SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 16, 2013

UMNO Online - “Cadangan Guna Kaedah Majoriti Mudah Dalam Keputusan BN Dikemuka Tahun Depan – Tengku Adnan” plus 3 more

UMNO Online - “Cadangan Guna Kaedah Majoriti Mudah Dalam Keputusan BN Dikemuka Tahun Depan – Tengku Adnan” plus 3 more

Link to UMNO Online

Cadangan Guna Kaedah Majoriti Mudah Dalam Keputusan BN Dikemuka Tahun Depan – Tengku Adnan

Posted: 15 Dec 2013 02:12 AM PST

PUTRAJAYA, 15 Dis – Cadangan untuk menguna pakai kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membuat keputusan akan dikemukakan pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN pada tahun depan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majoriti dilaksanakan.

“Sekiranya sebuah parti komponen tidak bersetuju terhadap sesuatu cadangan maka ia tidak akan diteruskan (mengikut sistem konsensus). Saya sebagai Setiausaha BN akan mencadangkan agar mengkaji dan meminda semula perlembagaan BN untuk menggunakan kaedah majoriti mudah.

“Perkara ini saya telah maklumkan kepada perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India se-Malaysia (IPF) ke-21 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Tengku Adnan berkata demikian bagi mengulas permintaan Presiden IPF Datuk M.Sambanthan dalam ucapannya di perhimpunan parti itu agar BN menerima IPF sebagai salah sebuah parti komponen.

Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 700 perwakilan parti.

Sementara itu, Sambanthan berkata parti komponen BN yang lain akan meminggirkan IPF sekiranya tidak diterima sebagai sebuah parti komponen BN sekali gus menghalang usaha parti berkenaan untuk berkempen dengan baik dalam pilihan raya umum akan datang.

“IPF turut memohon agar anggota parti IPF dilantik untuk jawatan Ahli Dewan Negara, pengarah syarikat kerajaan serta sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Mengenai masalah dalaman IPF, Sambanthan berkata, mereka yang terlibat dalam isu itu bukan lagi anggota parti kerana mereka telah meninggalkan parti beberapa tahun yang lepas.

“Sejak dilantik menjadi presiden, saya telah mengajak mereka memperbaharui keahlian dalam parti tetapi mereka enggan melakukannya.

“Setakat ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan sebarang cawangan yang ditubuhkan oleh bekas anggota parti ini,” katanya.

Sambanthan berkata IPF mempunyai 26 anggota jawatankuasa tertinggi dan lebih 100,000 anggota di 600 cawangan seluruh negara. – MediaUMNO

PM Overwhelmed By Malaysians’ Concern For Flood Victims

Posted: 15 Dec 2013 02:01 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 15 – The prime minister is overwhelmed by the outpouring of concern by many Malaysians towards victims reeling under the onslaught of the annual floods hitting the East Coast states this year.

Datuk Seri Najib Tun Razak noted that various parties had come forward to offer contributions in the form of labour, money and even moral support.

“Their compassion and efforts have truly showcased the meaning of 1Malaysia, as everybody came together to help, regardless of race, religion or political affiliation.

“The federal and state governments will do their best to ensure that the lives of those afected by the floods will return to normalcy.

“Many people have been unable to work and provide for their families, and the economies of states affected by the floods have suffered from the disaster,” he said in his blog posting today.

He said the nation had been stunned by the havoc wreaked by the annual floods hitting the East Coast states this year, as tens of thousands of victims had to be evacuated from their homes, with many more incurring substantial losses.

“I went to survey affected areas in Kuantan, Rompin, and Pekan, at the earliest opportunity, meeting victims who have made the flood relief centres their makeshift home.

“Despite having their lives turned upside down, I could see the upbeat spirit and tremendous resilience on the faces of these affected families,” added Najib.

He said that at the temporary relief centre in Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan – where 500 flood victims were placed – the victims revealed how much more challenging the floods would have been for them, had no one come forward to provide the much-needed aid.

“In the beginning, the non-stop downpour hindered rescue operations, cutting off access to the victims, but the initial problems were soon resolved. Well done, to all government agencies such as the health department and other departments involved, as well as the village heads who gave their all to ensure that basic supplies reached the victims.”

Najib said the extreme floods and the recent mud flood which struck the Cameron Highlands last October were strong indicators of the climate change facing the planet.

“There will be more natural disasters and they will worsen. It is critical that the federal and state governments perform a thorough re-evaluation of the systems and procedures in place to mitigate floods and other natural disasters.

“We must be better equipped to face bigger challenges brought about by global climate change.

“This includes reviewing rescue and relief efforts, temporary re-location of victims, dissemination of information and disaster warnings, as well as efforts to rehabilitate affected areas and resume normal economic activities,” he added.
In the meantime, he urged Malaysians to step forward and help the victims in the current trying times.

“Each contribution you make, is a promise of hope for them”. – MediaUMNO

Kerajaan BN Sentiasa Bantu Rakyat Ditimpa Musibah Bencana Alam

Posted: 15 Dec 2013 01:44 AM PST

TEMERLOH, 15 Dis – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Bantuan Bencana peringkat mukim diminta menyediakan laporan dan maklumat tepat berkaitan mangsa banjir di kawasan masing-masing bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan bantuan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said berkata dengan maklumat serta butiran lengkap itu, ia akan memudahkan proses bantuan diberikan.

“Hanya dengan adanya laporan dan rekod lengkap sahaja, maka urusan pemberian bantuan akan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail yang juga anggota Parlimen Kuala Krau berkata bantuan khas wang tunai RM500 setiap keluarga mangsa banjir yang diumumkan kerajaan pusat membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan musibah yang menimpa rakyat negara ini.

“Bantuan itu diberikan tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, justeru itu semua pihak janganlah mempolitikkan bencana banjir ini.

“Bukan Malaysia sahaja yang mengalami kejadian bencana, malah negara lain pun turut terbabit, namun kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengabaikan rakyat negara ini yang ditimpa musibah,” katanya. – MediaUMNO

Keprihatinan Rakyat Bantu Mangsa Banjir Membanggakan – Najib

Posted: 15 Dec 2013 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga atas keprihatian rakyat Malaysia membantu mangsa banjir ketika bencana itu melanda beberapa negeri.

Najib turut mengucapkan syabas kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, jabatan-jabatan berkaitan sehinggalah para penghulu yang terus berusaha memastikan segala keperluan asas mencukupi.

“Pelbagai pihak telah tampil memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, wang ringgit dan sokongan moral untuk mangsa terlibat.

“Semangat, usaha dan keprihatinan ini benar-benar mencerminkan (semangat) 1Malaysia tanpa mengira agama, mahupun aliran politik masing-masing,” katanya dalam entri terbaharu di laman www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata kerajaan persekutuan dan negeri perlu mengkaji semula sistem serta langkah menghadapi banjir dan bencana alam sedia ada supaya dapat menampung secara efisyen dan berkesan segala keperluan yang bakal meningkat dan perubahan iklim lebih serius.

“Ini termasuk sistem memindah dan menyelamat mangsa, penempatan sementara, penyebaran maklumat dan amaran bencana serta usaha memulihkan kawasan bencana supaya kembali menjana pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi negara,” kata Najib.

Awal bulan ini, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor dilanda banjir buruk susulan hujan lebat berterusan serta limpahan air sungai di beberapa kawasan.

Hanya Pahang masih mempunyai mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan.

Najib berkata bencana banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur setiap hujung tahun tidak boleh diambil ringan, khususnya apabila ia menjejaskan ribuan mangsa malah menyebabkan rakyat menanggung kerugian besar.

Beliau turut mengimbau pengalamannya meninjau kawasan dilanda banjir di Kuantan, Rompin dan Pekan di mana beliau bertemu mangsa di pusat-pusat pemindahan.

“Walau kehidupan seharian terjejas teruk, semangat dan ketabahan yang ditunjukkan mereka amat mengagumkan,” katanya dan menambah kerajaan pusat dan negeri akan berusaha memastikan kehidupan rakyat yang terjejas akibat bencana itu segera dipulihkan.

Kata Najib, semasa melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan yang menempatkan 500 mangsa banjir, beliau diberitahu beberapa mangsa banjir bahawa keadaan akan menjadi lebih mencabar sekiranya tiada pihak tampil menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan bencana alam lebih dahsyat boleh melanda negara akibat perubahan iklim global, berdasarkan kejadian banjir kali ini dan banjir lumpur di Cameron Highlands pada Oktober lepas.

Beliau turut meminta lebih ramai rakyat Malaysia berganding bahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

“Saya percaya setiap sumbangan anda membawa makna yang besar kepada mangsa. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya bencana ini segera berakhir,” katanya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT