SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 14, 2013

UMNO Online - “Sudahlah Jahil Mengenai IPP, Rakyat Pula Cuba Dikelirukan” plus 9 more

UMNO Online - “Sudahlah Jahil Mengenai IPP, Rakyat Pula Cuba Dikelirukan” plus 9 more

Link to UMNO Online

Sudahlah Jahil Mengenai IPP, Rakyat Pula Cuba Dikelirukan

Posted: 13 Dec 2013 05:03 AM PST

Kenaikan tariff elektrik baru-baru ini telah menjadikan Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebagai sasaran tembakan pembangkang terhadap kerajaan.  Keputusan tidak popular ini sememangnya sukar untuk dicerna oleh rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang.

Sebagai rakyat yang bijak, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa saja hujah tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Sebaiknya, kita mengkaji dan menganalisa sendiri latarbelakang dan kesan dari keputusan yang dibuat.

Kewujudan IPP sebenarnya banyak membantu negara dari segi menangani krisis bekalan tenaga dengan menggunakan dana swasta.

Di kala Malaysia beralih ke era perindustrian iaitu dalam tahun 1990-an, kewujudan IPP adalah tepat di mana ia mampu mengelakan krisis tenaga yang teruk di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

IPP terbukti merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia destinasi kegemaran pelabur.  Pembekalan tenaga yang efisien amatlah penting bagi industri-industri terutamanya perkilangan.

Mengenalpasti peranan IPP dalam ekonomi negara, kerajaan telah memastikan yang ia mendapat diskaun korporat dari pembekal, iaitu Petronas.

Pembekalan gas oleh Petronas kepada IPP dan TNB dengan harga rendah mampu mengawal tariff agar kekal pada harga yang berpatutan.  Harga 'diskaun' yang diberi Petronas kepada IPP dan TNB melibatkan jumlah sehingga RM12 billion setahun.

Selain mempersoalkan subsidi kepada IPP, pembangkang juga menuduh kononnya IPP diberi pada kroni, iaitu YTL yang mana membuktikan kerajaan tidak telus.

Namun, kita pasti seluruh rakyat sedia maklum bahawa siapa jua yang mendapat projek tersebut akan tetap dilabel sebagai kroni di negara ini.

Perlu diingatkan bahawa IPP dan juga TNB tidak dapat menjual gas tersebut secara langsung kepada pengguna untuk keuntungan syarikat mereka, tetapi mereka membekalkan tenaga sahaja kepada pengguna.  Pengurangan subsidi terhadap pengguna juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada IPP.

Kenaikan tariff elektrik adalah berpunca dari kenaikan semasa dari segi penyelenggaraan, operasi dan bangunan.

Selain subsidi, pembangkang juga mempersoalkan mengenai simpanan tenaga yang tinggi dan menyarankan agar ianya dikurangkan dari 52% kepada 30% bagi menjana keuntungan sehingga RM20 billion.

Saranan ini membuktikan bahawa pembangkang gemar mencari cara mudah untuk membuat keuntungan sekali gus mencerminkan cara mereka mentadbir negeri-negeri jajahan mererka.

Nampaknya, pembangkang tidak faham bahawa margin simpanan tenaga yang tinggi adalah penting bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini.

Di bawah transformasi Industri Bekalan Elektrik Malaysia, TNB kini perlu bersaing dengan IPP lain untuk pembinaan loji tenaga baru.  Proses pembidaan pertama untuk loji tenaga di Prai telah dimenangi oleh TNB.

Ini membuktikan bahawa TNB tidak lagi memonopoli industri ini dan perlu bersaing dengan berusaha membekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan.

Persaingan ini pastinya memberi manfaat kepada pengguna kerana berpeluang menikmati perkhidmatan yang lebih baik.

Mr Beruang Biru

Pendedahan Mengenai Syiah Untuk Sedarkan Masyarakat – KPN

Posted: 13 Dec 2013 04:12 AM PST

SHAH ALAM, 13 Dis -  Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku negara-negara Timur Tengah.

“Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Terdahulu beliau merasmikan program mencegah jenayah ‘United Against Crime Through Eyes In The Sky’ di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Khalid berkata pihak polis tidak akan berkompromi jika berlaku ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan ia akan sentiasa memantau kegiatan Syiah.

Beliau berkata polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membendung fahaman itu.

Pada minggu lepas, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mendakwa pemimpin nombor dua PAS turut terlibat dengan fahaman Syiah sementara semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah. -

KULN Hantar Bantuan Asas Buat Mangsa Banjir Di Sekitar Ajil, Kemaman dan Kuantan

Posted: 13 Dec 2013 03:42 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Kelab UMNO Luar Negara (KULN) hari ini menghantar bantuan kepada mangsa banjir di di kawasan Kemaman dan Kuantan dalam usaha untuk meringankan beban banjir yang berada di pusat penginapan sementara di sekitar kawasan tersebut.

Menurut Seketariat Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Shariff  Hamid, bantuan mangsa banjir yang  berjumlah lebih RM 40 ribu itu adalah hasil sumbangan  KULN, Mahasiswa Nasional termasuk  NGO yang prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir yang sehingga ke hari ini masih belum lagi pulih sepenuhnya.

"Bantuan ini berupa keperluan harian dan makanan yang diusahakan bersama oleh Kelab UMNO Luar Negara, Mahasiswa Nasional dan juga NGO Kelab Eksplorasi Tujuh Benua. Konvoi bantuan ini akan bergerak dari sini pada esok pagi dengan menaiki empat buah van ke Kemaman bagi menyampaikan bantuan ini.

"Antara kawasan yang akan dihantar bantuan kemanusiaan ini ialah mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Ajil, Kemaman dan juga Kuantan.

"Setakat ini, sudah ada dua buah bas yang sudah berada di Pekan, Pahang dan satu bas di Kuantan, yang akan memulakan perjalanan esok hari  ke Kemaman untuk menghantar barangan berbentuk keperluan asas dan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di sana," ujarnya berkata kepada pemberita di aras 4 Menara Dato Onn, Putra World Trade Center di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, bantuan susulan juga akan dihantar kepada mangsa-mangsa banjir di sana bergantung kepada situasi, sekiranya berlaku lagi  gelombang kedua banjir di sekitar kawasan tersebut.

"Beberapa NGO serta kumpulan pelajar-pelajar dari KULN yang turut ke sana bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Pelajar yang kita bawa itu termasuk dari Siswa 4u, pelajar universiti tempatan dan juga pelajar dari universiti luar negara yang kini sedang bercuti," jelasnya.

Agenda Transformasi Jadi Langkah Awal Gerakkan Mesej Berdepan PRU-14

Posted: 13 Dec 2013 01:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis. – Biarpun Perhimpunan Agung UMNO 2013 telah berlalu namun mesej perjuangan yang disampaikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada para perwakilan dalam persidangan terbabit tidak padam sebaliknya ia meresap ke akar umbi termasuklah kepada golongan muda, kata Exco Pergerakan Puteri UMNO, Isfarina Mohd Bali.

Katanya, selepas tamatnya perhimpunan UMNO lalu, para perwakilan yang kembali ke kawasan masing-masing membawa tanggungjawab dan amanah besar iaitu menyampaikan pesanan pemimpin tertinggi parti untuk dihayati dan diaplikasikan.

"Sebagai wakil kepada golongan wanita muda, kita memahami bahawa Puteri UMNO ini adalah langkah pertama mereka untuk mengenali UMNO, menyelami dan menghayati perjuangannya maka kita menggerakkan usaha untuk bersama-sama mereka melalui pendekatan yang mereka sendiri gemari," katanya kepada UMNO-Online.

isfarina-bali-ipoh-barat-exco-puteri-malaysia-perhimpunan-umno-2013

Jelas beliau, hasrat Presiden dan kepimpinan tertinggi parti menjadi matlamat kepada ahli-ahlinya untuk memastikan setiap anggota memainkan peranan kepada UMNO.

"Sebagai jentera muda parti, kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk menarik golongan terbabit bersama-sama UMNO dan tentunya ia adalah menjurus juga kepada apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib sebagai pengkaderan anggota parti.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berlainan, jadi kita sentiasa cuba memahami dan mengikut peredaran semasa termasuklah dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat juga menegaskan bahawa sebagai golongan muda, persediaan berkaitan teknologi maklumat adalah penting kerana ia akan menjadi senjata baru dalam politik.

"Perjuangan kita hari ini bukanlah semata-mata berasaskan kepada hujah yang benar, info yang tepat atau maklumat yang jelas semata-mata tetapi kita juga perlu mengaktifkan jaringan media sosial dengan golongan muda di semua peringkat.

"Persediaan hari ini bukanlah untuk memperkukuh parti semata-mata tetapi kita juga bergerak kepada jentera untuk pilihan raya umum ke-14 akan datang iaitu menyediakan barisan ahli-ahli muda parti yang mempunyai kepakaran dalam media sosial selain info lengkap berkaitan parti."

Ujar beliau, anggota Puteri sedar bahawa pada pilihan raya akan datang lebih 60 peratus pengundi adalah terdiri dari golongan muda yang pastinya akan mengaktifkan media sosial sebagai rangkaian untuk bertukar-tukar maklumat.

"Kita ambil serius mesej dan ingatan dari pemimpin atasan malah kita telah pun menggerakkan usaha dengan sentiasa mempunyai hubungan akrab, mendekati, menyelami dan memahami setiap permasalahan akar umbi.

"Kita yakin dengan keikhlasan dan kesungguhan dalam merialisasikan perjuangan UMNO maka tentunya setiap sentuhan yang kita jalinkan akan mampu mengikat dan membawa golongan terbabit untuk terus bersama-sama UMNO dan kelak menyokong kita dalam pilihan raya." -MediaUMNO

Tapi sebelum itu katanya, anggota UMNO sendiri perlu sentiasa bersedia dengan menghayati sebenar-benarnya transformasi yang diterjemahkan sebagai hasrat untuk menjadikan parti ini lebih kukuh dan mempunyai lapisan pemimpin dengan anggotanya yang benar-benar bertanggungjawab.

Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, Najib telah menggariskan tiga mesej utama untuk dikongsi bersama ahli-ahli parti iaitu untuk meningkatkan syiar dan syariat Islam, memastikan perjuangan agenda ekonomi Bumiputera terus berjalan dan mahukan agenda transformasi dalam UMNO terus terlaksana. – MediaUMNO

22,278 Petani, Penternak, Nelayan Terima Kesan Akibat Banjir – Ismail Sabri

Posted: 13 Dec 2013 01:07 AM PST

PUTRAJAYA, 13 Dis -  Seramai 22,278 petani, penternak dan nelayan dipercayai menerima kesan akibat banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, sejak awal Disember lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu berdasarkan anggaran awal kementerian terhadap mereka yang mengalami kemusnahan ladang tanaman, ternakan atau keadaan laut bergelora yang tidak mengizinkan nelayan mencari rezeki.

“Bagaimanapun, kita sedang membuat penilaian daripada segi jumlah kerosakan. Sekarang ini, maklum balas daripada pegawai-pegawai di daerah sedang dikumpul supaya dapat gambaran jelas dan penilaian dibuat terhadap kerugian individu dan keseluruhannya.

“Selepas itu, baru kita akan umumkan daripada segi langkah yang akan diambil sama ada untuk beri bantuan kewangan atau langkah-langkah lain yang difikirkan paling sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelepasan kenderaan agensi-agensi di bawah kementerian untuk membantu mangsa banjir di sini, Jumaat.

Agensi terlibat termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), AgroBank, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Tekun Nasional.

Menurutnya selain bantuan makanan dan minuman serta barangan keperluan diri, agensi terlibat turut akan menghantar sukarelawan Kor Tani masing-masing untuk membantu kerja-kerja pembersihan.

Malah katanya, peminjam Tekun yang terlibat banjir turut menerima penangguhan bayaran pinjaman dan pemberian bantuan pinjaman tambahan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000, manakala AgroBank turut menawarkan penangguhan bayaran pinjaman kepada peminjam yang terlibat dengan bencana itu.

Malaysia Sudah Laksana 88% Langkah Ke Arah Integrasi Asean – Najib

Posted: 13 Dec 2013 01:06 AM PST

TOKYO, 13 Dis -  Malaysia sudah melaksanakan 88 peratus daripada langkah yang diperlukan dalam mengintegrasi rantau Asean menjadi Komuniti Ekonomi Asean (AEC) 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pada keseluruhannya, semua 10 negara anggota Asean telah melaksanakan 80 peratus daripada langkah terbabit. “Kita mencatatkan perkembangan memberangsangkan ke arah AEC,” katanya dalam ucaptama ketika perasmian Persidangan ke-32 Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) di Imperial Hotel di sini pada Jumaat.

Najib tiba di sini pagi semalam bagi melakukan lawatan kerja bersempena Sidang Kemuncak Peringatan 40 Tahun Asean-Jepun esok.

AEC antara lain menyasarkan untuk menjadi pangkalan pengeluaran dan pasaran tunggal, serta sebuah rantau ekonomi yang tinggi daya saingnya dengan pembangunan ekonomi sama rata serta berintegrasi sepenuhnya dengan ekonomi global.

Dengan lain perkataan, AEC akan merubah Asean dengan kira-kira 600 juta penduduknya kepada sebuah rantau yang bebas dari segi pergerakan produk, perkhidmatan, pelaburan serta tenaga kerja mahirnya selain meningkatkan kebebasan aliran modal.

Najib berkata ada yang meragui keupayaan Asean merealisasikan AEC menjelang 2015 namun katanya menambah kritikan itu selalunya didasarkan kepada pemahaman tidak lengkap mengenai konsep AEC.

“Kita tidak pernah membayangkan Asean untuk mengikuti jejak langkah EU (Kesatuan Eropah). Integrasi Asean adalah inklusif dan akan mengambil kira tahap pembangunan ekonomi yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata perkumpulan itu menyasarkan untuk mengubah rantau tersebut menjadi pangkalan pengeluaran berintegrasi dan pasaran tunggal.

“Dengan integrasi yang lebih mendalam menerusi kawasan perdagangan bebas Asean, kami percaya AEC akan menjadikan Asean lebih kompetitif dalam mewujudkan suasana perniagaan yang lebih kondusif,” katanya.

Ditubuhkan pada 1967, Asean kini dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Panggilan ‘Anjing Kurap’, ‘Nenek Rasis’ Cerminan Sebenar Peribadi Pemimpin DAP

Posted: 13 Dec 2013 12:11 AM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah melihat penggunaan gelaran seperti 'Anjing Kurap' 'Nenek Rasis' dan sebagainya adalah cerminan sebenar keperibadian pemimpin DAP.

Menurut beliau itulah gambaran amalan politik biadap DAP tindakan mereka melabelkan individu tertentu dengan panggilan yang tidak manis seumpama itu bukanlah kali pertama.

jeff-ooi-lim-guan-eng-dap-rasis-parti-kucing-kurap-tokong-penang

"Itulah gambaran yang sesuai diberikan pada DAP. Ini bukan kali pertama pemimpin mereka mengeluarkan kata-kata kesat serta melebelkan individu tertentu terutama yang tidak sehaluan dengan mereka dengan pelbagai gelaran.

"Kerana itu juga, mohon maaf sebenarnya tidak membawa apa apa makna pun kerana saya yakin selepas ini ada lagi ucapan sama akan dikeluarkan oleh mereka kepada pada pihak yang menentang mereka terutama pemimpin dan penyokong BN.

"Saya harap rakyat menilai sikap dan perangai pemimpin DAP. Justeru saya tidak nampak bagaimana permohonan maaf oleh pimpinan DAP boleh menyelesaikan masalah jika perangai dan sikap mereka tidak berubah," katanya kepada UMNO-Online di sini.

lim_kit_siang_racist_dap_we_chinese_people

Beberapa hari lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Abdul Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) berikutan gelaran 'nenek rasis yang digunakannya sebelum itu.

Sebelum ini juga, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akhirnya meminta maaf di atas gelaran ‘kucing kurap’ yang dilemparkan terhadap kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bulan lalu.

Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong seterusnya menambah DAP sebenarnya sangat angkuh selain pimpinan mereka yang selalu beranggapan hanya mereka yang betul dan sering menganggap orang lain salah.

"Sebab itu seringkali mereka letakkan diri mereka seolah oleh hebat walhal mereka sebenarnya tidak mempunyai kecekapan untuk mentadbir. Sebab itu seringkali mereka letakkan diri mereka seolah oleh hebat sedangkan sebaliknya. Sikap seumpama ini dan mewujudkan suasana pentadbiran yang tidak baik ini merugikan rakyat," ujarnya. -MediaUMNO

Misi Bantu Mangsa Banjir Pemuda… Dari Bantuan Hingga Ke Baik Pulih Dan Pembersihan

Posted: 12 Dec 2013 11:22 PM PST

KUALA LUMPUR 13 Dis – Pemuda UMNO Pahang terus melaksanakan tugas sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir biar pun bebeberapa kawasan di negeri itu semakin pulih.

Ketua Pemudanya Shahruddin Ahmad berkata sukarelawan tersebut yang turut dibantu oleh sukarelawan daripada pelbagai pihak termasuk daripada luar negeri Pahang diagihkan kepada beberapa skop tertentu bagi melicinkan lagi usaha tersebut.

Menurut beliau secara puratanya lebih 200 sukarelawan Pemuda UMNO negeri berkampung di bahagian masing-masing dan manakala bagi yang tidak terlibat dengan banjir, mereka akan membantu kawasan yang lain.

"Selain daripada sukarelawan Pemuda UMNO Pahang, kita juga bekerjasama dengan sukarelawan lain daripada luar yang sudi menghulurkan bantuan dalam misi membantu mangsa banjir ini.

"Selain proses membersihkan rumah yang ditenggelami banjir, sukarelawan ini juga akan membantu proses agihan bekalan keperluan kepada mangsa banjir yang kita terima daripada seluruh negara.

ops-banjir-pemuda-umno-bn-khairy-najib-shah-pahang-terengganu-kelantan-johor-2013

"Syukur Alhamdulillah….bantuan yang kita terima daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam negeri dan luar negeri dapat kita agihkan dengan sebaik mungkin. Kita juga tidak ketinggalan membantu segala apa yang perlu oleh agensi kerajaan.

"Malah sukarelawan kita juga membantu proses memasak dan sebagainya di pusat-pusat pemindahan dan sukarelawan ini juga diletakkan dalam keaadaan berwaspada dan bersiap sedia untuk membantu proses pemindahan sekiranya berlaku gelombang banjir sekali lagi," katanya.

Malah kata beliau lagi Pemuda UMNO Pahang turut menyediakan bantuan perubatan kepada mangsa banjir dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kesihatan mangsa banjir.

"Dan insyaallah…kita ada pelbagai perancangan lain dalam tempoh terdekat termasuk membantu dari aspek eletrikal dan sebagainya. Apa pun kita berharap masyarakat peka terhadap segala arahan dan maklumat terkini daripada pihak berwajib dalam usaha memastikan keselamatan mereka terjamin," katanya.

Mengikut laporan terkini  jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,577 orang berbanding 5,754 yang direkod manakala kesemua pusat pemindahan di dua daerah terjejas banjir telahpun ditutup.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang, terdapat 1,387 keluarga di 76 pusat pemindahan dari 69 penempatan di enam daerah yang terjejas akibat banjir.

“Daerah Lipis, yang menempatkan 16 mangsa di satu pusat pemindahan, ditutup pada 12 tengah hari manakala tiga pusat terakhir di Jerantut, yang menempatkan 57 mangsa pula ditutup pada 2 petang tadi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan, Kuantan (924 orang di enam pusat), Maran (670 orang di 13 pusat), Temerloh (404 orang 11 pusat), Bera (305 orang tujuh pusat) dan Rompin (33 orang dua pusat).

MIDF Offers RM100,000 Emergency Loan For Disaster-Hit SMEs

Posted: 12 Dec 2013 09:04 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 13 – Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) is offering special loans of up to RM100,000 under the SME Emergency Fund (SMEEF) to small and medium enterprises (SMEs) in the manufacturing and services sector affected by the recent floods in the country.

The SMEEF, ranging from RM50,000 to RM100,000, would assist SMEs whose businesses have been adversely affected by floods and other natural disasters, MIDF said in a statement today.

Group Managing Director Datuk Mohd Najib Abdullah said SMEs can apply for the loan if their businesses are affected not only by flood but also by other natural disasters such as storms, droughts, beach erosion or landslides, while SMEs operating in a disaster area as declared by the National Security Council need to provide evidence of the natural disaster via a district office letter or police report copy.

“Affected SMEs can use the assistance to purchase new machinery/equipment, raw materials or stocks, as well as to refurbish their premises," he was quoted as saying in the statement.

Najib said the loan, with a five-year repayment period and three per cent annual interest, is eligible for SMEs that are at least 60 per cent  Malaysian-owned.

Najib Assures Investors Of Investment – Friendly Policies, Urges Japanese Investors To Explore Opportunities

Posted: 12 Dec 2013 07:42 PM PST

TOKYO, Dec 13 –  Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said today Malaysia will continue to implement investment-friendly policies and provide a conducive investment climate.

In this regard, he urged Japanese investors to explore investment opportunities in diverse sectors in Malaysia.

He outlined possible investment areas in the growing halal industry, the Greater Kuala Lumpur development and the economic corridors of the northern region and in Sabah.

Najib was delivering his keynote address at the official opening of the 32nd Conference of the Malaysia-Japan Economic Association (Majeca) and the Japan-Malaysia Economic Association (Jameca) joint conference at the Imperial Hotel here.

The prime minister said: “I invite you to be a partner in our transformation programmes as we look to join ranks with the developed nations by the end of this decade.”

Najib arrived here yesterday morning on a four-day working visit. Topping his tight schedule here is the 40th Asean-Japan Commemorative Summit.

The prime minister said Japan has been Malaysia’s largest foreign direct investor since the 1980′s.

Last year, approved investments in the manufacturing sector alone totalled US$1 billion, said Najib, who is also the Finance Minister.

He said Japanese companies have made a strong contribution to Malaysia’s infrastructure development especially in the automotive sector, renewable energy, green and biotechnology industries.

“These are exciting times for our nations as we work to transform our economies. In Malaysia, our transformation is underpinned by the New Economic Model.

“In Japan, Abenomics is providing the necessary impetus for change,” he added.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT