SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Tuesday, December 10, 2013

UMNO Online - “PM Congratulates Athlete For Winning Country’s 1,000th Gold Medal Of SEA Games” plus 9 more

UMNO Online - “PM Congratulates Athlete For Winning Country’s 1,000th Gold Medal Of SEA Games” plus 9 more

Link to UMNO Online

PM Congratulates Athlete For Winning Country’s 1,000th Gold Medal Of SEA Games

Posted: 09 Dec 2013 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 9 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today conveyed his congratulations to national wushu exponent Phoon Eyin for having created history by winning Malaysia’s 1,000th gold medal of the SEA Games since its inception in 1959.

In his latest Facebook post, Najib said he hoped that the national contingent would continue to excel and bring honour to the country in the regional and global sports arena.

“To follow the latest developments of our national athletes there, please follow the official Twitter account of the Malaysian contingent in Myanmar, @AtletMalaysia,” he said.

Phoon, who is from Negeri Sembilan, collected 9.67 points to garner the gold medal in the women’s Qiangshu event at the ongoing biennial games in Myanmar.

Najib To Outline New Initiatives Under Malaysia’s Look East Policy

Posted: 09 Dec 2013 05:26 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 9 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is expected to announce new initiatives under Malaysia’s Look East Policy in Tokyo, Japan on December 13.

Najib, who announced the framework for a renewed policy thrust in October 2012, is likely to outline Malaysia’s expectations and policy overdrives at the 32nd Joint Conference of Malaysia-Japan Economic Association (MAJECA) and Japan-Malaysia Economic Association (JAMECA).

“The Prime Minister will be in Japan for the 40th Asean-Japan Commemorative Summit,” MAJECA Secretary-General Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther said in a statement today.

He said MAJECA and JAMECA, which will explore cooperation in new areas, had taken into consideration the changing circumstances in Japan and Asean.

The changing circumstances, due to supply chain descriptions and a push for regional integration, required new approaches and action plans, he said.

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed will elaborate on Malaysia’s economic transformation agenda and the investment opportunities available at the conference .

Mohamed Iqbal said Mustapa was also expected to outline the measures announced in the 2014 Budget on the incentives and allocations given for enhancing the role and participation of small and medium enterprises (SMEs) in the supply chain.

Meanwhile, he said MAJECA would be putting forward a framework for new industrial initiatives and collaboration with Japanese industries.

“The Japanese have expressed a strong interest on halal food production for global export.

“Their multi-national companies will also be looking at the incentives available for locating their regional headquarters here,” he said.

MAJECA President Tan Sri Azman Hashim will be leading a high-level Malaysian delegation comprising 50 members to meet with 200 JAMECA members led by the President Mikio Sasaki.

Hishammuddin Leaves Hospital After Angioplasty

Posted: 09 Dec 2013 05:24 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 9 – Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein has been allowed to leave a private hospital here today after undergoing an angioplasty procedure for coronary artery blockage, said his press secretary Fadzli Mohamad Kamal.

Fazli, when contacted by Bernama, said Hishammuddin left the hospital at 12.15 pm.

The minister was admitted to the hospital on Dec 2 for the procedure.

SME Act To Be Introduced To Bring Out Best Practices, Says PM

Posted: 09 Dec 2013 05:22 AM PST

PUTRAJAYA, Dec 9 – The Small Medium Enterprises (SME) Act will be introduced to bring out the best practices in the industry and provide clearer guidelines on the sector’s development and future.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the SME Act will encompass six key areas, namely, General Guidelines, Institutional Framework, Market Access, Special Incentives, SME Funding and Responsibilities of Those Parties Involved in the Act.

“This Act will also clearly determine the role of every ministry and agency as well as help streamline against overlapping functions,” he told a press conference here after chairing a meeting of the SME Development Council meeting at the Implementation Coordination Unit (ICU), Perdana Putra, here today.

Najib said the establishment of the Act will take about two years after the consultation process with various stakeholders and expressed belief that it was a much awaited initiative by all concerned.

“Developed nations in the European Union, the United States and a few other countries have all adopted the Act,” he added

Skuad Sayang Wanita UMNO Bantu Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Posted: 09 Dec 2013 05:19 AM PST

TEMERLOH, 9 Dis – Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno akan membantu membersih rumah mangsa banjir, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata Skuad Sayang yang ditubuhkan lima tahun lepas mempunyai kira-kira 3,000 anggota di setiap daerah dan kawasan dilanda banjir bagi membantu kerja kebajikan itu.

“Saya telah pun mengarahkan anggota skuad terbabit turun padang apabila banjir surut bagi membantu mangsa banjir membersih kediaman,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di ibu pejabat Polis daerah Temerloh, di sini hari ini.

Turut hadir Exco kerajaan negeri Pahang yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Lanchang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin, Pegawai Daerah Temerloh Datuk Tarif Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Aziz Salleh.

Menurutnya, Skuad Sayang akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam setiap kerja-kerja kebajikan.

Kepada pihak yang memerlukan khidmat bantuan, Shahrizat yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara meminta mereka menghubungi skuad itu.

Beliau turut memuji jawatankuasa bencana banjir daerah Temerloh dalam menangani dan membantu mangsa banjir di daerah itu.

Shahrizat turut menyampaikan bantuan pakaian dan barangan keperluan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu Kapur, Mentakab.

shahrizat-wanita-umno-bn-banjir-mentakab-bantuan-lawat-mangsa

shahrizat-wanita-umno-bn-banjir-temerloh-bantuan-lawat-mangsa-polis-tentera-awam

Najib Ikrar Untuk Terus Menyebarkan Kebaikan Kesederhanaan

Posted: 09 Dec 2013 05:17 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus menyebarkan kebaikan kesederhanaan, dengan harapan untuk menyatukan semua di bawah satu tujuan.

“Tujuannya ialah untuk mencapai keamanan bukan sahaja semasa zaman kita, tetapi untuk sepanjang masa,” katanya dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Najib, yang menerima Anugerah Keamanan Global 2013, di atas usahanya menggalakkan keamanan sejagat, daripada Yayasan Keamanan Global (GPF) pada Sabtu lepas, berkata ia merupakan satu penghormatan untuk menerima anugerah itu.

“Walaupun laluan kepada keamanan sebenar masih jauh dan berliku, saya yakin kami telah mencapai kejayaan dalam usaha menggalakkan persefahaman dan muhibah dalam kalangan rakyat.

“Saya percaya bahawa keamanan hanya boleh dicapai sekiranya kita bersedia untuk mengadakan dialog sebagai ganti kepada konflik,” katanya.

Majlis GPF, yang memilih penerima pada tahun ini dalam beberapa kategori, berkata Perdana Menteri Malaysia dipilih atas usahanya membina hubungan antara kebudayaan, merintis Pergerakan Kesederhanaan Global dan peranannya dalam menyelesaikan konflik Bangsamoro antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro.

Dua Menteri Wakili Malaysia Ke Upacara Pengebumian Mandela

Posted: 09 Dec 2013 05:15 AM PST

PUTRAJAYA, 9 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili akan mewakili kerajaan Malaysia ke upacara pengebumian bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.

Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini menyatakan upacara pengebumian bekas presiden itu akan diadakan dengan penuh istiadat pada 15 Dis ini di Qunu, Cape Timur, Afrika Selatan.

Mandela meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg Khamis lepas pada usia 95 tahun.

Kajian Penambahbaikan Sektor Keselamatan Dibentangkan Tahun Depan

Posted: 09 Dec 2013 12:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kerajaan akan membentangkan di Dewan Rakyat tahun depan kajian penambahbaikan sektor keselamatan termasuk menarik warga tempatan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kajian itu meliputi faktor insurans, unsur kebajikan dan kemudahan yang dapat diberikan kepada pengawal keselamatan warga tempatan yang disifatkan perlu dan bersesuaian dengan perubahan serta peredaran zaman.

“Perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan di Dewan Rakyat. Kita sedang kaji selidik kesemua faktor ini dalam sudut kebolehan kementerian melaksanakannya.

“Kajian juga dibuat dari sudut perundangan yang mana turut diadakan perbincangan dengan unit keselamatan dalam kementerian untuk melihat undang-undang yang telah digubal pada 1971, kini tidak terkini (tidak relevan) untuk zaman ini. Zaman sudah berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata sehingga kini, seramai 233,023 warga tempatan dan 6,746 warga Nepal bekerja sebagai pengawal keselamatan di pelbagai syarikat keselamatan di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata isu syarikat keselamatan mengambil pekerja asing tanpa izin sebagai pengawal keselamatan sedang dalam perhatian serius kementerian.

“Ada syarikat-syarikat keselamatan yang hanya kerana hendak untung besar, sanggup mengambil dan menggaji pendatang tanpa izin hingga elak membayar insurans, Perkeso, kebajikan dan tidak membayar gaji minimum RM900 seperti ditetapkan,” katanya.

Gaji Permulaan Tinggi Untuk Penjawat Awam Berkelulusan PHD Dan Sarjana

Posted: 09 Dec 2013 12:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

“Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,” katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

“Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

“Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki,” katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 Cegah Peniaga Seleweng GST

Posted: 09 Dec 2013 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April 2015.

Berdasarkan pemantauan ke atas negara-negara yang sudah pun melaksanakan sistem pencukaian itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga barangan (secara keseluruhan) akan naik sekitar 1.8 hingga dua peratus pada tahun pertama pelaksanaan.

“Kebiasaannya harga barangan ini akan naik kerana mereka (peniaga) tidak memansuhkan cukai 10 peratus daripada sistem asal, tapi terus memasukkan enam peratus daripada sistem GST kepada harga barangan tersebut.

“Jadi kita akan menggunakan akta yang sedia ada bagi memastikan tiada penyelewengan harga berlaku di negara ini apabila GST dilaksanakan kelak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Semasa membentang Bajet 2014 pada Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula April 2015.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Datuk S Nallakarupan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan bagi memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST, Ahmad berkata selain kempen berterusan, kerajaan akan mengeluarkan Garis Panduan Pengguna, tiga bulan sebelum pelaksanaan sistem itu.

Beliau berkata senarai itu akan dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna serta memastikan mereka tidak ditindas sewenang-wenangnya oleh golongan peniaga kelak.

“Kempen-kempen ini akan kita teruskan supaya kita dapat menjelaskan kepada rakyat bahawa GST ialah satu cukai yang lebih telus, adil, kepada pengguna dan juga mendapatkan hasil kepada Negara.

“Cukai (menjadi) lebih baik dan ia juga mendatangkan beberapa faedah, termasuk mengurangkan kos perniagaan…bila kurang kos itu, maka harga barangan dapat diturunkan,” katanya.

Selain itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa pelaksanaan GST dapat membantu mengurangkan kesan dari ‘black economy’ iaitu kerugian yang Negara tanggung akibat tindakan beberapa pihak melarikan diri daripada membayar cukai.

Menurutnya pelaksanaan GST juga dapat mengurangkan ketirisan yang sedang berlaku dalam negara secara sistematik.

“Di negara kita, termasuk negara-negara yang sedang membangun, berlaku situasi yang disebut ‘black economy atau shadow economy,’ di mana berlaku ketirisan yang melibatkan puluhan bilion ringgit kerana tidak patuh cukai.

“Tetapi apabila laksanakan GST, amat sukar untuk lari, terutama kepada peniaga. Ia akan mengurangkan karenah birokrasi, menjamin ketelusan dan menjadikan harga barangan lebih berpatutan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT