SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Friday, December 6, 2013

UMNO Online - “Susu, Pampers, Tilam Keperluan Paling Laris Mangsa Banjir” plus 9 more

UMNO Online - “Susu, Pampers, Tilam Keperluan Paling Laris Mangsa Banjir” plus 9 more

Link to UMNO Online

Susu, Pampers, Tilam Keperluan Paling Laris Mangsa Banjir

Posted: 05 Dec 2013 05:38 AM PST

KUANTAN, 5 Dis – Bekalan susu, pampers dan tilam menjadi keperluan yang mendapat permintaan tinggi oleh mangsa bencana yang terlibat dengan banjir.

Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya barangan berkenaan merupakan keperluan yang paling laris untuk digunakan oleh mangsa-mangsa banjir.

“Bantuan yang dibawa (Kelab Putra) adalah seperti biasa makanan harian, Cuma kita tambah susu, pampers untuk budak-budak dan yang lebih penting 5,000 tilam , selimut dan bantal berdasarkan kepada permintaan.

“Untuk hari pertama ini, kita menyediakan 20 tan barang bantuan untuk disalurkan yang akan ditambah mengikut keperluan sepanjang kita berkampung di sini sehingga Sabtu,” katanya ketika meninjau persiapan bantuan kepada mangsa banjir di sini, hari ini.

Katanya, daerah Kuantan menjadi destinasi pertama penyampaian bantuan selepas diarah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar member tumpuan ke kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Abdul Azeez berkata, selepas pengagihan di Kuantan selesai, Kelab Putra akan menumpukan saluran bantuan ke kawasan lain yang memerlukan.

UMNO Perlu Kuasai Pemikiran Orang Muda Sebelum Diracuni Pembangkang

Posted: 05 Dec 2013 05:29 AM PST

anwar-ibrahim-rasuah-kroni-pecah-amanah-liwat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Wakil UMNO Terengganu berkata parti itu perlu mendahului pembangkang dalam usaha menguasai pemikiran dan minda generasi baharu supaya mereka tidak mudah diracuni pembangkang.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua UMNO Bahagian Marang A Latiff Awang turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Program Transformasi Minda bagi membentuk pemikiran generasi muda yang lebih positif terhadap kerajaan.

“Kerajaan perlu mengambil kesempatan ledakan teknologi maklumat ini untuk mengubah mereka ke arah pemikiran baharu selain menyumbang kepada idea-idea kreatif dan membina pembangunan sosial,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden UMNO di perhimpunan agung parti itu, di sini hari ini.

A Latiff berkata program itu harus menjadi agenda penting kepada UMNO dan kerajaan jika mahu melihat generasi baharu yang lebih berkualiti.

Perbahasan usul ucapan dasar presiden itu ditangguh pada pukul 7 malam ini dan akan bersambung pukul 8.30 pagi esok.

Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh di Bawah Pimpinan UMNO

Posted: 05 Dec 2013 04:52 AM PST

Pemerintahan UMNO sekian lama menjadi rujukan oleh negara-negara Islam di seluruh dunia.  Di bawah teraju UMNO, Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berdaya saing, duduk sama rendah dan berdiri agak lebih tinggi di antara negara-negara membangun.  Malaysia menjadi pilihan sebagai destinasi pelaburan oleh banyak negara di dunia, termasuk negara-negara maju.

Dengan kemakmuran yang dikecapi, tidak salah dikatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia terhutang budi kepada UMNO. Kebijaksanaan pemimpin UMNO telah membawa kita keluar dari berbagai masalah dan ancaman tanpa sebarang kesan sampingan yang besar.

Ancaman perkauman, ancaman kejatuhan ekonomi dan segala-galanya ancaman lain dihadapi dan ditangani dengan baik sekali.

perdana_menteri_malaysia_umno_barisan_nasional

Dasar Ekonomi Baru, Rancangan-rancangan Malaysia 1-10 serta Dasar-dasar yang diperkenalkan semuanya bertitik tolak dari pengalaman dan pengajaran yang diperolehi melalui semua masalah dan ancaman yang dihadapi.  Di bawah Dato' Seri Najib, Dasar Transformasi pula diperkenalkan bagi memastikan UMNO kekal relevan dalam dunia yang semakin berubah.

Kata pepatah Inggeris, 'no pain, no gain' atau bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.  Untuk itu, Perdana Menteri di dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO hari ini telah mengingatkan kita tentang perlunya perubahan dan sedikit pengorbanan bagi memastikan masa depan yang lebih baik.

Kita sedar ada yang menerima ucapan beliau dengan sinis tetapi hakikatnya, tiada apa yang perlu dipandang sinis kerana beliau bercakap berdasarkan kebenaran dan fakta.

Faktanya, kita tidak boleh kekal di takuk lama sedangkan dunia terus berubah.   Apa yang penting ialah setiap keputusan kerajaan yang dilihat sebagai 'kurang popular' dan mengundang banyak kritikan itu, pada hakikatnya telah pun mengambil kira kemampuan rakyat dari setiap golongan.

Buktinya, rutin rakyat terus berjalan seperti biasa, terus makan minum di restoran, bercuti di tempat-tempat peranginan termasuk di luar negara dan membeli belah di tempat biasa membeli belah.

Tiada siapa yang terpaksa menjual kereta atau rumah semata-mata untuk mengadaptasi kepada harga barangan yang meningkat akibat pengurangan subsidi.  Malah, kereta terus menyesakkan jalan-jalan raya di Malaysia dan bertambah, bukannya berkurangan.

Fakta angka pula memperlihatkan bagaimana kadar kemiskinan terus menurun sehingga 1.7% sahaja pada waktu ini.  Kadar inflasi negara berada di tahap rendah pada suku ketiga 2013 iaitu pada 2.2%.

Kedudukan Malaysia dari segi kemudahan berurusan perniagaan dicatatkan di tangga ke 23 oleh World Bank Ease of Doing Business.  Malaysia diakui oleh Presiden Amerika Syarikat sebagai negara yang mempunyai ekonomi dinamik.  Agensi Penarafan Kredit utama antarabangsa iaitu Moody juga telah meletakkan taraf Malaysia sebagai positif di tahap A2 dari segi kekukuhan ekonomi.

Jika dulu masyarakat dunia memilih New York, London atau Tokyo sebagai destinasi membeli belah, tetapi hari ini, Malaysia juga tersenarai sebagai antara syurga membeli belah dunia.

Dalam kita menganggap diri kita sebagai 'korban' atau 'mangsa', kerajaan sedang merancang pendapatan yang lebih tinggi bagi setiap rakyat Malaysia agar lebih selesa dengan kenaikan harga pasaran dunia.

Justeru, jika masih ada rakyat Malaysia yang mempercayai tohmahan bahawa kerajaan UMNO kejam, tidak adil, zalim, perompak dan sebagainya, tanyalah kepada diri sendiri apakah kezaliman yang menimpa kita itu dan berikan sekurang-kurangnya satu contoh di mana terjejasnya keselesaan hidup kita akibat dari transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Sesungguhnya, jika kita benar-benar jujur pada diri sendiri, kita pasti bersetuju dengan negara-negara Islam lain bahawa kerajaan pimpinan UMNO sememangnya kerajaan Islam yang terbaik.

Dr Muslim Umar

PM Promises Special Aid After Looking At Flood Devastation In Pahang

Posted: 05 Dec 2013 03:53 AM PST

KUANTAN, Dec 5 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak took a helicopter ride for an aerial view of the floods in his home state of Pahang after hastily leaving the Umno General Assembly he had opened in Kuala Lumpur earlier today.

The Umno president called at three relief centres, in Pekan and Rompin, and said the government was prepared to consider a special aid for the people affected by the floods which had lashed Johor, Pahang, Terengganu and Kelantan.

“We will look into the appropriate aid,” he told reporters when asked whether the government was going to provide any special assistance as it had done previously.

Najib stopped by at the relief centres at Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan, Sekolah Kebangsaan Sungai Miang, Pekan, and Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri in Rompin.

Asked about insufficient and delayed relief supplies at several evacuation centres, Najib said this happened because the floods covered a wide area and many major roads were cut off, but the situation has since improved and there was adequate foodstuff and other aid at the centres.

“I found out on my visit (to the respective relief centres) that the process of giving aid to the victims has been going on smoothly.

“The evacuees have been accorded what can be regarded as satisfactory treatment by all quarters, including the state government, district offices and government agencies,” he said.

Asked for his comment on government departments such as the Welfare Department not having enough supply of foodstuff as they were bound by the rules of the National Audit Department, Najib said:

“We make an exemption (from the rules) because this is an emergency. In an emergency, we have to buy foodstuff immediately,” he said.

Najib was asked to comment on the remark by Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yesterday that the Welfare Department and other relevant government departments did not have enough stocks of foodstuff and had to make purchases at shops to send to the relief centres due to the tight rules imposed by the National Audit Department.

The prime minister said it was acknowledged that there had been problems initially in despatching foodstuff and basic necessities but everything had been sorted out today.

“We had limited resources. The major roads were cut off. We were unable to use the normal vehicles. Even three-tonne lorries could not get through to the relief centres. We had to use bigger vehicles.

“There is a lesson learnt. We have to use much bigger vehicles to get through the floods,” he said.

Asked about Kuantan coming to a standstill two days ago due to what was seen as an ineffective drainage system, Najib said the unusually heavy rain was a cause of the severe floods in the Pahang capital.

“The drainage system was working, but the volume of water became too large due to the unusually heavy rain,” he said.

The prime minister advised the people to remain alert at all times in view of predictions that there could be a second wave of floods.

“Adhere to the guidelines and warnings of the state flood relief committee chaired by the menteri besar. Simply follow the instructions (of the authorities),” he said.

UMNO Selangor Diminta Tidak Digigit Dua Kali Oleh Ular Dalam Lubang Yang Sama

Posted: 05 Dec 2013 03:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perwakilan UMNO Selangor daripada bahagian Kota Raja, Ir. Kamaruzzaman Johari memperingatkan agar ahli-ahli UMNO di negeri itu tidak mengulangi kesilapan di mana berlakunya peristiwa dua nakhoda dalam satu kapal, demi untuk memastikan Selangor kembali ke tangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 14 yang akan datang.

Menurut beliau, ahli-ahli dan kepimpinan UMNO Selangor perlu mengambil iktibar daripada kesilapan yang lalu untuk diperbaiki, agar UMNO kembali kukuh dan memerintah semula di negeri tersebut.

"Bak kata pepatah, jangan kita digigit oleh ular yang sama di dalam lubang yang sama sebanyak dua kali. Segala kesilapan dan kesalahan kita yang lalu mesti diambil pengajaran agar kita dapat memperbaiki segala kesilapan demi memenangkan UMNO dan BN semula di negeri ini.

kamaruzzaman-johari-kota-raja-selangor

"Kita perlu sedar bahawa pemikiran rakyat di Selangor, sebagai sebuah negeri metropolitan amat  berbeza dengan rakyat di negeri lain. Bahkan, peratusan pengundi Melayu dan bukan Melayu kini sudah sama banyak. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh kita," ujarnya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Justeru itu menurut beliau, bagi mengembalikan semula perpaduan dan kekuatan UMNO Selangor, satu kursus yang melibatkan 22 ketua bahagian bagi berbincang pelan dan strategi untuk  mengukuhkan kembali UMNO di negeri tersebut.

"Ini selaras dengan pesanan Presiden UMNO, jika kita gagal merancang dengan baik, maka kita sebenarnya telah gagal untuk merancang.

"Dan di hadapan perwakilan dan YAB Presiden dan Timbalan Presiden, saya sebagai wakil UMNO Selangor berikrar untuk menjadikan kekalahan UMNO dan BN di Selangor pada PRU ke 13 itu sebagai satu kekalahan yang terakhir.

"InsyaAllah UMNO Selangor akan menyambut cabaran ini untuk mengembalikan semula pentadbiran Selangor kepada BN. InsyaAllah, tidak akan ada kekalahan untuk kali ketiga apabila tibanya PRU yang akan datang ini buat UMNO dan BN di negeri Selangor," tegasnya.

Dengan munculnya sebahagian besar kepimpinan baru di peringkat cawangan dan bahagian di Selangor, Kamaruzzaman menegaskan bahawa ini bakal menjadi pembangkit semangat untuk UMNO merampas kembali Selangor dari tangan pembangkang. -MediaUMNO

Dalam Malaysia Ada Satu Saja Spesis Anwar… Jangan Takut Berdepan Spesis Ini – Nozula

Posted: 05 Dec 2013 03:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Wakil Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah mengingatkan kepimpinan dan ahli UMNO agar tidak takut kepada Anwar Ibrahim sebaliknya tegas dalam menangani Ketua Pembangkang yang jelas menjadi duri dalam daging.

"Dalam Malaysia, dia seorang sahaja spesis ini. Dia sahaja yang boleh, orang tak tak boleh, sebab itulah dikatakan dia ini manusia yang tidak seperti manusia. Kita tahu siapa dia …. dia juga bukan hantu ….. hantu tapi bukan hantu, dia nampak baik tapi berlagak juga seperti hantu, dia boleh bersama Yahudi, dia boleh bersama petani, boleh bersama dengan pelajar dan boleh juga menyanyi.

nozula-mat-diah-kelantan-istana

“Tapi kita letakkan dia ini sebagai pemimpin yang sangat kita takut. Sebab itulah perkara yang penting bagi kita ialah mengenali mereka, untuk apa kita takut kepada mereka," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden sebenar tadi.

Oleh itu, tegas beliau UMNO harus mendedahkan dan menghebahkan kepada rakyat siapa 'manusia' yang paling tidak guna dan tidak boleh menjadi pemimpin sampai bila-bila dalam negara kita, kerana dia jugalah dikatakan pemimpin yang sering menjadikan negara kita ke arah huru-hara.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengajak ahli-ahli UMNO turut berhadapan dan menentang musuh yang jelas seperti pemimpin-pemimpin PKR ini.

"Tapi ada juga orang-orang kita yang tikam belakang. Orang Pas atau PKR ini dah jelas jadi musuh kita tapi kadang-kala ini, orang-orang kita ini tidak berapa berani dengan 'puak-puak' mereka tetapi sesama sendiri, cukup berani.

“Masa pilihanraya, tak turun padang, tak jumpa rakyat, tak jumpa ahli-ahli tapi masa musim pemilihan, cukup hebat turun padang, banyak masa yang diluangkan untuk bersama ahli-ahli.

“Jadi perkara ini harus kita banteras, harus kita tolak sama sekali demi memastikan perjuangan UMNO dan BN akan terus relevan sepanjang zaman," ujarnya lagi. -MediaUMNO

GLC Diingat Tidak Hanya Lakukan “Hiasan Luar” Dalam Usaha Perkasa Ekonomi Bumiputera

Posted: 05 Dec 2013 03:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis  - Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta  tidak hanya melakukan ‘hiasan luar’ dalam usaha memperkasa ekonomi bumiputera di negara ini.

Wakil UMNO Perak Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie berkata GLC perlu kembali pada landasan asal penubuhannya, iaitu memperkasa ekonomi bumiputera secara keseluruhan dan bukan sekadar berlakon di depan membantu tetapi di belakang mementingkan keuntungan semata-mata.

“Bila tiba perhimpunan, mulalah GLC ini membeli iklan di dada akhbar bahawa mereka bantu tingkat ekonomi bumiputera dan semua agenda dilaksana tetapi sebelum itu, semua ketepikan usahawan bumiputera dan kemudian kalau UMNO tegur, janganlah pula kata Umno ini nak perangi GLC.

“Mengapa GLC dilahirkan bagi memperjuang naib bumiputera sekarang tidak punya roh asal. Mereka kena ingat kerajaan yang dipimpin UMNOlah yang mewujudkan GLC ini untuk tingkatkan ekonomi rakyat, khasnya bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badaruddin Amiruddin mencelah dan mencadangkan agar ada wakil daripada anggota UMNO dilantik menganggotai lembaga pengarah syarikat GLC, yang dipersetujui Ahmad Shalimin

Ahmad Shalimin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping, turut meminta pemimpin kerajaan dan GLC sentiasa memahami hati dan jiwa rakyat apabila memperjelas kenaikan harga barang serta pengurangan subsidi.

“Jangan pula kata kalau harga dah naik, barang ini janganlah guna… suruh guna barang lain, atau umumkan kenaikan tarif elektrik pada masa singkat umum syarikat untung berbilion… fikir persepsi rakyat,” katanya.

Beliau juga mencadangkan mekanisma pemilihan parti perlu dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan terbukti pemimpin berkaliber dibenar bertanding.

“Perak berpendapat mereka yang punyai khidmat bakti cemerlang, sekurang-kurangnya di peringkat cawangan atau bahagian, dibenarkan bertanding, jika tidak… keluarlah cakap-cakap tiada cermin ke, dah ukur baju ke, atau paling teruk… siapa dia ni,” katanya.

Pertambahan Jumlah Ahli Setengah Juta Setahun Bukti UMNO Tidak Pernah Ditolak

Posted: 05 Dec 2013 02:51 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis. – Pertambahan jumlah ahli UMNO yang meningkat menjadi bukti bahawa parti ini tidak pernah ditolak oleh rakyat sebaliknya terus mendapat sokongan termasuklah dari kalangan golongan muda, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, rakyat memberi sokongan kepada perjuangan UMNO berdasarkan Pilihan Raya Umum 2013 yang lalu apabila kerusi UMNO bertambah dari 79 kerusi kepada 88 kerusi.

"Ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak amat jelas bahawa proses mentranformasikan UMNO dari dalam akan dilaksanakan dengan meminta supaya cawangan-cawangan di semua peringkat, cawangan hinggalah ke negeri untuk bergerak dengan satu nada kerana UMNO merupakan parti yang menepati janji untuk membela rakyat.

"Rakyat sentiasa memberi sokongan kepada UMNO dan Presiden meminta supaya ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi mendekati rakyat dan menyelami cita rasa rakyat."

najib-presiden-tengku-adnan-setiausaha-agung-perhimpunan-persidangan-umno-2013-pwtc

Ujarnya, statistik pertambahan jumlah ahli UMNO adalah laporan terbaik untuk dirujuk tanpa mengambil endah terhadap dakwaan segelintir pihak kononnya rakyat menolak UMNO.

"Presiden parti dalam ucapannya telah mendedahkan bahawa sememangnya pembangkang gemar menaburkan fitnah maka kita akan gunakan kekuatan kita dengan jumlah ahli UMNO yang ramai melalui pendekatan penerangan bagi menolak tohmahan-tohmahan yang telah dilontarkan.

"Sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden, kita akan membantu dengan fakta-fakta yang ada melalui program 'Membantu Rakyat' (Membara) yang akan dilakukan oleh Penerangan UMNO Malaysia dan memberi input-input yang boleh digunapakai akar umbi."

Dilaporkan jumlah ahli UMNO bertambah berbanding tahun lalu iaitu 3,386,274 orang kepada 3,430,750 orang pada tahun 2013 dengan jumlah cawangan turut meningkat kepada 21,208 daripada 21,056.

Jumlah terkini ahli UMNO yang mencecah 3.5 juta membabitkan 21,800 cawangan di seluruh negara sekali gus mencatatkan peningkatan hampir 500,000 ahli baru dalam tempoh setahun.

Dalam ucapan dasar Presiden, Najib turut menyeru kepimpinan UMNO untuk komited dan percaya percaya dengan melakukan transformasi bagi memastikan UMNO terus relevan dan menjadi peneraju kepada halatuju negara.

Lima pengisian dalam transformasi UMNO adalah memperteguh ekonomi Melayu dan bumiputera, mempertegak maqasid syariah, memperkukuh pengkaderan parti, mempersiaga jentera transformatif dan menetap petunjuk prestasi utama atau KPI UMNO. – MediaUMNO

Malaysia Wants Selection Process Of UN Sec-Gen To Be More Transparent, Inclusive

Posted: 05 Dec 2013 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 5 – Malaysia wants the selection process of United Nations (UN) Secretary-General to be more transparent and inclusive as the secretary-general represents all Member States and not just the Security Council.

Malaysian Permanent Representative to the UN, Datuk Hussein Haniff said it was important for the UN to implement past resolutions on the issue, especially paragraphs 17 to 22 of Annex of resolution 60/286 for future selection of candidates and appointment of the Secretary-General.

“Malaysia firmly believes that the General Assembly needs to play a more meaningful role in the process,” he said at the joint debate on Agenda Item 121:Implementation of the Resolutions of the UN and Agenda Item 122: Revitalization of the General Assembly at the 68th Plenary session of the UN General Assembly in New York, on Wednesday.

The text of his speech was made available to Bernama here today.

Hussein also expressed Malaysia’s concern over the delay in the election of the Chairs of the Main Committees for this session of the General Assembly.

“We hope that all concerned would respect the practice of having the elections, on the basis of geographical distrbution, take place at least three months prior to the next session in order to encourage advance planning and preparation of the work of the Main Committees,” he said.

Hussein said Malaysia also looked forward to discussing in greater detail, and determining the rotation pattern for the Chairs and bureaus of the Main Committees bearing in the mind the expiration of the rotation mechanism as reflected in General Assembly resolution 48/264.

“Malaysia believes that whatever rotation pattern that is agreed upon should be adhered by all Member States,” he said.

Touching on enhancing the role and effectiveness of the General Assembly, he said Malaysia believed that the non-implementation of its resolutions continue to be the biggest stumbling block.

“In fact, no other weakness of the General Assembly undermines its relevance or effectiveness more.

“Malaysia appreciates the decision of the Ad Hoc Working Group to continue its review of General Assembly resolutions on revitalisation, and we welcome the updated inventory chart of those resolutions,” he added.

He said this has allowed Member States a better understanding of the reasons behind the lack of implementation of such resolutions, with a view towards addressing the underlying causes.

“This is the first step towards the ultimate goal of realising full implementation of all General Assembly resolutions,” he added.

Beri Ruang Kepada Ulama Bukti UMNO Inklusif

Posted: 05 Dec 2013 02:33 AM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis – Exco Pemuda UMNO Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya memuji langkah UMNO membawa konsep inklusif dengan memberi ruang dan peluang kepada ulama di dalam parti.

Malah beliau yang berucap sebagai penyokong kepada usul ucapan dasar Presiden Perhimpunan Agung UMNO 2013 turut melihat ucapan dasar Presiden daripada perspektif Islam yang mana ia merupakan ucapan yang membahaskan Islam itu secara universal.

"Bersifat holistik…Islam yang luas..Islam yang merangkumi dalamnya ekonomi, Islam yang merangkumi dalamnya politik, Islam yang merangkumi dalamnya pembangunan. Ini yang UMNO bawa. Keseimbangan.

"Kita tidak melihat Islam itu hanya kepada pakaian, Kita tidak melihat Islam itu hanya kepada institusi masjid, akan tetapi kita melihat Islam itu secara menyeluruh atau dengan bahasa mudahnya Islam itu itu dijadikan sebagai cara hidup," katanya.

ustaz-fathulbari-exco-pemuda-perhimpunan-umno-ucapan-dasar-presiden-2013-pwtc

Beliau berkata demikian semasa menyokong usul ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Beliau seterusnya mencadangkan agar kewujudan portfolio yang sesuai untuk para ulama serta cendekiawan yang menyertai UMNO.

"Ulama dan cendekiawan agama yang menyertai UMNO perlu diberi portfolio bersesuaian selain kewujudan portfolio tertentu akan membantu ulama memahami dengan jelas peranan mereka dalam usaha bersama UMNO memartabat agama, bangsa dan negara.

"Ini sekaligus memperlihatkan kepada masyarakat peranan serta hala tuju ulama yang dilantik dan secara tidak langsung rakyat dapat merasai impak kewujudan golongan berkenaan," katanya.

Fathul Bari seterusnya menyarankan agar kerajaan menubuhkan satu institusi khas bagi menangani penyebaran hadis palsu.

“Kita cadangkan wujudkan satu institusi khas atau kembangkan institusi yang ada, sebagai contoh lembaga penapisan teks Al-Quran kepada hadis.

“Ini kerana antara satu dakyah untuk menyebarkan ajaran sesat ialah melalui hadis palsu,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT