SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 1, 2013

UMNO Online - Raptai Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 Berjalan Lancar

UMNO Online - Raptai Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 Berjalan Lancar

Link to UMNO Online

Raptai Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013 Berjalan Lancar

Posted: 29 Nov 2013 11:59 PM PST

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Raptai terakhir bagi perhimpunan Agung UMNO 2013 hari ini berjalan lancar dengan kehadiran lebih 150 orang terdiri daripada ahli wanita, pemuda dan puteri, beserta petugas ibu pejabat UMNO bertempat di aras 4 bangunan Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.

Acara raptai yang bermula pada pukul 7.30 pagi itu merupakan acara rutin setiap kali sebelum berlansungnya perhimpunan Agung UMNO, bagi melicinkan perjalanan dalam acara perhimpunan sebenar yang bermula pada 2hb hingga 7hb Disember ini.

Menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf  Yusuh, beliau berpuas hati dengan segala persediaan yang telah dilakukan oleh ibu pejabat UMNO seperti mana yang telah dirancangkan.

"Alhamdulillah setakat ini segala perancangan dan atur cara bagi perhimpunan Agung UMNO ini berjalan seperti mana yang dirancangkan.

"Raptai hari terakhir ini turut melibatkan persidangan di peringkat pusat, sayap wanita, pemuda dan puteri, selain daripada acara perbarisan dan upacara menaikkan bendera sang saka bangsa oleh YAB Presiden UMNO," jelasnya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat UMNO, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, pihak ibu pejabat sedang dan akan berusaha untuk mengikut rancangan yang telah diatur bagi perhimpunan tahunan ini bagi mengelakkan kesuntukan masa seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Justeru itu, kita tidak akan menambah sebarang slot baharu dan cuba mencari seberapa  banyak ruang masa kepada pembahas untuk berbahas,” jelasnya.

“Biarpun agak kesuntukan masa selepas menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang  lalu, serta pemilihan parti bulan lepas namun dengan komitmen dan kerjasama kesemua warga kerja kakitangan ibu pejabat Umno yang mempunyai pengalaman sebelum ini, Umno kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perhimpunan parti”, ujarnya.

Rauf menjangkakan kira-kira 200,000 pengunjung termasuk perwakilan dari seluruh negara menghadiri perhimpunan ini, selain lebih 1,700 petugas media dari dalam dan luar negara yang akan membuat liputan sepanjang perhimpunan selama lima hari bermula 3 Dis ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya kerana tidak lagi menjadi medan pemilihan pemimpin tertinggi UMNO, setelah sistem kaedah baru pemilihan UMNO diluluskan di mana pemilihan kepimpinan diperingkat pusat, dilakukan oleh perwakilan di bahagian-bahagian di seluruh negara ketika  berlangsungnya pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini. -MediaUMNO

raptai-penuh-perbarisan-perhimpunan-agung-umno-2013

raptai-penuh-perbarisan-pemuda-perhimpunan-agung-umno-2013

raptai-penuh-perbarisan-wanita-perhimpunan-agung-umno-2013

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT