SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

TERKINI DAN TERHEBAT

Monday, December 23, 2013

UMNO Online - “Usahawan Digesa Rebut Kemudahan Dana Lebih RM1.8 Bilion” plus 3 more

UMNO Online - “Usahawan Digesa Rebut Kemudahan Dana Lebih RM1.8 Bilion” plus 3 more

Link to UMNO Online

Usahawan Digesa Rebut Kemudahan Dana Lebih RM1.8 Bilion

Posted: 22 Dec 2013 04:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Golongan usahawan tempatan digesa merebut beberapa inisiatif yang menawarkan dana berjumlah RM1.82 bilion yang disediakan khusus untuk mereka tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kemudahan itu menyasarkan untuk menambah bilangan usahawan daripada semua kaum, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berteraskan keusahawanan.

Antara dana yang disediakan ialah tambahan RM700 juta bagi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), RM300 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan RM300 juta lagi dalam Ekuibumi iaitu untuk pembelian ekuiti oleh syarikat bumiputera. katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lain-lain ialah Tabung Usahawan Siswazah (RM50 juta), insentif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM150 juta) serta Skim Usahawan Pasar Malam (RM100 juta).

“Tidak pernah sebanyak ini dana dikeluarkan untuk membantu golongan usahawan,” katanya selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Inovatif.
Beliau memberi contoh pengusaha pasar malam yang boleh meminjam sehingga RM30,000 dengan kadar faedah dua peratus.

Najib Disambut Sebagai Tetamu Di Arab Saudi

Posted: 22 Dec 2013 04:30 AM PST

MADINAH, 22 Dis – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak sangka diberi status tetamu negara dalam lawatan kerja ke Arab Saudi dan percaya ia adalah kesan daripada hubungan akrab yang terjalin sekian lama antara Malaysia dan negara berkenaan.

“Alhamdulillah kedatangan saya hari ini pun mendapat layanan luar biasa sebab saya tak sangka jalan-jalan ditutup sepanjang lapangan terbang menuju ke tempat ini dan ia bukan perkara biasa,” katanya dalam pertemuan dengan 150 mahasiswa Universiti Islam Madinah di sini malam tadi.

najib-pm-malaysia-sambut-arab-saudi-mesra-baik-2013-mekah

Lazimnya pemimpin sesebuah negara diberi layanan berstatus tetamu Negara apabila membuat lawatan rasmi.

Najib berkata beliau merasa bertuah mendapat sambutan yang tidak diduga itu dengan begitu ramai pelajar menyambut ketibaannya dan beliau dimaklumkan pelajar berkenaan mendapat biasiswa kerajaan Arab Saudi kesan hubungan baik dan akrab itu.

Perdana Menteri berkata beliau akan terus memupuk hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi dan akan sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin erat sehingga mendapat pertimbangan istimewa dalam banyak aspek termasuk berhubung jemaah haji dan urusan lain.

Beliau turut berkongsi dengan mahasiswa berkenaan tentang perkara yang berlaku semasa kecemasan dalam Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika negara itu sedang bergolak berikutan krisis politik yang membawa kejatuhan Presiden Hosni Mubarak.

Kata Najib perkara itu dibangkitkan dalam ucapan penangguhan di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini awal bulan ini.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan dengan membenarkan pesawat Charlie yang membawa masuk pelajar Malaysia, mendarat di Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa perlu mendapatkan visa.

“Ini satu pertimbangan luar biasa dan tidak cukup setakat pesawat itu, penerbangan dua pesawat Boeing 747 Jumbo diberi percuma bagi membawa balik pelajar terbabit,” katanya.

Terdahulu ketibaan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan untuk lawatan kerja empat hari di Lapangan Terbang Putera Mohamed Abdul Aziz di sini disambut Timbalan Gabenor Madinah Abdul Mohsen Al-Munif.

Berhubung perkembangan di Malaysia, Najib berkata beliau akan terus memperjuang bagi membangun, meningkat dan memperkukuh syariat Islam di Malaysia berpaksikan maqasid syariah yang akan menjadi landasan kerajaan untuk terus memperjuangkan usaha membangunkan Islam.

“Walaupun perjumpaan ini adalah satu pertemuan ringkas tetapi ia sungguh bermakna dan mudah-mudahan dengan baliknya tuan-tuan sekelian ke Malaysia boleh memainkan peranan mengembang dan memperkukuh Islam termasuklah di institusi Islam yang ada,” kata perdana menteri.

“Itulah harapan saya dan kerajaan Malaysia,” katanya.

Mengenai soal pembangunan, kebajikan, ekonomi dan kewangan, Najib berkata Malaysia berada dalam keadaan yang baik.

“Kita perlu berusaha memperkukuh ekonomi Malaysia sehingga kita dengar tariff elektrik dinaikkan. Tetapi perkara itu sesuatu yang tak dapat dielakkan tetapi golongan berpendapatan sederhana akan terus mendapat bantuan kerajaan,” kata beliau lagi.

Kerajaan, kata Najib, akan terus membantu golongan berpendapatan sederhana dan lain-lain, misalnya melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan persekolahan.

Ia bertujuan membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, kata Najib.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Ameer Ikhwan Zaini meminta mahasiswa Malaysia yang berada di seberang laut supaya turut sama berganding bahu dengan kerajaan bagi membangunkan Malaysia.

“Adalah sesuatu yang merugikan jika masih ada mahasiswa yang membenci kerajaan,” katanya.

Beliau berkata usaha Perdana Menteri menubuhkan Institut Wasatiyyah untuk meninggikan syiar Islam perlu disokong terutama dalam membolehkan

golongan profesional dan agama mendekati pelbagai lapisan masyarakat dengan keindahan ajaran Islam.

Selepas majlis itu, Najib dan Rosmah menziarahi makam Nabi Muhammad SAW yang terletak di dalam Masjid Nabawi di sini.

Beliau turut diiringi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdullah Md Zin.

Hari ini, Najib dijadual menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di Makkah dan dijangka menghadap Raja Abdullah Abdul Aziz.

Pahang Mula Agih Bantuan RM250 Kepada Mangsa Banjir

Posted: 22 Dec 2013 04:21 AM PST

KUANTAN, 22 Dis – Kerajaan negeri hari ini mula mengagihkan bantuan RM250 kepada 17,054 keluarga mangsa banjir.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata proses pengagihan dijangka mengambil masa dan meminta semua mangsa bersabar menunggu giliran mereka.

“Banjir kali ini membabitkan ramai mangsa dan sudah pasti proses untuk menyerahkan bantuan ihsan ini mengambil masa. Kita akan cuba mempercepatkan pengagihan dan berharap semua dapat bersabar.

najib-pm-bantuan-banjir-mb-pahang-adnan-yaakob-2013

“Kalau dikira dengan jumlah kerugian dialami setiap mangsa, sudah pasti jumlah bantuan ihsan RM250 ini tidak memadai, namun kerajaan negeri akan mencari jalan lain untuk memberikan bantuan tambahan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat negeri dan penghargaan kepada sukarelawan di Masjid Al-Mutaqqim, Tanah Putih, dekat sini hari ini.

Turut hadir Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Sultan Ahmad Shah dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abd Azeez Abdul Rahim.

Adnan berkata secara keseluruhan kerajaan negeri menganggarkan banjir yang berlaku awal bulan ini membabitkan kerugian kira-kira RM390 juta.

Dalam pada itu, Azeez yang juga Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) berkata setakat ini pihaknya sudah menyalurkan bantuan berjumlah kira-kira RM4.5juta kepada mangsa banjir di Pahang. Katanya bantuan berkenaan sudah dan sedang diagihkan oleh 150 sukarelawan KP1M sejak hari pertama banjir melanda negeri ini.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan melepaskan konvoi bantuan KP1M yang akan mengagihkan bantuan ke semua tempat yang terjejas akibat banjir.

Terima Kasih Kerajaan, Terima Kasih UMNO – Mangsa Banjir

Posted: 22 Dec 2013 04:17 AM PST

MARAN, 22 Dis – Rata-rata penduduk Kampung Baru Jara, Kuala Sentul,Maran, yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini berterima kasih terhadap usaha kerajaan dan UMNO yang menurut mereka, memberikan khidmat dan pertolongan terbaik semampu yang boleh dalam usaha meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

najib-rosmah-lawat-banjir-pahang-perhimpunan-umno-2013-sk-sekolah-rompin-bayi

Tinjauan UMNO Online mendapati, biarpun ada sesetengah dari mereka yang kerugian besar akibat hampir ke semua barangan rumah mereka musnah akibat banjir, namun bantuan yang tidak putus-putus dari pelbagai pihak, khususnya UMNO yang mana sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung.

Menurut Maimon Husin, 53,yang merupakan penduduk asal kampung tersebut, UMNO memberikan layanan istimewa kepada penduduk kampung yang terlibat dalam musibah banjir bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat.

"Alhamdulillah, UMNO di sini memang banyak membantu kami. Segala peralatan asas, seperti tilam, selimut, bantal disediakan di dewan serbaguna di sini yang dijadikan sebagai penempatan banjir.

"Malah kami juga disediakan tukang masak, yang memasak makanan untuk ke semua mangsa banjir yang ditempatkan di sini. Bagi saya, itulah layanan istimewa yang diberikan UMNO. Siap sediakan tukang masak untuk kami, " ujarnya kepada UMNO-Online.

Manakala menurut Mohd Azman Ali, 49, yang merupakan mangsa dan juga individu yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Baru Jara baru-baru ini, menafikan bahawa bantuan kerajaan lambat tiba akibat sikap ketidakprihatinan kerajaan terhadap mangsa banjir seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Kita kena faham, banjir yang melanda baru-baru ini melibatkan hampir semua kawasan. Jadi, memanglah bantuan agak lewat sikit kerana banjir ini terjadi secara mendadak. Maka dalam usaha menyediakan peralatan menyelamat dan sebagainya, tentulah ia mengambil masa sedikit.

"Mungkin mereka terpaksa menyelamatkan yang mana lebih hampir dengan mereka terlebih dulu sebelum pergi menyelamatkan kawasan-kawasan banjir yang agak jauh. Jadi saya nafikan dakwaan sesetengah pihak yang kata UMNO tidak pedulikan mangsa banjir, ambil sikap sambil lewa dan sebagainya. Ini semua tidak betul," tegasnya.

Begitu juga menurut Wan Zainal Wan Yaakob, 40, yang berasal dari Kampung Sungai Jerit, turut mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan kerajaan yang banyak membantu mangsa banjir di sini bermula dari terjadinya banjir, sehinggalah ke hari ini.

"Memang banyak bantuan yang UMNO berikan, terutama daripada ADUN di sini yang turut sama membantu menyelamatkan mangsa banjir pada hari pertama berlakunya musibah tersebut. Bantuan makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

"Kalau ada pihak yang kata bantuan lambat sampai kerana sikap UMNO dan kerajaan yang ambil mudah dan sambil lewa itu tak betul. Saya sendiri terperangkap di loteng rumah lebih daripada enam jam bersama isteri dan anak-anak.

"Tapi saya faham, perkara menyelamat ini bukan mudah kerana musibah banjir kali ini begitu besar dan melibatkan ribuan mangsa. Sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa. Apa pun, syukur Alhamdulillah kami semua selamat dan terima kasih kepada UMNO dan kerajaan yang tidak putus-putus memberikan bantuan," ujarnya.

Terdahulu di situ, pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengadakan majlis penyampaian bantuan sekolah kepada lebih 50 mangsa banjir di sekitar kampung tersebut.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Shamsudin, Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik, ADUN Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin,ADUN Ulu Luit, YB Nurhidayah Shahaimi dan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

No comments:

Post a Comment

TERHANGAT, TERKINI DAN TERHEBAT