SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Saturday, December 7, 2013

UMNO Online - “Selangor Sultan Saddened By Rise In Religous Extremism” plus 9 more

UMNO Online - “Selangor Sultan Saddened By Rise In Religous Extremism” plus 9 more

Link to UMNO Online

Selangor Sultan Saddened By Rise In Religous Extremism

Posted: 06 Dec 2013 07:16 AM PST

PORT KLANG, Dec 6 – The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah was today saddened by the rise of religious extremism and extremists who are prepared to kill people of their own race and religion.

majlis_negeri_sultan_selangor_thestar

The increase in extremists is because of teachings like Syiah, Al-Arqam, Kadiani, Tuhan Harun and many more that deviate from the teachings of Islam that is practiced in Malaysia, he said after opening the Kampung Raja Uda Mosque, here today.

“I hope the people of Selangor will not be influenced by the sweet promises of such extremists who are out to guide Muslims into teachings that are against Islam,” said Sultan Sharafuddin.

He also directed the Mufti of Selangor Datuk Abdul Wahid Tamyes and Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) to increase efforts to explain to the people of Selangor about the dangers of deviationist who are out to disrupt the Malay unity.

The Sultan also urged JAIS to monitor ceramah or deviationist teachings in the state, especially foreigners who try to spread such teachings.

Meanwhile, Kampung Raja Uda Mosque which was completed in November 2012 at a cost of RM7.6 million, can accommodate 3,500 people.

Anwar Mahu Dialog Dengan BN, Untuk Halang Usaha Muzakarah Pas

Posted: 06 Dec 2013 07:09 AM PST

Ramai yang seperti pelik dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam yang secara tiba-tiba ingin mengadakan dialog dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"…parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik. Oleh itu, sekali lagi kami mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru," ," kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

Ada yang mengatakan ia satu petanda yang baik, tidak kurang juga ada yang mengatakan sebaliknya.

dap_karpal_anwar_pkr_guna_peralat_pas

Namun bagi yang mengenali diri Anwar yang sebenarnya, kenyataan itu sebenarnya membuktikkan bahawa dia berada dalam keadaan yang terdesak. Ini kerana seperti yang diketahui, selepas GAGAL merampas Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu, ramai telah mula meninggalkannya.

Mereka seolah-olah telah tersedar dari mimpi dan mula dapat menilai wajah sebenar makhluk yang bernama Anwar Ibrahim. Contoh paling ketara, apabila media baru-baru ini melaporkan mengenai 11 pemimpin utama cabang parti PKR yang mengumumkan untuk meninggalkan parti itu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pembohongan Anwar.

Malah keputusan Pas untuk bermuzakarah dengan Umno baru-baru ini juga, sudah pasti semakin merunsingkan Anwar. Ini kerana sekiranya muzakarah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya, maka peranan Anwar akan semakin mengecil.

Atas sebab itu, Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menghalang usaha tersebut direalisasikan. Rationalnya apa perlu untuk Pas bermuzakarah secara berasingan dengan Umno, kerana ia seharusnya dilakukan atas nama pakatan pembangkang.

Mengapa sekarang Anwar mahu berdialog mengenai pelbagai isu sedangkan jalan yang dipilihnya dulu adalah reformasi melampau, demonstrasi jalanan, demonstrasi ala Arab Spring dan seumpamanya.

Anwar dalam banyak hal menjadi masalah besar kepada Malaysia kerana sanggup melakukan apa saja dan bercanggah dengan apa yang dilakukannya semasa dalam kerajaan berbanding sebagai Ketua Pembangkang. Isunya jelas, Anwar ingin menjadi Perdana Menteri tetapi proses demokrasi tidak membenarkan ia terjadi.

Lalu Anwar mencari helah hasil PRU-13 dengan mengadakan demonstrasi ala Arab Spring di seluruh negara tetapi kecundang di tengah jalan.

Semasa sidang Parlimen bermula beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sementara pengikutnya berbaring di luar Parlimen membantah keputusan pilihan raya. Apakah maknanya ini semua?

Mengapakah baru sekarang mahu memilih jalan dialog sedangkan telah sekian lama Anwar tidak memilih jalan itu?

Sedangkan sekiranya benar Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengusulkan perkara ini sejak dulu lagi. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan, majoriti perpecahan umat Melayu kini terkait langsung dengan gerak kerja politik Anwar. Selepas menghina Malaysia di luar negara dan selepas beberapa usaha memburukkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan berlaku, maka baru dialog hendak dilakukan.

Kesimpulannya kenyataan dialog ini hanyalah sandiwara Anwar semata-mata dan tidak seharusnya dilayan, biarlah ia berlalu begitu sahaja.

pisau.net

Hayati Perjuangan UMNO Berpaksikan Perlembagaan Untuk Masa Hadapan

Posted: 06 Dec 2013 06:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Golongan mahasiswa diminta untuk menghayati perjuangan UMNO berlandaskan kepada pemahaman Perlembagaan Persekutuan, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Rauf Yusoh.

Katanya, sebagai generasi muda yang bakal mewarisi masa hadapan maka perlulah memahami asas perjuangan yang sebenar.

“Apakah golongan muda hari ini memahami UMNO dan apa yang diperjuangkannya,” katanya.

ab-rauf-yusoh-suk-setiausaha-umno-malaysia

Jelas beliau, UMNO telah melakukan perjuangan dalam tempoh yang panjang selama lebih 67 tahun dengan berpaksikan kepada agama, bangsa dan negara.

“Kita mesti mempunyai pemahaman atas apa yang kita lakukan apatah lagi berkaitan hal-hal yang membabitkan masa hadapan.

“Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini adalah lakaran masa hadapan yang tentunya akan dilaksanakan oleh generasi muda yang ada hari ini,” katanya.

Beliau turut mengimbas semula bagaimana penubuhan UMNO yang terhasil daripada perjuangan menentang Malayan Union dan kemudiannya membawa kepada kemerdekaan negara pada 1957.

"Kita bukan hanya perlu memahami UMNO tetapi apa yang penting adalah penghayatan kepada Perlembagaan Persekutuan kerana apa yang dilaksana oleh UMNO adalah mendukung prinsip dan kandungan di dalamnya, dengan kuasa dan kedudukan maka kita dapat menjadikan bangsa kita seperti apa yang kita ada pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bersama Mahasiswa Nasional yang mengumpulkan para pelajar dari dalam dan luar negara untuk turut bersama-sama sebagai perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013. – MediaUMNO

Nelson Mandela Tinggalkan Lebih Daripada Nama – Najib

Posted: 06 Dec 2013 06:53 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan mendiang Nelson Mandela seorang pemimpin yang meninggalkan lebih daripada nama.

Beliau berkata, bekas Presiden Afrika Selatan dan ikon anti-apartheid itu telah meninggalkan sebuah negara yang berjaya muncul daripada kegelapan apartheid, untuk menjadi simbol sinaran demokrasi dan perdamaian.

Dalam entri terbaru menerusi blognya di www.1malaysia.com, Najib berkata pemimpin berusia 95 tahun, lebih dikenali sebagai Madiba, telah meninggal dunia dan Afrika Selatan dengan legasi warisan inspirasi yang lahir daripada kesusahan dan ketabahan.

nelson-mandela-apartheid-afrika-selatan-keadilan-sejagat-mahathir-malaysia

“Pepatah popular Melayu terlintas di fikiran: ‘Harimau Mati tinggalkan Belang, Manusia Mati tinggalkan Nama’. Mandela meninggalkan lebih daripada hanya nama.

“Selama berbulan, dunia telah pun bersedia untuk menerima berita sedih ini. Namun apabila tiba masanya, kesedihan dan kehilangan masih dirasai,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata beliau sentiasa mengagumi Mandela sebagai pemimpin yang unggul di kalangan pemimpin-pemimpin dan biografi ikon itu, ‘A Long Walk to Freedom’ akan terus menjadi sumber inspirasi kepada beliau.

“Generasi masa depan mungkin tidak memahami sepenuhnya pengorbanan dan sumbangan Mandela kepada dunia, namun usaha kita hari ini dan esok akan terus menghidupkan semangat demokrasi yang didukung, Mandela,” katanya.

Nelson Mandela meninggal dunia di rumahnya di Johannesburg, pada usia 95 tahun semalam, selepas berbulan berjuang kerana jangkitan paru-paru.

Dunia hari ini berkabung dengan kehilangan seorang daripada pemimpin yang paling transfomasi dengan memperingati tunjuk ajar Mandela dan menerus usaha-usaha beliau untuk menyebarkan demokrasi, kebebasan dan kesaksamaan ke serata dunia.

Kerajaan Dicadang Wujud Suruhanjaya Khas Jaga Kesucian Islam

Posted: 06 Dec 2013 05:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kerajaan dicadang mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi menjaga kesucian dan ketinggian agama Islam di negara ini yang kini berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Wakil UMNO Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya berkata dengan adanya suruhanjaya itu, tidak ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan amalan Islam di negara ini seperti yang kerap berlaku kebelakangan ini.

shabudin-yahya-tasek-gelugor-penang-pulau-pinang

“Suruhanjaya hak asasi manusia pun ada jadi agama Islam pun perlukan satu suruhanjaya supaya tidak ada yang boleh pertikaikan kesucian Islam termasuk di Facebook,” katanya ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013, di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu berkata kerajaan juga diminta bertegas terhadap sebarang usaha yang dilihat mencabar kesucian agama Islam di negara ini termasuk dalam soal ajaran sesat, fahaman syiah, pluralisme dan liberalisme.

Katanya sehubungan itu, satu tindakan konkrit adalah perlu untuk merasionalkan keseluruhan kedaulatan Islam di negara ini.

Beliau berkata pihaknya menyarankan agar pembangunan agama Islam melalui institusi masjid dan surau dimakmurkan sebaik-sebaiknya dengan gerakan seluruh negara.

“Kami juga menggesa agar perundangan syariah dan mahkamah syariah terus diperkasakan, baik infrastruktur, pegawai dan perundangan sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

Katanya pelaksanaan prinsip Wasatiyyah merupakan prinsip yang amat sesuai dengan Malaysia sebagai negara majmuk dan dengan jaminan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam pengurusan negara, agama akan dijaga sebaik-baiknya.

“Ini menunjukkan kita UMNO sentiasa menunjangi agama dan meletakkan agama ini setinggi-tingginya. Dengan Maqasid Syariah ini kita akan melihat perubahan berlaku terutama dalam agama.

“Siapa kata UMNO tolak Islam. Siapa kata UMNO tak Islamik. Kita yang dah tunaikan tuntutan Maqasid Syariah. Kita tetapkan perjuangkan, hidupkan Islam itu sendiri. Untuk sempurnakan lebih baik, wasatiyyah digunakan.

“Hak-hak dapat diagihkan sama baik. Namun kesemua perlu ditadbir urus dengan baik dan tepat supaya tidak ada pihak yang boleh mengelirukan,” katanya.

Shabudin berkata bagi memastikan Islam di negara ini adalah Islam yang sebenar-benarnya dan agama Islam diperkasakan, pindaan perlembagaan perlu dibuat dengan memasukkan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Ipoh Barat, Isfarina Mohd Bali ketika menyokong usul itu mencadangkan pemerkasaan agensi atau jabatan berkaitan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Bantuan Guaman dan Institut Kefahaman Islam Malaysia dilakukan secara serentak.

Beliau berkata langkah itu penting supaya kekuatan terhadap komponen-komponen kepada sistem perundangan Islam di Malaysia berlaku secara menyeluruh dan sempurna.

“Semua komponen ini harus digembleng dan diadun sama, maka hasilnya nanti sudah pasti satu hidangan yang akan mengubah selera yakni pandangan serta menaikkan martabat Islam itu sendiri,” katanya.

Bagi memperkasa lagi agama Islam, Isfarina berkata kelas-kelas tauhid, tajwid, fekah, tafsir Al-Quran dan hadis, munakahad, muamalat dan sebagainya harus diteruskan di kolej-kolej komuniti.

“Program-program pemahaman isi kandungan Al-Quran dan hadis harus diperkembangkan dan diperluaskan agar setiap amalan harian kita akan berlandaskan Al-Quran dan hadis serta diberkati Illahi,” katanya.

Cadangan Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Berikutan Banjir

Posted: 06 Dec 2013 05:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mempertimbang untuk membenarkan penangguhan bayaran balik bulanan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jika diluluskan, penangguhan itu akan berkuat kuasa selama enam bulan mulai 1 Jan hingga Jun tahun depan.

“Kita harap langkah ini dapat memberi ruang kepada usahawan berkenaan untuk memulihkan semula perniagaan yang terjejas.

“Kita bersama-sama dengan Bank Pelaksana SPED akan menubuhkan jawatankuasa bagi menangani isu ini dalam kadar segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas bertemu wakil Kelab UMNO Luar Negara bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah usahawan di bawah skim itu yang menjadi mangsa banjir.

SPED mula dilaksana pada 2001 dan sehingga kini, kelulusan diberi kepada 3,344 syarikat menerusi peruntukan berjumlah kira-kira RM332 juta dengan jumlah pinjaman antara RM20,000 dan RM500,000.

Mohd Shafie berkata kementerian amat bersimpati dengan bencana yang menimpa rakyat, khasnya usahawan di kawasan terjejas, dan berharap penangguhan bayaran balik ini dapat membantu meringankan beban mereka.

Kerajaan Tidak Perlu Layan, Pembangkang Golongan Yang Buta Hati

Posted: 06 Dec 2013 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Perwakilan UMNO Wilayah Persekutuan, Affendi Zahari membidas sikap pembangkang  yang seringkali menidakkan usaha baik kerajaan serta menyifatkan pakatan pembangkang sebagai golongan yang buta hati.

Jelas beliau, biarpun apa juga perancangan dan program yang dilakukan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat, namun pembangkang tidak pernah bersetuju atau menyokong usaha kerajaan selama ini.

"Memang selama ini, apa saja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya tidak baik di mata pembangkang. Selama ini,  pembangkang sekalipun tidak pernah bersetuju atau mengatakan usaha-usaha kerajaan itu baik.

"Memang pembangkang di negara ini sikapnya suka membangkang dan suka berbohong. Jika itulah sikap pembangkang, untuk apa kita (UMNO) atau pun kerajaan mahu ambil peduli apa yang mereka katakan lagi?," ujarnya ketika membahaskan usul ekonomi di Dewan Merdeka, pada persidangan hari kedua  di sini hari ini.

Sikap pembangkang yang suka berbohong itu menurut beliau, tidak akan dapat bertahan lama dan akhirnya kebenaran akan muncul untuk menafikan pembohongan mereka itu.

"Mereka ini kita tahu, sentiasa berbohong dan mengelirukan rakyat. Ada sesetengah pemimpin pembangkang yang merasakan mereka ini begitu hebat dan boleh mempengaruhi pemikiran rakyat, lalu mereka memperkecilkan pemimpin kita seperti Datuk Najib dan juga yang lain-lain.

"Mereka rasakan diri mereka besar seperti gajah dan boleh memperlekeh-lekehkan Datuk Najib. Tetapi orang-orang tua ada berpesan, kalau gajah yang besar itu ada harinya, kucing yang kecil yang diperlekehkan itu juga ada harinya," tegasnya.

Akhirnya, pembohongan pembangkang mengenai pelbagai isutermasuk isu terbarunya berhubung isu 40 ribu warga asing dibawa masuk mengundi, kini telah terbukti kebenarannya, kata beliau lagi.

Selain itu, beliau turut menyentuh isu kos bil elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana yang dikatakan melambung tinggi dan mahal seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

"Takkan kita nak tengok rumah rasmi Perdana Menteri gelap gelita? Kalau nak gelap gelita, pergi kuburlah, sudah tentunya di kubur gelap gelita. Tetapi kubur hari ini pun ada sesetengahnya sudah berlampu.

"Sudah tentunya rumah rasmi Perdana Menteri merupakan lambang kemegahan bagi negara kita. Mestilah kena cantik dan bercahaya. Orang tua-tua cakap, besar periuk besarlah keraknya. Tidak kiralah siapa pun yang jadi perdana menteri," tegasnya.

Begitu juga dengan isu kos perjalanan Perdana Menteri yang menggunakan jet peribadi dan sebagainya.

"Ini soal isu masa. Masa adalah sesuatu yang amat berharga bagi pemimpin-pemimpin negara. Ianya bukanlah untuk bermegah-megah. Apakah tuan-tuan mahu tengok Perdana Menteri kita naik penerbangan biasa dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk menghadiri jemputan rasmi di luar negara?

"Contohnya seperti bencana banjir di Kuantan semalam. Disebabkan ada helikopterlah,  Presiden kita sempat pergi menziarahi mangsa-mangsa banjir di Kuantan sebaik saja lepas berucap di persidangan UMNO pada tengahari,  dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada jam lapan malam hari yang sama untuk majlis makan bersama perwakilan.

"Takkan kita nak suruh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kita naik kereta lembu?," soalnya disambut oleh gelak ketawa oleh para perwakilan yang hadir. -MediaUMNO

UMNO Bawa Keluar Bangsa Melayu Dari Kemiskinan

Posted: 06 Dec 2013 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis. – Keupayaan UMNO sebagai payung kepada masyarakat khususnya bangsa Melayu dan Bumiputera tidak boleh dinafikan kerana parti inilah yang telah berjaya mengeluarkan mereka dari kemiskinan, kata wakil Pergerakan Puteri UMNO, Datin Norsabrina Mohd Noor.

Katanya, bangsa Melayu dan Bumiputera hari ini jauh berbeza berbanding dengan tahun 70-an yang lalu jika dilihat dari taraf kehidupan mereka.

"Pada tahun 70-an garis kemiskinan orang Melayu adalah 64.8 peratus tetapi hari ini garis kemiskinan tersebut telah menurun kepada 2.2 peratus yang mana menunjukkan bahawa UMNO telah mengubah kedudukan orang Melayu dan membawa mereka keluar dari garis kemiskinan," katanya.

norsabrina-mohd-noor

Beliau berkata demikian dalam perbahasan menyokong usul ekonomi yang dibentangkan sempena Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2013, hari ini.

Dalam perbahasan tersebut, beliau turut membentangkan berkaitan pendapatan kasar isi rumah yang juga turut meningkat dari RM172 pada tahun 70-an kepada RM4,457 terkini yang mana juga menjadi bukti bahawa UMNO berjaya membawa perubahan kepada masyarakat selain capaian 47 peratus bangsa Melayu yang terlibat dalam kerjaya profesional.

"Walaupun secara purata keadaan telah berubah namun masih ada kelompok Melayu khususnya yang ada di luar bandar masih ketinggalan dan perlukan pembelaan yang mana ini bermakna perjuangan UMNO tidak pernah berakhir.

"Apa gunanya negara ini menjadi negara berpendapatan tinggi kalau masih ada lagi bangsa kita yang ketinggalan, apa perlunya jadi negara maju jika dikalangan rakyat masih ada yang merempat, maka di sinilah peranan UMNO yang perlu sentiasa menjadi pembela," katanya.

Jelasnya, biarpun perjuangan UMNO secara jelas membawa perubahan kehidupan kepada masyarakat tetapi peranannya perlu berterusan agar bangsa Melayu dan Bumiputera tidak menjadi 'second class' di tanah air sendiri.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga wakil dari Pergerakan Puteri UMNO menyokong penuh agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera dengan turut menawarkan diri bersama anggota puteri yang lain untuk menjadi agen pemerkasaan terbabit.

Beliau turut mencadangkan empat isu untuk diketengahkan dalam bidang ekonomi iaitu peluang perniagaan, pembiayaan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan premis perniagaan. - MediaUMNO

KDN Usul Masuk Perkataan ‘Sunnah Wal Jamaah’ Dalam Perlembagaan

Posted: 06 Dec 2013 03:26 AM PST

KUALA LUMPUR, 6 Dis -  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.

“Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan Sunnah wal Jamaah dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib iaitu isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Cadangan itu dibuat pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang sedang berlangsung di sini.

Ahmad Zahid berkata, dengan memasukkan perkataan itu, tiada penganut agama Islam yang mempunyai fahaman lain dibenarkan mengembangkan fahaman mereka selain Sunnah wal Jamaah.

26,000 Visitors Get Driving Licence Renewed At PWTC JPJ Counter

Posted: 06 Dec 2013 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR, Dec 6 – The Road Transport Department’s (JPJ) counter opened at Putra World Trade Centre here in conjunction with the 2013 Umno General Assembly is probably the most visited counter over the past four days.

Kuala Lumpur JPJ public relations officer Syed Abdul Halim Syed Abdullah said between as at yesterday, 26,000 visitors had flocked the counter, which was opened on Tuesday, to renew their driving licence and get the all-improved card.

“Only one day left for visitors to enjoy our service, which is super fast. Only 15 minutes to renew the licence compared to an hour elsewhere,” he told Bernama when met at the counter.

He said the counter also offered registration service for Skuad Muda 1JPJ and mySikap.

mySIKAP is an online service that enables consumers to perform transactions involving motor vehicles and driver licencing, while Skuad Muda 1JPJ was introduced last August with the aim to become the eyes and ears to report traffic offences.

Khairul Anuar Mustapha, 52, from Tapah, Perak, said he learned about the booth from his wife who renewed her driving licence yesterday.

“We came to Umno General Assembly each year and this is the first time we found this counter, which is very good example of government’s service. It should be opened at more events for the benefit of the visitors,” he said.

More visitors are expected to flock to the booth, as well as to Umno Bazaar at the final day of the assembly tomorrow.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT