SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 3, 2013

UMNO Online - “Kesederhanaan Sebagai Elemen Peneutral Satukan Ideologi Berbeza – Zahid” plus 9 more

UMNO Online - “Kesederhanaan Sebagai Elemen Peneutral Satukan Ideologi Berbeza – Zahid” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kesederhanaan Sebagai Elemen Peneutral Satukan Ideologi Berbeza – Zahid

Posted: 02 Dec 2013 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis -  Konsep kesederhanaan boleh menjadi elemen peneutral dalam menyatukan ideologi berbeza yang diamal oleh negara di seluruh dunia, kata Naib Presiden UMNO,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, menyeru negara terbabit agar bersatu di bawah payung kesederhanaan dan menjauhi sistem ektremisme yang semakin menular.

“Ideologi berbeza yang diamal oleh negara berkenaan tidak semestinya bergerak secara selari. Sentiasa ada cara dan kaedah di mana kita boleh berbincang sebelum membuat keputusan untuk bertolak ansur,” katanya dalam majlis makan malam Forum Antarabangsa UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini.

zahid-mahathir-khaled-mishal-hamas

Antara tokoh politik terkemuka yang menghadiri forum dua hari itu ialah pemimpin Hamas Khalid Meshaal, calon presiden Indonesia dari Parti Golkar Aburizal Bakrie dan bekas Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo Musyoka.

Berkongsi kesederhanaan Malaysia dengan hadirin, Ahmad Zahid berkata konsep itu bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana ia didokong oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha memerdekakan negara secara aman.

“Sejarah negara ini dibentuk terutama menerusi kerjasama dan perundingan berbanding keganasan serta pertumpahan darah. Ia dibentuk menerusi perjanjian damai berbanding konflik berdarah,” katanya.

Sehingga hari ini, Ahmad Zahid berkata pemimpin dan perunding Malaysia menggunakan konsep kesederhanaan bagi menyelesaikan sesuatu konflik.

Kerangka Perjanjian antara kerajaan Aquino dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diatur Malaysia adalah bukti berhubung perkara ini, katanya.

“Konsep kesederhanaan tidak akan luput ditelan zaman,” katanya.

Beliau juga berpendapat kesederhanaan bukan milik eksklusif masyarakat barat sebaliknya ia bersifat universal.

Ahmad Zahid juga berkata Malaysia percaya prinsip kebebasan, toleransi dan kerjasama akan menjadi penyelamat komuniti global.

“Malaysia berpegang kepada prinsip setiap negara perlu diberi peluang menjadi arkitek dan menentukan nasib mereka sendiri.

“Bagaimanapun, arkitek itu tidak seharusnya menggunakan keganasan sebagai alat politik. Beliau juga tidak seharusnya mengagung-agungkan ekstremisme dengan mengorbankan kesederhanaan,” katanya.

Hishammuddin Dimasukkan Ke Hospital Kerana Saluran Arteri Sempit

Posted: 02 Dec 2013 05:24 AM PST

hisham-hishammuddin-menteri-umno-bn-lawatan-utusan-malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami masalah saluran arteri yang sempit.

Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang ini, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.

“Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doctor yang merawatnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.

“Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden UMNO itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya,” katanya.

Politik Pembohongan, Putar Belit Pembangkang Satu Jenayah Demokrasi

Posted: 02 Dec 2013 05:13 AM PST

Hitler dan Menteri Propaganda Nazi Goebler pernah berkata, ‘the bigger the lie, the more people will believe it – lebih besar sesuatu pembohongan itu, lebih mudah orang percaya’.

penipuan_anwar_16_september

Masih ingat lagi kisah dongeng pembohongan 16 Sep 2008? Konon cerita lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat ke pembangkang. Dan Kerajaan BN akan jatuh. Dan 16 Sep 2008 akan menyaksikan Kerajaan baru pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

KG-BUAH-PALA

Masih ingat lagi janji kepada penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang semasa kempen PRU-12 tahun 2008. ‘Ane, ini hari kasi undi sama kita, lagi dua minggu geran kasi mari’. Tak berapa hari menang Pulau Pinang dan membentuk Kerajaan DAP, penduduk Kg. Buah Pala menerima kedatangan traktor dan jentolak merobohkan rumah mereka dan dihalau keluar!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat lagi sebelum PRU-13, ‘jika pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS tewas dalam PRU-13, saya akan bersara dan mungkin menjadi pensyarah’. Tetapi sehingga hari ini bukan sahaja tidak berhenti dan bersara, malah terbaru dibawa usul dalam Kongres PKR baru ini supaya Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya Wan Azizah!

Kalau itu bukan satu pembohongan dan putar belit, apa namanya tu yop?

Masih ingat cerita jam Omega? Masih ingat lagi cerita sakit belakang? Masih ingat lagi cerita Lynas? Masih ingat lagi cerita Felda bankrap? Masih ingat lagi cerita China-Doll? Masih ingat lagi banyak lagi kisah dan cerita yang dibawa oleh pembangkang – yang semuanya akan membuatkan Goebel senyum meleret, yang akan membuatkan Hitler terkedu!

Baru-baru ini Dato’ Sri Najib mengadakan lawatan rasmi ke Bangladesh setelah menghadiri Sidang CHOGM di Sri Lanka. Sekembalinya daripada lawatan itu, Dato’ Sri Najib ditanya tentang misi lawatan yang pertama oleh beliau sebagai PM Malaysia ke Bangladesh. Jawab PM,

Misi lawatan ini alhamdulillah telah membuka era baru dalam hubungan Malaysia – Bangladesh. Namun misi kedua saya telah gagal!

Ramai wartawan terkejut, apa misi kedua yang gagal tu Dato’ Sri, tanya para wartawan. Dengan penuh selamba Dato’ Sri Najib menjawab;

anwar-pembangkang-40-ribu-bangla-undi-pru-13-malaysia

Misi kedua saya ialah untuk mencari 40,000 pengundi Bangladesh yang didakwa mengundi dalam PRU-13, tetapi gagal. Malah Sheikh Haseena Perdana Menteri Bangladesh menggelengkan kepala bila diberitahu tentang dakwaan 40,000 pengundi Bangladesh konon mengundi didalam PRU-13!

Sebaik sahaja kenyataan PM tersebut disiarkan media, tak pasal-pasal Anwar membuat kenyataan bahawa dia tidak pernah menuduh BN bawa masuk 40,000 Bangla semasa PRU-13.

Media-media portal pro Kerajaan kemudian mendedahkan beberapa siri berita yang disiarkan media pembangkang termasuk di laman twit dan lain-lain dimana pembangkang membuat dakwaan konon ujud para pengundi Bangla dalam PRU-13, termasuk kisah sedih seorang penyokong pembangkang sendiri yang diserang dan dihalang mengundi pada pagi 05.05.2013 kerana dituduh sebagai Bangla!

Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Pada saya, politik pembohongan dan putar-belit pembangkang adalah satu jenayah demokrasi yang harus dibenteras segera. Jika tidak dibendung, ianya akan memudaratkan dan mengancam keselamatan dan keharmonian negara!

Kepada pembangkang DAP-PKR-PAS, saya nasihatkan berhentilah daripada politiking kotor dan jijik ini! Politik berteraskan pembohongan, putar belit, matlamat menghalalkan cara, menimbulkan kontroversi, memecahbelahkan perpaduan negara dan keharmonian antara kaum dengan sikap cauvinis, extremis, pelampau bukan warisan yang mahu kita tinggalkan kepada generasi akan datang.

pas_assabiyah_doa_hancur_umno_bn

Melabel kakitangan kerajaan yang kebanyakannya berbangsa Melayu dengan tuduhan mereka anjing Kerajaan dan sekadar kucing kurap jalanan bukan jenis politik yang boleh diterima oleh rakyat!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu. Umur awak pun dah masuk rumah kata pergi, kubur kata mari. Tuhan pun dah bagi subsidi empat tahun mengikut ukuran umur Rasulullah saw.

Elok tunaikan janji nak berhenti dan berundur, jadilah pensyarah kat mana-mana. Kalau tak dapat mengajar di Oxford Universiti, mengajar ajelah di UniSel. Saya pasti Tan Sri Khalid akan berikan tempat walaupun mungkin slow sikit keputusan dia.

Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS yang baru ditabalkan pun dah tegaskan supaya PAS mendesak jawatan calon Perdana Menteri bagi pembangkang diberikan kepada Datuk Seri Hadi Awang. Bermakna PAS pun dah tak mahu kat hang lagi dah.

PKR pun dah makin kelam kabut. Dua ADUN PKR Sabah dah meninggalkan kemungkaran kembali kepada kebenaran. 11 Ketua Cabang PKR Sabah pun sudah angkat kaki dan mengisytiharkan sokong BN. Bos-bos PKR di Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna semua dah mengikrarkan sokongan kepada Dato’ Sri Najib dan BN.

Jadi eloklah membuat persediaan untuk menerima kedatangan Izrail – jangan salah faham Israel pula! Perbanyakkan dengar nasyid Selimut Putih. Dan sebelum Izrail datang memanggil, dan jasad hang terbujur di pembaringan, eloklah habiskan masa dengan cucu-cucu tu.

Sentiasa ingat pesan ALLAH, kullun nafsil zaa ikatul mawt – tiap jiwa pasti mati. Macam mana manusia berusaha untuk berawet muda, berapa banyak manusia berusaha untuk membotoxkan diri, akan datang nanti satu masa satu ketika satu detik hukum ALLAH pasti berlaku – hang pasti mati!

Dan pastikan soalan pertama di alam barzakh nanti boleh dijawab – maarobbukaa – jawapannya ALLAH Hu Ahad, bukan Allah-Hus-Salis seperti yang dituntut kristian!

Moga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga ALLAH menunjukkan kebenaran, dan menganugerahkan kita aqidah dan keimanan yang benar -  ameen!

Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com)

Golongan Perlu Bantuan Dipastikan Tidak Terbeban

Posted: 02 Dec 2013 04:29 AM PST

PUTRAJAYA, 2 Dis  - Kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan bahawa golongan yang memerlukan bantuan tidak akan terbeban dengan sebarang kenaikan harga barang dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau memberi contoh apabila harga RON95 dan diesel naik 20 sen seliter awal September lepas ekoran pengurangan subsidi berperingkat kerajaan, Indeks Harga Pengguna (CPI) mencatatkan kadar 2.6 peratus pada bulan itu, dan 2.8 peratus pada bulan Oktober.

Menurutnya sebarang kenaikan bawah tiga peratus dikira masih rendah.

Ditanya sekiranya, semakan tarif elektrik akan meningkatkan inflasi, beliau berkata peningkatan inflasi akan ada setiap kali berlaku peningkatan harga barang, namun kerajaan akan memastikan bahawa peningkatan harga itu adalah pada kadar yang sesuai.

“Kita perlu lihat nanti apa jua keputusan berhubung tarif elektrik, impaknya kita akan pastikan bahawa bagi golongan yang memerlukan bantuan, peningkatan buat mereka ini tidak terlalu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013 di sini hari ini.

UMNO Diminta Jadi Perantara Rundingan Perdamaian Hamas – Fatah : Zahid

Posted: 02 Dec 2013 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu hari ini diminta menjadi perantara dalam rundingan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Katanya perkara itu disampaikan oleh pemimpin Hamas, Khalid Meshaal kepada beliau dalam pertemuan mereka di sini.

Khalid meminta UMNO  dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) memainkan peranan sebagai perantara kerana mereka yakin serta percaya PCOM dan UMNO boleh menjadi pemangkin kepada program perdamaian ini, katanya kepada media di sini hari ini.

penasihat-pcom-palestin-zahid-hamas-khaled-mishaal-diskusi-pwtc

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Khalid dan delegasi Hamas itu yang berada di negara ini untuk menghadiri Forum Antarabangsa UMNO 2013, bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata dalam pertemuan itu beliau turut memberi jaminan kepada Khalid yang Malaysia akan terus membantu pembangunan di Gaza dan Rafah, selain menawarkan biasiswa kepada pelajar mereka yang menyambung pengajian di sini.

Sementara itu, Khalid berkata sebarang peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam rundingan perdamaian Hamas-Fatah tersebut amat dialu-alukan.

“Kami mahu membebaskan tanah air kami. Kami mahu hidup tanpa pencerobohan dan mengambil semula hak kami yang sah, justeru kami memohon sokongan daripada dunia Islam dan dunia amnya terhadap perjuangan kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia, UMNO dan barisan kepimpinan negara yang berjaya mentransformasikan Malaysia menjadi antara Negara peneraju.

“Kami gembira dapat menyertai dan bersama-sama dengan UMNO dalam konvensyen ini. Tahniah kerana memenangi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Khalid berkata sebagai seorang Islam, beliau berbangga dengan pencapaian Malaysia dalam mendukung demokrasi dan pencapaian ekonominya.

UMNO Mesti Terus Diperkukuh Untuk Perkasakan Syiar Dan Syariat Islam – Dr Asyraf Wajdi

Posted: 02 Dec 2013 03:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi Datuk Dasuki yakin UMNO sebagai sebuah parti terbesar yang berteraskan Melayu, Islam akan terus mempertahankan agama Islam sebagaimana di dalam perlembagaan negara dan perlembagaan parti.

Justeru beliau antara ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru dilantik  percaya penerimaan beliau di atas tawaran yang diberikan mampu memberi nilai tambah kepada usaha UMNO untuk terus memperkasakan syiar dan syariat Islam agar tidak diperlekehkan oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu.

najib-asyraf-wajdi-dusuki-masjid-wilayah-bersila-seminar-ekonomi-bumiputera-islam-umno

"Islam bukan milik mana-mana parti tetapi adalah milik semua bahkan parti UMNO sebagai parti tunjang orang Melayu Islam harus mendahuluinya. Sebab itu suara-suara sumbang yang mengatakan kehadiran alim ulama di dalam UMNO sebagai tidak diraikan adalah tidak benar sama sekali bahkan ianya amat penting.

"Ini kerana kehadiran alim ulama ini dapat membantu hasrat luhur Presiden parti ke arah tersebut malah saya sendiripun jika tidak kerana komitmen dan kesungguhan Presiden parti saya tidak akan menerima jawatan ini.

"Bagi saya UMNO perlu didokong dalam suasana hari ini kerana terlalu banyak tekanan yang luar biasa hebatnya baik dari dalam dan luar yang diterima oleh UMNO.

"Tidak pernah kita lihat Islam digasak sedemikian rupa dalam negara kita ini. Kelompok-kelompok yang berkepentingan boleh pergi ke luar negara contohnya isu Comango memberikan gambaran yang amat salah terhadap Islam seolah-olah kita melakukan diskriminasi dan pencabulan hak asasi manusia," jelasnya kepada UMNO-Online.

Tambah Asyraf, dalam konteks ini UMNO sebagai parti tunjang umat Melayu Islam perlu diperkasakan dan perlantikan MT baru yang mempunyai pelbagai latar belakang seperti golongan cendiakawan, ulama, akademik dan generasi muda pasti akan dapat membantu di dalam memastikan UMNO terus relevan dan dapat mempertahankan agama Islam.

Beliau berharap kehadiran golongan-golongan seperti ini akan dapat membantu mengukuhkan lagi parti UMNO.

"Kehadiran pelbagai latar belakang di dalam MT ini saya lihat adalah satu menifestasi keseriusan Presiden parti yang sering menwar-warkan idea trasformasi UMNO secara holistik.

"Saya kira ini mungkin kali pertama seorang Presiden parti mengambil pendekatan yang cukup dinamik dengan membawa masuk individu-individu yang tidak ada dalam struktur organisasi parti tetapi dilihat boleh turut sama menyumbang dari segi idea khususnya dalam keadaan berhadapan realiti masyarakat yang sudah berubah dan berbeza kehendak dan tuntutan terutamanya generasi muda yang amat dinamik dan memerlukan satu tindakan transformasi.

"Oleh itu saya amat berterima kasih kepada Presiden Parti kerana memberi kepercayaan kepada golongan muda, cendikawan dan alim ulama untuk sama-sama terlibat dalam menggubal dasar-dasar dan menentukan hala tuju parti," jelasnya lagi. – MediaUMNO

Pemimpin Demokrasi Perlu Sedia Terima Kekalahan – Tun Mahathir

Posted: 02 Dec 2013 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin parti politik di negara demokrasi menjunjung konsep demokrasi dengan cara bersedia menerima kekalahan.

Bekas perdana menteri itu berkata demokrasi memerlukan tahap kesabaran dan toleransi yang tinggi, jika mereka benar-benar percaya dengan konsep berkenaan.

“Jika kita benar-benar percaya dengan demokrasi, kita perlu pasrah jika majoriti rakyat memilih orang lain dan bukan calon kita. Kita perlu bertenang dan menerima peraturan kitaran ini sehingga pilihan raya akan datang.

tun-mahathir-dr-m-sidang-media-forum-antarabangsa-perhimpunan-agung-umno-2013-pwtc

“Jika anda mengadakan tunjuk perasaan dan berjaya menggulingkan kerajaan, percayalah bahawa pihak lain juga akan melakukan perkara yang sama,” katanya dalam jamuan tengah hari Forum Antarabangsa UMNO 2013 di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan forum dua hari itu yang dianjur bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno, berkata jika situasi ini berlaku, kestabilan serta keamanan tidak akan wujud dan rakyat akan menderita atau mungkin lebih sengsara apabila berada di bawah pemerintahan ‘solitarian’.

Mengakui demokrasi tidak sempurna, beliau berkata inti pati konsep ini bukan semata-mata tentang memenangi pilihan raya tetapi juga kesediaan menerima sebarang kemungkinan.

Dr Mahathir juga berharap semua negara membangun akan belajar daripada kesilapan negara maju demi kesejahteraan rakyatnya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan dengan situasi di sesetengah tempat di mana manusia dibunuh oleh adik beradik dan bangsa sendiri.

“Meskipun demokrasi Malaysia tidak sempurna namun ia lebih baik daripada melakukan tunjuk perasaan dan membunuh sesama sendiri,” katanya.

Transformasi UMNO Perlu Ambil Kira Realiti Politik Baharu – Najib

Posted: 02 Dec 2013 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis  - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata proses transformasi dalam UMNO perlu berlangsung dengan mengambil kira keperluan bagi parti itu bergerak selaras dengan realiti politik baharu yang kini mewarnai landskap politik negara.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata kejayaan yang dikecapi UMNO selama ini bukan jaminan bagi kejayaan akan datang, lebih-lebih lagi susulan perubahan yang berlaku dalam landskap politik tanah air, disulami perubahan demografik dan teknologi selain peningkatan tahap pendidikan rakyat Malaysia.

“Untuk kekal relevan, UMNO mesti sanggup lakukan transformasi yang mencerminkan ia merupakan parti yang mampu menjamin masa depan orang Melayu dan negara secara keseluruhannya,” katanya.

najib-forum-antarabangsa-perhimpunan-agung-umno-transformasi-releven-zaman-2013-pwtc

Sehubungan itu, beliau menegaskan parti yang ditubuhkan pada 1946 itu perlu meningkatkan usaha melatih pemimpin di semua peringkat yang faham dengan apa yang perlu dilakukan demi survival parti dan perjuangannya.

Najib berkata demikian dalam wawancara khas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013, di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

“Kita tak boleh lagi terima anggota UMNO tanpa kita tarbiah atau didik mereka melalui kursus tertentu, bentuk minda mereka untuk berfikir…dalam konteks persekitaran baharu, politik baharu, bukan lagi politik lama,” kata Najib.

Beliau memberi peringatan bahawa anggota UMNO yang tidak faham politik baharu bakal ditolak rakyat.

“Sebab itu UMNO kena sesuaikan diri, (termasuk) sediakan pemimpin-pemimpin yang menghayati politik baharu,” jelasnya dalam wawancara khas 40 minit yang antara lain mengupas soal cabaran, harapan dan hala tuju UMNO selepas pilihan raya umum ke-13 pada Mei dan pemilihan parti pada Oktober lepas.

Menurut Najib, sebahagian daripada proses transformasi dalam parti sudah berjaya manakala sebahagian lagi belum tiba ke penghujungnya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata ada keperluan untuk UMNO membuka pintu lebih luas kepada golongan profesional kerana ia difikirkan mampu member kekuatan kepada kepimpinan di peringkat bahagian dan cawangan.

Mengulas pandangannya itu, Najib berkata ketua cawangan yang terdiri daripada golongan profesional biasanya mempunyai pengaruh lebih besar terutama di kawasan bandar.

Menurutnya, penyertaan golongan profesional di semua peringkat dilihat mampu mempengaruhi masyarakat setempat dalam usaha menarik sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional, termasuk di kawasan bandar.

“Untuk itu, kita mesti ada program untuk memperbanyak kemasukan golongan profesional dan Generasi Y terutama di kawasan bandar.

“Kekuatan kita masih di luar bandar, namun kekuatan (UMNO) di bandar perlu ditambah lagi,” jelas Najib.

Mengenai barisan anggota Majlis Tertinggi yang dilantik ke jawatan itu baru-baru ini, beliau berkata mereka dipilih kerana difikirkan dapat membantunya mengemudi UMNO.

“Saya cuba adun dan seimbangkan penyertaan semua kelompok untuk perkukuhkan proses membuat keputusan dalam parti selain mencerminkan suara pelbagai golongan yang perlu kita ambil kira,” tambah Najib.

Seramai 25 anggota Majlis Tertinggi dipilih perwakilan dalam pemilihan parti pada Oktober manakala 13 anggota MT tambahan diputuskan Najib selaku presiden UMNO.

BN Components Must Resolve Internal Crises Before Implementing Transformation

Posted: 02 Dec 2013 03:04 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 2  - The Barisan Nasional (BN) component parties must resolve the internal crises in the respective parties before implementing transformation to boost support of the people whom they represent, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Prime Minister said he was certain that all the Umno “friends” clearly understood that the fate of their party depended on the extent of their capability to implement transformation.

“…it is only with political will that we can come up with a party that is accepted by the public,” he said in a special interview with the Malaysian National News Agency (Bernama) at his office in Parliament House, here today.

Najib said that as the party that buttressed the BN, Umno was prepared to assist in strengthening the other partners in the coalition to face any challenges and to regain their strength in the local political arena.

“But our partners who are facing internal problems must first resolve their own predicament so that they will be more acceptable to the communities they represent.

“But if they get stronger support, this will ensure victory for the BN in future and they will not be too dependent purely on the support from Umno,” said the BN chairman.

Najib, who is also the Umno president, rejected the perception that Umno’s strength resulted in the other BN component parties being perceived as weak and marginalised.

On the contrary, Najib said, Umno always adopted an open attitude and took into consideration the views of the other BN component parties in making a decision whether for the BN or as the government.

“We don’t impose on them. We adopt the consensus approach. Any policy is made based on an open discussion. When a decision is made, it is based on the support of everyone,” he explained.

He also denied that Umno was behaving in a dominant manner to the extent that it impeded the voice of the other component parties, including controlling them from expressing their views on various issues in an open manner through the mass media.

“We are the ruling party. BN makes policies. The opposition does not make policies. If there is any open conflict, it will destroy our credibility as the government.

“We encourage exchanges of ideas in a closed manner. When it is closed, it will not be too apparent to outsiders, as though they do not voice their opposition vociferously. But the fact is that the views and aspirations of all races are debated in a closed manner before we make a decision,” he pointed out.

As such, Najib said, the attitude of the opposition that was supposedly more open compared to the BN need not necessarily reflect that they were more democratic.

The opposition liked to give the impression that they were championing something better than the BN, but their action did not reflect this because they were often inconsistent and in conflict with what they propagated.

In the 45-minute interview, the prime minister also touched on the support of the non-Malays for Umno where the BN as the ruling party had never neglected any race in line with the 1Malaysia Concept which was the thrust in nation building.

He said although the support of the other races, particularly the Chinese community, for the BN had declined as reflected in 13th general election (GE13) recently, the government had never taken any action to deny their rights.

“But we hope that the future of our nation is better guaranteed through the policies that are moderate, progressive, inclusive and more just as championed by Umno,” he added.

At the same time, Najib said Umno and the BN would continue to convince the other communities that the BN was the best choice for them.

“This is not just about the GE, but also in the context of nation-building. We do not want the disaffection between the Malays and Chinese to be a factor that can divide us.

“But we must find ways and means to bridge the gap between the races because the future of the country is too valuable,” he said.

He said in this context, more BN-oriented activities, which were seen to be dormant, should be conducted to restore confidence among the people that Umno was also championing the cause of the other races.

He said BN branches should not be too rigid and work only during the election.

On a claim that he was more inclined in pursuing the Malay and Bumiputera agenda after GE-13, Najib said what he was doing was to give equal opportunity to them without denying the rights of others.

“If they had been marginalized from the mainstream all this while due to the effects of colonialism, whether we like it or not, we have to correct the discordant, so we equalise opportunities in the country without denying the rights of the other races,” he said.

However, he said that the opportunities given were not handouts in nature, but more on developing the group without any assurance on the results.

Kesederhanaan Satu Pendekatan Untuk Masyarakat Hidup Aman

Posted: 02 Dec 2013 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis  - Pemimpin Wiper Party Stephen Kalonzo Musyoka dari Kenya percaya kesederhanaan ialah pendekatan tepat untuk mewujudkan keamanan dalam sesebuah masyarakat.

Bekas Naib Presiden Kenya itu berkata kesederhanaan merangkumi nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi seperti saling memahami, toleransi, saling menghormati, pemaaf malah berkorban diri ketika mengejar kepentingan dan keperluan masing-masing.

najib-umno-malaysia-mantan-naib-presiden-Kenya-Kalonzo-Musyoka-perhimpunan-2013

“Semua ini membolehkan kita mencapai matlamat masing-masing tanpa menjejaskan mereka yang di sekeliling kita,” katanya dalam Forum Antarabangsa UMNO 2013, di sini hari ini.

Musyoka merupakan penceramah jemputan dalam sesi yang diperantara oleh Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Forum dua hari bertemakan ‘Politik Kesederhanaan ke Arah Keamanan dan Kestabilan’ itu diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Beliau berkata kesederhanaan juga mengiktiraf kewujudan setiap manusia dan masyarakat, sedang pada masa sama tidak mengehadkan hak mereka untuk mengurus sumber yang diberi kepada mereka.

“Pendekatan ini tidak akan menyebabkan seseorang itu fakir miskin atau kaya-raya, sebaliknya merupakan kaedah menang-menang untuk semua,” katanya.

Dalam ucapannya Musyoka memuji usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM).

GMM mampu melengkapi pendekatan lain dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dunia yang seterusnya memacu kejayaan lebih gemilang, kata.

Musyoka juga mengucapkan tahniah kepada UMNO dan Barisan Nasional atas kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT