SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Sunday, December 22, 2013

UMNO Online - “Measures Taken By Government For Country’s Future – Mustapa” plus 7 more

UMNO Online - “Measures Taken By Government For Country’s Future – Mustapa” plus 7 more

Link to UMNO Online

Measures Taken By Government For Country’s Future – Mustapa

Posted: 21 Dec 2013 09:46 AM PST

KOTA BAHARU, Dec 21 – Measures taken by the government, including subsidy rationalisation, are to avoid burdening the country’s future generation with economic problems, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed said today.

The people, he said, should understand the reason such measures had to be taken, which was to avoid the country from facing bigger problems in future.

“It is not true that the government is burdening the people. We (government) have to make decisions which are not popular. If we want to live comfortably, we have to do in stages. The government will find ways to help the people,” he told reporters after opening a programme for entrepreneurs in Kelantan here today.

He said the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak would not just watch the people living in hardship and would come up with formulae to make life better for them.

Earlier, when met by reporters after presenting house key to Wan Mohd Hamdan Wan Zain in Kampung Batang Merbau, Tanah Merah, Mustapa said programmes would be carried out to explain to the people on current issues, like the electricity subsidy gradualisation and toll issue.

Wan Mohd Hamdan lost his old house in a fire last Oct 12, following which a new house was built for him by the State Fire and Rescue Department under the National Blue Ocean Strategy.

Liow Pledges To Give MCA New Image

Posted: 21 Dec 2013 09:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 21 – Newly-elected MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai has pledged to become a leader who will take the party’s image to a new phase.

“We must ensure that leaders and members work as a strong unit, without revenge and jealousy, to carry out the party’s transformation programmes.

“As a strong party, the MCA will surely return to its era of glory and get the support and trust of the people, especially the Chinese,” he told reporters after he was announced winner of the party’s top post here today.

Liow, who garnered 1,186 votes to defeat former MCA vice-president Gan Ping Sieu (1,000 votes) and former president, Datuk Seri Ong Tee Keat (160 votes) in a three-cornered fight for the post, was thankful to party delegates who chose him.
On cancelling the party’s resolution not to accept any post in the Cabinet, he said the matter would be discussed during the Central Committee’s first meeting.

“However, the party’s constituion will be drafted before allowing the decision to be implemented,” he said.
Meanwhile, new MCA deputy president Datuk Dr Wee Ka Siong plans to attract more youths to join the party to realise one of the transformations which is to rejuvenate the party.

He also expressed appreciation to his rival in the competition, former vice-president Datuk Donald Lim Siang Chai, for working hard in the old committee before the party elections.

“Thankfully, there were no arguments or slander between each other during the campaign period. I respect Lim as a veteran in the party and will seek his guidance,” he said.

Two of the four vice-presidents, Datuk Chua Tee Yong and Datin Paduka Chew Mei Fun, have pledged to work together to revitalise the party and remove whatever difficulties to face the next general election with confidence.

Defeated presidential candidate Gan accepted the loss with an open heart and emphasised that all members needed to give full commitment to regain the party’s glory.

Kadar Baharu Tol Diteliti Supaya Tidak Beri Untung Tidak Munasabah Kepada Syarikat Konsesi

Posted: 21 Dec 2013 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.

“Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.

“…dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka. Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.

“Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda adalah peniaga…bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar.

“(Duit) dari mana? daripada tol…kalau tak ada tol, kena naikkan cukai…itu pun tak kena juga….tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja),” katanya.

Dakwaan Pembangkang Mengenai GST Tidak Berasas, Kata Husni

Posted: 20 Dec 2013 11:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Dakwaan pembangkang mengenai perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat tidak berasas dan hanya sekadar bersifat menentang setiap rancangan kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata dakwaan tersebut akan menjadi tidak relevan apabila cukai tersebut dilaksanakan pada April 2015.

“Saya melihat peranan pembangkang ini hanya menentang pembangunan dan rancangan oleh kerajaan yang mana akhirnya pembangunan ini mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

“Mereka (pembangkang) menentang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lebuhraya Utara-Selatan, Putrajaya, KLCC dan sebagainya. Tapi sekarang, adakah mereka masih menetang projek-projek ini?

“Jadi apa yang penting pada saya, jika dia (pembangkang) mahu bising, bisinglah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran sebuah buku oleh Pakatan pembangkang yang bertajuk “Faham GST, tolak GST” yang dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat mengenai perlaksanaan sistem percukaian tersebut.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Husni menyatakan rasa bimbangnya mengenai pemilikan ekuiti Bumiputera yang masih rendah, iaitu hanya pada tahap 23.5 peratus pada 2012.

Sehubungan itu, beliau menyeru para peserta seminar itu mengambil peluang membincangkan beberapa langkah berkaitan bangsa dan kaum Bumiputera dalam proses peralihan ekonomi negara.

“Jika kita ingin pemilikan kekayaan Bumiputera mencecah 30 peratus, adalah perlu kadar peningkatan kekayaan Bumiputera berkembang lebih laju dari kadar pertumbuhan pendapatan kasar negara.

“Natijahnya, jika bangsa kita terlalu bergantung kepada sektor kegiatan ekonomi bernilai rendah, di mana penciptaan kekayaannya kecil, maka peningkatan kekayaan bangsa Melayu tidak mungkin tercapai,” katanya.

Ahmad Husni turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum bagi Pusat Antarabangsa Untuk Penyelidikan Wakaf, bagi membangunkan industri wakaf negara.

“Wakaf di negara kita memang tidak diekploitasi secara keseluruhannya dansaya memang bersetuju kita wujudkan satu pusat penyelidikan dan antara lain, kita perlu ada pangkalan data mengenai lokasi tanah-tanah wakaf di Malaysia sekarang untuk perancangan pembangunannya.

“Kita juga mestilah memikirkan bagaimana untuk mengadakan kolaborasi di antara negeri dan kerajaan pusat, disebabkan tanah-tanah wakaf ini diletakkan di bawah kelolaan kerajaan negeri,” katanya.

Voting Begins In MCA Elections

Posted: 20 Dec 2013 11:16 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 21 – The election for MCA’s top leadership began this afternoon with the delegates casting their votes.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong took the chair at 11.30 am to announce that the polls would start and briefed the delegates on the procedures.
One hour later, the delegates begin to cast their votes to elect the president, deputy president, four vice-presidents and 25 Central Committee (CC) members.

Yik said a total of 2,352 or 98.66 per cent of the 2,385 delegates eligible to vote had registered, making it the highest ever turnout in the party’s history.

Voting at the San Choon Hall was carried out under tight security whereby delegates were required to show their membership cards to collect the ballot paper.

The results are expected to be known earliest at 6 pm.

A total of 72 candidates are vying for 31 various key party positions. The last polls were held in October, 2010.

Incumbent president Datuk Seri Chua Soi Lek has decided not to defend his post.

The election sees a three-cornered tussle for the presidency with former president Datuk Seri Ong Tee Keat facing deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai and vice-president Gan Ping Sieu.

For the post of deputy president, the party’s former youth leader Datuk Dr Wee Ka Siong will be in a straight fight with vice-president, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Nine candidates are vying for the four vice-president seats while 58 are going for the 25 CC seats.

Najib Garis Empat Langkah Untuk Kembalikan Kekuatan MCA

Posted: 20 Dec 2013 11:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggariskan empat langkah yang perlu diambil MCA untuk mengembalikan kekuatan parti kedua paling kanan dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Berhadapan dengan para perwakilan MCA ketika merasmikan perhimpunan agung parti berkenaan di Wisma MCA di sini hari ini, Najib menyentuh pendekatan ‘reunite’, ‘restrategies’, ‘reinvigorate’ dan ‘reestablish’ dalam ucapannya dalam usaha mengembalikan kekuatan parti itu.

Beliau berkata anggota MCA yang bakal memilih barisan kepimpinan utama mereka sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA hari ini, perlu ‘reunite’ (bersatu semula) bagi mengelakkan perbalahan dan perpecahan.

“Setiap kali ada pertandingan, asyik berpecah, jadi MCA sebagai sebuah parti akan jadi lebih kecil pengaruhnya sebab sudah berpecah dan terus berpecah.

“Oleh itu, anggaplah ini sebagai mungkin seruan terakhir bagi MCA. Mungkin ini isyarat seruan terakhir daripada masyarakat Cina, bukan lagi satu panggilan untuk menyedarkan, ini adalah seruan terakhir bagi MCA oleh masyarakat Cina.

“Kita rapatkan barisan, yang menang dengan kemenangan besar, kalah dalam kekalahan yang santun dan menerimanya sebagai pertandingan dalam keluarga tanpa perasaan dendam,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Najib berkata MCA mula menggunakan langkah kedua iaitu ‘restrategise’ (menyusun semula strategi) dengan melihat kembali kelemahan dan kekuatannya selepas prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita mesti terus yakin bahawa formula kongsi kuasa BN inilah formula terbaik di negara ini. Kerjasama antara kaum, Bumiputera, Cina dan lain-lain itulah yang mesti dijadikan pegangan kita.

“Kerana kalau tidak bersama-sama, saya khuatir masa depan negara. Satu-satunya cara adalah untuk kita kembali kepada prinsip dan semangat nenek moyang kita yang masih relevan hari ini dan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau bekata BN tidak menghalang parti komponennya membuat sebarang tuntutan, tetapi ia perlu dibuat dalam konteks semangat dan prinsip perlembagaan negara.

“Apa yang kita rasakan perlu untuk komuniti, kita tak halang asalkan tak keterlaluan atau sakiti hati satu sama lain. BN pilih jalan bincang secara tertutup, tetapi apabila secara tertutup itu tidak bermakna MCA tidak memperjuangkan hak kaum Cina di negara ini.

“Saya hargai sumbangan pemimpin-pemimpin MCA dalam bentuk dasar-dasar (atau) keputusan dalam negara (dan) saya nafikan apabila pembangkang mendakwa MCA tidak buat kerja atau beri sumbangan,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata MCA perlu memulihkan semangat dan mencergaskan semula jentera parti itu sebagai langkah ketiga iaitu ‘reinvigorate’.

“Anda sudahpun ada anggota dan pasukan, tapi ia bagaikan ada jasad namun semangatnya lemah. Kita perlukan viagra politik, kita minta Menteri Kesihatan buat (ubat) ini,” katanya sambil berseloroh.

Langkah terakhir iaitu ‘reestablish’ pula bermakna anggota MCA perlu bekerja keras bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu, katanya.
“Anda perlu bekerja bertungkus-lumus dan Insya-Allah, MCA akan kembali menjadi pilihan kaum Cina dan tiada apa lagi yang lebih menggembirakan saya

selaku pengerusi BN. Maka rayuan terakhir saya kepada anda, tolong laksanakan, sebagai rakan yang kuat bagi BN.
“Tinggalkanlah kepentingan diri anda, kepentingan diri tidak penting sebaliknya parti dan negara adalah segala-galanya,” katanya.

Najib turut menyifatkan maju, mundur, bangun dan jatuh MCA bergantung kepada hasil perhimpunan agung kali ini.

“UMNO dan rakan-rakan kita yang lain anggap bahawa kekuatan MCA itu sangat penting dan kekuatan MCA boleh bantu kepada kekuatan BN pada keseluruhannya. Kekuatan MCA sebanding dengan kekuatan BN, justeru, kelemahan MCA juga, membawa kepada kesan yang negatif kepada BN,” katanya.

Hartanah Seperti Wanita : Tengku Adnan Mohon Maaf, Tidak Bermaksud Menyinggung Wanita

Posted: 20 Dec 2013 11:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.

“Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga…kalau mahu cantik pakai ‘makeup’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini, hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.

“Saya tidak pernah tidak hormat perempuan…saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam UMNO, separuh daripadanya adalah golongan wanita…sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud,” katanya.

Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa ‘hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun’ ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Mengulas tentang amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan itu, Tengku Adnan berharap ia (amanat) akan menyuntik semangatkepada semua anggota MCA terutama barisan kepimpinan tertinggi baharu parti itu yang akan dipilih hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata dalam usaha mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di negara ini untuk memilih MCA, semua parti komponen BN akan berganding bahu dalam merealisasikan harapan itu.

“Kita BN sebagai satu parti yang berbilang bangsa akan teruskan apa juga kerjasama yang telah kita amalkan selama ini…kita akan bekerjasama dengan MCA dan berharap selepas pemilihan ini MCA akan bertambah kuat dan akan mewakili rakyat Cina,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN dalam ucapan perasmiannya hari ini menggariskan empat langkah untuk MCA mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu iaitu ‘reunite’, ‘restrategies’, ‘reinvigorate’ dan ‘reestablish’.

Kerajaan Kaji Langkah Pastikan Kadar Gaji Selari Dengan Kenaikan Kos Sara Hidup – Ahmad Husni

Posted: 20 Dec 2013 11:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan sedang mengkaji beberapa langkah dalam usaha memastikan kadar gaji rakyat selari dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

“Kajian mengenainya sedang berjalan dan Insyaallah pada Januari (2014), keputusan akan diperoleh dan dari situ kita akan putuskan langkah mana yang akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai rungutan daripada rakyat tentang kenaikan kos sara hidup yang dilihat tidak seiring dengan pendapatan mereka.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga dalam masa yang sama sedang menjalankan kajian berkenaan rasionalisasi subsidi, bertujuan untuk memaksimumkan bantuan kepada golongan sasaran melalui penyemakan semula subsidi.

“Pada tahun hadapan, kita akan beri BR1M seperti biasa, namun kita akan tambahkan jumlah tersebut.
“Kita sedang melihat secara menyeluruh rasionalisasi subsidi sebagai satu model baharu, dan bagaimana kita mahu kaitkan BR1M dengan rasionalisasi
ini untuk memberi manfaat yang lebih tinggi kepada rakyat berbanding sekarang.

“Kita sedang membuat kajian yang dijangka akan selesai tidak lama lagi dan kita percaya akan dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya di mana akan lebih tertumpu kepada golongan-golongan yang lebih memerlukan,” katanya.

Ahmad Husni berkata model yang ada sebelum ini menguntungkan rakyat secara keseluruhannya namun bersifat kurang adil di mana beliau mengambil contoh subsidi bagi minyak petrol.

Katanya berdasarkan model subsidi kerajaan yang lama, keluarga yang hanya mempunyai motosikal mendapat subsidi minyak yang sedikit berbanding keluarga yang mempunyai empat buah kereta.

“Yang kaya ini sebenarnya tidak memerlukan subsidi tetapi disebabkan system subsidi (yang lama) itu, kita inputkan ke dalam harga kita, jadi mereka juga menikmati subsidi tersebut.

“Jadi, kita sedang melihat kepada model sedia ada supaya kita dapat membuat satu pengukuran kepada golongan disasarkan dalam konteks memberi bantuan yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau, bagaimanapun, mengingatkan bahawa kenaikan harga barang bukan hanya disebabkan oleh pengurangan subsidi sahaja, namun turut disumbang oleh desakan pasaran.

“Tiada tempat di dunia yang kopinya berharga 10 sen pada tahun 60-an dan harga tersebut kekal hingga ke hari ini, sudah tentu ia akan naik.

“Jadi untuk jangka masa panjang, fokusnya harus kepada kenaikan gaji rakyat, yang telah menjadi objektif utama dalam program transformasi kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT