here.

“The concept is not like the “Malaysian Malaysia” promoted by some. 1Malaysia is truly reflective of the Federal Constitution that promises equal opportunity for all,” he said.

Malaysian Economy To Grow By Five Pct In 2014

Posted: 18 Dec 2013 11:26 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 19 – The Malaysian economy is expected to grow by five per cent next year from the 4.6 per cent forecast for 2013, buoyed by strong sustained domestic demand, says MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Its Chief Economist Research Development, Maslynnawati Ahmad, said the domestic demand would continue to be supported by growth in wages and a stable employment outlook.

She said the expected recovery in the external demand would provide a boost to the economy.

“The export sector has been volatile this year but we expect it to pick up next year due to the recovery in the US,” she told reporters after the media briefing on Market and Economic Outlook for 2014 here today.

Maslynnawati said all components of exports, such as electrical and electronic products, as well as commodities, were expected to be firmer next year.

Lebih 36,000 Guru Mohon Pertukaran Tahun Lepas

Posted: 18 Dec 2013 11:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Kementerian Pendidikan menerima 36,133 permohonan pertukaran guru tahun lepas, meningkat kira-kira 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata jumlah itu merangkumi 19,678 permohonan guru sekolah rendah dan 16,455 guru sekolah menengah.

“Daripada jumlah ini hanya 18.93 peratus permohonan diluluskan iaitu merangkumi 2,778 guru sekolah rendah dan 4,063 sekolah menengah,” katanya menjawab soalan Senator Ahamat@Ahamad Yusop di Dewan Negara, di sini hari ini.

Ahamat ingin tahu kriteria yang diguna pakai dalam penentuan kelulusan permohonan pertukaran guru dan statistik permohonan yang diterima serta peratusan diluluskan dan ditolak untuk lima tahun lepas.

Kamalanathan berkata keperluan perkhidmatan dan kekosongan opsyen yang terdapat di negeri-negeri merupakan kriteria utama yang diambil kira dalam penentuan penempatan guru baharu dan kelulusan pertukaran guru.

Kementerian juga katanya bersedia menimbang permohonan pertukaran guru yang mempunyai alasan kukuh seperti ancaman keselamatan, sakit kronik, mengikut pasangan dan cukup tempoh perkhidmatan, mengikut keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.

Katanya bilangan guru di sesebuah negeri tidak boleh melebihi jumlah yang diluluskan mengikut waran perjawatan negeri berkenaan.

“Kementerian ini juga perlu memastikan keperluan opsyen yang kritikal diisi dengan guru opsyen berkenaan agar murid mendapat tenaga pengajar yang kompeten dan mencukupi,” katanya.

Kerajaan Kaji Bentuk Baharu BR1M

Posted: 18 Dec 2013 11:09 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis  - Kementerian Kewangan sedang mengkaji penyediaan bentuk baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia yang mungkin diperkenalkan menjelang 2015.

“Kami sedang menjalankan beberapa kajian mengenai kaedah untuk meneruskan BR1M, dan bentuknya. Kami harap menjelang 2015, model baharu yang menghubungkannya dengan rasionalisasi subsidi kerajaan dapat diperkenalkan,” kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pembiayaan Hak milik Intelek di sini hari ini.

Model baharu subsidi akan lebih berkesan berbanding format semasa yang diamalkan oleh kerajaan.

“Ini merupakan waktu penyesuaian,” katanya sambil menambah bahawa dalam jangka panjang, kerajaan mahu membantu rakyat menikmati pendapatan tinggi dan bukan hanya BR1M atau baucar buku untuk pelajar.

Penyesuaian pendapatan itu adalah sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi Kerajaan manakala langkah-langkah semasa yang dijalankan oleh kerajaan, termasuk pembangunan industri teknologi tinggi yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan menambah pendapatan isi rumah.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata ia akan mengagihkan RM4.6 bilion untuk BR1M pada 2014, yang akan memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima.

Pada 2013, kerajaan mengagihkan RM2.9 bilion kepada 6.8 juta penduduk.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT