SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 17, 2013

UMNO Online - “Kerajaan Pantau Kadar Inflasi Setiap Bulan, Kata Idris Jala” plus 9 more

UMNO Online - “Kerajaan Pantau Kadar Inflasi Setiap Bulan, Kata Idris Jala” plus 9 more

Link to UMNO Online

Kerajaan Pantau Kadar Inflasi Setiap Bulan, Kata Idris Jala

Posted: 16 Dec 2013 03:16 AM PST

PUTRAJAYA, 16 Dis – Kerajaan memantau kadar inflasi setiap bulan susulan rasionalisasi subsidi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

“Kadar inflasi sekarang berada pada paras sangat rendah. Kami mengkaji ini(rasionalisasi subsidi) sebelum ini dan Bank Negara Malaysia membuat penilaian ke atas rasionalisasi subsidi.

“Penilaian itu menunjukkan hanya akan terdapat kenaikan kecil inflasi, tetapi ia akan dibendung,” katanya.

“Pelaksanaan rasionalisasi subsidi tidak drastik tetapi ‘dilakukan secara berperingkat dalam tempoh masa yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel bersama menteri-menteri bersempena dengan acara “ETP Kini 3 Tahun” di sini, hari ini.

Peserta panel termasuklah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kebimbangan bahawa rasionalisasi subsidi boleh memberi tekanan kepada kadar inflasi.

Kaum Lain Tidak Dipinggir, Peluang Pekerjaan Lebih Baik

Posted: 16 Dec 2013 03:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kaum-kaum lain di negara ini tidak dipinggir apabila data menunjukkan mereka mempunyai peluang yang lebih baik mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta berbanding kaum Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Anak Belaun.

Beliau berkata 44.83 peratus kaum Cina mempunyai pekerjaan dalam sektor awam dan swasta diikuti kaum India sebanyak 42.08 peratus dan 39.32 peratus bagi kaum Melayu.

“Peratusan ini menunjukkan tidak ada bukti peminggiran kaum-kaum lain termasuk Cina dan India. Dalam keadaan kadar pengangguran sekitar 2 peratus, ini bermakna setiap orang ada pekerjaan.

“Ini sekaligus membuktikan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana kaum dalam mendapatkan pekerjaan di sektor awam atau swasta,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.

Populasi negara menunjukkan 54.83 peratus ialah kaum Melayu, Cina (24.14 peratus), India (7.24 peratus), Bumiputra (12.8 peratus) dan kaum-kaum lain (9.2 peratus).

Entulu turut menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan mengutamakan kaum Melayu dalam permohonan mendapatkan pekerjaan di sektor awam.

Beliau berkata statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan daripada 1.6 juta permohonan kaum Melayu sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, hanya 22,000 sahaja yang diterima.

“Maknanya peratusan (kaum Melayu) yang diambil bekerja cuma 1.4 peratus. Kaum India yang dilantik ke dalam sektor awam pula berjumlah 2.03 peratus manakala Cina 5.49 peratus,” katanya.

Beliau berkata permohonan daripada kaum-kaum lain termasuk Ulu dan Iban juga dipertimbangkan kerajaan.

Pada masa ini jumlah penjawat awam ialah sebanyak 2.05 juta orang.

Pada 2011, kerajaan telah melantik seramai 36,810 penjawat awam dan 47,335 orang pula dilantik pada 2012, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 22.24 peratus.

Manifesto Populis Jadi Umpan Pembangkang Untuk Gula-gulakan Rakyat

Posted: 16 Dec 2013 02:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kenyataan tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor seperti air percuma jelas menunjukkan selama ini segala janji yang ditaburkan adalah untuk gula-gulakan rakyat sebagaimana kenyataan populis mereka dalam mengaburi mata masyarakat terutamanya di Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika kita kaji Manifesto 2008 pakatan pembangkang pada PRU12, begitu juga dengan Manifesto mereka pada PRU13, boleh dikatakan hampir 80 peratus janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS tidak dikotakan kerana ianya adalah 'Manifesto Populis'.

"Rakyat akhirnya yang jadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin pembangkang yang populis ini. Adakah kita lupa akan kenyataan populis Pakatan ini?

“Dahulu dengan bangga mereka mengatakan akan menjaga kebajikan rakyat, tapi jika kita kaji dan nilai semuanya, PPRT naik sewa, cukai pintu Selangor pun naik, kadar sewa tapak niaga PKNS pun naik, hakikatnya banyak lagi yang dikatakan dahulu tetapi tidak ditunaikan kerana sebenarnya ia hanya kenyataan Populis," ujarnya yang juga Pengerusi Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, jika sebelum ini mereka menyebut berkaitan pendidikan percuma namun bagaimana pula dengan Tadika PASTI yang diselia Pas dan mengapa tidak pula diberikan percuma?

“Begitu juga dengan mahasiwa yang belajar di Unisel dan mana-mana IPT di bawah kendalian kerajaan negeri, kenapa tidak diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sekiranya menang dalam PRU?

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim membidas kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang dianggap tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma. – MediaUMNO

Demokrasi Hanya Kosmetik Untuk Tutup Sikap Sebenar Dap

Posted: 16 Dec 2013 01:35 AM PST

IPOH, 16 Dis – Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar menyifatkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berselindung di sebalik nama demokrasi bagi melindungi ideologi sebenar parti tersebut yang sebenarnya bersifat rasis dan cauvinis.

Menurut beliau, perkara ini jelas boleh dilihat dalam beberapa perkara termasuk kenyataan kepimpinan DAP yang seringkali mempertikaikan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan juga Islam sebagai agama persekutuan seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

"Bagi saya, demokrasi di dalam DAP tidak lebih sebagai kosmetik bagi memperlihatkan kononnya parti tersebut mengamalkan demokrasi, sedangkan pada hakikatnya kepimpinan DAP hari ini lebih mirip kepada pentadbiran kuku besi.

"Sebagai contoh, di dalam pemilihan CEC, hanya beberapa kerat saja ahli dari bangsa lain yang terpilih untuk duduk di jawatan tertinggi parti tersebut, manakala yang lain-lain merupakan kroni-kroni yang direstui oleh ‘dinasti Karpal’ dan ‘dinasti Lim’," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Lantara itu menurut beliau lagi, sejak kebelakangan ini ramai ahli-ahli dan juga kepimpinan DAP peringkat akar umbi membuat kenyataan, bahawa sesiapa yang tidak sealiran dan sependapat dengan dua dinasti tersebut, maka mereka akan terkeluar dari kelompok utama kepimpinan parti.

"Kritikan demi kritikan dari kepimpinan dan ahli akar umbi terhadap kepimpinan tertinggi DAP hari ini secara  jelas membuktikan kepimpinan kuku besi yang menguasai parti itu hari ini," ujarnya.

Sikap kepimpinan DAP yang angkuh dan sombong kepada rakyat bawahan semakin menyerlah apabila mereka diberikan kuasa untuk mentadbir Pulau Pinang, katanya lagi.

"Seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang mengenai ketidakadilan kepada peniaga-peniaga kecil. Sikap kepimpinan DAP yang secara sesuka hati membuat kenyataan menghina kaum dan menggunakan perkataan ‘kucing kurap’ sebagai menggambarkan betapa hinanya penjawat awam mata mereka.

"Ini semua adalah bukti kebenaran bagaimana pemikiran dan ideologi parti yang didukung oleh kepimpinan DAP hari ini. Sebenarnya tidak ada demokrasi dan keterbukaan di dalam DAP kerana yang ada hanya ideologi rasis, cauvinis dan pentadbiran bersifat kuku besi.

"Demokrasi di dalam DAP hanyalah kosmetik semata-mata, digunakan untuk memperindahkan imej parti tersebut di mata rakyat kononnya merekalah sebuah parti yang telus memperjuangkan nasib rakyat berbilang bangsa, sedangkan hakikatnya jauh sekali," ujarnya.

Terbaru, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee telah dilarang menyertai Konvensyen Biasa DAP Selangor Ke-17 tanpa diberikan alasan yang kukuh biarpun telah membuat permohonan lebih awal. – MediaUMNO

ETP Tarik RM220 Bilion Pelaburan Dalam Tempoh Tiga Tahun, Kata Najib

Posted: 16 Dec 2013 12:51 AM PST

PUTRAJAYA, 16 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya menarik pelaburan bernilai RM220 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata komitmen pelaburan RM220 bilion itu diunjur menyumbang RM144 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 435,000 pekerjaan baharu dan menjana kesan yang akan mewujudkan aktiviti ekonomi yang lebih luas dalam negara.

“Ketika kita mengakhiri 2013 dan melihat kembali transformasi ekonomi negara sepanjang tiga tahun lepas, saya gembira mengumumkan bahawa 195 projek sudah dilancarkan menerusi Bidang ekonomi Utama Negara (NKEA) 2010,” kata Perdana Menteri pada acara ‘ETP Kini 3 tahun’ di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata NKEA menyumbang 1.3 juta pekerjaan baharu sejak 2010 hingga setakat ini tahun ini.

Pada masa ini jumlah pekerjaan sebanyak 13.66 juta.

"Ia sesuatu yang membanggakan untuk melihat 69 peratus daripada komitmen untuk tahun ini sudah direalisasikan. NKEA kini dalam kedudukan yang baik untuk menyamai pencapaian dua tahun sebelumnya,” katanya.

Najib berkata NKEA terus memain peranan penting dalam ekonomi negara, menyumbang 68.3 peratus daripada PNK bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini atau RM474 bilion.

Beliau berkata keputusan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi NKEA kini mengikut unjuran dengan 89 peratus secara puratanya tercapai manakala 85 peratus KPI Inisiatif Reformasi Strategik (STI) sudah dicapai.

"Ini menunjukkan kedua-dua projek dan inisiatif ini berjalan lancar, dan saya yakin sasaran tahun ini dapat dipenuhi,” katanya.

Meskipun unjuran global terus tidak menentu dengan pasaran maju menangani cabaran masing-masing, Najib berkata Malaysia disasarkan mencatat antara lima dan 5.5 peratus keluaran dalam negara kasar tahun depan, dengan pelabuhan swasta dijangka berkembang 12.7 peratus kepada RM153 bilion.

"Sehingga suku ketiga tahun ini KDNK mencatat peningkatan lima peratus tahun ke tahun, mengatasi unjuran dan ia dijangka mencecah 4.5 hingga lima peratus menjelang akhir tahun,” katanya dan menambah KDNK sebenar Malaysia meningkat daripada RM676.7 bilion pada 2010 kepada RM751.5 bilion tahun lepas, peningkatan ketara 11 peratus.

Bagi menjadi pusat operasi, perkhidmatan dan dagangan dunia, Najib berkata Malaysia juga sudah mengenal pasti usaha untuk menarik 13 syarikat multinasional besar untuk menempatkan operasi mereka di Kuala Lumpur tahun depan.

Enam multinasional antarabangsa dengan unjuran perolehan minimum US$600 juta berpotensi membuka operasi dagangan mereka dalam negara, katanya.

“Dalam pasaran kewangan, kami menjangkakan dapat melihat nilai yang semakin meningkat dalam penyenaraian baharu dengan permodalan pasaran yang dijangkakan sebanyak RM18 bilion,” katanya.

Najib berkata kerajaan telah memperkukuh hasil bagi mengurus program sosioekonomi untuk mengurangkan jurang pendapatan.

"Ini menyebabkan hasil pendapatan kerajaan meningkat 14 peratus dalam tempoh 2010 hingga 2012, meningkat daripada RM160 bilion kepada RM207 bilion. Kami mengunjurkannya mencecah RM220 bilion hasil tahun ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia sudah meningkatkan kadar pertumbuhan tahunan pelaburan swasta sejak pelaksanaan ETP.

“Purata minimum sebanyak lima peratus setahun sejak 2008 hingga 2010 telah meningkat tiga kali ganda kepada 16 peratus bagi tempoh 2010 hingga 2012. Tahun ini, pelaburan swasta dijangka berkembang 16.2 peratus, mencecah RM135.8 bilion,” katanya.

Ahli UMNO Perlu ‘Bekerja Dan Bercakap’ Demi Laksana Tiga Mesej Utama Presiden Parti

Posted: 16 Dec 2013 12:46 AM PST

PARIT, 16 Dis – Semua ahli UMNO perlu 'bekerja dan bercakap' agar tiga mesej utama yang ditekankan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan dengan baik sehingga ke peringkat akar umbi tidak kira kepada ahli UMNO, mereka yang di atas pagar mahupun pembangkang sendiri, ujar Exco Kerajaan Negeri Perak, Nizar Zakaria.

Beliau yang juga ADUN Belanja menjelaskan, Perhimpunan Agung UMNO adalah satu perhimpunan yang dapat mempertemukan semua ahli dan pemimpin dan di sinilah mesej mengenai tugas dan peranan parti dalam menjayakan agenda kerajaan dapat disampaikan.

"Sebab itulah ahli UMNO perlu bekerja dan bercakap bagi pihak parti sekaligus kerajaan iaitu dengan menyampaikan mesej Presiden parti yang telah menggariskan tiga mesej utama iaitu untuk meningkatkan syiar dan syariat Islam, memastikan perjuangan agenda ekonomi Bumiputera terus berjalan dan mahukan agenda transformasi dalam UMNO terus terlaksana.

"Sekiranya ahli UMNO tidak berganding bahu bersama-sama memberikan sokongan penuh maka perkara ini sudah pasti sukar untuk dilaksanakan tambahan lagi pembangkang sentiasa cuba mengganggu gugat setiap apa yang kita cuba lakukan.

"Mereka yang di atas pagar pula akan mengikut maklumat awal yang mereka dapat dan sekiranya maklumat awal tersebut datangnya daripada pembangkang, itulah yang akan mereka terima dan sudah pasti ia akan memberi impak negatif kepada kita," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nizar, oleh itu ahli UMNO harus memainkan peranan untuk menterjemahkan apa yang disampaikan kepada rakyat dan perlu menjelaskan sebaik mungkin perjuangan UMNO demi kebaikan masa hadapan.

“Jika bukan ahli UMNO yang mendukung perjuangan UMNO maka siapa yang mahu memartabatkan apa yang disuarakan oleh Presiden parti?”

Ujarnya, sikap pembangkang yang semakin agresif memburukkan imej kerajaan termasuk mempertikaikan kesucian agama Persekutuan harus dikekang agar ianya tidak menjadi penyebab perpecahan kepada keharmonian negara yang berbilang kaum di negara ini.

"Juga perlu diingat, apa yang digariskan oleh Presiden parti penting untuk kita bersedia dalam berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang. Persediaan perlu dilakukan dari sekarang agar pencapaian UMNO dan juga BN dapat dibaiki.

"Walaupun kita menang pada PRU ke-13 namun ianya bukanlah sesuatu yang boleh membanggakan. Ianya harus diperbaiki agar UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan terus gah di hati rakyat," katanya. – MediaUMNO

Flood-Hit Schools To Begin New School Year As Scheduled – Idris

Posted: 16 Dec 2013 12:23 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 16 – All schools affected by the recent floods will begin their new session next year as scheduled, Second Education Minister Datuk Seri Idris Jusoh said today.

He said the ministry had not received any application from these schools to postpone the start of the new school year.

“Furthermore, we still have two more weeks (of the school holidays) to go before schools reopen. We are convinced that they can iron out their flood-related shortcomings by then,” he said.

Idris spoke at a news conference after opening the MYEULINK Conference – Graduate Employability and the Role of Higher Education – Opportunities and Challenges in the 21st Century: Malaysian and European Perspectives, here.

The 2014 school session in Kelantan and Terengganu is scheduled to begin on Jan 1 (Wednesday) and in Pahang, the following day.

K’jaan Bercadang Wujud Institusi Pengajian Bidang Pertanian – Tajuddin

Posted: 16 Dec 2013 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kerajaan bercadang mewujudkan Universiti Pertanian Agropolitan yang akan memberi penekanan kepada pembangunan bidang pertanian di negara ini, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata menyedari pertanian adalah bidang yang sentiasa ‘hidup’, kerajaan berhasrat mewujudkan sebuah institusi pengajian yang member pengkhususan dalam bidang itu.

“Bidang pertanian perlu terus dipergiat dan dibangunkan dari semasa ke semasa kerana ia merupakan sumber makanan kepada rakyat.

“Ilmu pengetahuan, penyelidikan dan teknologi mesti diteruskan dengan adanya gedung ilmu pertanian itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Firdaus bertanya sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan semula sebuah institusi pengajian yang memberi tumpuan khusus kepada bidang pertanian bagi menjalankan penyelidikan dalam membangunkan bidang pertanian selain mengurangkan kebergantungan bekalan makanan kepada negara luar.

Tajuddin berkata keperluan mewujudkan semula sebuah institusi pertanian merupakan langkah terbaik bagi menjalankan penyelidikan serta membangunkan teknologi terkini untuk memajukan bidang pertanian negara.

“Sebelum ini, kita ada Universiti Pertanian Malaysia (UPM) namun menyedari universiti itu mempunyai banyak cabang ilmu, ia ditukar kepada Universiti Putra Malaysia pada 1997,” katanya.

Semasa menjawab soalan tambahan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan yang bertanya teknologi baharu yang diperkenalkan kerajaan dalam memajukan bidang pertanian bagi menampung bekalan makanan negara, Tajuddin berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sentiasa menjalankan penyelidikan dan memperkenal pelbagai teknologi baharu bidang itu.

Mardi diamanahkan untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan, pertanian serta industri asas tani secara berterusan mencari kaedah meningkatkan produktiviti bidang pertanian negara termasuk menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran padi.

“Mardi berjaya menghasilkan benih padi baharu dikenali MR220 CL1 dan CL2 serta memperkenalkan kaedah siraman padi dan kedua-dua kaedah tersebut telah berjaya dan terbukti setakat ini selain mengurangkan kos yang perlu ditanggung pesawah,” katanya.

Sesi Persekolahan Sekolah Terlibat Banjir Tetap Ikut Jadual Asal – Idris

Posted: 16 Dec 2013 12:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Semua sekolah yang terlibat dengan banjir akan memulakan sesi persekolahan tahun depan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima aduan atau permohonan daripada pihak sekolah untuk menangguhkan sesi persekolahan.

“Tambahan pula masih ada tempoh selama dua minggu sebelum sekolah dibuka dan kita yakin mereka (pihak sekolah) dapat menyelesaikan serta menyelaraskan masalah yang dihadapi ekoran banjir,” katanya.

Idris berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan MYEULINK – Kebolehgajian Siswazah dan Peranan Pendidikan Tinggi – Peluang dan Cabaran Abad Ke-21: Perspektif Malaysia dan Eropah, di sini hari ini.

Dua negeri dilanda banjir buruk awal bulan ini iaitu Terengganu dan Pahang. Turut mengalami banjir ialah Johor dan Kelantan. Sesi persekolahan 2014 bagi Terengganu dan Kelantan akan bermula 1 Jan, manakala Pahang serta Johor pula 2 Jan.

Mengulas lanjut, Idris berkata kementeriannya akan menghantar buku teks baharu kepada sekolah terlibat secepat mungkin agar sesi pembelajaran tidak terjejas, manakala bantuan peralatan lain boleh diselia oleh pihak sekolah.

“Sekolah juga dibenarkan untuk membuat pesanan secepat mungkin tanpa perlu menunggu kelulusan dan kemudian mereka perlu maklumkan kepada kita (kementerian),” katanya.

Mengenai kerugian yang ditanggung akibat bencana itu, Idris berkata pihaknya masih menunggu laporan daripada sekolah.

Mengulas mengenai persidangan itu, Idris berkata secara keseluruhan sebanyak 80 peratus graduan dan 90 peratus penuntut jurusan teknikal di Malaysia mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pelajaran.

“Cabaran kita bukan hanya ‘employability’ (kebolehgajian), tetapi bagaimana untuk kita sediakan mahasiswa yang boleh ‘adapt’ (sesuaikan diri), dapat kemahiran dan pendedahan bagi memastikan mereka boleh dapat kerja dalam pelbagai bidang yang semakin wujud dengan perkembangan teknologi yang pesat,” katanya.

Idris juga berkata adalah penting untuk semua institusi pengajian tinggi memastikan tenaga pengajar mereka dilengkapi pengalaman industri supaya mereka tahu situasi sebenar bidang pekerjaan.

Sementara itu, Duta dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah ke Malaysia, Luc Vandebon berkata krisis ekonomi di Eropah membuka peluang kepada perubahan dengan memperkenalkan program-program baharu seperti Pakej Pekerjaan Belia.

“Program itu yang dipersetujui pada April, menumpukan kepada peralihan daripada sekolah kepada bidang kerja menerusi skim jaminan belia.

“Skim itu menyasarkan belia berusia bawah 25 tahun akan ditawarkan sama ada pekerjaan, latihan atau meneruskan pengajian, dalam tempoh empat bulan mereka menamatkan pengajian atau diberhentikan kerja,” katanya.

Lebih 200 peserta hadir persidangan sehari itu yang menyaksikan pakar akademik dan industri dari Malaysia dan Eropah membincangkan cabaran kebolehgajian siswazah serta merumuskan cadangan untuk menanganinya pada masa depan.

MYEULINK yang dilancar pada 30 Mac 2010, dibiaya oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan direka untuk mempromosi kesedaran mengenai EU dan dasar utamanya kepada ahli akademik Malaysia dan pegawai kerajaan serta kumpulan berkepentingan lain.

Boon Som Inong Angkat Sumpah Jawatan Senator Bagi Penggal Kedua

Posted: 15 Dec 2013 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Penasihat Penyelaras Pembangunan Masyarakat Siam Pendang, Datuk Boon Som Inong hari ini mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua di Dewan Negara.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Boon Som, 52, yang merupakan bekas wartawan Agensi Berita Iran dan Agensi Berita Kuwait (KUNA) dilantik semula sebagai anggota Dewan Negara berkuat kuasa hari ini selama tiga tahun.

Kali pertama beliau mengangkat sumpah ialah pada 15 Dis 2010.

Boon-Som-Inong-Parlimen-Kaum-Siam-Pendang-Kedah

Boon Som yang dilahirkan di Kedah, pernah bertugas sebagai pegawai khas dan setiausaha akhbar menteri besar Kedah (2003-2008) serta setiausaha akhbar menteri kerja raya bagi tempoh 2008 hingga 2009.

Pada 25 Nov lepas beliau dilantik menjadi Anggota Majlis Konsultatif Perpaduan Negara untuk tempoh tiga tahun.

Boon Som ketika ditemui pemberita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mencadangkan beliau menjadi anggota Dewan Negara untuk penggal kedua.

Beliau berazam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin bagi mengangkat martabat masyarakat Siam setaraf dengan kaum lain di negara ini.

“Saya akan berusaha untuk memastikan isu-isu dan permasalahan yang masih lagi tertangguh dan belum menjadi realiti dapat dirungkai dan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Turut mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua hari ini ialah Anggota Lembaga Pengurusan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Senator Mariany Mohammad Yit, 57.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT