SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 29, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Sasar Buka 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Tahun Depan- Najib” plus 2 more

UMNO Online - “Kerajaan Sasar Buka 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Tahun Depan- Najib” plus 2 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Sasar Buka 50 Kedai Kain Rakyat 1Malaysia Tahun Depan- Najib

Posted: 28 Dec 2013 07:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menyasarkan untuk membuka 50 buah Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) pada tahun depan.

“Alhamdulillah, kita sasar 50 buah KKR1M tahun depan. Insya-Allah,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitternya hari ini, yang mengulas tentang pautan twitter Bernama bertajuk ‘KKR1M Semakin Mendapat Sambutan’.

Ia memetik Pengarah Urusan KKR1M Mohd Noor Mohd Amin sebagai berkata KKR1M, satu daripada produk jenama 1Malaysia, kini semakin mendapat tempat di hati rakyat apabila menjadi pilihan dan kerap dikunjungi orang ramai bagi mendapatkan kain berkualiti pada harga rendah.

Mohd Noor berkata memandangkan permintaan terhadap produk kain di KKR1M semakin tinggi, pihaknya merancang membuka lebih banyak cawangan kedai itu bagi memenuhi permintaan.

Pada masa ini, terdapat 19 cawangan KKR1M di seluruh negara dengan terbaru dibuka pada 18 Dis lepas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mohd Noor berkata beberapa lagi cawangan akan dibuka termasuk di Gerik,
Perak dan Dungun, Terengganu, menjadikan kesemuanya 25 cawangan KKR1M pada tahun ini.

Mahasiswa Diingatkan Tidak Sertai Perhimpunan Guling Kerajaan

Posted: 28 Dec 2013 07:04 AM PST

MUAR, 28 Dis — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan mahasiswa yang sedang bercuti semester supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan guling kerajaan pada malam sambutan tahun baharu.

Razali, yang juga Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Umno, sebaliknya meminta mereka menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti berfaedah.

bersih tiga

“Kalau benar-benar mahasiswa bijak, mereka tidak akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini kerana untuk menurunkan sesebuah kerajaan boleh dilakukan pada masa pilihan raya,” katanya.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu menganjurkan himpunan haram itu membuktikan mereka dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan rakyat.

Pihak berkenaan tidak perlu menunggu sambutan tahun baharu untuk mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan sekiranya mereka benar-benar mendapat sokongan rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Ketua-ketua Kampung Daerah Muar, di sini hari ini.

“Mereka mahu mengadakan perhimpunan haram pada hari itu kerana mereka tahu orang ramai pada kebiasaannya keluar untuk menyambut ambang tahun baharu.

“Mereka mahu menunjukkan bahawa rakyat menyokong mereka tetapi sedangkan tidak ada isu yang boleh dijadikan asas untuk menggulingkan kerajaan,” katanya.

Himpunan Guling Kerajaan Tidak Akan Selesai Masalah Rakyat – Ali Rustam

Posted: 28 Dec 2013 07:01 AM PST

MELAKA, 28 Dis — Himpunan Guling Kerajaan yang dirancang pada malam Sambutan Tahun baharu Selasa depan tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini, kata Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Anggota Dewan Negara itu berkata sebaliknya, mereka yang tidak berpuas hati dengan isu seperti kenaikan harga barang dan tarif elektrik perlu menyalurkan bantahan mereka melalui saluran yang betul seperti menghantar nota bantahan, mengadakan forum atau pertemuan dengan pemimpin terbabit.

Beliau berkata media arus perdana dan media baharu boleh digunakan rakyat untuk menyuarakan bantahan dengan jelas, malah media sosial juga boleh digunakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati secara terus tentang sesuatu isu kepada pemimpin negara.

“Dengan adanya segala saluran ini di hujung jari, tiada sebab untuk guna demonstrasi haram untuk menyuarakan bantahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Mohd Ali, yang diiringi Pendekar Negara Tan Sri Omar Din Mauju
dan kira-kira 50 anggota Pesaka, membuat laporan di Balai Polis Kandang bagi membolehkan polis menyiasat penganjuran perhimpunan berkenaan.

Di KOTA KINABALU, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Sabah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi menghalang penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis ini.

Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Kota Kinabalu Ruhsimah Zakaria berkata pihak polis juga diminta bertindak ke atas penulis laman blog atau media sosial yang mempromosi perhimpunan berkenaan.

“Kami menyokong sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Karamunsing pada kira-kira 3 petang.

Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik, yang membuat laporan di balai polis sama, pula mengecam sebarang tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu yang mengajak rakyat ke jalanan.

Beliau berkata usaha itu langsung tidak mencerminkan jati diri rakyat negara ini, khususnya Sabah, yang mencintai keamanan dan keharmonian.

Sementara itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Sepanggar yang diketuai Ketua Wanita bahagian berkenaan Datuk Jainab Ahmad Ayid membuat laporan sama di Balai Polis Menggatal.

Jainab, yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Sabah, berkata rancangan itu dianggap tidak munasabah serta bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT