SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Thursday, December 5, 2013

UMNO Online - “Pemuda UMNO Garis Tiga Langkah Utama Tawan Generasi Muda” plus 9 more

UMNO Online - “Pemuda UMNO Garis Tiga Langkah Utama Tawan Generasi Muda” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pemuda UMNO Garis Tiga Langkah Utama Tawan Generasi Muda

Posted: 04 Dec 2013 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini menggariskan tiga langkah utama bagi memenangi hati orang muda untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.

Langkah pertama, mengadakan program ‘Jelajah Anak Muda’ mulai tahun depan dengan mengerahkan tenaga Pemuda dalam kalangan perwakilan Exco dan Bahagian.

“Pemuda akan menjelajah institut pengajian tinggi awam, politeknik dan institut latihan bagi menemui mereka. Kita juga akan menghantar wakil bertemu pelajar di luar negara,” katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Pemuda 2013 di sini hari ini.

Bagi langkah kedua, Khairy berkata pihaknya akan menerap pendekatan ke pusat ibadah, yang mana pada masa sama, akan cuba menjadi ejen penyelesai masalah rakyat.

khairy-ucapan-dasar-semangat-pemuda-persidangan-perhimpunan-2013-pwtc

Beliau berkata Pemuda juga akan lebih ke depan dalam mencari penyelesaian masalah seperti banjir dan kebakaran agar rakyat tidak perlu lagi menunggu wakil rakyat mereka berbuat sesuatu.

“Kerana itulah kita telah meminta rakan-rakan Pemuda kita yang berada di sini supaya segera pulang ke kawasan dilanda banjir. Ada lebih kurang tujuh atau lapan bahagian telah kita arah pulang hari ini bagi membantu penduduk yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Khairy berkata langkah ketiga menyaksikan Pemuda tidak perlu takut berdepan serangan pembangkang di arena politik dan segera tampil berdebat, jika perlu, untuk menerangkan sesuatu isu yang timbul.

Beliau berkata menerusi cara ini, generasi muda akan lebih mempercayai kredibiliti dan keupayaan Pemuda sekali gus tidak membenarkan pembangkang menang percuma.

Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda dan pihak berwajib akan membantu kira-kira 60,000 daripada 140,000 pemohon mendapatkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) secepat mungkin.

Katanya, status pemohon ialah sedang menjalani kursus dan pemeriksaan, 50,000 berjaya memperoleh lesen manakala bakinya adalah mereka yang mempunyai masalah kerana lokasi yang jauh, dan golongan ini akan menerima bayaran khas daripada Pemuda.

Program BL1M merupakan antara inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO di bawah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar bagi membolehkan penunggang motosikal muda memperoleh lesen B2 dengan kadar yang lebih murah.

Lagu Tanya Sama Anwar Tarik Perhatian Perhimpunan Pemuda

Posted: 04 Dec 2013 04:58 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis – Lagu tanya sama Anwar menghiasi perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2013 apabila pembahas Pemuda UMNO Kedah, Yb Mahadzir Abdul Hamid mendendangkan lagu tersebut.

Dengan nada yang hampir sama didendangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau secara bersahaja menyanyikan "Tanya Sama Anwar, Apa Sebab Goyang, Nanti Jawab Anwar 11 Cabang Dah Hilang'.

"Tuan-tuan dah lupakah dengan gubahan lagu itu sebelum ini…dia nyanyi tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang….Sabah hilang ka…? atau PKR yang hilang taring," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyokong usul terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin, di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.

Meneruskan ucapannya, beliau berkata UMNO adalah nadi dan jantung kepada guru, peniaga, kakitangan kerajaan, petani, kaum ibu dan bapa, nelayan dan semua lapisan masyarakat dan rakyat Malaysia.

"Kita perlu mendengar luahan rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan membela mereka yang terpinggir. Selagi kita memahami, mendekati dan memenuhi aspirasi dan jiwa rakyat jelata, maka UMNO akan berada dalam landasan yg kukuh untuk menang..

"Kadang-kadang kita lihat seolah-olah terlalu susah sangat untuk dilakukan walaupun kuasa di tangan kita. Ni dok mai pulak masalah tariff elektrik yang akan dinaikkan hampir 15%. Apakah GLC yang kita sendiri tubuhkan, hari ini tidak lagi mencerna hasrat dan aspirasi rakyat?

"Bayangkan apa jadi dengan golongan kurang mampu, yang tinggal di luar bandar. Mereka ini menyumbang kepada kemenangan besar BN. Apakah ini harga perlu mereka bayar?.. kita tahu TNB sebuah syarikat yang  berorientasikan keuntungan tetapi, jangan prinsip "people oriented" dilupakan," ujarnya. -MediaUMNO

Wanita UMNO Perlu Anjakan Mentaliti, Keluar Dari Zon Selesa

Posted: 04 Dec 2013 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan semua anggota pergerakan itu agar membuat anjakan mentaliti dan keluar dari zon selesa mereka.

Beliau berkata Wanita UMNO perlu mengeratkan lagi program dengan Wanita Barisan Nasional (BN) kerana perjuangannya bukan hanya untuk wanita Melayu sahaja tetapi untuk semua wanita di negara ini.

“Perjuangan Wanita UMNO merentasi kaum dan agama, walaupun kita ada agenda untuk wanita Melayu tetapi secara umumnya perjuangan kita adalah untuk semua,” katanya ketika menggulung perbahasan usul pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

shahrizat-ucapan-dasar-wanita-semangat-persidangan-perhimpunan-2013-pwtc

Beliau juga mengajak Wanita UMNO membina kekuatan dalaman dan sentiasa dikelilingi golongan cerdik pandai bagi memperbaiki diri.

“Jangan takut dengan bayang-bayang, walaupun tidak ada ijazah, puan-puan ini bukan calang-calang pemimpin, kalau kita hanya dikelilingi mereka yang kurang daripada kita bagaimana kita hendak perbaiki diri.

“Kita perlu dikelilingi mereka yang bijak pandai dan mahir daripada kita, barulah kita boleh jadi hebat, jangan takut,” katanya dengan diiringi sorakan gemuruh dari 955 perwakilan yang hadir.

Sementara itu dalam sidang media, Shahrizat berkata pada penggal kali ini pergerakan itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi wanita sebagai agenda utama.

Beliau berkata tumpuan itu penting dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan usahawan wanita di samping dapat membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

Selain itu, beliau berkata program keagamaan dalam pergerakan itu akan turut dipertingkatkan lagi dengan pelbagai pendekatan yang membawa kepada hasil lebih efisien dan efektif selari dengan tuntutan globalisasi zaman sekarang.

Dalam pada itu, Shahrizat juga tidak menolak pendapat bahawa pergerakan itu berkeupayaan untuk menjadi ejen perpaduan kaum kerana sifat keibuan yang ada dalam diri mereka mampu menyelesaikan pelbagai masalah dengan mudah.

Wanita Muda Diajak Sertai Puteri Angkat Martabat Bangsa

Posted: 04 Dec 2013 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsuddin mengajak wanita muda menyertai pergerakan itu bagi memperkukuh iltizam, melonjak martabat, mengangkat maruah dan kedudukan mereka dalam pembangunan bangsa serta negara.

Beliau berkata perjuangan Puteri UMNO adalah untuk wanita muda terutama Melayu Islam namun tidak pernah melupakan atau mengabaikan golongan itu dari kaum dan agama lain.

“Pergerakan Puteri untuk kita dan Biro Sahabat Puteri pula untuk semua,” katanya ketika menggulung perbahasan usul pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

ketua-puteri-umno-baru-mas-ermieyati-ucapan-dasar-persidangan-perhimpunan-2013-pwtc

Penubuhan Biro Sahabat Puteri bertujuan menarik sokongan orang muda tanpa mengira jantina dan kaum serta badan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa.

Menyentuh cadangan perwakilan yang mahu keanggotaan wanita muda ke dalam Pergerakan Puteri dibuat secara automatik, Mas Ermieyati berkata ia merupakan satu idea bernas selaras dengan usaha memperkasa dan meremajakan parti.

Mas Ermieyati, yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, berkata menerusi cadangan itu, seseorang wanita berumur 18 hingga 35 tahun secara automatic menjadi anggota Puteri dan tidak perlu membuat pilihan sama ada menyertai pergerakan berkenaan atau Wanita UMNO.

“Puteri mahu dilihat lebih terbuka dan inklusif kepada remaja berumur 18 tahun dan ke atas kerana inilah maksud sebenar konsep peremajaan UMNO yang diuar-uarkan oleh semua,” katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kecemerlangan dan kejayaan yang dilakar Puteri sejak penubuhannya pada 2001 menyebabkan pergerakan berkenaan dicemburui pembangkang.

“Malah pembangkang nak tubuhkan pergerakan macam Puteri UMNO tapi tak mampu juga nak lawan apa yang Puteri lakukan,” katanya dalam ucapan penangguhan perhimpunan itu.

Beliau turut menggesa anggota Puteri agar tidak hanya menjadi ‘pemerhati’ dalam apa jua program yang diperkenal atau dilaksana kerajaan sebaliknya perlu bersama-sama menjadi pemain.

Mahasiswa Catat Sejarah Perhimpunan Agung UMNO 2013

Posted: 04 Dec 2013 04:45 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis – Pembahas mahasiswa Badrul Amiru Amin Bahari menarik tumpuan para perwakilan pada perhimpunan agung pergerakan Pemuda UMNO termasuk Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO, Bahrul Raza Chuprat.

Walaupun diusik beberapa kali oleh Bahrul Raza, beliau masih sempat berseloroh dan menyatakan rasa bangga terhadap pengiktirafan UMNO yang memberikan peluang kepada mahasiswa untuk bersama-sama di dalam perhimpunan berkenaan.

"Perhimpunan Agung UMNO 2013 telah mencatat sejarah tersendiri dalam arena politik apabila UMNO buat pertama kalinya disertai oleh Mahasiwa Nasional seramai 150 perwakilan mewakili 75 pelajar kelab UMNO luar Negara dan 75 perwakilan daripada IPT.

"Mereka kata UMNO ekslusif… UMNO tidak beri peluang kepada golongan muda, UMNO untuk orang berpengalaman sahaja ianya silap. Pihak di sebelah sana sangat silap menyatakan benda ini kepada UMNO….UMNO telah melakukan transformasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyokong usul terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin, di Dewan Merdeka, di sini, hari ini.

Persidangan Mahasiswa Nasional (Pemanas) sempena Perhimpunan Agung UMNO mencatat sejarah kepada para mahasiswa apabila mereka diberikan peluang untuk berucap pada perhimpunan agung sayap UMNO.

Jika sebelum ini, hanya wakil kelab UMNO Luar negara akan berucap di Perhimpunan Agung UMNO, namun pada kali ini mahasiswa dan mahasiswi akan mempunyai wakil mereka di perhimpunan agung Pemuda dan Puteri.

Dalam ucapannya beliau turut melihat sejarah yang tercatat pada hari ini di perhimpunan agung pergerakan itu merupakan pengiktirafan Pemuda kepada mahasiswa itu sendiri.

"Inilah sumbangan Pemuda kepada mahasiswa dan kerana gerak kerja Pemuda UMNOlah Akta Universiti (AUKU) dipinda, mahasiswa boleh berpolitik," katanya. -MediaUMNO

kelab-umno-luar-negara-mahasiswa-nasional-pemanas-pwtc-perhimpunan-2013

mahasiswa-nasional-kelab-umno-luar-negara-perhimpunan-2013

Wanita UMNO Disaran Wujud Skuad Ta’lim, Tepis Dakwaan UMNO Tidak Perjuang Islam

Posted: 04 Dec 2013 04:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Wanita UMNO disaran mewujudkan ‘Skuad Ta’lim’, khusus bagi menepis dakwaan pihak tertentu terutama pembangkang yang menuduh Umno tidak memperjuangkan Islam.

Ketua Wanita UMNO Kubang Kerian Datuk Zaleha Husin turut menggesa penubuhan skuad itu disegerakan kerana sudah terlalu lama UMNO ditohmah sedemikian rupa.

“UMNO adalah parti yang banyak melahirkan produk Islam. UMNO menghapuskan riba dengan mewujudkan perbankan Islam di negara ini, mempelopori pajak gadai berdasarkan syariat Islam dan menubuhkan pelbagai institusi pengajian tinggi mengutamakan Islam.

“Jika Wanita boleh menubuhkan Skuad Sayang, apa salahnya jika kita tubuhkan skuad Ta’lim. Ramai anak muda lulusan agama termasuk dari universiti ternama Mesir yang boleh kita dekati dan latih untuk bersama dengan UMNO,” katanya ketika menyokong usul pendidikan, agama dan sosial di perhimpunan agung sayap itu di sini hari ini.

perwakilan-persidangan-wanita-umno-perhimpunan-2013-pwtc

Terdahulu Ketua Wanita UMNO Permatang Pauh Rosni Salleh ketika mengemukakan usul itu mencadangkan UMNO menyediakan tabung untuk membiayai pendidikan anak-anak warga UMNO dari peringkat rendah hingga ke institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi masa depan UMNO yang berilmu dan berbudaya intelek.

“Kementerian Pendidikan juga diminta untuk mengkaji semula sukatan pelajaran dari peringkat awal hingga peringkat pengajian tinggi, seiring dengan arus semasa untuk menyediakan modal insan yang berpengetahuan, mampu berfikir  secara kritis, kreatif dan mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya menyumbang kepada pembangunan modal sosial dan ekonomi negara,” katanya.

Rumah Mampu Milik Di Bandar Dan Luar Bandar Antara Intipati Perhimpunan Pemuda

Posted: 04 Dec 2013 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Banyakkan lagi rumah mampu milik di Bandar dan luar bandar merupakan antara perkara yang banyak disentuh semasa perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Ketua Pemuda Negeri Sembilan Mohd Aizil Md Derus berharap skim perumahan dan  pinjaman bersesuaian diperkenalkan di kampung-kampung tradisional seiring dengan Skim Rumah Pertamaku serta Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diperkenalkan di bandar.

Beliau berkata walaupun kebanyakan anak muda akan berhijrah ke bandar bagi mencari rezeki, namun terdapat juga golongan muda yang masih kekal di kampong tradisional dan meneruskan kegiatan ekonomi warisan keluarga.

“Apabila mereka ini berkeluarga, timbul masalah untuk memiliki rumah. Maka amat bersesuaianlah satu projek perumahan serta skim pinjaman bersesuaian dengan kemampuan mereka ini diwujudkan di kawasan kampung tradisional,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda pada perhimpunan itu.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohammad Azam Ismail pula mencadangkan Syarikat Perumahan Negara Berhad fokus membina kemudahan perumahan di luar bandar manakala PR1MA di bandar.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ranau Faez Ainstein Nordin memohon kerajaan mengambil tindakan tegas bagi mengekang kenaikan harga rumah yang semakin melampau.

“Di Sabah purata harga sebuah rumah RM380,000…langsung tak masuk akal, bagaimana rakyat berpendatan rendah, sederhana nak miliki rumah malah kebanyakan mantan Ketua Pemuda Sabah pun tidak ada rumah sendiri,” katanya.

Perwakilan Taruh Harapan Tinggi Usaha Martabatkan Peranan Wanita Dalam Pendidikan, Ekonomi dan Politik

Posted: 04 Dec 2013 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Rata-rata perwakilan pergerakan Wanita UMNO memperlihatkan harapan yang tinggi dalam usaha memartabatkan sumbangan dan peranan kaum wanita dalam aspek pendidikan, ekonomi dan juga politik di dalam negara.

Mantan Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata, perwakilan wanita pada kali ini menaruh harapan yang tinggi terhadap ketiga-tiga perkara yang dibahaskan.

"Saya lihat perwakilan menaruh harapan yang tinggi dalam usaha memartabat taraf wanita pada ketiga-tiga bidang tersebut. Dan saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat, hasrat dan matlamat bagi memperkasakan dan memartabatkan peranan wanita di peringkat lebih tinggi boleh dicapai.

"Manakala dari sudut ekonomi pula, kita lihat wanita juga mesti mengorak langkah agar tidak ketinggalan melalui program-program memperkasakan ekonomi bumiputera yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini," ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Manakala menurut Naib Ketua Wanita Bahagian Tuaran, Khatizah Dahlan, usul, perbahasan dan cadangan yang dikemukakan pada persidangan kali ini amat baik dalam usaha untuk mempertingkatkan sumbangan wanita di dalam negara.

"Jika kita tengok kepada tiga perkara yang dibahaskan itu, di mana perbahasan berhubung peranan wanita dalam pendidikan, ekonomi dan politik memperlihatkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh kaum wanita sebagai tulang belakang dan penggerak kepada parti.

"Seperti mana yang kita tahu, dan pucuk pimpinan perlu melihat ini sebagai sesuatu yang amat penting dan sekaligus memberikan peranan yang lebih kepada kaum wanita kerana hari ini, ramai diantara wanita sudah mempunyai pendidikan yang tinggi, merupakan golongan profesional dan mampu bersaing setaraf dengan kaum lelaki," ujarnya.

Bagi perwakilan daripada UMNO Bahagian Taiping, Zuraidah Mohd Hanafiah, menganggap persidangan kali ini benar-benar membentangkan hasrat dan aspirasi kaum wanita di peringkat akar umbi.

"Berdasarkan perbahasan oleh perwakilan hari ini saya lihat ia amat baik kerana pokok perbincangan serta cadangan yang diberikan dilihat dapat memperkasakan serta meninggikan peranan serta sumbangan wanita di dalam bidang pendidikan, ekonomi dan juga politik.

"Secara keseluruhannya persidangan kali ini merupakan penterjemahan suara golongan wanita di peringkat akar umbi dalam usaha untuk membela nasib kaum wanita, serta menjadikan peranan wanita itu melebihi apa yang ada sekarang dan setanding dengan sumbangan kaum lelaki di negara ini," jelasnya. -MediaUMNO

Pindaan Akta 613 Awasi Pindahan Rentas Sempadan Wang Tunai

Posted: 04 Dec 2013 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Pindaan terhadap Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2003 bertujuan mengawasi pindahan rentas sempadan wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa.

Rang undang-undang itu dibentangkan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini dan akan dibahaskan selepas bacaan kedua pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Pindaan itu juga bertujuan mengesan dan membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di negara ini.

Pindaan Fasal 26 memasukkan bahagian baharu membabitkan penambahan Bahagian IV A (Seksyen 28A hingga 28L) rang undang-undang itu.

Mengikut pindaan rang undang-undang itu, seseorang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dikehendaki mengisytiharkan kepada pihak berkuasa berwibawa jumlah wang tunai dan instrumen boleh niaga pembawa yang dibawa bersama yang melebihi nilai ditetapkan.

Selain itu, seseorang yang memindahkan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya ke dalam atau keluar dari Malaysia melalui perkhidmatan pos, kiriman cepat atau penghantar muatan atau melalui cara lain yang melebihi nilai ditetapkan perlu mengisytiharkan jumlah itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

Bagaimanapun, peruntukan undang-undang itu tidak terpakai bagi pembawa penumpang dan pembawa barang secara komersial.

Pengisytiharan boleh dibuat dalam borang yang ditentukan oleh pihak berkuasa dan mengandungi maklumat lengkap dan tepat berhubung perkara yang diisytiharkan.

Mengikut peruntukan itu, sekiranya didapati seseorang itu disabitkan kesalahan membuat pengisytiharan palsu, tidak tepat atau tidak lengkap, dia boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan tidak melebihi lima atau kedua-duanya sekali.

Mengikut Seksyen 28E, rang undang-undang itu memperuntuk seseorang yang menerima wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya dari luar Malaysia melebihi nilai ditetapkan perlu mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa dan mengemukakan maklumat lain yang dikehendaki.

Sekiranya gagal berbuat demikian, seseorang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Rang undang-undang itu juga membenarkan seorang pegawai yang diberi kuasa menyiasat kesalahan terbabit, boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang dipercayai telah melakukan atau sedang cuba melakukan kesalahan iaitu gagal mengisytiharkan amaun yang dibawa.

Seseorang yang cuba menstruktur atau mengarahkan, membantu atau menyertai penstrukturan mana-mana pengangkutan atau pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa untuk mengelak daripada membuat pengisytiharan boleh dikenakan tindakan.

Mereka boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat amaun wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, pindaan juga dibuat ke atas Seksyen 29 bertujuan meluaskan kuasa penyiasatan kepada kesalahan membiayai keganasan serta kesalahan penstrukturan transaksi untuk mengelak kehendak pelaporan.

Pindaan terhadap Seksyen 44, 45, 50, 51, 53, 55, 56 dan 59 dalam rang undang-undang itu bertujuan meluaskan kuasa untuk membekuan, menyita dan melucuthakkan harta dan kuasa sampingan lain kepada harta dengan munasabah disyaki hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan.

Kerajaan Cadang Bina Dua Stesen Radar Di Selat Melaka – Shahidan

Posted: 04 Dec 2013 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Kerajaan bercadang membina dua buah stesen radar di perairan Selat Melaka bagi meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata stesen radar itu akan dibina di Pulau Jarak di Perak dan Pulau Perak, di Kedah.

“Pada masa ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memiliki sembilan radar di perairan Selat Melaka yang memantau dan menyalurkan maklumat kepada kapal dan bot rondaan APMM mengenai bot-bot yang mencurigakan.

“Bagaimanapun, terdapat kawasan perairan di Selat Melaka yang tidak diliputi oleh sembilan radar itu,” katanya ketika menjawab soalan asal Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengenai keselamatan nelayan luar pantai dan laut dalam pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Abdul Azeez, Shahidan berkata antara kawasan ‘panas’ perairan Malaysia ialah 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan yang sering menjadi tumpuan nelayan Vietnam kerana ia adalah tempat ikan berkumpul.

“Kawasan itu memerlukan kawalan 24 jam kerana masalah lanun turut wujud. Sesetengah nelayan asing menggunakan pendekatan berehat di perairan Negara sendiri pada waktu siang dan memasuki perairan negara pada waktu senja,” jelasnya.

Kepada soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Shahidan berkata denda terhadap 508 bot asing berjumlah RM220 juta sejak 2008.

“Daripada jumlah itu, 70 merupakan bot nelayan Thailand, 223 Vietnam dan 164 Indonesia. Turut ditahan bot nelayan Singapura, Brunei dan Filipina,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT